Monday 31 October 2011

Hari Terakhir Bas Stand Klang pada 31 Oktober 2011

















Gaya hidup sekarang memang tidak sama dengan 10 atau 20 tahun yang lepas. Inilah yang menyebabkan bangunan lama terpaksa dilupuskan untuk memberi jalan kepada yang lebih canggih dan bersesuaian dengan zaman.

Bangunan Pasarama Kota atau lebih di kenali sebagai Bas Stand Klang (berdekatan Stesen LRT Pasar Seni) beroperasi untuk hari terakhir pada hari ini 31 Oktober 2011. Berakhirlah gaya hidup menaiki bas dari sini. Besok

Besok tiada lagi bas yang akan berhenti dan menunggu di stesen ini. Pada 1 November 2011 ia akan ditutup terus untuk memberi laluan kepada projek MRT (MY Rapid Transit) yang akan dibina di situ.

Tatapilah gambar-gambar hari-hari terakhir Bas Stand Klang yang penuh bersejarah yang menjadi sejarah gaya hidup yang lepas.




Saturday 29 October 2011

The Didjeridu, The Bullroarer And The Gumleaf, Alat Muzik Kaum Asli Australia

Muzik adalah salah satu gaya hidup yang di gemari ramai. Di Australia terdapat 3 jenis muzik tradisional kaum asli iaitu The Didjeridu, The Bullroarer And The Gumleaf. Menarik kan?

Petang tadi masa berjalan menuju ke Stesen LRT Pasar Seni saya terserempak dengan seorang lelaki, kelihatan seperti Cina atau Melayu, kurang pasti.

Dia duduk berhampiran kawasan yang dipagar berhampiran stesen lrt tersebut dan terus bermain sejenis alat muzik (Didjeridu), setelah meletakkan begnya (Lihat gambar yang di sebelah). Hmm... nampak menarik dan bunyinya, wow! sungguh unik!

Saya berjalan ke arahnya dan berdiri mendengar muzik yang dimainkan. Ada orang meletakkan 1 helai duit kertas RM1, dia berhenti bermain dan berterima kasih pada orang tersebut. Hmm... sungguh bersopan-santun pemuzik ini. Gaya hidup yang patut di teladani.

Setelah beberapa ketika bermain muzik dia berihat seketika. Saya bertanya, alat muzik tu dari mana? Dia kata dari Australia dan dia orang Jepun dari Negara Jepun.

Ramai orang Malaysia suka muzik, tapi ada ke yang menjadikan muzik orang asli sebagai gaya hidup?

Friday 28 October 2011

Air Kita

Pada setiap hari kira-kira 10,000 tan sampah-sarap dibuang di Malaysia dan 10% darinya dibuang ke dalam perairan kita. Sampah dan bahan-buangan yang dibuang ke jalanan, longkang, parit dan lain-lain saluran air.

Ini termasuklah pencemaran dari air yang belum dan telah dirawat dari kilang-kilang, saluran kumbahan, bahan buangan organik dari outlet perniagaan, minyak dan gris dari rumah.

Orang-ramai masih lagi membuang sampah sesuka hati walaupun telah diadakan kempen kesedaran dan pemulihan sungai yang diadakan. Kualiti air semakin menurun dan ini akan mengancam hidupan yang ada.

Kesemua sampah dan bahan tercemar ini akan berakhir di lautan dan mengancam hidupan laut bahkan manusia sendiri. Demi kebaikan segala hidupan yang ada termasuklah manusia buanglah sampah dan lain-lain bahan buangan dengan cara yang sepatutnya, jagalah kualiti air.

Thursday 27 October 2011

Penunggang Unta dan Unta di Australia

Gaya hidup di kawasan gurun mungkin tidak maju seperti sekarang jika tidak kerana adanya unta di situ. Tentu anda tahu memang ada unta di Ausralia kan?

Tapi tahukah anda unta-unta tersebut bukan berasal dari Australia sendiri, malah ia dibawa masuk pada tahun 1860an dari Afghanistan, Pakistan & India. Kira-kira 2,000 - 3,000 orang penunggang unta dibawa masuk ke Australia untuk mengendalikan unta-unta ini.

Gaya hidup di gurun yang ekstrim, tandus dan kurang air memaksa pelombong British pada masa tersebut membawa masuk unta dan penunggang-penunggang unta berugama Islam yang mahir dan tahu selok-belok gurun dari negara-negara tersebut untuk urusan melombong emas dan batu-batu permata yang berharga dari gurun Australia.

Unta-unta yang dibawa masuk ini tidak berguna jika tiada penunggang yang mahir dan berkebolehan untuk mengendalikannya. Bandar-bandar seperti Kalgoolie dan Broken Hill adalah bandar perlombongan yang maju. Kegigihan dan keupayaaan penunggang-penunggang unta ini juga menyebabkan Ayers Rock ditemui dan wujud hingga sekarang.

Isteri penunggang-penunggang unta Islam ini tidak datang bersama (hanya beberapa orang perempuan saja yang ikut) kerana tindakan ini tidak boleh diterima oleh kebudayaan dan gaya hidup mereka pada masa tersebut.

Menjelang tahun 1920an gaya hidup telah berubah, unta tidak diperlukan lagi kerana telah diganti oleh motosikal, kereta dan trak. Unta dilepaskan di gurun Australia dan keturunan unta inilah yang menjadi kira-kira lebih sejuta unta liar dan mendiami gurun Australia sekarang.

Manakala bekas penunggang-penunggang unta yang tidak lagi bekerja sebagai penunggang unta pulang ke negara masing-masing.

Sebahagian lagi terus menetap di Australia dan membuka perniagaan trading, perniagaan pengangkutan unta, perniagaan ubat-ubatan tradisional dan sebagainya. Mereka berkahwin dengan kaum asli Australia dan wanita berkulit putih. Keturunan mereka masih lagi tinggal di Australia hingga sekarang.

Pada tahun 2006 pamiran pertama tentang penunggang unta Islam ini telah diadakan di Australia. Keturunan mereka telah menyumbangkan banyak artifek yang menarik pada pamiran yang berikutnya.

Kita di Malaysia bertuah kerana pamiran penunggang unta ini telah dibawa ke Kuala Lumpur. Kunjungi Muzium Kesenian Islam Malaysia, Jalan Lembah Perdana, Kuala Lumpur dibuka dari 10.00pagi - 6.00petang setiap hari. Untuk keterangan lanjut lawati www.iamm.org.my

Sekarang ini keturunan penunggang-penunggang unta Islam ini masih lagi mengamalkan gaya hidup Islam.

Wednesday 26 October 2011

Kurangkan Penggunaan Plastik & Jangan Buang Merata-rata

Plastik yang kita gunakan boleh tahan selama-lamanya dan ada antara kita hanya menggunakannya sekali sahaja sebelum dibuang. Kita telah mencipta sampah untuk selama-lamanya, jadi tidak menghairankan pencemaran plastik semakin meningkat dengan pesat... dengan akibat yang tidak diingini.

Orang ramai seolah-olah sudah tidak peduli apa yang berlaku kepada bumi dan lautan bila mereka membuang beg plastik ke atas jalan.

Mereka jangka ia akan pergi ke tempat di mana mereka tidak perlu bimbang mengenainya, tetapi mereka salah! Setelah dibuang di jalan, ia merosakkan alam sekitar dan membunuh tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Plastik akan berakhir dalam air. Hidupan dalam air menelan mereka secara tidak sengaja apabila memakan sekumpulan ikan atau udang. Ikan paus tidak boleh melihat dengan baik, dan beg plastik yang terapung akan kelihatan seperti obor-obor. Plastik juga boleh terkumpul di suatu bahagian laut akibat arus lautan (gyres) mengumpulkan sampah plastik itu.

Jika terpaksa juga, gunakanlah beg plastik terbiodegradasi (biodegradable) dan gunakan semula sebelum dikitar semula (recycle). Elakkan dari menggunakan plastik.

Tuesday 25 October 2011

Pusat Perlindungan Warga Emas JKM

Pusat Perlindungan Warga Emas JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) terdapat di seluruh negara.

Terdapat 2 jenis iaitu Rumah Seri Kenangan (RSK) dan Rumah Ehsan (RE).

Pusat Perlindungan Warga Emas (JKM) yang terdapat di Malaysia ialah di:

Rumah Seri Kenangan (RSK)
  1. RSK Bedong
  2. RSK Cheng
  3. RSK Cheras
  4. RSK Pengkalan Chepa
  5. RSK Johor Bahru
  6. RSK Kangar
  7. RSK Seremban
  8. RSK Taiping
  9. RSK Tanjung Rambutan
Rumah Ehsan (RE)
  1. RE Kuala Kubu Bharu
  2. RE Dungun
Dengan adanya senarai ini bolehlah kita melawat dan jika boleh memberi apa-apa sumbangan yang boleh kepada Pusat Perlindungan Warga Emas yang berdekatan dengan kita.

Jika tak mampu beri sumbangan kebendaan, lawatan kita pun boleh menceriakan mereka walaupun mereka lebih suka jika ahli keluarga mereka sendiri yang membuat lawatan ke Pusat Perlindungan Warga Emas.

Monday 24 October 2011

Rumah Seri Kenangan Cheras

Rumah Seri Kenangan Cheras ialah sebuah rumah perlindungan untuk orang-orang tua (warga emas) yang terletak di KM 18, Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor.

Terdapat Rumah Seri Kenangan (RSK) dan Rumah Ehsan (RE) untuk golongan warga emas yang teraniaya dan terabai akibat perebutan harta pusakan dan sebagainya atau yang telah disingkirkan oleh keluarga sendiri.

Rumah Seri Kenangan Cheras dan lain-lain RSK dan RE sedia memberikan segala bantuan yang termampu kepada golongan yang tidak berupaya ini.

Untuk mengelakkan perebutan harta, salah satu caranya ialah dengan membuat surat wasiat. Ini akan dapat dijadikan pembelaan untuk diri warga emas jika terjadi sesuatu sehingga mereka dianiaya oleh keluarga sendiri atau untuk mengelak perebutan harta oleh saudara-mara jika mereka meninggal dunia.

Keterangan lanjut boleh didapati di http://jkmselangor.gov.my. Jika ada sebarang sumbangan untuk golongan ini bolehlah ke Rumah Seri Kenangan Cheras atau RSK & RE yang berdekatan.

Saturday 22 October 2011

Apakah Makanan Organik?

Makanan organik telah diketahui kebanyakan orang memberikan faedah yang lebih baik kepada manusia dan alam sekitar berbanding makanan bukan organik. Tapi apakah makanan organik ni?

"Organik" adalah tuntutan ke atas proses pengeluaran dan bukannya tuntutan ke atas produk itu sendiri.

Secara ringkasnya makanan organik ialah makanan yang dihasilkan tanpa menggunakan- racun perosak tiruan, baja sintetik dan organisma yang diubah secara genetik (Genetically Modified). Takrif ini digunakan di kebanyakan negara bagi tujuan penguatkuasaan dan pensijilan

Pertanian organik pula ialah sistem perladangan bersepadu yang melibatkan kedua-dua aspek teknikal (tanah, agronomi, rumpai, dan pengurusan makhluk perosak) dan aspek-aspek ekonomi (input, output, dan pemasaran) serta kesihatan manusia (FAO, 1999).

Untuk kebaikan semua, amalkan makanan organik.

Thursday 20 October 2011

Rawatan Penyakit Asma Kronik & Awet Muda

Kesihatan kita akan tergugat jika kita sukar bernafas. Betul ke? Salah satu penyakit yang berkaitan dengan pernafasan ialah asma.

Asma boleh menjadi kronik dan sukar untuk dirawat. Berikut ada satu petua untuk menghilangkan asma yang saya kongsikan dari blog ni.

Harap anda akan dapat sama-sama mendapat manafaat untuk kesihatan diri anda.

Caranya mudah sahaja. Sediakan bahan-bahan seperti berikut

Lobak merah – setengah batang
Lobak putih- satu batang
Bawang merah- 2 biji
Bawang putih-3 ulas
Limau kasturi- 3 biji (tak perlu jika ada gastrik)
Madu – 1 sudu besar

Parut lobak dan masukkan semua bahan tadi dalam gelas. Jangan campur air. Gaul semua bahan tadi dan perah airnya. Isi dalam gelas dan campur sesudu madu. Minum 2x sehari.

InsyaAllah, saudara akan rasa perubahannya dalam masa seminggu. Rasa senang bernafas,penyakit beransur sembuh dan wajahpun berseri-seri.

Atau anda boleh juga mencuba pemanis beralkali ini. Ia boleh juga merawat asma dan awet muda. Anda tak perlu bersusah-payah membuat air jus ini setiap hari.

Selamat mencuba!

Selamat mencuba semoga anda bebas dari penyakit asma dan awet muda pula. Cuba petua ini terutamanya untuk kesihatan.

Wednesday 19 October 2011

146 Keburukan Gula Kepada Kesihatan

Gula telah menjadi sebahagian makanan rutin manusia samada di barat atau di timur walaupun ia tidak baik untuk kesihatan.

Bila bekalan gula berkurangan sahaja, kebanyakan orang resah dan risau seolah-olah tanpa gula hidup ini tak seindah yang diharapkan, seolah-olah gula perlu untuk kesihatan.

Semua orang tahu gula tak baik untuk kesihatan, tapi kenapa orang masih begitu sukakan gula?

Klik di sini untuk mengetahui bukan 10 bukan 20 keburukan gula kepada kesihatan manusia tetapi 146 keburukan yang mungkin lebih lagi...

Oleh itu kurangkan gula atau sebaik-baiknya, seberapa yang boleh elakkanlah gula demi kesihatan.

Sunday 16 October 2011

10 Benefits of Swimming

Swimming is a nearly perfect exercise. Swimming is one of the sunnah of the Prophet Mohamad (SAW) exercise beside archery and horse riding. Do some stretching exercises to warm up before and after swimming. This will make your stroke smoother and more efficient and will reduce muscle pain. Do see your doctor before started to swim.

10 Benefits of Swimming are:

  1. Benefits the heart, lungs and muscles, you will feel better about yourself.
  2. Increases fun on other recreational activities like scuba diving, sailing, rafting, and go to the beach.
  3. It does not bear the weight and no pressure on bones and joints.
  4. Improve cardiovascular conditions.
  5. It is an effective weight control - 1 hour of swimming is burns calories equal to 6 miles of running in 1 hour.
  6. Swimming is a form of meditation that helps calm the nerves.
  7. Swimming also uses most of the major muscle groups, and strengthens both upper and lower body.
  8. Pregnant women can also benefit from the pool. Swimming can help them strengthen their abdominal muscles and shoulders. Abdominal muscles and shoulder areas are often subject to tax with the baby.
  9. Swimming can reduce joint stiffness, high blood pressure, and discomfort associated with pregnancy.
  10. Good for breast cancer patients after breast surgery is the best way to exercise all major muscle groups, and prevention of muscle atrophy often seen in patients after surgery who remain inactive for long periods. Swimming is also good because to strengthens the stomach, back and shoulders. These muscles will help post-mastectomy women to carry their weight more easily.
For the sake of our health lets go for swimming.

Friday 14 October 2011

Halfest 2011 PWTC Kuala Lumpur

Halfest 2011 or halal fest take place from 12 to 16 October 2011 at PWTC Kuala Lumpur. There are a variety of booths. Following official there are 700 booths showing halal products and services.

I was there this evening 14 Oct 2011, I started my tour at about 5 o'clock in the evening time until the Halfest 2011 or halal fest closing time at 7 pm.

Whoever have not gone there yet or if you can't go there, please have a look at the pictures which I took during my visit to the Halfest 2011.

Al-Kammah water can cure sore throat, cough, flu and other chronic diseases like diabetes, cancer etc. Pak Ungku explained that, in healing ourselves we should have confidence, sincerity, faith, apply & Tawassul (yakin, ikhlas, niat, memohon & tawasul). Price RM3 per bottle but you can give donations to them if you want to help their effort in helping people heal from the illness.






Monavie Juice with 19 types of fruits in a bottle one of the products at halfest 2011. Good for your health. Try it!







Buying a fire extinguisher? It is useful for home and car. Only RM80 per tank get it from Halfest 2011 or from Bayu Mas Enterprise, Taman Cheras, Awana, Kuala Lumpur & Ampangan, Negeri Sembilan, Malaysia. Call: 0123994950/0133372278.





Digital Al-quran pen, comes with an al-quran. Can read quran in Arabic, Malay & English. Nice hah?
Contact: Fitri 0175843048








A chance to get money from the arowana fish. Get it from Halfest 2011 or contact them at Lot 5480, Terusan Besar, Tebok Pancur, Simpang 4, 34400 Semanggol, Perak. Tel: +6012-6307861/+6019-9425756









I was surprise to find this at Halfest 2011, placenta disposal system (sistem pembuangan uri) consisting of salt, tamarind, white cloth, rubber gloves anda bowl of land to plant the placenta. They will manage the disposal for you. Further information at www.grandmasecret.webs.com








Seaweed from Izan's Port Klang is also here at Halfest 2011. The seaweed comes Semporna, Sabah. There are many products from the seaweed such as kelp juice and cordials, jams, dried seaweed and wet. You like seaweed, meet Hj Ramlan bin Hj Ismail, Lot 111 Seksyen 4, Jalan Tangki, Sungai Aur, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia. Tel: 0124851707






Bird nests, 1 of Malaysia interesting products. I found there are five booths promoting bird nests at Halfest 2011.








first time I found this product at Halfest 2011. Products from eels and snakehead fish (belut dan ikan haruan) best used after surgery and childbirth. Available in soups, instant noodles, laksa and sardines. Further details visit www.bioharuan.com.my











Jeruk Madu Ustazi one of pickle fruits booth. It uses
honey instead of sugar or sacharin. If you eat this you will not cough or getting sore throat. Contact 013-897 7990 / 013-386 6446








The famous among tourist Jeruk Madu Pak Ali originated from Penang is at Halfest 2011. It has a branch here in Selangor, another booth promoting pickled fruits. Also using honey instead of sugar or sacharin and won't let you cough or sore throat.









One more chance to make money from Halfest 2011. Sandalwood tree (pokok gaharu) planting project from GCSB. Try it.














Alkaline sweetener products is good for diabetes, obesiti, heart disease and others. This is one of good products from Halfest 2011. For more information click www.citrasegarlestari.blogspot.com or call Hussin 019-2676124










A replacement for coconut milk (santan kelapa) called Santan Wangi. Made from milk. Can last for 8 months if keep in fridge. At normal temperature can last for a month. More info at www.santanwangi.com







Another replacement for coconut milk (santan kelapa) from oil palm (kelapa sawit). It's called santan sawit. Nice ah? Further info visit www.khalissantan.com








Minyak Tuna Bukit a product for men's health. Click photo for more information.








When headaches or stomach aches happens, many people will use medicated oil or ointment (minyak angin). Friends normaly will ask, who use medicated oil here? Because the strong smell. Now get G7, medicated oil that smells of lemon, of course no one will complaint.









Adam Janggut a miracle discovery. Check it out!











Water filter from a muslim company.










Repel Roach and Repel Mouse an insect repellent via air freshner a product from Awin Trading. Non-toxic and safe to use inside the house and near the food contains the active ingredient of citronella (serai wangi).












Repel Roach out of the box. Can last for 3 months.












Kopi Hang Tuah 3 in 1 banner near it booth.













Various types of coffee from Hang Tuah Coffee brand on display here.











A few products from rumah nenek brand.











Jihad through selling foods.












Chicken Rice from Nasi Ayam Tapah Road. They said you can eat the rice even without the chicken.




Visit halal fest or it call Halfest 2011.

Monday 10 October 2011

Budget 2012 -Malaysia

Budget 2012 was tabled on October 7, 2012 by YB Datuk Seri Najib Tun Razak, the Prime Minister and also Finance Minister of Malaysia in the Dewan Rakyat. Pix from thesundaily.my

Total budget - RM232.8 billion
Operating expenses - RM181.6 billion
Development Expenditure - RM51.2 billion

Among the interesting facts on budget 2012 are:

Hybrid cars.

Full exemption from import duty and excise duty on imported hybrid and electric cars will be extended until 2013. Budget 2012 is good because it contributes to environmental preservation. Electric cars everyone?

No more school fees

Budget 2012 also abolished fees for primary and secondary schools will be starting from January next year (2012) of all government schools. This includes payment for extra-curricular activities, takaful insurance and etc. Hopefully there will be no more families complain because they cannot afford to pay school fees.

Extended Retirement Age

Budget 2012 extended the mandatory retirement age from 58 to 60 years old. This is quite beneficial because at this age they are still active and their skills are much needed by the country. But there were voices that do not support these suggestions. Isn't this move good?

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia

The scheme is open to households earning RM3,000 and below, which will benefit 100 thousand housing issues. Investors can seek loans of RM5,000 with a repayment period of five years. Budget 2012 let you save some money, isn't it?

And of course there are more on budget 2012 .... ;)

Sunday 9 October 2011

Let Solat

An interesting picture taken from http://sipenyapuburuk.blogspot.com/. I hope it will benefit us all.

Saturday 8 October 2011

Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudahdisebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara:

Pertama : Niat.

Kedua : Menghilangkan najis pada badan.

Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Rasulullah S.A.W Bersabda : " Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain." [Hadith Riwayat Muslim].
‎*Sesiapa yg nak share silakan. Tak perlu mintak izin dah sebab mmg sy nak share dgn semua Sahabat pun.