Tuesday, 29 April 2014
24 Blog Pelancongan Peribadi Yang Bagus
Blog peribadi ini juga menceritakan bagaiman untuk melancong dengan tidak menggunakan banyak wang, atau untuk mendapatkan tajaan bagi pelancongan anda. Malah ada bermacam-macam panduan lagi. Berikut adalah 25 blog tersebut:
1) Blog: www.johnnyvagabond.com
Twitter: @johnnyvagabond
Blog ni best, ada macam-macam cerita yang ada kalanya melucukan dan sedih juga. Banyak juga tip-tip yang sangat berguna.
2) Blog: www.nomadicmatt.com
Twitter: @nomadicmatt
Blog yang mengandungi banyak info dan panduan untuk melancong. Dia telah menjadikan blog pelancongan ini sebagai full time kerjanya.
3) Blog: www.rtwblog.com
Twitter: @rtwnobag
Rolf Potts penulis blog ini telah menunjukkan cara melancong tanpa beg-beg yang besar.
4) Blog: www.pausethemoment.com
Twitter: @pausethemoment
Blog ini kepunyaan suami isteri yang memuatkan blog mereka dengan gambar, video dan tip-tip yang sangat berguna.
5) Blog: www.globetrooper.com
Twitter: @globetrooper
Blog ini dikendalikan oleh 2 orang blogger pelancongan, Lauren dan Todd. Blog mereka menjadi tempat pertemuan blogger di online.
6) Blog: www.davidsbeenhere.com
Twitter: @davidsbeenhere
Blog ini memberikan cara merancang pelancongan, panduan dan tip-tip pelancongan melalui video. Terdapat satu seksyen yang unik di blognya diberi nama Ask David.
7) Blog: www.twenty-somethingtravel.com
Twitter: @20sTravel
Blog ini mempunyai pandangan peribadi yang jujur mengenai tempat-tempat yang dikunjunginya.
8) Blog: www.foxnomad.com
Twitter: @foxnomad
Blog ini memberikan nasihat teknikal seperti cara mencari wifi, pemilihan laptop dan sebagainya. Juga mengandungi nasihat tentang keselamatan semasa melancong.
9) Blog: www.traveling-savage.com
Twitter: @travelingsavage
Misi blogger ini adalah untuk melancong ke mana-mana tempat di dunia selama sebulan setiap kali melancong. Blog kepunyaan Anil Polat. Best!
10) Blog: www.almostfearless.com
Twitter: @almostfearless
Blogger ini menulis buku tentang orang-orang yang meninggalkan kerja 9/5 dan mendapat kebebasan kerja di seluruh dunia. Dia telah pun menerbitkan 3 buku dan dalam proses untuk menerbitkan sebuah lagi buku.
11) Blog: www.backpackingmatt.com
Twitter: @backpackingmatt
Matthew Kyhnn penulis blog ini baru saja menghabiskan masa 6 bulan di New Zealand. Sekarang dia berada di Thailand.
12) Blog: www.twobackpackers.com
Twitter: @twobackpackers
Blog yang mempunyai nasihat praktikal berdasarkan pengalaman sebenar.
13) Blog: www.indietravelpodcast.com
Twitter: @indietravel
Mereka adalah antara beberapa pasangan yang melancong ke seluruh dunia yang dibiayai oleh site mereka. Sungguh menarik.
14) Blog: www.backpackwithbrock.com
Twitter: @backpackerbrock
Blogger yang melancong berseorangan dengan mengambil video ke tempat-tempat yang dilawatinya termasuk mengambil gambarnya sendiri, tidak seperti kebanyakan blogger lain yang hanya mengambil gambar pemandangan. Pelawat blog suka jika dapat melihat penulis blog itu sendiri.
15) Blog: www.everything-everywhere.com
Twitter: @everywheretrip
Gary penulis blog ini seorang jurugambar yang hebat. Setiap hari dia memuatkan gambar-gambar terbaru ke blognya. Dan terdapat gambar yang boleh dijadikan desktop wallpaper.
16) Blog: www.gapyearescape.com
Twitter: @gapyearescape
Blog ditulis oleh Amar yang sangat mesra ketika melancong bersembang dan menceritakan pengalamannya. Dengan cara ini dia mendapat trip percuma dan sebagainya.
17) Blog: www.fluentin3months.com
Twitter: @irishpolyglot
Penulisnya, Benin telah mengambil niche yang tersendiri dalam pelancongan iaitu belajar bahasa ketika melancong. Kini dia sudah boleh bertutur dalam 8 bahasa.
18) Blog: www.mangomanjaro.se
Twitter: N/A
Penulis blog ini istimewa kerana mereka menggunakan hitchhike untuk melancong. Kini mereka telah berjaya bergerak dari Sweden ke India. Anda minat buat macam mereka?
19) Blog: www.mybeautifuladventures.com
Twitter: @andiperullo
Blogger yang selalu tersenyum dan nampak seperti selalu ambil berat.
20) Blog: www.gobackpacking.com
Twitter: @rtwdave
Dave Lee memberikan tip-tip dan panduan berguna mengenai pelancongan. Dia juga melancong dengan dibiayai oleh blognya.
21) Blog: www.uncorneredmarket.com
Twitter: @umarket
Audrey & Daniel melancong dan berkongsi gambar dan cerita berkenaan tempat mereka pergi. Mereka mengukur jarak perjalanan mereka dengan langkah.
22) Blog: www.ytravelblog.com
Twitter: @ytravelblog
Mereka bekerja di luar negara, telah memulakan blog sejak tahun 2010 dan mempunyai peminat di facebook juga.
23) Blog: www.exilelifestyle.com
Twitter: N/A
Colin Wright melancong ke setiap negara setiap 4 bulan dan pembaca blognya menentukan ke mana dia akan pergi seterusnya melalui undi. Menarik kan?
24) Blog: www.theplanetd.com
Twitter: @theplanetd
Dave & Debra mempunyai mindset sesiapa pun boleh melakukannya. Mereka membuat perkara yang agak gila-gila seperti mengayuh basikal sejauh 12,000 km, memanjat Gunung Kilimanjaro dan sebagainya.
Senarai yang panjang, sudahkah anda membaca kesemua blog?
Wednesday, 26 December 2012
Kenapa Anda Sakit dan Terdedah Pada Jenayah Dalam Perjalanan?
Perjalanan samada untuk adventure, perniagaan atau percutian keluarga akan mendedahkan anda kepada jenayah, gangguan kesihatan dan iklim yang berbeza jika anda tidak menggunakan common sense seperti yang anda lakukan ketika berada di kawasan anda.
Jangan terkejut jika pelancong biasanya jatuh sakit atau menjadi mangsa jenayah dalam masa 24 jam pertama ketibaanya ke destinasi yang dituju.
Di antara sebab-sebabnya ialah:
- Keseronokan untuk melancong,
- Tekanan untuk mengemaskan barang-barang pada saat-saat terakhir
- Kurang tidur pada malam sebelumnya
- Dan bangun terlalu awal untuk mendapatkan penerbangan awal pagi. Contohnya: bangun pukul 4.00 pagi untuk sampai ke lapangan terbang bagi penerbangan pada pukul 6.00 pagi.
- membuat berbagai persediaan penting dan merancang perjalanan.
- Mendapatkan pemvaksinan dan membeli insuran perjalanan dan perubatan.
- Mendapatkan pakaian yang sesuai,
- Membuat keputusan tempat penginapan, makan, kedai dan tempat-tempat yang perlu dilawati.
Monday, 17 December 2012
Apakah Pelancongan Berbasikal?
Pelancongan berbasikal boleh memberi keseronokan dan juga kesihatan dengan gerak kerja fizikal yang dilakukan walaupun sedikit meletihkan. Pada masa dahulu pelancong yang berbasikal dianggap sebagai pelancong yang tidak berkemampuan dan agensi pelancongan pula menganggap mereka ini menyusahkan kerana terpaksa mengangkut basikal yang dibawa bersama.
Akan tetapi kini pelancongan berbasikal semakin berkembang kerana:
- Pelancong berbasikal sering terdiri dari golongan berpendapatan yang lebih tinggi berbanding pelancong lain.
- Pelancong menganggap berbasikal sebagai kenderaan yang baik untuk kesihatan mereka
- Pelancong menyedari keseronokan berbasikal sambil menikmati keindahan alam.
- Institusi penginapan mengiktiraf potensi keuntungan dari tetamu penginapan 1 malam
- Banyak peta dan program laluan telah dilancarkan
- Agensi transit mesra basikal sedang menikmati peningkatan dalam penumpang
- Industri basikal telah mengiktiraf potensi keuntungan dari pelancong berbasikal dan menawarkan peralatan pelancongan yang berkualiti
- Atlet berbasikal memilih untuk bergerak dengan basikal ke tempat-tempat yang menarik di mana mereka boleh berlatih.
Tuesday, 11 December 2012
Sejarah Malaysia Diadakan Dalam Talian (Online)
Sejarah dikatakan oleh setengah orang sebagai tidak penting.
5 sebab mengapa sejarah negara penting.
- Sesetengah orang tidak mengetahui bagaimana negara telah mencapai apa yang ada sekarang. Adalah mustahil untuk sebuah negara maju tanpa memahami bagaimana negara itu sampai ke tahap sekarang.
- Penyelidik, ahli sejarah dan penganalisis politik sering tidak dapat mencari atau mendapat akses kepada dokumen-dokumen penting dari masa lalu.
- Pada tahun 2008, Malaysia kalah dalam perebutan Pulau Batu Putih. Ini mungkin tidak terjadi jika kita mempunyai arkib yang lebih utuh.
- Sejarah akan membantu untuk mendidik orang ramai mengenai peristiwa-peristiwa yang telah membentuk sejarah negara, termasuk insiden Memali tahun 1985 dan rusuhan kaum 13 Mei 1969.
- Semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui sejarah negara kerana kita perlu belajar dari masa lalu secara kolektif untuk membina masa depan kita.
- Dokumen "sensitif" politik dari masa lalu, yang tidak boleh diakses kepada penyelidik dan orang awam, kini boleh disediakan kepada rakyat Malaysia. Seperti rundingan dengan penjajah British sebelum kita mencapai kemerdekaan, penghujahan yang dibuat kepada Suruhanjaya Reid dalam merangka perlembagaan negara dan rekod Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) semasa Perang Dunia II.
- Terdapat arkib di London yang mendapati sejarah yang tak pernah diketahui seperti Pulau Pinang dan Melaka pernah dianggap sebagai British crown states dan mempunyai kemungkinan untuk dijadikan crown colonies.
Permohonan akan dibuat untuk mendapatkan rekod Tanah Melayu semasa zaman penjajahan Portugis, Belanda dan British dari universiti-universiti asing. Jabatan Arkib Negara Malaysia pada peringkat awal proses pendigitalan akan melibatkan rekod urusetia negeri dari 1880-an hingga tahun 1940-an.
Ini melibatkan bilangan dokumen yang sangat besar iaitu kira-kira 3 juta halaman dokumen dan 2,000 jam rakaman filem, video dan audio.
Kita boleh membina negara Malaysia sebagai negara maju dengan adanya paparan sejarah.
Wednesday, 8 February 2012
Rumah Api KTM Tumpat
![]() |
| Rumah api KTM Tumpat bukan ini. |
Rumah-rumah api dibina ditempat-tempat strategik bagi kemudahan para pedagang atau pelayar keluar masuk ke pelabuhan khususnya di waktu malam.
Sebelum itu terdapat sebuah rumah api lama yang diperbuat daripada kayu yang dibina pada awal 1900an terletak di Padang Mahkota, Tumpat. Rumah api lama setinggi 30 kaki yang dibina berbentuk empat segi dan meruncing ke atas dan dibuat pelantaian dibahagian atas sebagai tempat lampu ini telah dirobohkan bila rumah api baru siap dibina.
Rumah api KTM Tumpat yang ada sekarang terletak di kawasan stor KTM Tumpat, dibuat dari batu-bata dan berbentuk tirus ke atas setinggi 70 kaki. Ukurlilit bahagian bawahnya ialah 37’ 9". Tangga dibina di bahagian dalamnya untuk naik dan turun bagi memasang dan memadamkan lampunya.
Menurut cerita lisan penduduk tempatan, rumah api KTM Tumpat ini dibina sebelum Perang Dunia ke-2 oleh pasukan marin bagi mengawasi perairan Tumpat.
Kini ia dengan perkembangan teknologi moden ia tidak digunakan lagi, tinggal sebagai sejarah dan untuk dilihat oleh para pelancong yang datang ke Tumpat ini.
Saturday, 4 February 2012
6 Keburukan Membaling Keretapi Yang Bergerak
![]() |
| Membaling batu ke arah keretapi yang bergerak satu perbuatan yang mengganggu keselamatan |
Masalah keselamatan ini boleh:
- Memberi kesan serius dan kadang-kadang membawa maut.
- Tingkah laku yang mengganggu keselamatan ini juga boleh menyebabkan kelewatan dalam jadual perjalanan keretapi tersebut.
- Mencederakan penumpang (mungkin pelancong asing) dan kakitangan yang bertugas terutamanya pemandu lokomotif (keretapi)
- Menyebabkan kerosakan harta-benda keretapi seperti cermin dan lampu pecah.
- Mewujudkan kos yang tak sepatutnya pada perkhidmatan keretapi.
- Menyebabkan orang-ramai merasa keselamatan tak terjamin.
Kos untuk memperbaiki kerosakan yang berlaku boleh digunakan untuk memberi perkhidmatan keretapi yang lebih baik kepada orang-ramai. Vandalisma yang memberi gangguan keselamatan ini boleh menghadapi hukuman setimpal jika tertangkap.
Saturday, 28 January 2012
Pelancongan Unik di Guangzhou, China
![]() |
| Roda Ferris tertinggi di dunia terletak di Menara Canton, Guangzhou, Cina ketika dalam pembinaan. Foto: imagechina.com |
Pelancongan ke Ferris wheel yang terletak di Guangzhou ini unik kerana ferris wheelnya tidak dibina seperti Ferris wheel biasa seperti rekaan Singapore Flyer atau London's Eye di England. Ferris wheel ini dibina mendatar dalam bentuk bulatan mengelilingi puncak bangunan Menara Canton memberikan pengalaman pelancongan yang menarik.
Ferris wheel di Menara Canton ini mempunyai 16 buah kapsul yang mampu membawa 4 - 6 orang pelancong bagi setiap kapsul menjadikan muatan keseluruhan seramai 96 orang yang akan memberikan pengalaman pelancongan yang hebat.
Ferris wheel Menara Canton ini dibina menggunakan teknologi makro-molekul yang membolehkan pelancong menikmati pemandangan yang jelas sehingga 360 darjah.
Ferris wheel ini mengambil masa 20 - 40 minit setiap pusingan dan mula dibuka pada pelancongan dan lawatan pada 2 September 2012.
Monday, 4 July 2011
Selamat Tinggal Tanjong Pagar
Pelancong yang menggunakan keretapi untuk ke Singapura sebelum ini boleh berhenti di Stesen Keretapi Tanjong Pagar di Singapura. Tapi kini ia telah memberhentikan operasinya pada pukul 12 tengah malam 30 Jun 2011 yang lalu setelah memberikan khidmatnya selama 79 tahun.Bermula 1 Julai 2011 tiada lagi operasi keretapi di Stesen Keretapi Tanjong Pagar dan akan dipindahkan ke Woodlands. Pelancong yang ingin ke Tanjong Pagar selepas ini akan mengambil masa 30 minit dengan keretapi untuk ke Tanjong Pagar. Ada kakitangan KTMB yang bertugas di situ pulang bertugas dibeberapa stesen di Malaysia tapi ada juga yang berpindah ke stesen baru di Woodlands. Pada masa hadapan pelancong dengan keretapi dari Malaysia ke Singapura hanya akan berhenti di Johor Bahru sahaja.
Pada 24 Mei tahun lalu, Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah mengumumkan stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke Woodlands pada 1 Julai 2011.
Pelancong dan orang-ramai yang pergi ke Bangunan Stesen Tanjong Pagar yang dikelilingi oleh bangunan pencakar langit bersenibina moden tetap dapat menyaksikan identiti Tanah Melayu dengan adanya mural yang terdapat pada kedua-dua dinding yang tinggi di kawasan menunggu menggambarkan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu pada masa itu.
Aktiviti kegiatan ekonomi yang ada di dinding tersebut seperti aktiviti melombong timah, sawah padi, tanaman getah dan tongkang China yang sedang berlabuh akan mengingatkan pelancong yang melawat Singapura bahawa Singapura pada suatu masa dahulu adalah sebahagian dari Malaysia (Tanah Melayu) . Stesen yang bersejarah dan nostalgik ini kerap menjadi sesuatu yang mengganggu keakraban dan persahabatan 2 negara berjiran, Malaysia dan Singapura.
Diharap dengan terhentinya operasi di Stesen Tanjong Pagar ini tidak pula menghapuskan Bangunan Stesen Tanjong Pagar yang pernah menjadi hak milik Malaysia di bumi Singapura yang dulunya dikenali sebagai Temasik pada minda pedagang dan pelancong masa silam.
Saturday, 25 June 2011
Majlis Pelancaran KL Festival 2011
Pelancongan selalu dipromosikan untuk ibu negara Malaysia Kuala Lumpur. Bermula dari tahun 2006, pada bulan Julai setiap tahun akan diadakan KL Festival. Seperti biasa pada tahun ini KL Festival akan diadakan dari 1 - 31 Julai 2011.Temanya ialah Di sini Semaraknya Seni. Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh ke laman web ini http://www.klfestival.org.my.
Pada petang ini, 25 Jun 2011, pukul 5.00 - 6.30 petang akan diadakan Majlis Pelancaran KL Festival 2011 di Perkampungan Budaya, Menara Kuala Lumpur. Ada pertunjukan penerjunan dari Menara KL sempena pelancaran ini. Akan dirasmikan oleh YBhg Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia.
Jom kita ke Menara KL untuk menyaksikan acara yang hebat ini. Para pelancong dan penduduk tempatan juga dijemput hadhir.
Apakah KL Festival? KL Festival dahulunya dikenali sebagai Citrawarna akan memperkenalkan budaya warisan dan kesenian rakyat Malaysia uyang semuanya dikumpulkan dan dipamirkan di Kuala Lumpur. Bermacam konsert dan persembahan telah diatur sempena KL Festival ini.
Jadi senang kan, tak perlu melancong ke seluruh Malaysia untuk menyaksikannya, cuma tunggu bulan Julai dan nikmati sebulan melawat Malaysia hanya di Kuala Lumpur.
Kemasukan adalah percuma. Semua yang berada di Kuala Lumpur dan kawasan berdekatan dan para pelancong juga di jemput ke sini untuk melancong.
Wednesday, 22 June 2011
Terbang Di Ruang Udara Kuala Lumpur
Pernah terbayang untuk melancong sambil sight seeing Kuala Lumpur melalui udara? Biasanya kalau kita sight seeing atau jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur sudah tentu kita terbayang kenderaan seperti kereta, bas hop in hop off tu atau lain-lain bas pun boleh, komuter, lrt atau teksi ke... Semuanya kenderaan darat kan.Sekarang kita dah boleh jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur dengan cara terbang di ruang udaranya. Cuba teka guna helikopter ke guna kapalterbang?
Taraaa... Melancong guna kapalterbang ringan jenis Cessna 172. Penumpang hendaklah tidak melebihi 230 lbs atau 3 orang. Kapalterbang akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang selepas sama-sama bersarapan pagi peserta akan dibawa ke Terminal 3 untuk memulakan penerbangan.
Beberapa ketika selepas berlepas anda akan berada di ruang udara Mid Valley. Seterusnya anda akan dibawa ke Menara Berkembar Petronas, lihatlah keindahan suasana di KLCC dari udara.
Seterusnya anda akan dibawa pula ke Menara Kuala Lumpur, kawasan hutan simpan Bukit Nanas dan tempat-tempat menarik di sekitarnya. Tempat terakhir yang akan dilawati ialah Batu Cave di utara Kuala Lumpur. Selepas berlegar-legar di ruang udaranya anda akan dibawa pulang semula ke Terminal 3 di Subang sekali lagi melalui ruang udara bandar Kuala Lumpur.
Berminat melawat Kuala Lumpur melalui udara? Lawati laman web ini www.klhunter.com. Selamat melancong.
Monday, 9 May 2011
1 Hari Melancong Ke Pulau Pinang

Jangan lupa ke Lorong Kulit di sebelah Stadium Bandaraya. Ini adalah tempat menjual barangan second hand. Di sini terdapat pelbagai barangan lama seperti topi besi dari zaman kolonial, piring hitam lama (gramophone) yang masih berfungsi dengan baik, radio lama dari zaman 70an dan pelbagai barangan yang unik yang sudah pasti mengisi keseronokan pelancongan ke sini.
Monday, 2 May 2011
Tip Melancong ke Bandung, Indonesia

Pelancongan ke Bandung, Indonesia boleh menjadi kesukaan ramai kerana terdapatnya tarikan seperti:-
Tasik kawah gunung berapi. Ada 3 buah tasik yang menjadi tarikan pelancong, iaitu Tangkuban Perahu, Kawah Ratu dan Kawah Domas yang terletak di puncak gunung. Hanya Kawah Domas yang gunung berapinya masih hidup, jadi air di tasiknya panas sehingga boleh merebus telur, boleh juga merendam kaki.
Sementara Tangkuban Perahu dan Kawah Ratu gunung berapinya sudah mati dan air tasiknya sejuk saja. Pemandangan dari puncak gunung di sini sungguh indah dan pemanduan ke tasik ini melegakan dengan jalan bukit yang di banjari hutan yang nyaman. Bayaran masuknya adalah kira-kira USD27.
- Cuaca di puncak gunung ini sejuk, jadi jangan lupa membawa baju tebal supaya tidak kesejukan pula.
- Ramai penjaja jalanan akan datang untuk menjual barangan mereka seperti kraftangan. Katakan saja tidak dan mereka tidak akan mengganggu anda dengan begitu rapat lagi.
- Cuba elakkan pergi pada hujung minggu kerana orang terlalu ramai, sebaliknya pergi pada hari biasa kerana pelawatnya agak berkurangan walaupun tempat ini sentiasa dikunjungi orang.
Rumah Mode adalah gedung factory outlet yang paling besar di sini. Gedung ini patut dilawati walaupun hanya untuk window shopping kerana ia sebuah gedung yang indah dan mewah dengan suasana yang sungguh nyaman.
Donatello Shoe House pula mempunyai kasut yang pelbagai jenis yang sungguh popular di kalangan peminat kasut. Ia mempunyai koleksi terbaik untuk kasut pump dan kasut bertumit rendah.
Pasar Baru ialah tempat jualan kain-kain yang terbesar. Pelancong selalu melawat tingkat 8 jika mencari kain tenun, kain bermanik, kain untuk kebaya atau baju kurung atau untuk majlis perkahwinan dan pelbagai majlis rasmi atau tidak rasmi. Terdapat pilihan yang sungguh luas.
Toko Tas yang terletak di Jalan Riau adalah tempat yang bagus untuk para penggemar beg dan kasut. Terdapat pelbagai pilihan yang menarik di sini.
Makanan yang menjadi pilihan pelancong pula ialah;
- Warung Pasta- di sini terdapat lebih dari 50 jenis hidangan pasta seperti lasagna, pizza dan me. Ada banyak keju pada pastanya malahan harganya pun murah.
- Kartika Sari Bakeri- terkenal dengan kek lapis, brownies dan kek keju. Mereka juga ada membuat penghantaran ke hotel-hotel.
- Nasi Padang Simpang Raya- menyediakan pelbagai jenis masakan yang enak dan bersih dalam persekitaran yang lapang. Makanan ringan yang terkenal di sini adalah pisang molen dan jus avokado. Sekali makan bayarannya adalah dalam lingkungan RM15.
- Berhati-hati dengan penyeluk saku terutamanya di kawasan Pasar Baru.
- Untuk perjalanan yang selesa dan menyenangkan sewa sebuah kereta lengkap dengan pemandunya sekali.
- Jangan lupa tawar-menawar. Harga untuk pelancong biasanya lebih mahal berbanding harga untuk penduduk tempatan, jadi tawar harga sebelum membuat bayaran.
- Jangan pakai baju yang terlalu mendedahkan badan kerana penduduk tempatan akan memandang dengan pandangan yang kurang selesa.
- Jika menggunakan teksi pastikan guna meter, jika tidak menggunakan meter jangan naik kerana teksi akan mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk pelancong.
Thursday, 28 April 2011
Keretapi Wap Sabah Bermula Julai 2011
Melancong dengan menaiki keretapi adalah satu cara yang merelakskan minda. Anda boleh melihat pemandangan seperti sawah padi, gunung-ganang, suasana kampung, pekan-pekan yang berlainan di sepanjang perjalanan. Sungguh indah dan menenangkan.Tuesday, 26 April 2011
Sedikit Peringatan untuk Melancong ke Thailand

Melancong ke Thailand sudah tentu menyeronokkan dengan keindahan alam, cara hidup masyarakatnya yang berwarna-warni dan night life yang sangat terkenal itu.
Akan tetapi ada sedikit kekalutan dan keadaan tidak aman negara tersebut yang mungkin mengganggu keseronokkan melancong kita ke negara gajah putih ini.
Saya ada terdengar satu kisah benar yang terjadi di Hadyai, Thailand. Pasangan ini membeli sekarton rokok dan lain-lain barangan dari sebuah kedai di airport sebelum berlepas pulang ke Malaysia.
Selepas membuat pembayaran untuk barang-barang yang dibeli mereka pun mengambil barang-barang tersebut, akan tetapi ada sekarton rokok lagi di atas karton rokok yang mereka beli tu. Mereka ingat ini pemberian percuma jadi mereka pun ambil rokok tu bersama barang-barang yang lain.
Ketika berada di balai berlepas sekuriti datang dan membawa mereka ke balai polis atas dakwaan mencuri sekarton rokok. Mereka perlu membayar RM30,000 jika mahu dibebaskan. Disebabkan kekurangan wang, suami pasangan tersebut merengkok di lokap polis dan isteri menumpang di rumah saudara sementara menunggu bantuan.
Di dalam lokap ramai lagi pelancong yang ditangkap di atas berbagai tuduhan yang merupakan kesilapan semata-mata. Ada seorang pelancong India sudah sebulan merengkok di lokap tersebut kerana belum mampu membayar bayaran denda sebanyak USD70,000.
Dia dituduh mencuri pen, sedangkan pen itu dia ambil untuk dibeli. Di sebabkan dia terkeluar sedikit dari kawasan kedai kerana mencari kaunter pembayaran, dia telah dituduh mencuri dan ditangkap.
Keluarga di Kuala Lumpur telah menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok untuk meminta bantuan, namun polis Thai langsung tidak memperdulikan rayuan yang dibuat oleh kedutaan dan menteri-menteri kita.
Sepupu pasangan tersebut tiba di lokap itu dari Malaysia untuk membayar denda yang diminta. Kali ini denda sudah diturunkan dari RM30,000 kepada RM20,000 akan tetapi wang yang ada tidak mencukupi, yang ada cuma RM11,000 sahaja. Setelah berbincang pihak polis menerima RM11,000 tersebut.
Belum sempat mereka semua keluar dari balai polis, mereka telah membahagi-bahagikan wang tersebut dan tidak segan-silu menunjukkan mata wang asing yang telah mereka terima sebelum ini. Nampaknya rasuah berleluasa di sini.
Suami pasangan itu dibebaskan dan dibicarakan di mahkamah dan didenda 2000 baht sahaja. Wang RM11,000 tu hangus begitu saja.
Ketika ingin pulang ke tanah air mereka ingin membeli tiket kapalterbang Air Asia dengan kad kredit kerana kekurangan wang. Pihak airport memberitahu cuma tiket MAS saja yang ada, tapi bila mereka kata nak bayar tunai tak semena-mena tiket Air Asia ada pula.
Pasport pasangan itu dicop 'thief' dan digari untuk ke pesawat. Sampai di LCCT Sepang, pihak imegresen memberitahu perkara ini terjadi setiap hari dan sudah menjadi perkara biasa bagi mereka.
Jadi jika anda ingin ke Thailand, berhati-hatilah samada untuk tujuan perniagaan atau pelancongan.






