Thursday, 26 May 2011

Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011

Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 di PWTC, Kuala Lumpur berlangsung dari 25 - 29 Mei 2011. Hari kedua 26 Mei 2011 saya telah berkesempatan melawat Ekspo Beli Barangan Malaysia ini. Ekspo ini diadakan pada 2 tingkat, tingkat bawah(tingkat 3) dan tingkat atas (tingkat 4).

Kali ni kita kena masuk melalui tingkat atas, sebab pengunjung biasanya hanya bertumpu ditingkat bawah saja jika pintu masuk berada ditingkat bawah. Satu perubahan yang bijak.

Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat saya rakamkan pada lawatan ke Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 tersebut.


Madetill Event Management menjual dan menyewa peralatan untuk catering, keperluan makanan & minuman dan pelbagai majlis keramaian.





Sugar Flour sebuah sekolah untuk menghias kek dan confectionary, menjual macaron dengan harga RM10 sepeket yang mengandungi 4 biji macaron selain pelbagai jenis kek dan confectionary. Penggemar makanan yang berasal dari Perancis ini jangan lepaskan peluang untuk merasainya.





Ada juga booth yang memasang chocolate fountain dan menjual makanan seperti buah-buahan yang disalut dengan coklat cair ini. Harganya RM2.00 sahaja untuk setiap cucuk buah bersalut coklat dan ditabur kacang ini. Anda boleh pilih buah yang anda suka seperti strawberi, nenas, pisang dan sebagainya.





Di booth Dewan Bahasa & Pustaka selain buku berkenaan makanan, tumbuh-tumbuhan, jahitan dan lain-lain, buku ini sungguh menarik, Panduan Kemahiran Belajar Buzan. Terjemahan dari Bahasa Inggeris mengajar kita bagaimana untuk belajar dengan lebih berkesan serta cara membaca dengan laju. Bagus ni kalau kita baca.





Arils Centre kedai barangan kulit yang menjual beg, topi, tali pinggang, capal dan lain-lain. Warna capal ditentukan oleh warna kulit lembu yang didapati. Warna hitam dan coklat adalah biasa, tapi warna coklat cair (seakan-akan kelabu, tapi saya dah lupa apa warna panggilannya) sangat susah didapati dan amat digemari ramai. Menurut jurujualnya, warna coklat cair ni datangnya dari lembu susu.



Choky Black sebuah kedai biskut yang seakan-akan Famous Amos tu, tapi ini buatan Malaysia tau. Tengok biskut-biskut dalam balang tu, ada juga yang dah siap dipeketkan. Sedap-sedap biskut dia, cubalah.





Asfa Leather Enterprise dari Selangor sebuah lagi booth yang menjual barang-barang kulit. Terdapat topi, tali pinggang, key chain pelbagai bentuk, wallet untuk lelaki, purse untuk wanita, gelang kulit pun ada (yang macam lilit kat pergelangan tangan tu), beg sandang, selipar kulit dan macam-macam lagi. Menarik...



Ini pula Gerai OA yang menjual pelbagai barangan dari orang asli (atau orang asal seperti yang mereka panggil) dari seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak tanpa mengambil untuk. Dikendalikan oleh sukarelawan yang bekerja tanpa diberi gaji. Mereka tiada kedai dan barang dipamirkan bila ada ekspo yang beri tapak percuma atau harga rendah. Sukarelawan dan kedai amat di alu-alukan.


Booth yang menjual penapis air beralkali jenama 5 Star. Air beralkali sangat bagus, di antara kebaikannya ialah menghilangkan sakit lutut, mencergaskan badan, menghilangkan lenguh dan sakit-sakit badan, mengeluarkan toksin dari badan, mengeluarkan lemak berlebihan dari badan selepas kita makan makanan berminyak, awet muda dan sebagainya.



FACEBOOK
Become a Fan

2 comments:

  1. Hafizal: Boleh lah. Semuanya produk Malaysia. Seronok. Kalau boleh semua nak beli... ;)

    ReplyDelete