Blog Kesihatan, Keselamatan dan Gaya Hidup bermula setelah pertama kali menghadhiri seminar tentang internet... yang dijalankan oleh Sifu Irfan Khairi pada 21 Julai 2007. Terima kasih kepada Irfan Khairi kerana beliaulah orang pertama yang memperkenalkan saya kepada blog dan segala-galanya tentang internet.
Sebelum berjumpa beliau saya pernah terdengar tentang blog dan tahu ia adalah satu journal online seumpama diari di offline tapi saya tak ada idea bagaimana ianya dihasilkan. Lagipun saya tak familiar langsung tentang komputer ni. Ha, komputer? Camner nak guna ek?
Masa tu desktop saya selalu touch, tapi tak tahu nak guna untuk internet ni, apatah lagi blogging.
Nah, sekarang kena buat blog pulak? Kata sifu, pada hari tu (21/7/2007), malam ni balik rumah bukak www.blogger.com dan create blog.
Setelah berusaha dan belajar dan beli satu komputer meja saya berjaya menghasilkan blog pertama saya pada September 2007. Kini blog yang ada ini adalah blog ketiga saya sebenarnya yang telah melalui pelbagai transformasi sehingga saya mampu berdiri seperti sekarang.
Terima kasih yang tak terhingga dari saya kepada Sifu Irfan Khairi yang tak jemu-jemu membantu saya bermula hari pertama saya berjumpa beliau pada 21 Julai 2007 sehingga sekarang dan juga staf-staf beliau dari Shah, Azran, Zul, Amim, Wadi dan semua kawan-kawan sekerja saya yang telah membantu saya mengenali internet dan komputer.
selamat petang, saya zainab, nak tumpng tanya, pihak en/cik untuk tempoh masa dari bulan mei- jun 2913 ada buat sebarang ekspo ke?
ReplyDelete