Kesihatan boleh diperolehi salah satunya dengan cara makan makanan yang menyihatkan. Karot adalah sejenis sayuran jenis ubi yang sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. Mungkin ramai yang menyangka karot berasal dari negara barat, tapi sebenarnya ia berasal dari Asia.
Karot mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita. Seperti semua orang tahu karot mengandungi beta kerotin (yang akan ditukar kepada vitamin A dalam badan kita) yang tinggi selain dari sebahagian besar serat dan karbohidrat terdapat juga sedikit protin, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium dan thiamine.
Di antara khasiat kesihatan daripada karot ialah:
- Karot sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.
- Memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).
- Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.
- Karot sangat terkenal dengan sifat anti kanser. Kajian menunjukan orang yang kekurangan beta kerotin 2 kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kanser (barah). Adalah baik untuk makan karot setiap hari bagi mengelakkan kanser. Ini adalah kerana beta kerotin di dalam karot mudah ditukar kepada vitamin A untuk kegunaan badan kita. Vitamin A juga penting untuk pertumbuhan sel yang sihat, sistem imunisasi (sistem petahanan/kekebalan badan dari penyakit) dan perlindungan terhadap kemerosotan (degenerasi) maskular.
- Kajian juga mendapati karot yang mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B, berkesan untuk melawan radikal bebas (bahan yang menyebabkan kanser) dalam badan kita.
- Lignin yang ditemui dalam karot juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk melawan sel-sel kanser.
- Karot juga mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti hipertensi juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Oleh kerana itu, juga dianggap sebagai diet yang baik bagi pesakit tekanan darah tinggi.
Karot adalah bahan yang larut dalam lemak, zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran minyak. Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus karot untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita. Lakukan ini demi kesihatan.
banyak rupanya khasiat carrot ni..tapi still tak minat sangat makan..selalu makan bila masuk dalam tomyam je
ReplyDeleteMinum jus carrot susu kat kedai
DeleteHazwan17: Kalau tak minat makan, apa kata buat jus. Ok ke?
ReplyDeletetak pernah cuba minum jus lobak merah, sedap ke?
ReplyDeletetapi saya makan lobak merah setiap hari.
Noridah: Jus lobak merah sedap. Cubalah ;)
Deletesangat2 sedap, badan rasa ringan dan wajah awet muda...in sya Allah..
DeleteJus lobak merah campur dengan susu pekat rasanya sedap
ReplyDeletesamin salim: Hmm... sedap! ;)
Deletecarrot certainly best
ReplyDeleteAnonymous: Betul tu ;)
DeleteBuatlah jus CEO, carot + epal + orange. Jangan campur gula.
ReplyDeleteAnonymous: Satu perkongsian yang bagus. Berkhasiat dan sedap pula. Boleh diamalkan selalu ni ;)
Deletetgh minum la nih... sedap bah...
ReplyDeleteAwek Cute: Bagus tu. Jadikanlah amalan seharian untuk kesihatan diri ;)
Deletebanyak rupanya khasiat karet ni..bunda memang suka makan keret..jus keret pun sedap..
ReplyDeleteMmg sedap
ReplyDeletejus karet memang sedap.betul ke, karet campur susu tak elok utk kesihatan?
ReplyDeleteJgn ambil karot dgn susu..tk berkesan nanti khasiatnya...ambil dgn gula atau lg elok, tanpa gula..jgn manis sgt..
ReplyDeleteSaya tiap pg sblum sarapan minum hus carrot..alhmdulillah gastrik dah kurang..
ReplyDeleteSaya tiap pg sblum sarapan minum hus carrot..alhmdulillah gastrik dah kurang..
ReplyDeletesaya memang suka jus lobak ni dgn susu satau tanpa susu pun sedap....
ReplyDeletejus lobak tanpa susu lagi bagu kot...
ReplyDeleteSaya nak tahu...dengan cara makan karot mentah, adakah ia baik atau sebaliknya? Sebad saya suka makan karot mentah cuma saya buang kulitnya sahaja. Boleh bagi pencerahan En Anonymous?
ReplyDeletepaling baik makan mentah.. nak lagi baik makan yang baru dipetik..
DeleteMohon share
ReplyDeleteSdp ke lobak merah mkn mnth. .
ReplyDeleteSaya selalu buat carot +oren tambah air sikit...
ReplyDeleteSoooodappppp goreng pun sodap
ReplyDeletesaya biasa makan mentah2 je. mengunyah sambil tengok tv.
ReplyDeleteDen suko makan montah2 je..rangup.
ReplyDeleteDen suko makan montah2 je..rangup.
ReplyDeleteUntuk rabun dekat elok dimakan ngan kulit dia sekali...
ReplyDelete