Saturday, 1 September 2012

5 Cara Untuk Menyihatkan dan Menguatkan Minda


Amalkan makan badam untuk kesihatan otak anda
Kesihatan badan dan otak amat penting. Pernahkah anda terserempak dengan seseorang, mukanya anda cam, tapi anda tak ingat namanya langsung. Ataupun anda baru saja parking kereta tapi dah terlupa kat mana?
Sebab terjadinya perkara begini ialah memori dalam otak anda, seperti juga badan anda otak boleh menjadi letih dan lemah. Tenaga diperlukan untuk menyegarkan otak anda.
Di antra cara untuk menyihatkan dan menyegarkan otak anda selain dari mengamalkan kismis dan kurma ialah:
  1. Makan badam. Badam sangat berkhasiat dan mengandungi pelbagai vitamin & telah digunakan berabad lamanya untuk meningkatkan prestasi memori. Ambil minyak badam bersama susu sebelum tidur atau rendam badam selama beberapa jam dan kupas kulitnya, kisar halus dan campurkan air dan sedikit gula atau madu dan minum sebelum tidur untuk badan dan memori yang lebih sihat.
  2. Jus apel. An apple a day keep the doctors away! Selain dari buah, jus apel sangat baik untuk otak. Satu kajian menunjukkan jus apel meningkatkan penghasilan  neurotransmitter acetylcholine di dalam otak yang seterusnya akan memperbaiki kuasa memori anda.
  3. Cukup tidur & lena. Tidur yang lena dan cukup dapat menguatkan otak anda. Tidur dengan lena selepas seharian bekerja kuat dan anda akan dapat merasakan perbezaannya pada keesokan hari. Kajian menujukkan otak memainkan semula imej-imej yang telah anda alami seharian dan membantu anda mengingatinya semula di masa depan bila anda memerlukannya.
  4. Rasa gembira dan nikmati hidup anda. Tekanan dalam rutin harian boleh melemahkan otak anda. Cuba tukar-tukar rutin dan lakukan aktiviti rekreasi untuk menyegarkan semula otak anda.  Lupakan kerja buat sementara waktu dan  ambil masa untuk bersama ibubapa, saudara-mara, kawan-kawan, isteri atau anak-anak. Keluar bersiar-siar atau melancong, dengar muzik kegemaran anda atau lakukan apa saja hobi yang boleh menggembirakan anda.
  5. Bersenam. Seperti juga badan anda, otak juga perlukan senaman untuk menjadi sihat dan cergas, oleh itu jangan lupa mengambil masa untuk bersenam setiap hari atau beberapa hari sekali.
Minda yang sihat datangnya dari badan yang sihat. Untuk mendapatkan otak dan minda yang sihat dan cergas, jagalah kesihatan anda.

15 comments:

  1. Saya suka makan buah Badam tetapi kuantiti kecil sebab boleh batuk kerana memakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akubiomed: Takper boleh cuba lain2 cara kan ;)

      Delete
  2. selain badam, krismis juga baik untuk menguatkan ingatkan kan shasa??

    ReplyDelete
  3. aku suka kismis je
    badam ni tak pernah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tehr: Bagus kismis tu. Cubalah badam juga, sedap dan berkhasiat pula ;)

      Delete
  4. Sekarang ni rasa kurang nikmat tidur.., dok fikir entri untuk blog baru ni jer.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia coin: Jangan terlalu berfikir masa nak tidur, relaks, barulah boleh tidur. Lupakan tentang entri blog seketika semasa tidur, insyaallah boleh lena ;)

      Delete
  5. biasanya makan badan masa musim raya jer. dalam kuih hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rain: Kalau makan selalu lagi bagus ;)
      Betul ke?

      Delete
  6. Makan juga badam tapi dalam almond london hihi.....saya ambil suppliment untuk antibodi

    ReplyDelete
    Replies
    1. azura: Kalau makan dalam almond london kalori dia plak tinggi kan.
      supplement antibodi? Harapnya semuanya bagus dan sihat belaka.
      All the best to you ;)

      Delete
  7. Badam banyak digunakan dalam biskut dan produk pemakanan kesihatan minda...selai itu kismis dan kurmapun bagus juga untuk minda.btl tak...tp yang palingbpentingvadalah yg no 4.. Rasa gembira dan nikmati hidup dengan tenang...mindapun tak celaru...

    ReplyDelete
  8. Minda sihat penting especially untuk kita menjalani hidup yang sihat
    alzheimer dan parkinson adalah contoh minda yang tidak sihat..

    ReplyDelete
  9. Makan badam sangai @ grg tnpa minyak pun boleh mbantu dlm proses nk kurus juga tau.. Try la.. ;-)

    ReplyDelete