Showing posts with label Simulator. Show all posts
Showing posts with label Simulator. Show all posts

Wednesday, 23 April 2014

Lelaki Melepaskan Impiannya Menjadi Juruterbang Membina Simulator Hebat Di Rumahnya.

Simulator penerbangan memberikan pengalaman dan perasaan seperti betul-betul berada dalam pesawat terbang yang sebenar. Seorang lelaki John Davis, telah membina simulator penerbangan Boeing 747-400 yang realistik di bilik tidur kedua di rumah teres yang didiaminya. Pernahkah anda memandu kapalterbang menggunakan simulator?

Simulator Boieng 747-400 berada dalam rumah teres yang kelihatan biasa, sama seperti rumah-rumah lain yang terletak di Coventry, United Kingdom, berada 95 batu dari London.


Encik John Davis seorang bekas pereka grafik menghabiskan masa 15 tahun dan £20,000 untuk membina simulator yang hebat ini. Dia selalu memakai uniform pilot yang lengkap setiap kali memandu simulatornya termasuk membuat pengumuman untuk memakai seat belt ketika memulakan penerbangan.


Simulator atau replika kapalterbang ini mempunyai panel dek cahaya, kerusi penumpang dan sistem auto-pilotnya sendiri.

Encik Davis bersama isterinya, Puan Mabey di dalam kokpit yang memberikan mereka pendapatan sebanyak £3,000 sebulan. Kini kapalterbang ini (simulator) telah membuat penerbangan sejumlah 47,000 batu.


Juga terdapat skrin 6 kaki dengan dua monitor, mewujudkan pemandangan panorama yang realistik.



Simulator yang menakjubkan ini bukan sahaja untuk pamiran kerana ia disewakan untuk digunakan oleh peminat-peminat kapal terbang, orang yang takut menaiki kapalterbang dan juga juruterbang profesional untuk menggunakan simulator ini.

Encik Davis terpaksa melupakan impiannya untuk menjadi juruterbang kerana masalahnya dalam subjek matematik. Dengan adanya simulator ini dia dapat menjadi pilot kapalterbangnya sendiri dan merealisasikan impiannya walaupun hanya simulator. Dia juga merasa gembira kerana dapat berjumpa muka dengan juruterbang komersial yang sebenar yang selalu datang untuk menyewa simulator dan mereka kagum dengan simulator ini.

Caj sewaan yang dikenakan ialah £75 untuk penerbangan sejam, atau £125 untuk 2 jam penerbangan dengan simulator penerbangan ini.

Sunday, 24 April 2011

Cara-cara Menghilangkan Mabuk dalam Perjalanan


Mabuk dalam perjalanan boleh terjadi samada ketika melakukan perjalanan darat, laut atau udara. Ada yang memanggilnya mabuk laut kalau di laut dan lain-lain lagi.

Biasanya mabuk perjalanan terjadi bila badan kita merasai pergerakan atau kecepatan ke arah yang berlainan berbanding dengan penglihatan atau tiada penglihatan horizon telah hilang.

Mabuk perjalanan (motion sickness) ini bukan hanya berlaku dalam kenderaan sebenar tetapi ia juga boleh berlaku dalam penggunaan simulator untuk latihan penerbangan, aerobatik (pertunjukan udara) dan simulator lumba kereta seperti formula 1.

Terdapat dikalangan pemandu kereta F1 yang mengadu mengalami mabuk ini bila mereka menggunakan simulator untuk latihan pemanduan, selain dari para juruterbang pelatih yang biasa mengalaminya.

Mabuk perjalanan mengakibatkan rasa pening, keletihan, mual dan boleh membuat seseorang itu muntah-muntah.

Antara cara-cara untuk meringankan mabuk perjalanan ialah:

  • Jika anda tidak mempunyai ubat pada masa tu, cuba tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Pastikan anda memandang horizon untuk mengurangkan ketidakselesaan.
  • Amalkan acupressure dengan memakai wrist band. Ia juga dikenali sebagai relief band, terkenal di kalangan juruterbang terutamanya pelatih juruterbang tentera dan pasukan aerobatik.
  • Makan halia tak kira dalam apa bentuk samada gula-gula halia, air halia, teh halia, makan hirisan halia mentah, sapu minyak halia pada dahi atau tengkok, makan kapsul halia dan sebagainya. Boleh juga minum teh peppermint, jus karot, jus aprikot, jus pasli dan kekacang walaupun belum ada bukti saintifik mengenainya.
  • Pemakanan- makan vitamin B6 (pisang, kekacang), choline (telur, daging, oat), Coenzyme Q10 (kekacang, ikan, bayam). Ini juga tiada penemuan saintifik mengenainya tapi ia mungkin berguna bila kita amat memerlukan bantuan.
Selain daripada tu ada beberapa lagi cara yang boleh membantu mengurangkan mabuk perjalanan seperti:
  1. Jangan minum alkohol atau makan makanan berat sebelum memulakan perjalanan sebaliknya makan makanan ringan (snek) sahaja.
  2. Rehatkan mata anda, jangan membaca atau melihat skrin (contohnya laptop). Ini akan membuatkan anda pening.
  3. Cuba duduk di tempat yang kurang hoyong-hayang seperti di bahagian depan bas atau kapalterbang.
  4. Jangan duduk dengan membelakangkan arah pergerakan, duduk di tepi tingkap yang membolehkan anda memandang horizon (pandang keluar).
  5. Elakkan perkara yang boleh membuatkan anda mabuk seperti bau yang kurang menyenangkan dan bau orang lain yang dah mabuk.
  6. Kurangkan pergerakan kepala anda.
  7. Minum air yang mencukupi untuk mengelakkan anda kekurangan air.
  8. Fikir positif sebelum dan semasa melakukan perjalanan.