Tuesday, 12 August 2014
6 Jenis Jus Untuk Detoks Bagi Membersihkan Toksin Dalam Badan Anda
Sunday, 4 May 2014
Kek Coklat Ubi Bit (Beet Root Chocolate Cake)
(Sumber: mowielicious)
Bahan-bahan Untuk Kek:
200g dark chocolate (70%)
4 sudu makan espresso panas
200g mentega, dipotong kiub
135g tepung gandum
1 sudu teh (penuh bumbung) baking powder
3 sudu makan serbuk koko
5 biji telur (pisahkan kuning dan putih telur)
200g gula kaster
250g ubi bit, dimasak, kupas kulit dan dipurikan
Untuk Mentega Krim Coklat:
300g gula aising
150g mentega, dilembutkan
100ml double cream
50g serbuk koko
Untuk Aising Coklat:
200g dark chocolate (70%)
200ml double cream
4 sudu makan golden syrup
Cara-cara Membuatnya:
Panaskan ketuhar kepada 180°C dan lapiskan 2 tin kek berukuran 20cm dengan kertas baking . Cairkan coklat dalam mangkuk di atas air panas, memastikan bahagian bawah tidak mangkuk menyentuh air . Tuangkan espresso ke dalam coklat cair , kacau , tambah kiub mentega dan kacau hingga cair. Angkat dari api dan biarkan sejuk sedikit.
Ayak tepung dengan serbuk penaik dan koko. Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur sehingga berbuih. Dalam mangkuk lain lagi, pukul putih telur sehingga kembang dan buihnya tegak (stiff), tambah gula dan kaup dan balikkan ke dalam putih telur. Tuangkan kuning telur dan beetroot ke dalam adunan coklat dan kaup dan balikkan.
Tambah campuran telur putih dan kaup dan balikkan hanya sekadar rata saja (jangan terlebih kacau). Tambah campuran tepung dan kaup dan balikkan hingga rata. Tuangkan ke dalam tin kek yang disediakan dan bakar selama 30 minit atau sehingga bila dicucuk, pencucuk keluar bersih. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
Untuk krim mentega, pukul gula aising dengan mentega sehingga berderai, tambah double cream dan pukul sehingga rata, masukkan serbuk koko. Sapu krim ini ke atas satu kek dan tutup dengan kek yang satu lagi.
Untuk aising, panaskan coklat dengan krim dan sirap diatas haba yang rendah, kacau berterusan sehingga pekat dan berkilat. Tuangkan ke atas kek dan hidangkan Kek Coklat Ubi Bit (Beet Root).
Friday, 2 May 2014
Resipi Minuman Shirley Temple
Shirley Temple adalah sejenis minuman yang ringkas dan mudah untuk disediakan. Resipinya adalah seperti berikut:
Bahan-bahannya:
1 cawan kiub ais
1 tin Sprite atau 7up
Sedikit sirap Grenadine
1 biji Ceri Maraschino
Cara-cara Membuatnya:
- Isi gelas tinggi 3/4 penuh dengan kiub ais.
- Tuangkan sprite atau 7up sehingga gelas hampir penuh.
- Tambahkan sedikit sirap Grenadine.
- Kacau air ini.
- Hiaskan dengan ceri maraschino dan hidangkan.
Wednesday, 23 April 2014
Resipi Kuih Puteri Salju Paling Mudah
Resipi Kuih Puteri Salju
Source: Everbum
Bahan-bahan:
350 gram gula serbuk/aising (untuk taburan)
175 gram tepung gandum, diayak
100 gram keju edam parut (keju belanda yg bulat)
30 gram tepung maizena/tepung jagung
1/4 sudu teh garam
175 gram marjerin
3 kuning telur
Cara-cara membuatnya:
- Mula-mula sapu loyang pipih dengan marjerin, kemudian ketepikan Sediakan marjerin lalu dipukul sampai kembang, kemudian tambah telur dan pukul semula hingga kembang.
- Tambah tepung gandum, maizena/jagung, aduk rata. Tambah keju edam dan garam, adun rata hingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
- Ambil adunan sebanyak satu sudu teh, kemudian bentuk seperti bulan sabit dan letak di atas loyang, jangan lupa beri jarak antara satu adunan dengan yang lain.
- Setelah loyang terisi penuh oleh adunan kuih puteri salju, bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius sekitar 15 minit sampai masak.
- Sejukkan Kuih Puteri Salju, lalu taburkan dengan gula serbuk/aising hingga seluruh bahagian Kuih Puteri Salju kek salju dilitupi oleh gula.
- Jika sudah selesai Kuih Puteri Salju lembut siap untuk dihidang. Jika suka boleh disimpan dalam balang dengan disusun rapi.
Resipi Ke-2
Ini pula Kuih Puteri Salju atau lebih dikenali sebagai Biskut Puteri Salju dari Malaysia pula. Yang mana lebih sedap Kuih Puteri Salju dari Indonesia atau dari Malaysia? Senang saja kalau nak tahu cubalah kedua-dua resipi ini dan rasa.Biskut Puteri Salju
Source: Citarasawan
Bahan-bahan:
250gm mentega
20gm shortening
80gm gula kaster
80gm serbuk gajus - disangai
250gm tepung gandum
50gm tepung sagu
Hiasan: Gula aising atau secukupnya untuk salutan. Jika tak suka manis boleh tukar dengan susu tepung untuk salutan.
Cara-cara membuatnya:
- Pukul mentega, shortening dan gula hingga kembang.
- Kemudian masukkan serbuk gajus dan tepung gandum dan sagu yang telah diayak.
- Gaul dan uli hingga menjadi doh. Seterusnya bolehlah dicanai dan terap menggunakan acuan bulan sabit.
- Bakar selama 20-25 minit hingga masak pada suhu 150C.
- Sejukkan dan salut dengan gula aising atau tepung susu. Hidangkan atau disimpan dalam balang kedap udara untuk ketahanan Kuih Puteri Salju ini.
Resipi Ke-3
- Gula kaster dan mentega dipukul hingga berwarna pucat.
- Gajus dan gandum dimasukan kedalam adunan dan dikacau sampai rata. Masukkan kedalam peti ais lebih kurang 1/2 (setengah) jam.
- Siapkan acuan terap yang disukai. Canai dan terap kuih puteri salju anda dengan bentuk yang disukai, yang paling biasa bentuk bulan sabit.
- Susun diatas loyang dan bakar pada suhu sekitar 160C kira-kira 20 minit. Setelah masak, angkat.
- Siapkan bahan untuk menabur yang sudah anda olah, taburkan dengan bahan taburan dengan cara digulingkan atau ditaburkan saja.
- Hidangkan Kuih Puteri Salju.
Thursday, 20 October 2011
Rawatan Penyakit Asma Kronik & Awet Muda

Monday, 6 June 2011
Resipi Sambal Kicap Istimewa
Makanan yang kita makan tentu lebih sedap kalau ada sambal kicap. Betul ke?Sambal kicap sesuai dimakan bersama sup ayam, mee sup, goreng keledek, goreng pisang, tempe goreng, keropok goreng, soto dan lain-lain akan menjadi sedap tidak terkata bila cicah sambal kicap ni. Anda suka ke? Kalau suka ni ada resipi sambal kicap yang saya ambik dari Cik Mat Gebu
Resipi Sambal Kicap ialah, tumbuk cili padi (15-25 biji), dengan 2 ulas bawang putih hingga lumat. Letak gula 2 - 3 camca besar, tumbuk lagi dan curah kicap 3/4 cawan, kacau rata dan hidangkan bersama pisang goreng & apa saja yang anda suka.
Hmm... sungguh menyelerakan untuk dimakan dengan apa saja makanan.
Sunday, 22 May 2011
Minuman Ajaib: Karot, Ubi Bit dan Apel
Jaga kesihatan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran? Dalam 3 artikel yang lepas saya telah menulis tentang khasiat karot, ubi bit dan apel. Sekarang kita tengok apakah khasiat ketiga-tiganya jika dijadikan jus.Minuman kesihatan ini telah lama disebarkan kira-kira 10 tahun yang lepas. Mr Seto seorang selebriti telah minum jus ini dan telah menyembuhkan beliau dari penyakit barah paru-paru. Seorang pakar herba cina telah memberikan petua ini kepadanya. Setelah 3 bulan minum jus ini beliau telah sembuh dari penyakitnya.
Anda hanya perlukan 1 karot, 1 ubi bit & 1 apel. Jangan kupas kulit. Buat jus sekali dengan kulitnya. Terus minum selepas jus siap untuk mendapat khasiat kesihatan yang terbaik.
Jus ini sangat berkhasiat dan senang diserap dan digunakan untuk kesihatan badan anda. Sangat berkesan jika anda ingin mengurangkan berat badan. Anda akan perasan sistem imun anda bertambah baik dalam 2 minggu. Pastikan minum sebaik saja jus siap untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Waktu & Cara Minum:
Minum di waktu pagi ketika perut kosong, sebelum makan apa-apa. 1 jam selepas tu barulah boleh makan. Untuk kesan yang lebih cepat minum 2 kali sehari, 1 kali di waktu pagi dan 1 kali di waktu petang ketika perut kosong, hanya makan sejam selepas minum jus ini.
Di antara khasiat untuk kesihatan ialah:
- Menghalang pertumbuhan sel kanser.
- Mengelakkan penyakit hati, pankreas dan buah pinggang. Boleh menyembuhkan ulser juga.
- Menguatkan paru-paru, mengelakkan serangan jantung dan tekanan darah tinggi.
- Menguatkan sistem imunisasi (sistem pertahanan/kekebalan) badan kita.
- Bagus untuk penglihatan, menghilangkan mata yang merah, penat dan kekeringan mata.
- Membantu menghilangkan sakit akibat latihan fizikal dan kesakitan otot.
- Untuk detox, memudahkan buang air dan mengelakkan sembelit. Seterusnya ia akan menyihatkan kulit & nampak lebih ceria. Juga membantu menghilangkan jerawat.
- Mengurangkan bau nafas akibat dari masalah penghadhaman dan jangkitan kerongkong.
- Mengurangkan sakit senggugut.
- Mengelakkan dari terkena serangan penyakit alahan yang mewujudkan gatal pada mata dan hidung bagi pengidap penyakit (hay fever) ini.
Amalkan minum jus ini untuk kesihatan.
Wednesday, 19 January 2011
Sup Tomato Berkrim

Become a fan
Apa kata sekarang kita cuba pula Sup Tomato.
Bahan-bahannya:
6 sudu besar mentega atau majerin
6 sudu besar tepung
3 1/2 cawan susu (fresh milk)
1 tin tomato buah (whole tomato)- tin 28 ounce (oz)
Gula
Lada hitam
Herba kesukaan anda (segar atau kering)
Biji sawi (jika suka)
Cara-cara membuatnya:
Buat sos putih asas menggunakan mentega, tepung dan susu: Cairkan mentega di atas api sederhana; bila mula berbuih, angkat dari api, tambahkan tepung, dan kacau hingga jadi pes yang agak cair.
Tambahkan susu sejuk dan kacau (whisk) hingga rata dan licin. Panaskan semula menggunakan api perlahan, kacau selalu hingga pekat dan tepung masak.
Sebagai altenatif ini boleh dilakukan dalam oven mikrowave. Mula-mula cairkan mentega pada tahap high kira-kira 90 saat. Tambahkan tepung dan susu seperti di atas. Masak pada kuasa 70 peratus, hingga kepekatan yang dikehendaki, kacau (whisk) setiap 3 minit selama 10 - 12 minit.
Sambil menunggu sos masak, pecah-pecahkan buah tomato kepada ketulan yang lebih kecil & panaskannya. Tambah gula, lada hitam yang telah dikisar halus dan herba pilihan anda (basil, thyme, tarragon, dill - semuanya sesuai) & 1 sudu teh biji sawi.
Bila tomato mula panas & sos dah masak, tambahkan sos ke dalam periuk tomato, kacau hingga sebati dan menggelegak.
Angkat dan hidangkan.


.jpg)
