Showing posts with label Penerbangan. Show all posts
Showing posts with label Penerbangan. Show all posts

Wednesday, 23 April 2014

Lelaki Melepaskan Impiannya Menjadi Juruterbang Membina Simulator Hebat Di Rumahnya.

Simulator penerbangan memberikan pengalaman dan perasaan seperti betul-betul berada dalam pesawat terbang yang sebenar. Seorang lelaki John Davis, telah membina simulator penerbangan Boeing 747-400 yang realistik di bilik tidur kedua di rumah teres yang didiaminya. Pernahkah anda memandu kapalterbang menggunakan simulator?

Simulator Boieng 747-400 berada dalam rumah teres yang kelihatan biasa, sama seperti rumah-rumah lain yang terletak di Coventry, United Kingdom, berada 95 batu dari London.


Encik John Davis seorang bekas pereka grafik menghabiskan masa 15 tahun dan £20,000 untuk membina simulator yang hebat ini. Dia selalu memakai uniform pilot yang lengkap setiap kali memandu simulatornya termasuk membuat pengumuman untuk memakai seat belt ketika memulakan penerbangan.


Simulator atau replika kapalterbang ini mempunyai panel dek cahaya, kerusi penumpang dan sistem auto-pilotnya sendiri.

Encik Davis bersama isterinya, Puan Mabey di dalam kokpit yang memberikan mereka pendapatan sebanyak £3,000 sebulan. Kini kapalterbang ini (simulator) telah membuat penerbangan sejumlah 47,000 batu.


Juga terdapat skrin 6 kaki dengan dua monitor, mewujudkan pemandangan panorama yang realistik.



Simulator yang menakjubkan ini bukan sahaja untuk pamiran kerana ia disewakan untuk digunakan oleh peminat-peminat kapal terbang, orang yang takut menaiki kapalterbang dan juga juruterbang profesional untuk menggunakan simulator ini.

Encik Davis terpaksa melupakan impiannya untuk menjadi juruterbang kerana masalahnya dalam subjek matematik. Dengan adanya simulator ini dia dapat menjadi pilot kapalterbangnya sendiri dan merealisasikan impiannya walaupun hanya simulator. Dia juga merasa gembira kerana dapat berjumpa muka dengan juruterbang komersial yang sebenar yang selalu datang untuk menyewa simulator dan mereka kagum dengan simulator ini.

Caj sewaan yang dikenakan ialah £75 untuk penerbangan sejam, atau £125 untuk 2 jam penerbangan dengan simulator penerbangan ini.

Wednesday, 26 December 2012

Kenapa Anda Sakit dan Terdedah Pada Jenayah Dalam Perjalanan?

Perjalanan atau pelancongan ke tempat yang jauh dari tempat tinggal anda boleh menyebabkan anda sakit dan tak selamat, kemungkinan berlaku kecurian dan sebagainya.Common sense (akal fikiran) boleh membantu anda untuk kekal selamat dan sihat ketika dalam perjalanan.

Perjalanan samada untuk adventure, perniagaan atau percutian keluarga akan mendedahkan anda kepada jenayah, gangguan kesihatan dan iklim yang berbeza jika anda tidak menggunakan common sense seperti yang anda lakukan ketika berada di kawasan anda.

Jangan terkejut jika pelancong biasanya jatuh sakit atau menjadi mangsa jenayah dalam masa 24 jam pertama ketibaanya ke destinasi yang dituju.

Di antara sebab-sebabnya ialah:
  • Keseronokan untuk melancong,
  • Tekanan untuk mengemaskan barang-barang pada saat-saat terakhir 
  • Kurang tidur pada malam sebelumnya
  • Dan bangun terlalu awal untuk mendapatkan penerbangan awal pagi. Contohnya: bangun pukul 4.00 pagi untuk sampai ke lapangan terbang bagi penerbangan pada pukul 6.00 pagi.
Syarikat penerbangan tambang murah mendapat manfaat dari mereka yang tidak mampu atau tidak sanggup membayar tambang penerbangan perkhidmatan penuh. Kini anda terlalu mudah untuk anda menempah penerbangan ke lokasi yang anda kurang bersedia untuk pergi.

Sebaik sahaja anda membeli tiket dalam dalam talian, anda perlu 
  • membuat berbagai persediaan penting dan merancang perjalanan. 
  • Mendapatkan pemvaksinan dan membeli insuran perjalanan dan perubatan.
  • Mendapatkan pakaian yang sesuai, 
  • Membuat keputusan tempat penginapan, makan, kedai dan tempat-tempat yang perlu dilawati. 
Segalanya ini boleh menyebabkan anda lupa bahawa anda berada di bumi asing di mana segala-galanya boleh berbeza: penduduk, iklim, makanan, bekalan air dan kuman yang berbeza. Awasi semuanya bagi mengelakan anda terdedah pada penyakit dan jenayah dalam perjalanan.



Wednesday, 22 June 2011

Terbang Di Ruang Udara Kuala Lumpur

Pernah terbayang untuk melancong sambil sight seeing Kuala Lumpur melalui udara? Biasanya kalau kita sight seeing atau jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur sudah tentu kita terbayang kenderaan seperti kereta, bas hop in hop off tu atau lain-lain bas pun boleh, komuter, lrt atau teksi ke... Semuanya kenderaan darat kan.

Sekarang kita dah boleh jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur dengan cara terbang di ruang udaranya. Cuba teka guna helikopter ke guna kapalterbang?

Taraaa... Melancong guna kapalterbang ringan jenis Cessna 172. Penumpang hendaklah tidak melebihi 230 lbs atau 3 orang. Kapalterbang akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang selepas sama-sama bersarapan pagi peserta akan dibawa ke Terminal 3 untuk memulakan penerbangan.

Beberapa ketika selepas berlepas anda akan berada di ruang udara Mid Valley. Seterusnya anda akan dibawa ke Menara Berkembar Petronas, lihatlah keindahan suasana di KLCC dari udara.

Seterusnya anda akan dibawa pula ke Menara Kuala Lumpur, kawasan hutan simpan Bukit Nanas dan tempat-tempat menarik di sekitarnya. Tempat terakhir yang akan dilawati ialah Batu Cave di utara Kuala Lumpur. Selepas berlegar-legar di ruang udaranya anda akan dibawa pulang semula ke Terminal 3 di Subang sekali lagi melalui ruang udara bandar Kuala Lumpur.

Berminat melawat Kuala Lumpur melalui udara? Lawati laman web ini www.klhunter.com. Selamat melancong.