Saturday 26 January 2013

22 Kesan Kekurangan Vitamin D

Kekurangan Vitamin D biasanya berlaku akibat kurang pendedahan kepada pancaran matahari dan ada juga kerana tidak mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin D secukupnya. Selain daripada kedua-dua faktor tersebut adalah tidak diketahui kenapa berlakunya kekurangan.

Kekurangan Vitamin D mempunyai simptom atau tanda-tanda seperti:
  1. Keletihan
  2. Sakit-sakit otot dan kelemahan
  3. Kekejangan otot
  4. Sakit sendi
  5. Sakit kronik
  6. Penambahan berat badan
  7. Tekanan darah tinggi
  8. Tidak dapat tidur lena
  9. Tumpuan yang lemah
  10. Sakit kepala
  11. Masalah pundi kencing
  12. Sembelit atau cirit-birit
Salah satu cara untuk mengetahuinya ialah dengan berjumpa doktor untuk membuat ujian darah dan melihat adakah anda kekurangan Vitamin D ini.

Penyakit yang dikaitkan dengan kekurangan Vitamin D ialah::
Kekurangan vitamin D menyebabkan hampir setiap penyakit utama.
  1. Osteoporosis dan osteopenia
  2. 17 jenis Kanser (termasuk payudara, prostat dan kolon)
  3. Penyakit jantung
  4. Tekanan darah tinggi
  5. Obesiti
  6. Sindrom Metabolik dan Diabetes
  7. Penyakit autoimun
  8. Multiple sklerosis
  9. Rheumatoid arthritis
  10. Osteoartritis
  11. Bursitis (radang kantung bendalir sendi)
  12. Gout
  13. Ketidaksuburan dan PMS
  14. Penyakit Parkinson
  15. Kemurungan dan Seasonal Affective Disorder (Kemurungan bila musim bertukar)
  16. Penyakit Alzheimer
  17. Sindrom keletihan yang kronik
  18. Fibromyalgia (sakit diseluruh bahagian badan)
  19. Kesakitan kronik
  20. Penyakit periodontal (Keradangan gusi dan gusi berdarah)
  21. Psoriasis
  22. Ricket
Vitamin D adalah sebahagian dari vitamin yang amat diperlukan oleh badan anda, jadi elakan dari kekurangan.

                      Wednesday 23 January 2013

                      Kekurangan Vitamin D Pada Kanak-kanak Gemuk

                      Vitamin D dibentuk dibawah kulit apabila kulit anda terkena cahaya matahari. Selain dari itu makanan seperti  cendawan shitake & butang, ikan sardin, tenggiri, salmon, tuna dan ikan sembilang juga mengandungi Vitamin D.

                      Vitamin D menjalankan pelbagai fungsi yang penting dalam badan anda termasuklah pembangunan dan pembentukan tulang. Satu kajian menujukan kanak-kanak yang gemuk mengalami kekurangan vitamin D sehingga 50%. Remaja belasan tahun  yang gemuk memerlukan lebih Vitamin D berbanding rakan mereka yang lebih kurus.

                      Kanak-kanak dan remaja belasan tahun yang gemuk menyerap Vitamin D ke dalam lemak pada badan mereka dan menghalangnya dari digunakan & badan mereka hanya mampu menggunakan 50% dari Vitamin D berbanding rakan sebaya mereka yang lebih kurus.

                      3 Cara Untuk Mengatasi Masalah ini ialah:
                      1. Jika anak anda gemuk, bawa mereka berjumpa doktor untuk mendapatkan ujian tahap Vitamin D.
                      2. Hidangkan susu rendah lemak kepada anak-anak anda.
                      3. Pastikan anak-anak anda bergerak untuk menjauhkan diri dari tv dan pergi bermain di luar untuk mendapatkan senaman (latihan fizikal) dan Vitamin D percuma dari pancaran matahari.
                      Kawal berat badan anak-anak anda sebagai salah satu faktor untuk mengelakkan kekurangan Vitamin D.

                      Monday 21 January 2013

                      3 Bahaya Batuk Yang Berterusan

                      Batuk pada puratanya akan sembuh dalam masa 18 hari. Kebanyakan orang menjangka demam yang mereka hadapi akan sembuh selepas 7 atau 9 hari walaupun masih batuk.

                      Batuk yang berlarutan dan melebihi masa sembuh yang dijangkakan akan menyebabkan ramai orang mengambil antibiotik yang mendatangkan masalah kerana ia tidak dapat menghapuskan virus yang menyebabkan batuk, malah akan menyebabkan rintangan antibiotik (antibiotic resistance).

                      3 Bahaya Dari Batuk Yang Berterusan ialah:

                      1. Sesak nafas. Bordetella pertussis adalah sejenis bakteria yang boleh menjangkiti tekak dan berada di situ menyebabkan batuk pada orang dewasa dan selalunya akan pulih dalam beberapa hari. Jika ia menjangkiti kanak-kanak ia akan menyebabkan batuk kokol, bila batuk kanak-kanak akan mengeluarkan bunyi ketika berusaha untuk bernafas. Jika terkena kepada bayi di bawah 6 bulan, ia perlu diberi bantuan pernafasan (respirator) yang akan mendatangkan masalah lain pula kerana bila bayi batuk, alat pernafasan akan tercabut dari mulutnya. Kanak-kanak perlu diberi vaksin untuk mengelakan batuk kokol.
                      2. Gangguan Gaya Hidup. Jika anda batuk di waktu malam sudah tentu anda tak dapat tidur dan akan menyebabkan anda mengantuk dan letih di waktu siang. Ia juga boleh menyebabkan sakit kepala, sesak nafas, berpeluh dan terkencing. Batuk boleh memalukan dan tidak dapat bercakap dengan lancar. Kawan-kawan juga akan menjauhkan diri kerana tidak tahan dengan bunyi batuk anda dan mungkin juga takut berjangkit.
                      3. Kesan Fizikal. Batuk yang terlalu kuat boleh menyebabkan retak tulang rusuk, terutama di kalangan wanita yang bertulang lemah.Kekuatan dan kuasa batuk yang berpanjangan menyebabkan ketegangan otot sisi dada dan diafragma. Urat hidung boleh pecah. Otot dikawasan dubur dan kawasan-kawasan lain juga boleh pecah. Bekas luka pembedahan boleh terbuka semula akibat batuk yang keras. Batuk kronik sering kali merupakan isyarat penyakit yang lebih serius seperti bronkitis, batuk kering, atau kanser. Batuk yang diakibatkan oleh jangkitan virus boleh berjangkit kepada orang lain, memberikan bahaya jangkitan penyakit.
                      Anda mungkin perlu berjumpa doktor jika anda menghidapi demam, sakit-sakit badan, sesak nafas, berdehit atau serak bersama batuk.

                      Thursday 17 January 2013

                      Cara Menanam Daun Pasli

                      Pasli atau daun pasli juga dikenali sebagai daun sup adalah salah satu herba yang popular. Pasli adalah herba yang digunakan secara meluas dalam pelbagai gaya memasak untuk perisa atau sebagai hiasan. Sup dan salad biasanya menggunakan daun pasli.
                      Daun pasli berdaun rata (flat)
                      Daun pasli berdaun kerinting (curly)













                      Pasli boleh membersihkan toksin dalam badan dan membersihkan buah pinggang. Daun pasli mudah ditanam di dalam bekas kecil (pasu dan sebagainya) atau di dalam tanah di sudut halaman. Tiada alasan untuk membeli daun pasli dari pasar raya jika anda boleh menanam daun pasli dengan mudah di rumah.


                      Jenis (Variety)
                      Ada 2 jenis pasli iaitu jenis daun rata (flat) dan kerinting (curly).


                      Cara Menanam
                      Daun pasli memerlukan tanah yang lembap. Boleh ditanam secara hidroponik. Gunakan biji benih atau lebihan daun pasli yang dibeli dari kedai dengan syarat mereka masih segar.
                      Percambahan daripada biji benih mengambil masa kira-kira 4 minggu. Daun pasli hampir-hampir bebas makhluk perosak, tetapi kadang-kadang ia boleh mendapat serangan kulat yang mereputkan.


                      Jenis Tanah
                      Pasli suka tanah yang bersaliran baik dan tanah yang lembap.. Jika daun pasli ditanam di dalam bekas pastikan ia mempunyai lubang saliran yang mencukupi dan pastikan ia tidak tersumbat/tersekat.

                      Pasli akan berkembang dengan baik di dalam tanah yang adalah pH 6.0-7.0. Jika menanam bangunan tanah kompos (normal potting compost) biasa sudah mencukupi.


                      Penjagaan
                      Pastikan tanah tidak kering, siram air lebih kerap pada musim panas. Anda boleh menambah sungkupan pada tanah untuk mengurangkan kehilangan lembapan dan mengurangkan persaingan dari rumpai.

                      Penjagaan boleh dibuat setiap 4 minggu sekali. Selepas kira-kira setahun pasli akan mula menghasilkan biji benih dan tidak berguna untuk tujuan penuaian. Penanaman baru perlu dilakukan semula.


                      Penuaian
                      Daun pasli boleh dituai batang dan daunnya dengan meninggalkan pangkalnya untuk bercambah dan mengeluarkan daun pasli yang baru. Jika anda mahu menyimpannya untuk masa yang lama, daun pasli boleh dikeringkan atau dibekukan untuk mengekalkan kesegarannya.

                      Potong daun pasli dekat dengan paras tanah. Keratan di bahagian atas batang tidak akan menggalakkan pertumbuhan semula yang aktif.

                      Ia tidak akan tumbuh aktif lagi selepas mengeluarkan biji benih, jadi kenalah tanam semula yang baru.

                      Cubalah tanam kerana ia boleh tumbuh dengan mudah dan senang menjaga daun pasli.

                      Tuesday 15 January 2013

                      7 Khasiat Kelapa

                      Kelapa adalah satu makanan yang paling berkhasiat di sekitar anda. Bila diproses seperti dicincang, dimesin, ditambah gula, di isi dalam plastik, ditinkan, dibuat kelapa kering dan sebagainya akan menyebabkan cepat kehilangan khasiat kelapa.

                      Kelapa berkhasiat untuk kesihatan. Antara khasiat kelapa adalah seperti:
                      1. Mempunyai kandungan potasium yang lebih tinggi berbanding pisang. 
                      2. Minyak/santan dalam kelapa mengandungi lemak berkhasiat (kandungan yang tinggi) yang hanya ditemui di dalam susu ibu (asid laurik) yang mampu menghindarkan virus.
                      3. Air kelapa mengandungi kandungan elektrolit semulajadi dan potasium yang tinggi. Ia adalah satu minuman yang memberi tenaga dan menyegarkan badan. 
                      4. Air kelapa juga steril jika ia keluar terus dari kelapa, itulah sebabnya dalam Perang Dunia II, ia telah diberikan secara intravena kepada tentera yang cedera. Air kelapa boleh juga didapati dalam tin atau kotak dari kedai-kedai, tetapi tidak seperti air kelapa segar khasiatnya sudah berkurangan.
                      5. Isi kelapa mengandungi zat besi yang tinggi seperti dalam bayam dan 3x lebih banyak serat berbanding epal. Jika anda mahu makan isi kelapa pilihlah kelapa muda kerana ia lebih sedap dan lembut.
                      6. Ramai orang mendapati ia lebih mudah untuk dihadam kerana ia tidak memerlukan badan menghasilkan cecair hempedu untuk menghadamkannya seperti yang perlu untuk lemak jenis lain. kelapa mendapat reputasi buruk kerana ia adalah lemak tepu tapi hakikatnya ia mempunyai kalori sama seperti lemak lain.
                      7. Air kelapa juga dikatakan boleh membuang toksin dalam badan jika diminum. Sesuai diminum jika dijangkiti penyakit tertentu seperti campak atau demam dan sebagainya.
                      Nilai kesihatan yang tinggi terdapat di dalamnya walaupun minyak atau santannya patut diambil dalam jumlah yang terkawal kerana kandungan lemaknya. Jadi dapatkan yang segar untuk mendapat khasiat yang lebih tinggi dari kelapa.

                      Monday 14 January 2013

                      Sarapan Yang Berat Boleh Menggemukkan?

                      Sarapan boleh menurunkan berat badan atau sebaliknya menambahkan berat badan seseorang. Ianya bergantung kepada apa yang anda makan untuk sarapan.


                      Sarapan yang berat menyumbang kepada kalori yang tinngi, dan ini menambah kepada jumlah kalori yang diambil dalam sehari. Jika anda mengambil jumlah kalori yang lebih dari yang anda gunakan, lama-kelamaan berat badan anda akan meningkat.

                      Pastikan anda tidak makan terlalu banyak makanan yang berlemak ketika sarapan kerana ia mengandungi jumlah kalori yang tinggi. Semakin tinggi kalori yang diambil semasa sarapan, semakin rendahlah kalori yang perlu diambil sepanjang hari.

                      Adalah berguna untuk mengambil protin dan serat ketika sarapan. Jika anda mengambil 50g muesli dan 250ml susu, anda akan mendapat 374 kalori, tetapi jika anda mengambil 125g yogurt perisa biasa (plain), 1 sudu besar oat dan 1 biji epal, anda akan mendapat 280 kalori, 90 kalori lebih rendah.

                      Lagipun lebih banyak protin dan serat yang anda ambil akan lebih mengenyangkan anda. Lain-lain makanan yang sesuai untuk sarapan ialah buah-buahan, dadih, telor dan keju krim (cream cheese).

                      Tukarkan makanan yang berlemak tinggi seperti mentega kepada yang lebih rendah lemak dan rendah kalori, contohnya: keju krim (cream cheese).

                      Kalori yang rendah membantu anda mengawal berat badan ketika sarapan.


                      Sunday 13 January 2013

                      6 Makanan Superfood Yang Selalu Diabaikan

                      Makanan ini memberikan tenaga untuk latihan fizikal (bersenam), meningkatkan kesihatan anda, dan mengurangkan berat badan, namun sering diabaikan sebagai makanan.

                      Makanan superfood ini terdiri dari:

                      1) Rumpai Laut (Seaweed/Nori)
                      Rumpai laut biasa dimakan sebagai pembalut sushi. Rumpai laut kaya dengan iodin. Ia penting untuk fungsi kelenjar tiroid yang sihat. Garam beriodin telah diwujudkan untuk mengatasi masalah kekurangan iodin ini tetapi ia telah makin diabaikan kerana kandungan sodiumnya yang tinggi. Rumpai laut juga mengandungi vitamin K, besi dan mikronutrien penting untuk fungsi sel yang sihat. Rumpai laut boleh didapati di supermarket dan hancurkan ia dan tabur di atas sup, salad dan lain-lain. Ia juga boleh dimakan begitu saja.

                      2) Kubis Masin (Kubis Jeruk)
                      Kubis adalah superfood, ia rendah karbohidrat, tinggi serat, dan mampu melawan kanser, 3-indole carbinol dan d-glucarate, sebatian yang berfungsi untuk membersihkan lebihan estrogen. Penapaian yang menukarkannya kepada kubis masin, meletakkan ia pada steroid pemakanan. Probiotik dalam penapaian boleh membantu menjadikan sistem penghadhaman anda sihat.

                      Bakteria baik ini berupaya mengurangkan keradangan, memperbaiki penghadhaman, dan mungkin juga membantu dalam penurunan berat badan. Penapaian juga meningkatkan antioksidan yang terdapat dalam kubis, semakin tinggi tahap antioksidan bermakna badan anda lebih mudah menyerap dan menggunakannya.

                      3) Hemp Seeds (Biji Hemp)
                      Hemp seed tidak akan membuat anda khayal. Hemp seed sangat kuat, hanya 2 sudu besar mengandung 400 miligram anti-inflamasi asid gamma-linolenic dan 2 gram asid lemak omega-3, ditambah pula semua 9 jenis asid amino, ia membantu memaksimalkan proses pemulihan dari latihan fizikal.

                      4) Mi Shirataki
                      Mi Shirataki dibuat dari pokok konjac (lebih lanjut mengenainya di sini). Ia mengandungi kalori yang sangat rendah, hanya 20 kalori atau kurang untuk 1 hidangan. Mi Shirataki terdapat dalam pelbagai bentuk dari angel hair, fettuccine, penne dan sebagainya. Hanya basuh bersih-bersih, celurkan mi dan masak atau letak sos mengikut selera anda.

                      5) Ubi Bit (Beet root)
                      1 kajian menunjukkan bahawa bit boleh meningkatkan prestasi dan mengurangkan jumlah oksigen yang diperlukan untuk melakukan sesi kardio. Beet root mengandungi nitrat, yang digunakan dalam pengeluaran oksida nitrik, sebatian yang menjadikan saluran darah mengembang, membolehkan lebih banyak darah dan oksigen mengalir ke otot anda. Beet root boleh dimakan mentah, dimasak, atau dibuat jus

                      6) Asparagus
                      Asparagus mengandungi Vitamin K adalah penting untuk pembekuan darah dan vitamin B yang perlu untuk metabolisme tenaga. Sebatang asparagus hanya mengandungi 3 kalori. Satu kajian baru-baru ini dalam Jurnal Sains Makanan melaporkan bahawa asparagus boleh membantu badan dalam mempercepatkan metabolisme alkohol.

                      Untuk kesihatan anda amalkan selalu kesemuanya sebagai makanan.

                      Friday 11 January 2013

                      Cat Bercahaya Tanpa Lampu Untuk Lebuhraya

                      Lebuhraya yang bercahaya dalam gelap tanpa perlukan lampu jalan akan dibina pada pertengahan tahun 2013 di negara Belanda. Cat yang digunakan menyebabkan penanda trafik, garisan-garisan bercahaya dalam gelap di atas lebuhraya.


                      Lebuhraya ini menggunakan sejenis cat yang dimajukan oleh sebuah syarikat yang dipanggil Studio Roosegarde. Syarikat ini telah memajukan sejenis cat istimewa yang mengandungi serbuk bercahaya (photo luminescent powder) menggantikan cat jalan biasa.

                      Cat ini direka untuk mengcaj sendiri pada waktu siang, menyimpan tenaga dari cahaya matahari bagi mengeluarkan cahaya pada waktu malam atau minimum selama 10 jam.

                      Selain itu, Studio Roosegarde juga telah membangunkan cat yang sensitif kepada suhu. Bila suhu turun kepada darjah tertentu seperti tahap salji turun, ia akan mengeluarkan cahaya menyerupai kepingan salji (snow flake) yang besar di atas lebuhraya untuk memberi amaran jalan licin akibat salji di hadapan.



                      Amaran ini direka untuk memberikan pemandu masa untuk memperlahankan kenderaan untuk menghadapi jalan bersalji yang licin terutama bahaya seperti black ice (salji nipis yang menyebabkan jalan menjadi licin tapi salji ini tidak dapat dikesan oleh pemandu).


                      Kebaikan cat ini:
                      1. Menjimatkan tenaga elektrik kerana tidak perlukan cahaya dari lampu bagi membuatkannya bercahaya.
                      2. Sesuai untuk kawasan terpencil yang tiada lampu jalan.
                      3. Mengurangkan kos pencahayaan untuk lebuhraya.
                      Cat ini masih memerlukan beberapa tahun lagi untuk dimajukan sepenuhnya di negara Belanda sebelum ia mula digunakan di seluruh dunia untuk lebuhraya.

                      Thursday 10 January 2013

                      Apakah 12 Tanda Penderaan Oleh Pasangan Anda?

                      Dera adalah perkara yang boleh menjadi kebiasaan dalam perhubungan sesuatu pasangan. Adakah anda didera?

                      Dera mungkin terjadi dalam hubungan anda jika berlaku faktor-faktor berikut dalam hubungan anda. Lebih banyak jawapan "ya" kepada faktor atau soalan berikut akan menunjukkan yang anda didera oleh pasangan anda dan anda perlu bertindak meminta pertolongan atau melaporkan pada pihak berkuasa.

                      Soalan-soalan yang patut anda tanya ialah:

                      1. Adakah anda takut pada pasangan anda pada kebanyakan masa?
                      2. Adakah anda mengelakan topik-topik tertentu atau mengambil masa yang panjang untuk memikirkan cara bagaimana untuk bercakap tentang topik-topik tertentu dengan pasangan anda supaya ia tidak menimbulkan rasa marah atau reaksi negatif dari pasangan anda?
                      3. Adakah anda merasa anda tidak dapat melakukan perkara yang betul untuk pasangan anda atau untuk membuat mereka senang dengan anda?
                      4. Adakah anda merasa begitu teruk dengan diri sendiri sehingga merasakan anda layak didera secara fizikal?
                      5. Adakah anda telah hilang rasa hormat dan cinta kepada pasangan anda?
                      6. Adakah anda kadang-kadang terfikit yang anda bahawa andalah yang tak betul, mungkin andalah yang bersalah yang menyebabkan kelakuan pasangan anda menjadi tak menentu?
                      7. Adakah kadang-kadang terfikir untuk membunuh pasangan anda supaya dia tidak mendera anda lagi?
                      8. Adakah anda bimbang pasangan anda akan membunuh anda?
                      9. Adakah anda bimbang yang pasangan anda akan mengambil anak-anak dari anda?
                      10. Adakah anda merasa tidak tahu di mana tempat untuk mendapatkan bantuan/pertolongan?
                      11. Adakah anda merasa seperti tidak beremosi (emotionally numb)?
                      12. Adakah anda didera semasa kanak-kanak atau adakah anda membesar dalam suasana keluarga yang penuh dengan keganasan dan kekerasan? Keganasan di rumah adalah biasa bagi anda?
                      Jika anda mempunyai tanda-tanda di atas jelaslah menunjukan anda didera dalam perhubungan dengan pasangan anda. Segeralah dapatkan pertolongan dari pihak berkuasa untuk mengelakan anda terus didera.

                      Wednesday 9 January 2013

                      Pokok Kantung Rezeki

                      Pokok yang menarik kerana ada kantung dan mudah tumbuh. Ia dinamakan kantung rezeki, sungguh menarik adalah pokok.



                      Pokok ini adalah sejenis pokok yang menjalar dan perlukan sokongan untuk tumbuh menegak. Pokok ini menarik kerana:

                      1. Senang ditanam dan mudah tumbuh.
                      2. Hanya perlukan ruang yang kecil, boleh ditanam dalam bangunan dan perlukan sedikit penyelenggaraan.
                      3. Tampak eksotik dan boleh menjadi topik perbualan.
                      4. Boleh dijadikan sebagai hadiah terutama pada tahun baru Cina kerana ada yang menganggap pokok ini auspicious.
                      5. Ia mengandungi kantung yang menarik yang terdiri dari daun yang diubasuai menjadi kantung. Ketika tumbuh meliar kantung ini digunakan oleh semut untuk tempat tinggal dan berfungsi mempertahankan pokok dari serangan pemangsa. Dan pokok ini pula memberi perlindungan dan makanan kepada semut.
                      Profil pokok Kantung Rezeki
                      Nama saintifik: Dischidia pectinoides.
                      Sinonim: D. Lanceolata, D. Vidalii.
                      Nama biasa: Kangaroo Pocket, Ant Plant, Kantung Rezeki (Melayu).
                      Nama cina: Jade Wealth Wallet, Green Ingot, Money-Loving Fruit, Brazilian Kiss and Frog Vine.
                      Sub-famili: Asclepiadaceae (Milkweed and Hoya family).
                      Famili: Apocynaceae.
                      Negara Asal: Filipina.
                      Kategori: Anggur berair epifit (Succulent epiphytic vine)
                      Dischidia berasal daripada perkataan Yunani "dis", bermakna 2, dan "schidia", bermakna rekah (merujuk kepada daun yang diubahsuai). 
                      Epifit berair berasal dari Asia tropika. Ia terdiri dari 80 spesis pokok.

                      Tuesday 8 January 2013

                      13 Tip Untuk Kesihatan Anda

                      Kesihatan amat penting untuk anda menjalani hidup yang gembira dan bertenaga. Berikut adalah 13 tip kesihatan:


                      1. Kesihatan badan perlu ditingkatkan dengan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
                      2. Kurangkan garam, gula, minyak dan santan dalam masakan.
                      3. Gunakan cara memasak yang tidak menggunakan banyak minyak seperti kukus dan rebus. Kurangkan menggoreng makanan
                      4. Jangan tambah garam kepada makanan yang telah dimasak.
                      5. Elakkan makanan yang tinggi kalori.
                      6. Lebihkan berjalan.
                      7. Selagi boleh gunakan tangga berbanding lif.
                      8. Lebihkan minum air.
                      9. Jangan tinggalkan (skip) masa makan untuk mengelakan peningkatan kolestrol darah dan lain-lain.
                      10. Kurangkan tekanan (stress) yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit.
                      11. Tingkatkan aktiviti di luar rumah.
                      12. Pastikan cukup tidor.
                      13. Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang penyakit dan untuk mengelakan penyakit yang tidak berjangkit (non communicable diseases).
                      Amalkan tip di atas untuk kesihatan.

                      Monday 7 January 2013

                      Anjing Untuk Membantu Orang Buta Islam?

                      Anjing sebenarnya boleh digunakan oleh orang islam yang buta sebagai guide dog. Yang paling dicari dan dikehendaki ialah yang telah dilatih dari kecil untuk menjadi mata dan telinga kepada orang buta, ia adalah anjing perkhidmatan iaitu guide dog atau anjing pelatih.


                      Anjing pemburu, pengawal dan pembimbing boleh digunakan tanpa apa-apa isu kata mufti Perlis Dr Juanda Jaya. Anjing pelatih/pembimbing (guide dog) dilatih untuk meningkatkan mobiliti orang buta dan telah terbukti untuk membantu mereka hidup berdikari.

                      Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, umat Islam dibenarkan untuk membela anjing jika ia telah dilatih untuk menjadi anjing pengawal atau wacth dog, anjing penjaga kebun atau anjing untuk melihat (seeing dog) untuk orang buta. 

                      "Ia berkata dalam hadis menyatakan, malaikat tidak suka salakan anjing dan tidak akan memasuki rumah di mana anjing disimpan. "Kita dibenarkan untuk menjaga mereka, selagi mereka tidak disimpan di dalam rumah, dan kita perlu sertu jika kita menyentuh anjing apabila mereka basah."

                      Sertu, adalah perbuatan membasuh kulit anda dengan air 6 kali dan dengan campuran air dan tanah 1kali. Sertu sering disalah anggap sebagai Samak iaitu perbuatan membersihkan kulit haiwan dengan bahan-bahan kasar seperti pasir atau abu.

                      Telah terbukti orang buta boleh hidup berdikari dengan dibantu oleh anjing.

                      Sunday 6 January 2013

                      Muzium Wayang Kulit

                      Muzium wayang kulit? Kemungkinan anda tak pernah dengar kan? Ya, ini adalah galeri wayang kulit atau juga boleh dipanggil muzium wayang kulit.

                      Encik Mohd Dain Othman sedang membuat patung wayang kulit di woksyop galeri wayang kulitnya.
                      Muzium wayang kulit yang lebih dikenali sebagai galeri wayang kulit ini terletak di Kampung Morak, Tumpat, Kelantan. Galeri ini menempatkan pelbagai bahan yang berkaitan dengan wayang kulit seperti sejarah wayang kulit, persembahan wayang kulit, termasuk peralatan muziknya, patong wayang kulit dan buku.

                      Terdapat juga woksyop untuk membuat patung wayang kulit, pentas untuk persembahan wayang kulit dan kedai menjual buku, patung wayang kulit dan cenderamata berkaitan wayang kulit.

                      Ia telah ditubuhkan 4 tahun yang lepas oleh seorang bekas guru, Encik Mohd Dain Othman, telah berjaya menarik 2,000 orang pelawat,  setakat ini ke galeri wayang kulit ini, kebanyakannya pelancong asing. Encik Mohd Dain Othman emulakan galeri wayang kulit ini kerana beliau mendapati susah untuk mendapatkan bahan berkenaan wayang kulit walaupun dari perpustakaan tempatan ketika terlibat dengan wayang kulit semasa di universiti.

                      Beliau juga ingin mengekalkan wayang kulit sebagai budaya dari negeri Kelantan. Encik Mohd Dain Othman yang juga merupakan tok dalang, membuat persembahan wayang kulit bersama kumpulannya telah memulakan kelas tok dalang untuk melatih tok dalang dan pemuzik wayang kulit di galeri wayang kulit kepunyaannya ini.

                      Jemputlah ke galeri wayang kulit  Encik Mohd Dain Othman untuk mengetahui serba-serbi tentang wayang kulit.

                      Tuesday 1 January 2013

                      7 Cara Membuat Azam Tahun Baru Yang Berkesan

                      Tahun baru datang lagi, kebanyakan orang akan mempunyai azamnya sendiri. Menurut kajian orang yang mempunyai azam mempunyai 10 kali ganda mencapai matlamatnya berbanding dengan orang yang tidak mempunyai azam. Azam boleh dibuat bila-bila masa dan boleh juga dibuat pada tahun baru.

                      Tahun baru boleh dijadikan satu permulaan untuk membuat azam baru. 7 faktor yang membantu anda mencapai matlamat atau gol anda ialah:

                      1) Ketahui sebab & berasa terlalu inginkan matlamat yang telah anda buat. Ini akan membantu anda untuk menghadapi halangan yang bakal tiba.

                      2) Perlu spesifik. Jangan hanya kata ingin lebih bahagia, lebih kaya tapi buatkan dalam cara yang membolehkan anda untuk mengesan kemajuan anda dan mengukur kejayaan anda. Contohnya: jika anda ingin lebih masa bersama keluarga. Tentukan seminggu sekali keluar bersama keluarga atau jika ingin lebih sihat, tetapkan dalam seminggu berapa kali anda perlu bersenam.

                      3) Jangan hanya fikir sahaja tapi tulis. Orang yang menulis azamnya mempunyai 70% lebih tinggi peluang untuk mencapai azamnya berbanding orang yang tak menulisnya. Tulis matlamat spesifik anda dan tuliskan bagaimana anda akan merasa apabila anda telah dicapai dan tampal di sekitar pejabat/rumah anda di tempat yang senang anda lihat.

                      4) Reka persekitaran yang membantu anda. Jangan pandang rendah faktor sekeliling anda kerana ia akan membantu atau merosakkan azam anda. Buat carta kemajuan, rekrut pasukan sokongan di kalangan keluarga dan rakan-rakan anda, cari seseorang untuk membantu anda bertanggungjawab, upah jurulatih, sertai kumpulan, buat blog dan sebagainya. Begitu juga, jika ada orang atau perkara-perkara yang menarik anda ke bawah atau keluar laluan, tangani mereka secara langsung dan elakkan mereka.

                      5) Kecilkan usaha anda. Jangan terlalu banyak azam/matlamat, ini akan membuatkan anda kelam-kabut dan akhirnya tak mencapai apa yang dihajati. Sebaliknya dapatkan 1 azam yang besar dan kecilkan kepada beberapa matlamat yang kecil.

                      6) Fokus kepada proses. Jangan patah semangat jika anda tidak mencapai matlamat anda dengan cepat. Sebaliknya dapatkan kemajuan sedikit demi sedikit. Contohnya: jika anda mahu menjadi lebih cergas, beri tumpuan untuk berjoging jauh sedikit setiap kali anda keluar untuk berjalan kaki, bukannya terus berjoging sejauh 5 kilometer dalam tempoh seminggu. Kegigihan selalunya berbaloi.

                      7) Maafkan kegagalan anda.  Halangan dan kegagalan tidak akan menentukan kejayaan anda di masa hadapan tapi BAGAIMANA ANDA BERTINDAK BALAS terhadap kegagalan akan menentukan kejayaan anda. Jika berlaku kerosakan/kegagalan, bertenang, dan kembali kepada tingkah laku yang biasa diamalkan dengan baik, bukannya menyalahkan/menghukum diri sendiri.

                      Okay, jadi anda tidak pergi ke gym seperti anda rancang?. Bagaimana jika lakukan regangan (streching) selama 5 minit? Apabila proses menuju matlamat tergelincir dan tersandung, anda berada di pihak yang baik. Ia berlaku kepada semua orang. Hanya jangan biarkan kejadian yang tak diingini, halangan dan kegagalan mengganggu anda secara berlebihan. Jadikan ia sebagai pengajaran, buat penyesuaian sewajarnya, dan terus kembali kepada jalan yang sepatutnya. "Life rewards those who work at it".

                      Pastikan anda mencapai azam yang anda buat di tahun baru.