Showing posts with label Herba. Show all posts
Showing posts with label Herba. Show all posts

Thursday, 17 January 2013

Cara Menanam Daun Pasli

Pasli atau daun pasli juga dikenali sebagai daun sup adalah salah satu herba yang popular. Pasli adalah herba yang digunakan secara meluas dalam pelbagai gaya memasak untuk perisa atau sebagai hiasan. Sup dan salad biasanya menggunakan daun pasli.
Daun pasli berdaun rata (flat)
Daun pasli berdaun kerinting (curly)













Pasli boleh membersihkan toksin dalam badan dan membersihkan buah pinggang. Daun pasli mudah ditanam di dalam bekas kecil (pasu dan sebagainya) atau di dalam tanah di sudut halaman. Tiada alasan untuk membeli daun pasli dari pasar raya jika anda boleh menanam daun pasli dengan mudah di rumah.


Jenis (Variety)
Ada 2 jenis pasli iaitu jenis daun rata (flat) dan kerinting (curly).


Cara Menanam
Daun pasli memerlukan tanah yang lembap. Boleh ditanam secara hidroponik. Gunakan biji benih atau lebihan daun pasli yang dibeli dari kedai dengan syarat mereka masih segar.
Percambahan daripada biji benih mengambil masa kira-kira 4 minggu. Daun pasli hampir-hampir bebas makhluk perosak, tetapi kadang-kadang ia boleh mendapat serangan kulat yang mereputkan.


Jenis Tanah
Pasli suka tanah yang bersaliran baik dan tanah yang lembap.. Jika daun pasli ditanam di dalam bekas pastikan ia mempunyai lubang saliran yang mencukupi dan pastikan ia tidak tersumbat/tersekat.

Pasli akan berkembang dengan baik di dalam tanah yang adalah pH 6.0-7.0. Jika menanam bangunan tanah kompos (normal potting compost) biasa sudah mencukupi.


Penjagaan
Pastikan tanah tidak kering, siram air lebih kerap pada musim panas. Anda boleh menambah sungkupan pada tanah untuk mengurangkan kehilangan lembapan dan mengurangkan persaingan dari rumpai.

Penjagaan boleh dibuat setiap 4 minggu sekali. Selepas kira-kira setahun pasli akan mula menghasilkan biji benih dan tidak berguna untuk tujuan penuaian. Penanaman baru perlu dilakukan semula.


Penuaian
Daun pasli boleh dituai batang dan daunnya dengan meninggalkan pangkalnya untuk bercambah dan mengeluarkan daun pasli yang baru. Jika anda mahu menyimpannya untuk masa yang lama, daun pasli boleh dikeringkan atau dibekukan untuk mengekalkan kesegarannya.

Potong daun pasli dekat dengan paras tanah. Keratan di bahagian atas batang tidak akan menggalakkan pertumbuhan semula yang aktif.

Ia tidak akan tumbuh aktif lagi selepas mengeluarkan biji benih, jadi kenalah tanam semula yang baru.

Cubalah tanam kerana ia boleh tumbuh dengan mudah dan senang menjaga daun pasli.

Wednesday, 4 July 2012

Khasiat Halia, Kunyit, Bawang Putih dan Bawang besar

Bawang putih sejenis herba yang boleh mengurangkan risiko kanser, gastrik, ulser dan merendahkan tahap kolestrol anda. 
Herba/rempah yang anda gunakan pada setiap hari mempunyai khasiat kesihatan yang amat baik. Di antara herba yang biasa digunakan ialah halia, kunyit, bawang putih dan bawang besar.

Di antara khasiat yang ada ialah:

Halia
  1. Bahan aktifnya flavonoid gingerol dapat mengurangkan dan mengelak penyebaran sel-sel kanser.
  2. Mengurangkan mabuk dalam perjalanan.
  3. Merendahkan tahap kolestrol.
  4. Mengelakkan pembekuan darah, mengurangkan keganansan platelet dan mempunyai sifat anti radang yang boleh melawan penyakit jantung.
Kunyit
  1. Flavonoid curcumin bahan aktif yang terdapat dalam kunyit dapat mendorong kematian sel-sel kanser.
  2. Ia juga dapat mengurangkan saiz tumor kolon sehingga 57%.
  3. Curcumin juga dapat menghalang perkembangan sel-sel kanser.
Bawang putih
  1. Pengambilan bawang putih yang tinggi dapat mengurangkan risiko kanser kerana ia menghalang pembentukan nitrosamine (sejenis karsinogen) dari makanan yang dimakan.
  2. Bawang putih mentah atau dimasak yang ditambah pada makanan dapat mengurangkan risiko kanser colorectal (kanser kolon atau rektum) sehingga 30%.
  3. Boleh mengurangkan jumlah kolestrol sehingga 31%.
  4. Menurunkan triglycerides dan kolestrol yang tak baik (LDL kolestrol) sehingga 50%.
  5. Allicin bahan aktif dalam bawang putih boleh membunuh bakteria H Pylori (bakteria yang menyebabkan masalah penghadaman termasuk gastrik dan ulser.)
Bawang besar
  1. Herba yang boleh membunuh 100% bakteria dalam makanan.
  2. Bahan aktif flavonoid quercetin boleh melawan tumor pada paru-paru dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
  3. Mengawal alergik pada hidung.
  4. Mengurangkan risiko kanser prostate.
  5. Melindungi dari penyakit jantung.
Tambahkan herba/rempah di atas, halia, kunyit, bawang putih, bawang besar dan lain-lain ke dalam makanan anda setiap hari untuk kesihatan.

Saturday, 30 June 2012

Rempah dan Herba Untuk Kesihatan

Bawang besar adalah sejenis herba yang boleh membunuh kuman 100% dalam makanan, mengurangkan risiko kanser,   diabetes dan antioksida yang bagus.
Herba pada umumnya  adalah mana-mana bahagian tumbuhan seperti daun, biji, atau bunga dan lain-lain yang digunakan untuk perisa, makanan, perubatan, atau minyak wangi. (Istilah botani pula herba ialah tumbuhan yang tidak berkayu). Rempah pula ialah herba yang telah dikeringkan.

Di antara khasiat dan faedah herba dan rempah ialah:
  • Bawang putih, bawang merah (besar dan kecil), allspice dan oregano boleh membunuh bakteria 100%.
  • Thyme, kayu manis, lada benggala, cengkih, serai, bay leaf, rosemary, marjoram, mustard, tarragon dan jintan putih dapat membunuh bakteria 75% - 90%.
  • Pasli cina, buah pala, caraway, daun pudina, daun ketumbar, dill, daun selasih, sage dan fennel boleh membunuh bakteria sebanyak 50% - 72%.
  • Kayu manis, cengkih, bay leaves, bawang putih dan merah (kecil dan besar) bagus untuk mengurangkan diabetes.
  • Peria juga bagus untuk diabetes, memperbaiki tahap glycogen pada hati dan menurunkan tahap kolestrol dalam darah.
  • Kunyit dan bawang merah (besar dan kecil) dapat mengurangkan pra-kanser lesion (tisu yang tak normal) pada usus.
  • Halia, cengkih, daun ketumbar, kayu manis, dill, oregano, rosemary, sage, lavender, thyme, anise, basil dan cardamon dapat mengurangkan kekejangan usus.
  • Bawang putih, halia, kunyit, bawang merah (kecil/besar), rosemary dan oregano bagus untuk antioksida.
Gunakan herba dan rempah sebagai makanan harian anda untuk kesihatan anda.