Showing posts with label Vitamin. Show all posts
Showing posts with label Vitamin. Show all posts

Friday, 7 September 2012

Microgreen Tinggi Khasiatnya!

Microgreen Selada (Cress).
Amalkan makan microgreen untuk kesihatan anda
Microgreen atau anak sayur-sayuran yang baru bercambah atau masih dalam peringkat anak pokok yang berumur dari beberapa hari hingga ke beberapa minggu. Pengusaha tanaman ini biasanya bukanlah petani biasa kerana mereka biasanya menanam dalam bangunan menggunakan sistem hidroponik (tanam tanpa tanah, cuma perlukan air dan beberapa bahan tertentu).

Jika petani yang mengusahakan microgreen ini mereka akan menunggu sehingga pokok itu menjadi agak besar sebelum mengambil pucuknya kerana dia mahu pokok itu mengeluarkan daunnya lagi untuk penuaian berikutnya.

Microgreen biasanya lebih mahal berbanding sayur biasa dan selalu digunakan di restoran fine dining dan restoran mahal, tapi ada juga microgreen yang biasa digunakan untuk memasak di rumah seperti taugeh ;)

Menurut kajian microgreen seperti red cabbage, cilantro, red garnet amaranth, green daikon radish mengandungi kandungan tertinggi untuk ascorbic acid (vitamin C), carotenoids, phylloquinoone (vitamin K) & tocopherols (Vitamin E) yang kesemuanya mengandungi antioksidan.

Microgreen red cabbage mengandungi vitamin C yang paling tinggi, sementara microgreen green daikon radish pula amat kaya dengan vitamin E.

Microgreen boleh digunakan sebagai salad, topping pizza, sandwich atau sebagai garnish (hiasan untuk makanan bila dihidang) dan pelbagai masakan.

Contoh-contoh microgreen ialah daun basil, beet, chard, celery, daun pasli, fennel, daun bawang, daun sup, daun ketumbar, kale, taugeh, alfalfa, cress, rosemary dan lain-lain.

Makanlah microgreen untuk kesihatan anda, khasiatnya lebih tinggi berbanding sayur-sayuran yang sudah matang. Kalau mahu anda boleh menghasilkannya sendiri kerana ia tidak memerlukan tanah pun. Makanlah microgreen selalu untuk kesihatan.

Saturday, 28 July 2012

Bagaimana Cara Mendapatkan Kulit Yang Cantik?


Kulit yang cantik dan sihat akan menceriakan anda

Kulit yang cantik dan sihat bukan saja menjadi idaman wanita malah lelaki juga. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.
Salah satu cara untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat ialah dengan menjaga pemakanan atau diet anda.

Untuk kesihatan dan kecantikan kulit pastikan diet anda mengandungi vitamin dan nutrien berikut:

  1. VITAMIN A: Membantu mengelakkan kulit dari menjadi kering. Vitamin ini berfungsi untuk penjagaan dan untuk memperbaiki tisu kulit. Banyak terdapat dalam hati haiwan, telor, salmon dan tomato.
  2. VITAMINS B: Sangat penting untuk memastikan kulit yang sihat dan cantik. Vitamin B1 (thiamine) memastikan kulit mendapat zat yang diperlukan dan kelihatan kemerah-merahan dengan memastikan pengaliran darah yang normal. Sumber utama Vitamin B ialah kekacang dan legume.
  3. VITAMIN C: Adalah sejenis antioksida yang akan mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan struktur sel kulit. Kerosakan ini akan memecahkan kolagen yang terdapat pada kulit yang muda. Paling sesuai untuk dimakan ialah lada benggala, brokoli dan sayur berdaun hijau gelap.
  4. SELENIUM: Selenium dan copper dapat mengurangkan sunburn pada kulit anda. Sebagaiman diketahui kerosakan dari pancaran cahaya matahari amat kerap berlaku pada kulit anda. Selenium, copper dan zink boleh didapati dari bijirin penuh, makanan laut, telor, tiram dan daging tanpa lemak.


Dapatkan Vitamin A, B, C dan selenium anda setiap hari untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda.


Wednesday, 11 January 2012

Vitamin B12 dan Asid Folik Meningkatkan Daya Ingatan

Vitamin B12 dan Asid Folik Dapat Meningkatkan Daya
Ingatan atau Memori
Vitamin B12 dan Asid Folik dapat meningkatkan kecergasan ingatan (memori) setelah diambil selama 2 tahun, menurut satu kajian yang dijalankan di Australian National University.

Vitamin mempunyai peranan yang penting dalam menggalakkan kesejahteraan penuaan dan mental yang sihat, serta mengekalkan kognitif berfungsi dengan baik.

Kajian dijalankan ke atas 700 orang yang berusia 64 - 70 tahun, 1 kumpulan diberikan dos asid folik dan vitamin B12 setiap hari sementara 1 kumpulan lagi diberikan pil placebo yang menyerupai vitamin dan asid folik tersebut.

Dos yang diberikan adalah 400 mikrogram asid folik dan 100 mikrogram Vitamin B12.

Setelah 1 tahun diberikan kumpulan yang mengambil vitamin dan mengambil pil placebo yang menyerupai vitamin tidak menunjukkan sebarang peningkatan dalam memori masing-masing. Tetapi selepas 2 tahun dan ujian dijalankan sekali lagi, kumpulan yang diberikan vitamin menunjukkan peningkatan yang positif dalam memori mereka berbanding yang mengambil pil placebo.

Friday, 10 June 2011

3 Cara Untuk Mendapat Vitamin D

Semasa makan tengahari beberapa hari lepas, Abby bertanya dari mana kita boleh dapat Vitamin D? Selain dari kenakan kulit kita kepada cahaya matahari, apa lagi ya?

Vitamin D ialah sejenis vitamin steroid. Ia adalah kumpulan prohormon yang larut lemak. Kegunaannya ialah untuk membantu penyerapan & metabolisma kalsium dan posforus.

Berikut adalah 3 cara untuk memastikan anda mendapat bekalan Vitamin D yang mencukupi untuk kesihatan.

1. Makan makanan yang kaya dengan Vitamin D seperti ikan salmon liar (yang tak diternak), ikan mackerel atlantik, sardin, udang, susu rendah lemak, telor, cendawan shitake, yoghurt & cereal yang telah diperkaya dengan Vitamin D.

2. Di sebabkan kekurangan jenis makanan yang membekalkan vitamin ini, makan supplemen Vitamin D setiap hari. Boleh juga ambil multivitamin yang mengandungi sekurang-kurangnya 400 i.u. Vitamin D untuk keperluan seharian anda. Untuk kesihatan anda seperti biasa sebelum mula makan vitamin ini lebih baik anda berjumpa doktor dahulu untuk mendapatkan nasihat.

3. Cara yang paling mudah ialah cahaya matahari. Nikmati "sedikit" pancaran matahari. Cukup dengan hanya mendedahkan tangan anda selama 15 minit beberapa kali dalam seminggu sudah cukup untuk mendapat bekalan Vitamin D bagi tubuh. Badan kita menghasilkan Vitamin D sendiri setelah kulit kita terdedah kepada cahaya matahari.

Akan tetapi terkena cahaya matahari yang terlalu banyak akan menyebabkan kerosakan kulit seperti pigmentasi, kedutan kulit (penuaan yang lebih cepat) dan lebih teruk lagi kanser kulit.

Ingatlah, sentiasa gunakan sunsreen sepanjang masa untuk menjaga kesihatan kulit anda.

FACEBOOK
Become a Fan