Showing posts with label Pameran. Show all posts
Showing posts with label Pameran. Show all posts

Saturday, 25 June 2011

Majlis Pelancaran KL Festival 2011

Pelancongan selalu dipromosikan untuk ibu negara Malaysia Kuala Lumpur. Bermula dari tahun 2006, pada bulan Julai setiap tahun akan diadakan KL Festival. Seperti biasa pada tahun ini KL Festival akan diadakan dari 1 - 31 Julai 2011.

Temanya ialah Di sini Semaraknya Seni. Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh ke laman web ini http://www.klfestival.org.my.

Pada petang ini, 25 Jun 2011, pukul 5.00 - 6.30 petang akan diadakan Majlis Pelancaran KL Festival 2011 di Perkampungan Budaya, Menara Kuala Lumpur. Ada pertunjukan penerjunan dari Menara KL sempena pelancaran ini. Akan dirasmikan oleh YBhg Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia.

Jom kita ke Menara KL untuk menyaksikan acara yang hebat ini. Para pelancong dan penduduk tempatan juga dijemput hadhir.

Apakah KL Festival? KL Festival dahulunya dikenali sebagai Citrawarna akan memperkenalkan budaya warisan dan kesenian rakyat Malaysia uyang semuanya dikumpulkan dan dipamirkan di Kuala Lumpur. Bermacam konsert dan persembahan telah diatur sempena KL Festival ini.

Jadi senang kan, tak perlu melancong ke seluruh Malaysia untuk menyaksikannya, cuma tunggu bulan Julai dan nikmati sebulan melawat Malaysia hanya di Kuala Lumpur.

Kemasukan adalah percuma. Semua yang berada di Kuala Lumpur dan kawasan berdekatan dan para pelancong juga di jemput ke sini untuk melancong.

Thursday, 26 May 2011

Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011

Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 di PWTC, Kuala Lumpur berlangsung dari 25 - 29 Mei 2011. Hari kedua 26 Mei 2011 saya telah berkesempatan melawat Ekspo Beli Barangan Malaysia ini. Ekspo ini diadakan pada 2 tingkat, tingkat bawah(tingkat 3) dan tingkat atas (tingkat 4).

Kali ni kita kena masuk melalui tingkat atas, sebab pengunjung biasanya hanya bertumpu ditingkat bawah saja jika pintu masuk berada ditingkat bawah. Satu perubahan yang bijak.

Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat saya rakamkan pada lawatan ke Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 tersebut.


Madetill Event Management menjual dan menyewa peralatan untuk catering, keperluan makanan & minuman dan pelbagai majlis keramaian.





Sugar Flour sebuah sekolah untuk menghias kek dan confectionary, menjual macaron dengan harga RM10 sepeket yang mengandungi 4 biji macaron selain pelbagai jenis kek dan confectionary. Penggemar makanan yang berasal dari Perancis ini jangan lepaskan peluang untuk merasainya.





Ada juga booth yang memasang chocolate fountain dan menjual makanan seperti buah-buahan yang disalut dengan coklat cair ini. Harganya RM2.00 sahaja untuk setiap cucuk buah bersalut coklat dan ditabur kacang ini. Anda boleh pilih buah yang anda suka seperti strawberi, nenas, pisang dan sebagainya.





Di booth Dewan Bahasa & Pustaka selain buku berkenaan makanan, tumbuh-tumbuhan, jahitan dan lain-lain, buku ini sungguh menarik, Panduan Kemahiran Belajar Buzan. Terjemahan dari Bahasa Inggeris mengajar kita bagaimana untuk belajar dengan lebih berkesan serta cara membaca dengan laju. Bagus ni kalau kita baca.





Arils Centre kedai barangan kulit yang menjual beg, topi, tali pinggang, capal dan lain-lain. Warna capal ditentukan oleh warna kulit lembu yang didapati. Warna hitam dan coklat adalah biasa, tapi warna coklat cair (seakan-akan kelabu, tapi saya dah lupa apa warna panggilannya) sangat susah didapati dan amat digemari ramai. Menurut jurujualnya, warna coklat cair ni datangnya dari lembu susu.



Choky Black sebuah kedai biskut yang seakan-akan Famous Amos tu, tapi ini buatan Malaysia tau. Tengok biskut-biskut dalam balang tu, ada juga yang dah siap dipeketkan. Sedap-sedap biskut dia, cubalah.





Asfa Leather Enterprise dari Selangor sebuah lagi booth yang menjual barang-barang kulit. Terdapat topi, tali pinggang, key chain pelbagai bentuk, wallet untuk lelaki, purse untuk wanita, gelang kulit pun ada (yang macam lilit kat pergelangan tangan tu), beg sandang, selipar kulit dan macam-macam lagi. Menarik...



Ini pula Gerai OA yang menjual pelbagai barangan dari orang asli (atau orang asal seperti yang mereka panggil) dari seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak tanpa mengambil untuk. Dikendalikan oleh sukarelawan yang bekerja tanpa diberi gaji. Mereka tiada kedai dan barang dipamirkan bila ada ekspo yang beri tapak percuma atau harga rendah. Sukarelawan dan kedai amat di alu-alukan.


Booth yang menjual penapis air beralkali jenama 5 Star. Air beralkali sangat bagus, di antara kebaikannya ialah menghilangkan sakit lutut, mencergaskan badan, menghilangkan lenguh dan sakit-sakit badan, mengeluarkan toksin dari badan, mengeluarkan lemak berlebihan dari badan selepas kita makan makanan berminyak, awet muda dan sebagainya.



FACEBOOK
Become a Fan

Sunday, 13 February 2011

Sambutan Hari Ulangtahun 6 RRD Yang ke-41

Pada 12 Feb 2011, semasa kami mengendalikan majlis menyambut menantu Mejar Khalid dan Puan Azizah di Dewan Dato' Othman Harun, Wardieburn Kem, di padang kawad sebelah dewan ini telah diadakan Sambutan Hari Ulangtahun 6 RRD Yang ke-41. Sangat menarik dan infomatif.

Antara acara menarik yang diadakan ialah seperti berikut:-


Wah! Papan kenyataan dia, best. Gagah Setia lagi, dari jauh nampak hebat sangat.








Kelihatan khemah-khemah yang didirikan untuk pelbagai gerai yang disediakan sempena hari istimewa ini.







Ini pelik sikit, sejenis makanan dinamakan ondeh-ondeh tapi rupa dia tak sama macam ondeh-ondeh yang kita biasa tengok. Lupa pulak saya nak tanya ia dibuat dari apa...






Di antara booth yang ada. Bermacam-macam jenis barang ada seperti makanan, majalah & buku, peralatan elektronik seperti tv (tv LCD 42" cuma RM40 saja, tapi saya tak sempat beli), permainan baling tin, teka duit syiling dalam tabung buluh, teka berat kura-kura dan sebagainya.





Pancaragam yang mengadakan persembahan nyanyian dan muzik di pentas. Mereka kelihatan sihat dan ceria walaupun hari panas terik.







Biawak panggang, ekornya dah dipotong. Ini adalah antara makanan yang di pamirkan di sebuah khemah untuk survival, bila dah kehabisan makanan ketika berada di hutan, apa sahaja makanan yang boleh dimakan akan digunakan.





Satu lagi makanan untuk survival, umbang ikan keli dan umbang ayam. Boleh rasa... saya dah cuba, sedaap, rasa macam sup. Umbang ikan keli lebih sedap dari ayam. Ia dibakar dalam buluh macam buat lemang. Kelihatan juga pucuk kayu yang boleh dimakan dari hutan yang telah dipanggang sebelum dimakan.

Wednesday, 24 November 2010

Pameran MAHA 2010

Pameran MAHA Antarabangsa 2010 (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2010) atau Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pertanian Antarabangsa bakal muncul lagi besok Jumaat 26 Nov 2010 nanti.

Maha Antarabangsa di iktiraf oleh Guiness World Book of Records sebagai pameran seumpamanya yang terbesar di dunia.

Hanya sehari saja lagi kita semua akan berpeluang berkunjung ke MAEPS : Malaysia Agro Exposition Park Serdang di mana tempat berlangsungnya expo antarabangsa ini. Biasa dikenali sebagai MAHA telah diubah menjadi MAHA Antarabangsa pada tahun ini. Pada tahun ini adalah kali ke 6 ianya diadakan.

Ini adalah tapak tetap bagi MAHA yang berlangsung setiap 2 tahun sekali iaitu pada tahun genap. Seperti LIMA Langkawi (
Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition) ianya juga sebuah pertunjukan dwitahunan tetapi berlangsung pada tiap kali tahun ganjil. LIMA 2011 akan berlangsung dari 6 - 10 Disember 2011.

Berbalik kepada MAHA 2010, pada tahun ini temanya ialah
“Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan” merupakan acara pameran pertanian dwitahunan yang terbesar di Malaysia dan mungkin di Asia.

MAHA merupakan gabungan pameran di antara pengeluar, petani, nelayan dan penternak terbaik di Malaysia Ditaja oleh Kementerian Pertanian and Industri Asas Tani dan dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, FAMA.

MAHA Antarabangsa 2010 adalah satu landasan memperkenalkan syarikat pengeluaran produk agro dan makanan yang terbaik di Malaysia. Akan disertai oleh 950 jabatan and agensi pertanian, syarikat-syarikat swasta dan industri kecil dan sederhana dari 28 buah negara dengan 2500 buah gerai pameran pada tahun ini berbanding 1170 buah gerai pada tahun 2008.

Pameran MAHA 2010 akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Dijangka akan menarik seramai 1.5 juta pengunjung sepanjang 10 hari MAHA diadakan.

MAEPS telah menjadi lokasi tetap untuk MAHA dan diharapkan dapat menandingi pameran pertanian terkemuka dunia seperti Pameran Pertanian Diraja di England yang telah dianjurkan sejak 100 tahun lalu.

Pemeran MAHA Antarabangsa akan berlangsung di:

Tempat : Malaysia Agro-Exposition Park, Serdang (MAEPS) - bersebelahan UPM Serdang, Selangor.
Tarikh : 26 Nov - 5 Dis 2010.
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam.
Masuk : Percuma...;)

Kalau tak ada kenderaan sendiri naik saja komuter dari mana-mana stesen terdekat dan turun di Stesen KTM Komuter Serdang. Dari situ boleh terus naik bas ke MAHA 2010.

Bagi anda yang ada kenderaan sendiri pula cuma cari Hospital Serdang, dah dekat sangat dengan MAHA bila tiba sana.
Senang kan...;-)