Friday, 7 September 2012

Microgreen Tinggi Khasiatnya!

Microgreen Selada (Cress).
Amalkan makan microgreen untuk kesihatan anda
Microgreen atau anak sayur-sayuran yang baru bercambah atau masih dalam peringkat anak pokok yang berumur dari beberapa hari hingga ke beberapa minggu. Pengusaha tanaman ini biasanya bukanlah petani biasa kerana mereka biasanya menanam dalam bangunan menggunakan sistem hidroponik (tanam tanpa tanah, cuma perlukan air dan beberapa bahan tertentu).

Jika petani yang mengusahakan microgreen ini mereka akan menunggu sehingga pokok itu menjadi agak besar sebelum mengambil pucuknya kerana dia mahu pokok itu mengeluarkan daunnya lagi untuk penuaian berikutnya.

Microgreen biasanya lebih mahal berbanding sayur biasa dan selalu digunakan di restoran fine dining dan restoran mahal, tapi ada juga microgreen yang biasa digunakan untuk memasak di rumah seperti taugeh ;)

Menurut kajian microgreen seperti red cabbage, cilantro, red garnet amaranth, green daikon radish mengandungi kandungan tertinggi untuk ascorbic acid (vitamin C), carotenoids, phylloquinoone (vitamin K) & tocopherols (Vitamin E) yang kesemuanya mengandungi antioksidan.

Microgreen red cabbage mengandungi vitamin C yang paling tinggi, sementara microgreen green daikon radish pula amat kaya dengan vitamin E.

Microgreen boleh digunakan sebagai salad, topping pizza, sandwich atau sebagai garnish (hiasan untuk makanan bila dihidang) dan pelbagai masakan.

Contoh-contoh microgreen ialah daun basil, beet, chard, celery, daun pasli, fennel, daun bawang, daun sup, daun ketumbar, kale, taugeh, alfalfa, cress, rosemary dan lain-lain.

Makanlah microgreen untuk kesihatan anda, khasiatnya lebih tinggi berbanding sayur-sayuran yang sudah matang. Kalau mahu anda boleh menghasilkannya sendiri kerana ia tidak memerlukan tanah pun. Makanlah microgreen selalu untuk kesihatan.

13 comments:

  1. Taugeh pun dikira microgreen jugak yeh? Klu gitu mak suka mkn taugeh dr kacang pea tu..gambarannya serupa dgn pic di atas tu hah

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. bru phm apa itu microgreen.. :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. JebengOtai: Sama2lah kita belajar perkara baru ;)

      Delete
  3. pucuk2 ulam boleh masuk dalam kumpulan ni juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tehr: pucuk2 tu lain sikit. Microgreen ni anak pokok atau tumbuhan yang masih kecik. Tapi pucuk2 ulam tu bagus juga khasiatnya ;)

      Delete
    2. ooo macam tu
      nampaknya kami masih kurang makan microgreen ni

      Delete
    3. tehr: Takper, boleh ditingkatkan penggunaannya. Cubalah ;)

      Delete
  4. baru tahu pasal microgreeen ni.. memang baik informasinya

    ReplyDelete
  5. Kalau bercucuk tanam secara organik lagi baik kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akubiomed: ya, betul tu. Lebih senang bercucuk tanam kalau kawasan rumah kita ada tanah kan.

      Delete