Friday 10 June 2011

3 Cara Untuk Mendapat Vitamin D

Semasa makan tengahari beberapa hari lepas, Abby bertanya dari mana kita boleh dapat Vitamin D? Selain dari kenakan kulit kita kepada cahaya matahari, apa lagi ya?

Vitamin D ialah sejenis vitamin steroid. Ia adalah kumpulan prohormon yang larut lemak. Kegunaannya ialah untuk membantu penyerapan & metabolisma kalsium dan posforus.

Berikut adalah 3 cara untuk memastikan anda mendapat bekalan Vitamin D yang mencukupi untuk kesihatan.

1. Makan makanan yang kaya dengan Vitamin D seperti ikan salmon liar (yang tak diternak), ikan mackerel atlantik, sardin, udang, susu rendah lemak, telor, cendawan shitake, yoghurt & cereal yang telah diperkaya dengan Vitamin D.

2. Di sebabkan kekurangan jenis makanan yang membekalkan vitamin ini, makan supplemen Vitamin D setiap hari. Boleh juga ambil multivitamin yang mengandungi sekurang-kurangnya 400 i.u. Vitamin D untuk keperluan seharian anda. Untuk kesihatan anda seperti biasa sebelum mula makan vitamin ini lebih baik anda berjumpa doktor dahulu untuk mendapatkan nasihat.

3. Cara yang paling mudah ialah cahaya matahari. Nikmati "sedikit" pancaran matahari. Cukup dengan hanya mendedahkan tangan anda selama 15 minit beberapa kali dalam seminggu sudah cukup untuk mendapat bekalan Vitamin D bagi tubuh. Badan kita menghasilkan Vitamin D sendiri setelah kulit kita terdedah kepada cahaya matahari.

Akan tetapi terkena cahaya matahari yang terlalu banyak akan menyebabkan kerosakan kulit seperti pigmentasi, kedutan kulit (penuaan yang lebih cepat) dan lebih teruk lagi kanser kulit.

Ingatlah, sentiasa gunakan sunsreen sepanjang masa untuk menjaga kesihatan kulit anda.

FACEBOOK
Become a Fan

2 comments: