Mabuk dalam perjalanan boleh terjadi samada ketika melakukan perjalanan darat, laut atau udara. Ada yang memanggilnya mabuk laut kalau di laut dan lain-lain lagi.
Biasanya mabuk perjalanan terjadi bila badan kita merasai pergerakan atau kecepatan ke arah yang berlainan berbanding dengan penglihatan atau tiada penglihatan horizon telah hilang.
Mabuk perjalanan (motion sickness) ini bukan hanya berlaku dalam kenderaan sebenar tetapi ia juga boleh berlaku dalam penggunaan simulator untuk latihan penerbangan, aerobatik (pertunjukan udara) dan simulator lumba kereta seperti formula 1.
Terdapat dikalangan pemandu kereta F1 yang mengadu mengalami mabuk ini bila mereka menggunakan simulator untuk latihan pemanduan, selain dari para juruterbang pelatih yang biasa mengalaminya.
Mabuk perjalanan mengakibatkan rasa pening, keletihan, mual dan boleh membuat seseorang itu muntah-muntah.
Antara cara-cara untuk meringankan mabuk perjalanan ialah:
- Jika anda tidak mempunyai ubat pada masa tu, cuba tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Pastikan anda memandang horizon untuk mengurangkan ketidakselesaan.
- Amalkan acupressure dengan memakai wrist band. Ia juga dikenali sebagai relief band, terkenal di kalangan juruterbang terutamanya pelatih juruterbang tentera dan pasukan aerobatik.
- Makan halia tak kira dalam apa bentuk samada gula-gula halia, air halia, teh halia, makan hirisan halia mentah, sapu minyak halia pada dahi atau tengkok, makan kapsul halia dan sebagainya. Boleh juga minum teh peppermint, jus karot, jus aprikot, jus pasli dan kekacang walaupun belum ada bukti saintifik mengenainya.
- Pemakanan- makan vitamin B6 (pisang, kekacang), choline (telur, daging, oat), Coenzyme Q10 (kekacang, ikan, bayam). Ini juga tiada penemuan saintifik mengenainya tapi ia mungkin berguna bila kita amat memerlukan bantuan.
- Jangan minum alkohol atau makan makanan berat sebelum memulakan perjalanan sebaliknya makan makanan ringan (snek) sahaja.
- Rehatkan mata anda, jangan membaca atau melihat skrin (contohnya laptop). Ini akan membuatkan anda pening.
- Cuba duduk di tempat yang kurang hoyong-hayang seperti di bahagian depan bas atau kapalterbang.
- Jangan duduk dengan membelakangkan arah pergerakan, duduk di tepi tingkap yang membolehkan anda memandang horizon (pandang keluar).
- Elakkan perkara yang boleh membuatkan anda mabuk seperti bau yang kurang menyenangkan dan bau orang lain yang dah mabuk.
- Kurangkan pergerakan kepala anda.
- Minum air yang mencukupi untuk mengelakkan anda kekurangan air.
- Fikir positif sebelum dan semasa melakukan perjalanan.
apa nama ubat nk hlangkan mabuk perjalana...sye x peegi check up lg...
ReplyDeletesaya makan novomin, tp mengantuk. makan 30 minit sblm perjalanan. Hurix herba sy pernah cuba tp loya dan muntah tak hilang.
DeleteSalam hamba Allah: Saya rasa lebih bagus jika cik pergi ke farmasi berdekatan dan tanyakan ubat yang sesuai untuk cik.
ReplyDeleteJika pergi jumpa doktor adalah yang terbaik sebab mungkin cik mempunyai alahan atau keadaan tertentu yang perlukan penelitian doktor.
Terima kasih.
waa... tq utk info...
ReplyDeleterelief band tu mcm mane ye. ade jual dkeat farmasi ke. dan harga dia mahal tak
sy selalu mkn ubat Novomin....packaging kaler biru...setakat ni xpernah mengecewakan
ReplyDelete