Sunday 27 February 2011

Lima Rahsia Awet Muda


Lima rahsia ini melibatkan seluruh panca indera kita.

Bagaimana caranya? Salah satu caranya ialah dengan memastikan ketajaman dan sensitiviti deria kita dengan melakukan beberapa latihan tertentu.

1. Deria pendengaran
Dengar dan hargai semua getaran bunyi dan suara di sekeliling kita. Bukana hanya mendengar muzik kegemaran kita sahaja. Duduk berhampiran tingkap yang terbuka, buka pendengaran anda, tutup mata, diam dan dengar segala bunyi yang ada.

2. Deria Penglihatan
Sudah anda tidak mempunyai masalah untuk melihat sesuatu yang besar dan luas. Mulakan memerhati sesuatu yang kecil seperti semut berjalan, daun jatuh dan lain-lain lagi. Selain itu perhatikan perlakuan orang dan fahami gerak-geri bahasa tubuh mereka.

3. Deria rasa
Siapkan makanan dengan nasi dan lauk berasingan. Makan dengan perlahan dan nikmati rasa makanan yang berlainan.
Perhatikan bagaimana tekstur makanan terasa pada gigi dan lidah. Kunyah perlahan-lahan.

4. Deria bau
Kumpul bahan yang mempunyai bau seperti bunga, tumbuh-tumbuhan, daun, buah, sabun wangi dan lain-lain. Tutup mata anda dan ambil satu benda pada satu masa dan biarkan diri anda menyerap aroma satu persatu.

5. Deria sentuhan
Ambil barang-barang yang mempunyai berat dan tekstur yang berbeza. Contohnya kerang, kain sutera dan batu. Letak di atas meja, tutup mata, ambil barang-barang tu satu persatu dan rasa tekstur, suhu dan berat setiap barang. Deria sentuhan kita menyediakan sumber maklumat penting dan sumber utama kesenangan.

Thursday 24 February 2011

Eye On Malaysia ditukar kepada Malaysia Eye


Anda pernah naik Eye On Malaysia?

Tak lama lagi Melaka akan mendapatkan ferris wheelnya yang baru untuk menggantikan Eye On Malaysia yang telah ditutup kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Kali ini ia akan dinamakan Malaysia Eye dan lebih besar lagi dari sebelumnya. Berdiri setinggi 88m, mengandungi 54 gondola berhawa dingin akan membuat pusingan selama 16 minit setiap kali. Dijangka siap pada 1 Dis 2011.

Akan dibina di Pulau Melaka bukan di tapak Eye On Malaysia sekarang di Kota Laksamana kerana ia lebih tinggi akan mempunyai implikasi dan projek perlu diluluskan oleh Unesco sebab tempat itu berstatus World Heritage Sites.

Sunday 20 February 2011

Junk Food Merosakkan Otak Anak Kecil


Anak-anak kecil yang makan junk food boleh mengalami kerosakan kekal pada otak mereka.

Sebuah kajian menunjukkan mereka yang makan lebih banyak cip, kerepek, biskut dan pizza sebelum berumur tiga tahun mempunyai IQ lebih rendah lima tahun kemudian.

Perbezaannya boleh mencapai sebanyak 5 mata IQ berbanding dengan anak-anak yang diberikan diet sehat dengan buah, sayur dan makanan yang dimasak di rumah.

Para penyelidik di Bristol University mengatakan zat makanan yang baik sangat penting dalam tiga tahun pertama kehidupan kita ketika otak tumbuh pada kadar terpantas.

Anak-anak kecil yang makan makanan yang tinggi kandungan lemak & gula dan makanan berproses, mengambil terlalu sedikit vitamin dan nutrisi, menyebabkan otak mereka tidak mungkin dapat tumbuh ke tahap optimum.

Sunday 13 February 2011

Sambutan Hari Ulangtahun 6 RRD Yang ke-41

Pada 12 Feb 2011, semasa kami mengendalikan majlis menyambut menantu Mejar Khalid dan Puan Azizah di Dewan Dato' Othman Harun, Wardieburn Kem, di padang kawad sebelah dewan ini telah diadakan Sambutan Hari Ulangtahun 6 RRD Yang ke-41. Sangat menarik dan infomatif.

Antara acara menarik yang diadakan ialah seperti berikut:-


Wah! Papan kenyataan dia, best. Gagah Setia lagi, dari jauh nampak hebat sangat.








Kelihatan khemah-khemah yang didirikan untuk pelbagai gerai yang disediakan sempena hari istimewa ini.







Ini pelik sikit, sejenis makanan dinamakan ondeh-ondeh tapi rupa dia tak sama macam ondeh-ondeh yang kita biasa tengok. Lupa pulak saya nak tanya ia dibuat dari apa...






Di antara booth yang ada. Bermacam-macam jenis barang ada seperti makanan, majalah & buku, peralatan elektronik seperti tv (tv LCD 42" cuma RM40 saja, tapi saya tak sempat beli), permainan baling tin, teka duit syiling dalam tabung buluh, teka berat kura-kura dan sebagainya.





Pancaragam yang mengadakan persembahan nyanyian dan muzik di pentas. Mereka kelihatan sihat dan ceria walaupun hari panas terik.







Biawak panggang, ekornya dah dipotong. Ini adalah antara makanan yang di pamirkan di sebuah khemah untuk survival, bila dah kehabisan makanan ketika berada di hutan, apa sahaja makanan yang boleh dimakan akan digunakan.





Satu lagi makanan untuk survival, umbang ikan keli dan umbang ayam. Boleh rasa... saya dah cuba, sedaap, rasa macam sup. Umbang ikan keli lebih sedap dari ayam. Ia dibakar dalam buluh macam buat lemang. Kelihatan juga pucuk kayu yang boleh dimakan dari hutan yang telah dipanggang sebelum dimakan.

Saturday 12 February 2011

Katering Wardieburn Kem 12 Feb 2011

Majlis katering untuk menyambut menantu untuk anak lelaki Mejar Khalid dan Puan Azizah iaitu Izwan dan Najihah isterinya. Di adakan di Dewan Dato' Othman Harun, Wardieburn Kem, Setapak, Kuala Lumpur.

Kira-kira jam 9.30pagi semua kelengkapan makanan & minuman dan perkakas telah dimuatkan ke atas lori.







Tiba di Dewan Dato' Othman Harun, Wardieburn Kem, Setapak, Kuala Lumpur. Tempat majlis dilangsungkan.






Persiapan makanan dan minuman di mulakan di sebelah kiri dewan. Teh tarik dan acar jelatah disediakan di tapak majlis.







Sedia menerima tetamu dengan jamuan makanan yang segar dan lazat dari Shasha Catering.com.








Pengantin dah tiba dan sedia untuk makan. Majlis berjalan dengan lancar dan tamat kira-kira jam 4.00 petang.

Selamat Pengantin Baru Izwan dan Najihah, semoga bahagia selamanya.

Tuesday 8 February 2011

Peribadikan Senaman Anda

Jika azam tahun baru anda adalah untuk bersenam dan ingin mengekalkannya anda hendaklah lakukan senaman yang sesuai dengan personaliti anda.

Jika anda tidak pernah melepasi deadline atau selalu tepat masa anda mungkin sangat cermat. Anda boleh memilih kegiatan solo seperti weghlifting atau treadmill. Kegiatan seperti ini "tidak memerlukan koordinasi dengan orang lain atau keadaan cuaca, memberikan orang-orang yang jujur rasa berada dibawah kawalan" yang mereka suka.

Jika anda tidak suka membuat plan dan mempunyai tempoh perhatian yang pendek, anda mungkin lebih impulsif. Memilih untuk kegiatan fizikal yang dapat memberikan anda terburu-buru, seperti berlari atau sukan berkumpulan.

Jadikan matlamat kecergasan yang lebih besar atau tujuan untuk penurunan berat badan menjadi lebih kecil, untuk lebih mudah dikendalikan. Contohnya, jika anda bertujuan untuk menjalankan sebuah maraton dalam satu tahun, tambahkan jarak larian anda sedikit demi sedikit sehingga mencapai 5 kilometer sebulan.

Orang yang suka bersosial mendapatkan dorongan tenaga dari berinteraksi dengan orang lain, dan mereka sesuai untuk kelas berkumpulan atau sukan ber
pasukan. Pengecualian terhadap kelas yoga dan golf yang menarik jenis orang yang lebih tertutup.

Suka mengembara? Jika anda mempunyai rasa ingin tahu tak terpadamkan, anda sesuai untuk kegiatan di luar rumah seperti hiking, berlari, atau berbasikal.

Jika anda mudah merasa bimbang atau resah sebarang jenis senaman sesuai untuk menstabilkan emosi dan melegakan saraf.

Saturday 5 February 2011

Khasiat Buah-buahan

Semua orang tahu buah-buahan mengandungi pelbagai berkhasiat.

Anggur/kismis mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.

Oren menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Antioksidan membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

Epal mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan antioksidan.

Kiwi membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolestreol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (seperti pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.

Pear mempunyai antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.

Pisang mempunyai antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekaran darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan cirit-birit dan juga sembelit.

Pisang kaki menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.

Mangga adalah antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.


Sumber: Berita Harian

Thursday 3 February 2011

Gong Xi Fa Cai & Xi Nian Kuai Le!


Selamat dan sejahtera & Selamat tahun baru, itulah maksud Gong Xi Fa Cai & Xi Nian Kuai Le.

Selamat Tahun Baru Cina pada kawan-kawan yang berbangsa Cina. Tahun ni tahun Arnab kan.

Saya baru saja balik kerja ni, kebanyakan staff berbangsa Cina tak kerja.

Hari ni tak busy, pukul 2.45 petang saya dah keluar dari restoran. Masa tu bertembung dengan GM yang baru nak masuk bersama isteri dan 2 anak perempuan dia.

Dengar khabar sekarang dia tak tinggal hotel lagi tapi dah menetap di Bangsar pula. Betul ke?