Wednesday 27 February 2013

10 Jenis Makanan Untuk Mengurangkan Lemak di Perut

Makanan yang anda makan seharian boleh menyumbang kepada penambahan dan pengurangan lemak di perut anda. Kesesuaian perlu dalam pemilihan makanan.

10 Jenis Makanan yang menyumbang dalam mengurangkan lemak di perut ialah:

1. Minyak

Minyak yang tertentu sangat bermanafaat kepada kesihatan. Minyak flaxseed dan walnut kaya dengan asid alfa-linolenik, yang akan ditukarkan oleh badan anda kepada asid lemak Omega-3. Minyak zaitun extra-virgin mempunyai ciri antibakteria yang kuat.

Minyak zaitun juga mengandungi fitokimia yang dipanggil polifenol, yang boleh membantu mencegah penyakit kardiovaskular dan kanser dan mengurangkan keradangan dalam badan.
Minyak canola, bijan, bunga matahari, safflower dan kacang soya kaya dengan vitamin E.

2. Avokado

Avokado kaya dengan serat, vitamin K, kalium dan folat yang juga memberi perlindungan kepada jantung, Avokado mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ia juga boleh membantu menurunkan tahap kolesterol yang rendah, mengurangkan risiko penyakit jantung, dan degenerasi makula, punca utama masalah buta.

3. Buah Zaitun


Buah zaitun selain mengurang lemak di perut, ia adalah sumber yang kaya dengan besi, vitamin E, copper dan serat.


4. Kacang dan biji-bijian

Kacang dan biji-bijian juga adalah sumber yang baik dan kaya dengan nutrien penting, termasuk protein, serat, besi, zink, magnesium, copper, vitamin B dan vitamin E.

5. Coklat Gelap (Dark Chocalate)

Ia kaya dengan flavanols dan Proanthocyanins, coklat gelap meningkatkan tahap kolesterol baik, HDL. Ia juga mengandungi bahan-bahan semulajadi yang membantu mengawal paras insulin dan berehat saluran darah, menurunkan tekanan darah, dan menyediakan mineral penting termasuk tembaga, magnesium, kalium, kalsium dan besi.

6. Ikan Salmon

Ikan berlemak seperti salmon juga membekalkan sumber yang kaya dengan asid lemak omega-3.

7. Blueberi

Blueberi sememangnya kaya dengan antioksidan, vitamin C, manganese dan serat.

8. Epal

Hasil penyelidikan ke atas epal memberikan hasil yang amat positif. Penemuan terbaru menunjukan terdapat sebatian fitonutrien yang amat bermanafaat untuk mengelakkan penyakit dan membantu badan anda berfungsi dengan normal dalam epal, termasuk quercetin, catechin, phlorizin dan antioksida asid chlorogenic.

9. Brokoli 

Ia tinggi kandungan serat, yang membantu dalam penghadaman, mencegah sembelit dan mengekalkan gula darah rendah, dan menahan dari makan berlebihan.

10. Ayam 

Ayam adalah sumber protein yang sangat baik. Pilih ayam tanpa kulit dan dada ayam kerana dada ayam adalah yang paling rendah lemak dalam ayam. Cara memasak juga jangan yang menggunakan minyak yang banyak.

Untuk memberikan kesan terbaik jangan lupa bersenam di samping kesesuaian pemilihan makanan.

Sunday 24 February 2013

10 Cara Untuk Mendapatkan Tenaga Anda Kembali

Tenaga diperlukan untuk pergerakan dan segala aktiviti harian anda. Amat penting sekali jika anda menjalani hidup yang aktif atau mempunyai kerjaya sebagai ahli sukan, sememangnya anda memerlukan tenaga.

Tenaga kadang-kadang atau selalu berkurangan bagi sesetengah orang. 10 cara untuk mendapatkan tenaga ialah:


1) Atasi Masalah Kesihatan

Kekurangan tenaga atau keletihan berlaku jika anda mengidap penyakit seperti diabetes, penyakit jantung, arthritis, anemia, penyakit thyroid, and masalah tidur (sleep apnea). Jumpa doktor untuk mengatasinya. Keletihan juga disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti ubat untuk tekanan darah, antihistamin, diuretik, dan ubat-ubatan lain. Jumpa doktor anda jika anda mengalami keletihan setelah mengambilnya.

2)  Lakukan Pergerakan atau Senaman

Senaman boleh meningkatkan kecekapan jantung, paru-paru, dan otot. Jika anda merasa letih cuba lakukan senaman untuk mendapatkan semula tenaga yang hilang walaupun ini perkara terakhir yang anda ingin lakukan sewaktu keletihan.

3) Lakukan Yoga

Senaman sememangnya boleh membantu anda berasa bertenaga dan yoga adalah antara yang terbaik. Kajian menunjukan walaupun anda sudah lanjut usia dan selalu kekurangan tenaga, yoga masih boleh membatu anda cergas semula jika dilakukan secara konsisten dan berterusan. Satu kajian ke atas lelaki dan wanita yang berumur 65 - 85 tahun yang melakukan yoga selama 6 bulan melapurkan berasa lebih sihat dan bertenaga.

4) Minum Banyak Air

Kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan anda keletihan. Untuk mengetahui badan anda mendapat air yang cukup atau tidak ialah dengan melihat warna air kencing, jika ia berwarna kuning pucat kandungan air dalam badan mencukupi tapi jika warna lebih gelap maka badan anda kekurangan air.

5) Tidur Awal

Tak cukup tidur juga menyumbang kepada keletihan. Jadi tidur lebih awal untuk mendapatkan tenaga yang diperlukan. 

6) Ikan

Asid omega 3 dalam ikan bukan saja bagus untuk jantung anda tetapi juga memberi tenaga. Kajian menunjukan pengambilan minyak ikan selama 21 hari ke atas para sukarelawan menghasilkan  tindak balas metal yang lebih cepat dan mereka dilaporkan berasa lebih bertenaga.

7) Ikut Waktu Biologi Badan Anda

Ada orang lebih bertenga di waktu pagi dan ada pula berasa lebih bertenaga di waktu petang. Ikut masa biologi badan anda untuk melakukan aktiviti anda.

8) Kurangkan Berat Badan

Pengurangan berat badan bagi anda yang mengalami masalah kegemukan sudah pastinya akan memberikan tenaga yang lebih. Untuk menurunkan berat badan, makan makanan seimbang, dan tingkatkan aktiviti fizikal.

9) Makan Lebih Kerap

Makan lebih kerap juga boleh membantu memberikan tenaga, tapi awasi jumlah dan jenis makanan yang diambil. Makan dalam jumlah yang sedikit setiap kali dan pilih makanan berserat tinggi dan rendah lemak setiap kali anda makan untuk mengelakkan peningkatan berat badan.

10) Mengambil Makanan Tambahan.

Pelbagai makanan tambahan pemberi tenaga terdapat di pasaran. Antranya ialah power boost dari IKSB. Ia diperbuat dari makanan sunnah dan amat sesuai untuk mereka yang selalu bergerak aktif dan ahli sukan. Kanak-kanak boleh mengambilnya dan sangat menggemarinya juga kerana rasanya yang sedap seperti perisa oren.

Untuk keperluan badan anda amalkan gaya hidup yang sihat dan pengambilan makanan yang sesuai dan seimbang bagi mendapatkan keperluan tenaga.

Thursday 14 February 2013

Makan Awal Untuk Menjaga Berat Badan

Makan tengahari dan makan malam awal boleh membantu dalam mengawal berat badan dan kesihatan anda. Satu kajian yang baru telah diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Obesiti mencadangkan adalah terbaik untuk tidak makan terlalu banyak kalori ketika lewat waktu makan.


Makan sebelum pukul 3 petang memberikan kehilangan berat badan lebih besar berbanding mereka yang makan lewat mengikut kajian terbaru dari Sepanyol. Ini berlaku walaupun jumlah kalori yang sama diambil berbanding orang yang makan tengahari atau makan malam pada waktu yang lewat.

"Kajian ini menunjukkan bahawa ia bukan hanya apa yang kita makan tetapi masa kita makan adalah penting," kata penulisnya Frank Scheer, yang mengarahkan Program Chronobiology Perubatan di Brigham dan Hospital Wanita di Boston.

Kajian ini juga menunjukan, orang-orang yang makan lewat dan tidak hilang sebegitu banyak berat badan juga cenderung untuk meninggalkan (skip) sarapan pagi atau hanya makan sedikit saahaja pada waktu pagi.

Menurut Scheer, makan seolah-olah menghantar isyarat kepada jam badan anda, kelewatan makan satu hidangan besar sehingga lewat hari, mengganggu putaran jam biologi badan anda.

Apabila masa makan tidak sepadan dengan kitaran tidur-jaga (sleep-wake), jam induk di dalam otak tidak selari (atau terputus) dengan sel-sel badan yang mengawal metabolisme. Dengan putusnya hubungan ini, sistem kompleks yang mengawal berat badan juga tidak berfungsi.

Untuk mengawal berat badan dan kesihatan anda, jagalah waktu makan.

Thursday 7 February 2013

Mata Bionik Pertama di Dunia

Mata adalah salah satu organ yang sangat penting untuk kelangsungan hidup anda. Pernah dengar mata bionik? Mata bionik baru saja dikeluarkan di USA dan ini memberikan harapan kepada orang yang cacat penglihatan untuk melihat menggunakan mata.

Mata bionik ini telah berjaya dikeluarkan oleh sebuah syarikat iaitu Second Sight Medical Products setelah melakukan penyelidikan selama bertahun-tahun. Ini adalah mata bionik pertama di dunia yang akan didapati secara meluas di pasaran. Mata bionik ini dinamakan Argus II Retinal Prosthesis System.

Ia terdiri daripada 60 elektrod yang diimplan (memerlukan pembedahan) di dalam retina dan cermin mata yang dilengkapi dengan kamera mini khas bagi bantuan penglihatan.


Argus II memberi manafaat kepada orang yang mempunyai masalah Retinitis Pigmentosa, penyakit genetik yang jarang berlaku, yang menyebabkan degenerasi photoreceptors retina.

Sel-sel photoreceptor menukar cahaya kepada impuls elektrokimia yang dihantar ke otak melalui saraf optik, di mana ia akan di tukar kepada imej. Postesis bertindak menggantikan fungsi photoreceptors.

Hasil yang didapati adalah berbeza di antara pesakit yang telah menerima mata bionik ini. Ada yang nampak sehingga dapat membaca tajuk-tajuk berita di akhbar. Kebanyakan dari mereka mampu melihat dalam hitam putih tetapi ada juga yang dapat melihat dalam warna-warni.

Selain dari USA, mata bionik ini telah berada di beberapa negara eropah dengan harga 73,000 euro.
Dengan adanya mata bionik pertama ini para penyelidik lain sedang bersaing untuk membangunkan mata bionik mereka sendiri, yang akan menawarkan imej resolusi yang lebih tinggi.

Mata bionik memberikan harapan untuk melihat kepada orang yang cacat mata.

Friday 1 February 2013

6 Khasiat Lemon Untuk Kesihatan (Hati) Anda

Lemon sejenis buah yang masam dan sangat beralkali sangat baik untuk hati anda. Hati merupakan sebuah organ yang sangat sibuk berfungsi sebagai pengawas badan anda, menangani segala-galanya daripada menapis darah sehingga metabolisma karbohidrat, lemak dan protein boleh dibersihkan oleh lemon.

Lemon dijual dengan harga USD1 pada tahun 1849 bersamaan dengan USD30 hari ini, ketika California Gold Rush di Amerika.

Lemon menyejukkan, membuat pembersihan, detoksifikasi, meremajakan (awet muda), antimikrob, antiseptik dan anti mukus.

Anda hanya perlukan separuh buah lemon, perah jusnya ke dalam segelas air sejuk atau suam (jangan gunakan air ais). Minum pertama sekali selepas bangun pagi semasa perut kosong dan anda akan mendapat faedah berikut:
  1. Antioksidan. iaitu hesperitin, naringenin, fitonutrien flavonoid dan Vitamin C yang merupakan antioksidan yang kuat. Antioksidan membantu melindungi daripada kerosakan oleh radikal bebas.
  2. Alkali (Alkalizing). Pemakanan yang tinggi dengan gula, kanji, lemak dan protin menjadikan badan anda berasid. Walaupun jus lemon berasid, ia sebenarnya mempunyai kesan alkali. Ini disebabkan oleh kandungan mineral yang tinggi pada lemon seperti kalium, kalsium, magnesium dan fosforus.
  3. Membantu pencernaan. Segelas air dengan jus separuh lemon, diambil 20-30 minit sebelum makan, akan merangsang asid perut dan membantu penghadaman. Selain itu, ia sangat berguna jika anda duduk untuk makan banyak ketika keramaian atau meraikan sesuatu.
  4. Baik untuk hati. Lemon amat bermanfaat untuk hati kerana jus lemon menggalakkan pengeluaran cairan hempedu. Hempedu membantu untuk mengemulsikan lemak dan menghapuskan toksin dari badan. Lemon juga membantu hati menghasilkan lebih banyak enzim.
  5. Menggalakkan bowel movements (buang air). Sesetengah orang mengatakan mereka tidak lagi memerlukan kopi untuk "buang air" apabila mereka mula minum air lemon setiap pagi.
  6. Anda boleh melihat perubahan pada diri anda, kulit kelihatan lebih baik dan yang anda berasa kurang letih sepanjang hari.
Lain-lain cara untuk menikmati buah lemon ialah:
  • Buat air limau yang menyegarkan pada hari yang panas dibuat dari jus lemon, air, dan pemanis semula jadi pilihan. Tambah secubit garam laut untuk minuman bagi menggantikan elektrolit.
  • Anda boleh tambah lemon kedalam smoothie anda.
  • Gunakan jus lemon untuk perasa sup.
  • Anda pernah makan lemon dengan asam kecut? Sedap kan...
Kerosakan hati, keracunan hati, kanser hati dan pelbagai penyakit hati selalunya mendatangkan kesang yang serius pada badan anda. Ambil peluang keemasan yang ada dari lemon ini, ianya mudah dan tak mahal. Sungguh mudah untuk mendapatkan hati yang sihat dan badan secara amnya dengan hanya menggunakan lemon.