Wednesday 29 June 2011

5 Cara Mudah Menjaga Kesihatan & Kecantikan Kulit

Kesihatan dalaman memang tidak dapat disangkal lagi perlu untuk mendapat kulit yang cantik, sihat & awet muda. Pepatah lama ini "Anda adalah apa yang anda makan" adalah amat benar sekali.

5 Cara Mudah Untuk Diamalkan untuk mendapat kulit yang sihat & cantik ialah:-

  1. Amalkan diet yang seimbang dan cara hidup yang sihat seperti tidak merokok & minum alkohol & melakukan senaman yang konsisten. Selain dari menjaga kesihatan kulit, faktor ini dapat menjaga kesihatan secara keseluruhan.
  2. Gunakan pencuci untuk muka & badan (cuci muka & mandi) 2 kali sehari. Ada orang yang tak suka mandi, jadi tukar tabiat anda, mandilah demi kesihatan & kecantikan.
  3. Gunakan produk anti penuaan dengan betul. Sapu krim anti penuaan dulu sebelum krim pelembab dan lain-lain krim supaya ia berkesan kepada kulit anda.
  4. Gunakan pelembab pada kulit anda untuk menjaga kelembapan & mengelakkan kulit dari menjadi kering. Kulit yang kering lebih cepat menunjukkan tanda penuaan iaitu kedutan pada kulit.
  5. Gunakan pelindung matahari yang mengandungi SPF & PFA (untuk mengelakkan dari pancaran sinar UVB & UVA) setiap kali keluar rumah. Ini adalah amat penting untuk kesihatan kulit terutama kepada kita yang tinggal di kawasan tropika yang kaya dengan cahaya matahari.

Itu saja di antara tip-tip yang mudah untuk menjaga kesihatan kulit.

FACEBOOK
Become a Fan

Sunday 26 June 2011

Marjerin Lebih Baik Berbanding Mentega?

Makanan yang selalu kita gunakan setiap hari ialah majerin dan mentega. Terutamanya ketika sarapan pagi untuk disapu pada roti & sebagai salah satu dari bahan untuk membuat roti, kek, pastri dan sebagainya.

Pernahkah anda terfikir mana satu yang lebih baik untuk kesihatan, majerin atau mentega? Ada mitos yang mengatakan majerin lebih baik dari mentega. Betul ke?

Mentega adalah makanan semulajadi yang penting untuk kesihatan anda terutama apabila anda makan mentega organik. Kalau boleh dapatkan mentega organik kerana ia berkualiti tinggi.

Majerin sebenarnya adalah makanan yang berproses dan molekulnya hampir sama dengan plastik. Anda suka makan plastik? Sudah tentu tidak kan. Ia diproses secara kimia dengan menggunakan minyak bertapis politaktepu. Proses penukaran dari bentuk minyak ke bentuk pepejal yang lembut ini dinamakan penghidrogenan.

Majerin dan lain-lain minyak politaktepu yang dihidrogenasi atau diproses lebih memudaratkan kesihatan anda daripada lemak yang tepu. Jadi setiap kali pilihlah mentega berbanding dengan majerin sebagai makanan.

Saturday 25 June 2011

Majlis Pelancaran KL Festival 2011

Pelancongan selalu dipromosikan untuk ibu negara Malaysia Kuala Lumpur. Bermula dari tahun 2006, pada bulan Julai setiap tahun akan diadakan KL Festival. Seperti biasa pada tahun ini KL Festival akan diadakan dari 1 - 31 Julai 2011.

Temanya ialah Di sini Semaraknya Seni. Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh ke laman web ini http://www.klfestival.org.my.

Pada petang ini, 25 Jun 2011, pukul 5.00 - 6.30 petang akan diadakan Majlis Pelancaran KL Festival 2011 di Perkampungan Budaya, Menara Kuala Lumpur. Ada pertunjukan penerjunan dari Menara KL sempena pelancaran ini. Akan dirasmikan oleh YBhg Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia.

Jom kita ke Menara KL untuk menyaksikan acara yang hebat ini. Para pelancong dan penduduk tempatan juga dijemput hadhir.

Apakah KL Festival? KL Festival dahulunya dikenali sebagai Citrawarna akan memperkenalkan budaya warisan dan kesenian rakyat Malaysia uyang semuanya dikumpulkan dan dipamirkan di Kuala Lumpur. Bermacam konsert dan persembahan telah diatur sempena KL Festival ini.

Jadi senang kan, tak perlu melancong ke seluruh Malaysia untuk menyaksikannya, cuma tunggu bulan Julai dan nikmati sebulan melawat Malaysia hanya di Kuala Lumpur.

Kemasukan adalah percuma. Semua yang berada di Kuala Lumpur dan kawasan berdekatan dan para pelancong juga di jemput ke sini untuk melancong.

Wednesday 22 June 2011

Terbang Di Ruang Udara Kuala Lumpur

Pernah terbayang untuk melancong sambil sight seeing Kuala Lumpur melalui udara? Biasanya kalau kita sight seeing atau jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur sudah tentu kita terbayang kenderaan seperti kereta, bas hop in hop off tu atau lain-lain bas pun boleh, komuter, lrt atau teksi ke... Semuanya kenderaan darat kan.

Sekarang kita dah boleh jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur dengan cara terbang di ruang udaranya. Cuba teka guna helikopter ke guna kapalterbang?

Taraaa... Melancong guna kapalterbang ringan jenis Cessna 172. Penumpang hendaklah tidak melebihi 230 lbs atau 3 orang. Kapalterbang akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang selepas sama-sama bersarapan pagi peserta akan dibawa ke Terminal 3 untuk memulakan penerbangan.

Beberapa ketika selepas berlepas anda akan berada di ruang udara Mid Valley. Seterusnya anda akan dibawa ke Menara Berkembar Petronas, lihatlah keindahan suasana di KLCC dari udara.

Seterusnya anda akan dibawa pula ke Menara Kuala Lumpur, kawasan hutan simpan Bukit Nanas dan tempat-tempat menarik di sekitarnya. Tempat terakhir yang akan dilawati ialah Batu Cave di utara Kuala Lumpur. Selepas berlegar-legar di ruang udaranya anda akan dibawa pulang semula ke Terminal 3 di Subang sekali lagi melalui ruang udara bandar Kuala Lumpur.

Berminat melawat Kuala Lumpur melalui udara? Lawati laman web ini www.klhunter.com. Selamat melancong.

Monday 20 June 2011

Akupuntur Tanpa Jarum

Kesihatan boleh dijaga menggunakan cara moden atau tradisional. Salah satu cara yang sudah lama di praktikkan ialah akupuntur. Pernah dengar akupuntur yang tidak menggunakan jarum, tapi ianya menggunakan pancaran laser?

Pena laser yang menggunakan teknologi dari Korea ini dikatakan lebih selamat dan mudah digunakan. Alat ini berbentuk seperti pen dan mempunyai kepala berbentuk bebola dihujungnya yang berfungsi menyalurkan tenaga laser pada poin yang tertentu untuk melancarkan peredaran darah. dengan cara merangsang poin-poin akupuntur .

Rawatan dibuat tanpa menggunakan jarum, tanpa rasa sakit, hanya sedikit kesan elektrik yang sangat rendah. Ianya mampu memberi kesan akupuntur seperti menggunakan jarum, malah lebih baik lagi iaitu 500 kali ganda lebih kuat dan pantas berbanding dengan tusukan jarum akupuntur biasa.

Selain dari itu kebaikannya ialah untuk mereka yang takutkan jarum sebab ia tidak menggunakan jarum langsung. Alat ini diberi gelaran 'Doktor Rumah' untuk menjaga kesihatan di Negara Korea, kata Dr Muhammad Kim, 76 yang berasal dari sana & telah berkahwin dengan gadis tempatan Malaysia.

Rawatan akupuntur ini terasa seperti terkena aliran elektrik yang ringan tapi akan memberikan kelegaan kerana ia melancarkan pengaliran darah. Poin-poin akupuntur terletak berdekatan sistem saraf yang seterusnya rangsangan ini akan dibawa ke otak & saraf tunjang dan akan menyembuhkan atau mengurangkan kesakitan atau penyakit yang dialami.

Selain dari akupuntur pen ini boleh juga digunakan untuk bekam dan kecantikan. Isteri Dr Muhammad Kim telah membuka sebuah salun kecantikan menggunakan pen laser ini dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelanggan.

Selain dari rawatan akupuntur laser dan bekam ada juga katil untuk mengurut badan yang menggunakan batu jed dan kristal. Kombinasi kesemua rawatan ini dapat mengurangkan sakit pinggang dan risiko strok.

Untuk mendapatkan kesemua rawatan ini sila ke klinik yang terdapat di Kelab Golf Titiwangsa PDRM, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dibuka antara hari Isnin - Ahad dari pukul 10 pagi - 10 malam. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-26980595 atau 019-2652966. Pengedar juga adalah amat di alu-alukan untuk produk kesihatan ini.

FACEBOOK
Become a Fan

Saturday 18 June 2011

Protein Shake untuk Membina Otot

Kesihatan dan kecergasan fizikal sudah tentu tidak dapat dipisahkan. Jika anda seseorang yang melakukan latihan fizikal secara teratur dan mengambil kesihatan dan kecergasan fizikal secara serius, sudah tentu anda berminat dalam mana-mana teknik yang boleh membantu anda ke tahap yang lebih baik.

Protin adalah salah satu keperluan utama badan untuk pembentukan otot, tulang, kulit dan tisu lain. Untuk keperluan ini ramai ahli sukan menggunakan protein shake tidak kira samada anda seorang atlit atau hanya bersenam untuk kesihatan.

Ia datang dalam berbagai kombinasi yang terdiri dari protin, karbohidrat dan lemak. Ianya boleh terdiri daripada 100% protin, kebanyakannya karbohidrat dengan protein atau ditambah lemak.

Protein shake terdapat dalam pelbagai perisa dalam bentuk serbuk atau pek sedia untuk diminum seperti tin atau peket. Protein shake yang terbaik ialah yang mengandungi protin tinggi dan diperbuat dari whey atau kacang soya atau campuran kedua-duanya.

Protein shake juga boleh dibuat sendiri, contohnya menggunakan 1 scoop tepung whey, 1 cawan susu rendah lemak, (jika suka boleh ditambah buah-buahan seperti pisang, strawberi, oren dan sebagainya mengikut pilihan sendiri). Kacau atau blend semua bahan dan boleh terus diminum panas atau dengan ais.

Sebelum tidur makan protin dan sedikit lemak (secara sederhana sudah tentu) sebenarnya membantu badan menghasilkan lebih GH, sejenis hormon yang kuat membakar lemak, dan menghentikan katabolisme (Catabolism ) - keadaan di mana badan kita membakar/menguraikan otot kita untuk menghasilkan tenaga. Protin yang di ambil sebelum tidur dapat menghalang keadaan ini.

Sumber protin yang sesuai diambil sebelum tidor ialah protin yang mengandungi sedikit lemak dan dihadham perlahan, mengambil masa 6 - 8 jam, whey tidak sesuai kerana ia cepat dihadhamkan.

Contoh protin yang sesuai ialah protein shake (tapi yang tidak mengandungi whey & mengandungi sedikit lemak), peanut butter, susu, yoghurt, quark cheese (dalam bentuk solid tapi lembut atau lembut macam sour cream tapi rendah lemak), cottage cheese & casein (protin yang dihadham perlahan dan boleh didapati dalam bentuk tepung).

Selepas melakukan latihan fizikal minum protein shake (paling baik yang mengandungi whey) kerana protin dalam bentuk cecair lebih cepat sampai ke otot iaitu kira-kira 30 minit selepas protin dihadham berbanding protin pepejal.

Ini adalah untuk menyembuhkan otot dengan cepat supaya tidak menyebabkan overtraining yang boleh membawa kepada kecederaan. Ia juga dapat membina otot menjadikan ia lebih kuat , fit dan sihat.

FACEBOOK
Become a Fan

Friday 10 June 2011

3 Cara Untuk Mendapat Vitamin D

Semasa makan tengahari beberapa hari lepas, Abby bertanya dari mana kita boleh dapat Vitamin D? Selain dari kenakan kulit kita kepada cahaya matahari, apa lagi ya?

Vitamin D ialah sejenis vitamin steroid. Ia adalah kumpulan prohormon yang larut lemak. Kegunaannya ialah untuk membantu penyerapan & metabolisma kalsium dan posforus.

Berikut adalah 3 cara untuk memastikan anda mendapat bekalan Vitamin D yang mencukupi untuk kesihatan.

1. Makan makanan yang kaya dengan Vitamin D seperti ikan salmon liar (yang tak diternak), ikan mackerel atlantik, sardin, udang, susu rendah lemak, telor, cendawan shitake, yoghurt & cereal yang telah diperkaya dengan Vitamin D.

2. Di sebabkan kekurangan jenis makanan yang membekalkan vitamin ini, makan supplemen Vitamin D setiap hari. Boleh juga ambil multivitamin yang mengandungi sekurang-kurangnya 400 i.u. Vitamin D untuk keperluan seharian anda. Untuk kesihatan anda seperti biasa sebelum mula makan vitamin ini lebih baik anda berjumpa doktor dahulu untuk mendapatkan nasihat.

3. Cara yang paling mudah ialah cahaya matahari. Nikmati "sedikit" pancaran matahari. Cukup dengan hanya mendedahkan tangan anda selama 15 minit beberapa kali dalam seminggu sudah cukup untuk mendapat bekalan Vitamin D bagi tubuh. Badan kita menghasilkan Vitamin D sendiri setelah kulit kita terdedah kepada cahaya matahari.

Akan tetapi terkena cahaya matahari yang terlalu banyak akan menyebabkan kerosakan kulit seperti pigmentasi, kedutan kulit (penuaan yang lebih cepat) dan lebih teruk lagi kanser kulit.

Ingatlah, sentiasa gunakan sunsreen sepanjang masa untuk menjaga kesihatan kulit anda.

FACEBOOK
Become a Fan

Monday 6 June 2011

Resipi Sambal Kicap Istimewa

Makanan yang kita makan tentu lebih sedap kalau ada sambal kicap. Betul ke?

Sambal kicap sesuai dimakan bersama sup ayam, mee sup, goreng keledek, goreng pisang, tempe goreng, keropok goreng, soto dan lain-lain akan menjadi sedap tidak terkata bila cicah sambal kicap ni. Anda suka ke? Kalau suka ni ada resipi sambal kicap yang saya ambik dari Cik Mat Gebu

Resipi Sambal Kicap ialah, tumbuk cili padi (15-25 biji), dengan 2 ulas bawang putih hingga lumat. Letak gula 2 - 3 camca besar, tumbuk lagi dan curah kicap 3/4 cawan, kacau rata dan hidangkan bersama pisang goreng & apa saja yang anda suka.

Hmm... sungguh menyelerakan untuk dimakan dengan apa saja makanan.

FACEBOOK
Become a Fan

Thursday 2 June 2011

9 Kebaikan Berlari Secara Reverse

Kesihatan yang bagus sudah tentunya di belakangi oleh senaman. Betul ke? Tahukah anda salah satu trend senaman atau latihan fizikal bagi tahun 2011 ialah berlari secara reverse atau secara gostan (reverse running)?

Reverse ini bukanlah baru malah ia telah pun ada pada tahun 70an. Ia telah pun digunakan oleh doktor sukan untuk merawat atlit yang tercedera.

Ia juga merupakan perkara yang amat penting dalam sukan hoki, tinju malah bola sepak juga.

Kebaikan Reverse Running

Kebaikan utama reverse running adalah ia melindungi sendi (seperti lutut) dan membakar lebih banyak kalori sehingga 5 kali lebih banyak berbanding berlari ke depan.

Di antara kebaikannya untuk kesihatan ialah:

  1. Keseimbangan badan anda bertambah baik, begitu juga dengan penglihatan peripheral & pendengaran.
  2. Mengencangkan otot.
  3. Di sebabkan pengurangan impak pada sendi, ia selalu di sarankan untuk tempat pemulihan dari sakit lutut dan tulang belakang.
  4. Pelari reverse hanya perlukan 80% kelajuan pelari ke depan untuk mencapai kesan fisiologi dan kecergasan yang sama.
  5. Teknik berlari ini juga dapat meningkatkan kecergasan kardiovaskular.
  6. Oleh kerana anda menggunakan bahagian hadapan kaki untuk berlari bahagian ibu jari kaki menjadi lebih kuat dan ini membantu membentuk postur tubuh yang lebih baik.
  7. Memperbaiki pemikiran kognitif dan kelajuan tindak balas.
  8. 1 lap berlari secara reverse memberikan tahap kecergasan bersamaan dengan 6 lap berlari ke depan.
  9. 100 langkah ke belakang memberikan kebaikan yang sama dengan 1000 langkah ke depan.

Keburukannya hanyalah mungkin anda akan mengalami sakit tengkuk jika anda selalu menoleh ke belakang semasa berlari. Mungkin juga di peringkat permulaan anda akan terlanggar sesuatu ketika berlari seperti tiang lampu, orang, pokok dan lain-lain.

Cara Memulakan Reverse Running

  • Cari kawasan yang rata, cukup lebar dan tidak berlubang-lubang untuk berlari.
  • Cari tempat untuk berlari yang lurus sejauh 50m hingga 100m, berjalan di atasnya dan pastikan tiada lubang-lubang dan batu-batu.
  • Di peringkat permulaan berlari secara berpasangan. Seorang berlari ke belakang dan seorang ke depan dalam jarak yang dekat dahulu.
  • Condongkan badan kebelakang dan gunakan bahagian hadapan tapak kaki untuk menolak anda untuk berlari ke belakang.
  • Cuba tidak menoleh ke belakang terlalu kerap.
  • Mulakan semasa anda memanaskan badan atau menyejukkan badan selepas bersenam. Kemudian tambah masa dan jarak larian anda sedikit demi sedikit.

Marilah kita sama-sama berlari gostan untuk kesihatan.

FACEBOOK
Become a Fan