Saturday, 30 April 2011

Insuran Kesihatan? Senaman.

Kebanyakan dari kita mempunyai insuran kesihatan yang akan membantu menyelesaikan bil-bil hospital bila kita jatuh sakit. Kalau kita nak bayaran yang lebih murah kita boleh pilih untuk masuk ke hospital kerajaan. Betul ke?

Tetapi apa kata kita buat satu lagi insuran kesihatan iaitu Senaman. Senaman dapat membantu kita mengelakkan kita dari kebanyakan penyakit, sakit-sakit badan, lenguh di sana-sini dan lain-lain.

Antara penyakit atau ketidak selesaan yang kita boleh elakan denga melakukan senaman adalah:

Sakit Pinggang. Sakit pinggang atau sakit belakang berlaku kerana kelemahan otot di bahagian bawah atau otot belakang kita, pergerakan yang tak betul atau postur yang salah. Senaman yang kerap dan teratur dapat mengatasi masalah lemah otot ini dan ini dapat menangani tekanan yang tiba-tiba seperti mengangkat kotak yang berat.

Penyakit Diabetes. Diabetes atau kencing manis adalah penyakit yang kebanyakannya ditemui pada orang dewasa, ia akan bertambah tenat dengan kegemukan dan cara hidup yang kurang aktif.

Masalah kesihatan ini biasanya datang tanpa menunjukkan sebarang simpton, ia cuma dapat dikesan melalui ujian darah. Biasanya ia dirawat dengan cara perubahan diet pemakanan dan bersenam. Senaman meningkatkan kadar metabolisma badan dan ini akan menurunkan tahap glukos darah.

Tekanan Darah Tinggi. Salah satu faktor utama yang menyebabkan penyakit darah tinggi sekarang ini adalah tekanan di tempat kerja. Pesakit biasanya mengalami pening kepala atau sakit kepala yang boleh menjadi teruk jika tak dikawal.

Otak adalah organ dalam badan kita yang memerlukan paling banyak oksigen. Ia mengawal segala-galanya yang berlaku pada kita. Jadi ia terdedah kepada tekanan yang besar yang boleh menyebabkan darah tinggi.

Cara mengatasinya, senang saja, lakukan senaman kerana senaman melancarkan perjalanan darah dan merembiskan endorphin (hormon gembira), yang dapat menurunkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.

Kolestrol Tinggi. Mungkin kita biasa mendengar rungutan kenalan kita tentang tahap kolestrol tinggi yang mereka alami. Kita semua tahu kolestrol yang tak baik lambat laun akan menyumbat atau menyekat saluran darah (arteri) kita dan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Tahukah anda senaman dapat meningkatkan tahap kolestrol baik dalam badan kita? Senaman adalah satu-satunya cara untuk menurunkan tahap kolestrol tak baik tanpa menggunakan ubat-ubatan jika dilakukan dengan teratur dan persistence.

Obesiti. Kesihatan kita juga bergantung kepada bentuk badan kita. Masalah obesiti boleh mengundang kepada pelbagai lagi penyakit yang tidak diingini.

Atasinya dengan bersenam dan kurangkan pengambilan lemak dan kalori yang tinggi. Jika suka anda juga boleh pergi ke gym.

Masalah Sendi dan Sakit Lutut. Sendi yang sihat boleh menjadi sakit apabila berlaku penggunaan yang berlebihan, kurang digunakan atau salah guna sendi. Adalah salah saranan yang menyatakan senaman perlu dihentikan bila berlaku sakit sendi.

Penyakit degenarasi seperti athritis dan osteoporosis menunjukkan ia lebih senang dikawal denga melakukan senaman yang ringan dan terkawal.

Untuk sakit lutut pula, jika anda asyik duduk saja 8 hingga 10 jam sehari, ligamen lutut, otot-otot dan tendon penyambung akan memberitahu anda yang anda telah terlebih guna (overwork) jika anda mula bergerak.

Satu lagi jika berat anda telah terlebih 10kg, setiap langkah yang anda ambil anda telah menambah 10kg berat kepada lutut anda. Ia akan haus dengan lebih cepat lagi jika ini berlaku.

Di sebabkan faktor-faktor di atas, sudah tentulah anda akan mengalami sakit lutut. Kebanyakan orang akan pergi berjumpa doktor dan makan ubat untuk mengatasinya atau yang lain mungkin akan mengambil suplement.

Bukan itu saja caranya, senaman yang teratur dan berpanjangan boleh mengatasi masalah ini.

Kesimpulannya, anda boleh pilih yang pertama, untuk berada dalam kesakitan, sugul, lembab dan gemuk.
Atau pilih yang kedua, untuk mempunyai kecerdasan mental, fit, kuat, bergerak dengan aktif, tangkas dan fleksible. Jika anda pilih yang kedua, apa ditunggu lagi, pergilah bersenam untuk kesihatan.

5 comments:

  1. Setuju 200%... tapi kenape ek, liat betul nak bersenam.... ada2 jer alasan....hehehe.

    ReplyDelete
  2. Salam.. Betul tu.. Kalau nak bersenam memang akan bagi macam2 alasan..

    ReplyDelete
  3. masa nak kuruskan bdn je serius nak bersenam..heheheee..x berdisiplin langsung kan..ngee

    ReplyDelete
  4. HomeKreation, nba-Nur, HaSue: Salam. Saya setuju sangat2 tu. Tapi kan, kalau ingat kita bersenamlah. Kalau tak boleh lama sekejap2 pun jadi, janji ia berterusan. Betul ke?

    ReplyDelete
  5. kayuh basikal selama setengah jam setiap hari boleh turunkan berat badan.... cuba lakukan selama tiga bulan ke ataupun satu tahun.. saya berani jamin berat badan akan turun.. saya pernah lakukan,,,

    ReplyDelete