Sadhguru ~ The Key To Health
Sadhguru ada menyebutkan tentang imploded water. Pernah dengar imploded water? Kalau nak tahu boleh juga search google.
![]() |
| Cucian kering biasa digunakan untuk mencuci pakaian seperti kot ini |
| Amalkan tip penjimatan air untuk penggunaan air yang lebih berhemah |
Pada setiap hari kira-kira 10,000 tan sampah-sarap dibuang di Malaysia dan 10% darinya dibuang ke dalam perairan kita. Sampah dan bahan-buangan yang dibuang ke jalanan, longkang, parit dan lain-lain saluran air.
Masalah kesihatan boleh berpunca dari longkang yang tersumbat. Salah satu punca longkang tersumbat ialah disebabkan minyak dan gris yang datang dari rumah, restoran, bengkel membaiki kereta motor dan sebagainya.Jika anda menuang minyak masak yang telah digunakan ke dalam singki, ia akan mengalir ke longkang dan akan menyebabkan longkang tersumbat dan mewujudkan masalah kesihatan dan alam sekitar. Begitu juga dengan minyak dari bengkel membaiki kereta motor.
Lipas dan tikus akan tertarik ke kawasan longkang tersumbat itu untuk makan minyak masak tersebut, bersarang, dan membiak. Nyamuk dan lain-lain haiwan perosak juga akan berkeliaran di sini dan mengganggu kesihatan penduduk sekitar.
Ketika musim kering tempat yang tersumbat dengan minyak dan gris ini akan menarik lebih banyak haiwan perosak termasuk nyamuk ke kawasan tersebut. Sementara di musim hujan pula masalah banjir kilat mungkin berlaku.
Air yang telah tercemar dengan minyak masak dan gris ini selain masalah kesihatan, ianya boleh menyebabkan pencemaran alam dan populasi ikan yang tak sesuai untuk kesihatan (mungkin beracun) kerana telah makan sisa buangan yang tercemar ini.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengadakan kutipan minyak masak yang telah digunakan dengan harga RM1.20 setiap kg. Untuk keterangan lanjut hubungi MBPJ di Unit Pendidikan & Agenda Tempatan di talian 03-79552381 untuk kesihatan.
Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 di PWTC, Kuala Lumpur berlangsung dari 25 - 29 Mei 2011. Hari kedua 26 Mei 2011 saya telah berkesempatan melawat Ekspo Beli Barangan Malaysia ini. Ekspo ini diadakan pada 2 tingkat, tingkat bawah(tingkat 3) dan tingkat atas (tingkat 4).
Kali ni kita kena masuk melalui tingkat atas, sebab pengunjung biasanya hanya bertumpu ditingkat bawah saja jika pintu masuk berada ditingkat bawah. Satu perubahan yang bijak.
Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat saya rakamkan pada lawatan ke Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 tersebut.
Madetill Event Management menjual dan menyewa peralatan untuk catering, keperluan makanan & minuman dan pelbagai majlis keramaian.
Sugar Flour sebuah sekolah untuk menghias kek dan confectionary, menjual macaron dengan harga RM10 sepeket yang mengandungi 4 biji macaron selain pelbagai jenis kek dan confectionary. Penggemar makanan yang berasal dari Perancis ini jangan lepaskan peluang untuk merasainya.
Ada juga booth yang memasang chocolate fountain dan menjual makanan seperti buah-buahan yang disalut dengan coklat cair ini. Harganya RM2.00 sahaja untuk setiap cucuk buah bersalut coklat dan ditabur kacang ini. Anda boleh pilih buah yang anda suka seperti strawberi, nenas, pisang dan sebagainya.
Di booth Dewan Bahasa & Pustaka selain buku berkenaan makanan, tumbuh-tumbuhan, jahitan dan lain-lain, buku ini sungguh menarik, Panduan Kemahiran Belajar Buzan. Terjemahan dari Bahasa Inggeris mengajar kita bagaimana untuk belajar dengan lebih berkesan serta cara membaca dengan laju. Bagus ni kalau kita baca.
Arils Centre kedai barangan kulit yang menjual beg, topi, tali pinggang, capal dan lain-lain. Warna capal ditentukan oleh warna kulit lembu yang didapati. Warna hitam dan coklat adalah biasa, tapi warna coklat cair (seakan-akan kelabu, tapi saya dah lupa apa warna panggilannya) sangat susah didapati dan amat digemari ramai. Menurut jurujualnya, warna coklat cair ni datangnya dari lembu susu.
Choky Black sebuah kedai biskut yang seakan-akan Famous Amos tu, tapi ini buatan Malaysia tau. Tengok biskut-biskut dalam balang tu, ada juga yang dah siap dipeketkan. Sedap-sedap biskut dia, cubalah.
Asfa Leather Enterprise dari Selangor sebuah lagi booth yang menjual barang-barang kulit. Terdapat topi, tali pinggang, key chain pelbagai bentuk, wallet untuk lelaki, purse untuk wanita, gelang kulit pun ada (yang macam lilit kat pergelangan tangan tu), beg sandang, selipar kulit dan macam-macam lagi. Menarik...

Ini pula Gerai OA yang menjual pelbagai barangan dari orang asli (atau orang asal seperti yang mereka panggil) dari seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak tanpa mengambil untuk. Dikendalikan oleh sukarelawan yang bekerja tanpa diberi gaji. Mereka tiada kedai dan barang dipamirkan bila ada ekspo yang beri tapak percuma atau harga rendah. Sukarelawan dan kedai amat di alu-alukan.
Booth yang menjual penapis air beralkali jenama 5 Star. Air beralkali sangat bagus, di antara kebaikannya ialah menghilangkan sakit lutut, mencergaskan badan, menghilangkan lenguh dan sakit-sakit badan, mengeluarkan toksin dari badan, mengeluarkan lemak berlebihan dari badan selepas kita makan makanan berminyak, awet muda dan sebagainya.
Kesihatan kita secara keseluruhan dipengaruhi oleh air kerana berat badan orang dewasa terdiri dari 50% - 70% air. Maka tidak hairanlah kualiti air yang kita minum memberi pengaruh yang besar pada kesihatan kita.Badan manusia secara semulajadi adalah sedikit beralkali. Masalah kesihatan yang serious akan muncul jika badan kita berasid dalam jangka masa yang lama.
Bahan buangan berasid (terhasil dari makanan dan minuman, stres dan pencemaran alam kita) dibuang ke saluran darah dan limfa. Kemudian ia diangkut ke hati dan buah pinggang untuk proses detoksifikasi dan eliminasi. Kesan badan yang berasid adalah sangat besar kepada kesihatan kita, ia memberikan keadaan yang sangat negatif dan mempengaruhi kesemua fungsi yang penting dari denyutan jantung sehinggalah ke saraf otak.
Di antara beberapa kebaikan air beralkali ialah:
Mencegah gigi berlubang atau gigi yang patah menjadi bertambah rongak atau menjadi rosak yang lebih teruk melibatkan beberapa perubahan besar dalam kebiasaan makan dan minum setiap hari.
Air kelapa memang sedap di minum terutama ketika hari panas, dipercayai dapat menyejukkan badan dan menghilangkan toksin dalam badan terutamanya ketika kurang sihat atau mengalami keracunan. Isi kelapa muda lembut dan manis serta rendah kolestrol pula.