Saturday 30 April 2011

Insuran Kesihatan? Senaman.

Kebanyakan dari kita mempunyai insuran kesihatan yang akan membantu menyelesaikan bil-bil hospital bila kita jatuh sakit. Kalau kita nak bayaran yang lebih murah kita boleh pilih untuk masuk ke hospital kerajaan. Betul ke?

Tetapi apa kata kita buat satu lagi insuran kesihatan iaitu Senaman. Senaman dapat membantu kita mengelakkan kita dari kebanyakan penyakit, sakit-sakit badan, lenguh di sana-sini dan lain-lain.

Antara penyakit atau ketidak selesaan yang kita boleh elakan denga melakukan senaman adalah:

Sakit Pinggang. Sakit pinggang atau sakit belakang berlaku kerana kelemahan otot di bahagian bawah atau otot belakang kita, pergerakan yang tak betul atau postur yang salah. Senaman yang kerap dan teratur dapat mengatasi masalah lemah otot ini dan ini dapat menangani tekanan yang tiba-tiba seperti mengangkat kotak yang berat.

Penyakit Diabetes. Diabetes atau kencing manis adalah penyakit yang kebanyakannya ditemui pada orang dewasa, ia akan bertambah tenat dengan kegemukan dan cara hidup yang kurang aktif.

Masalah kesihatan ini biasanya datang tanpa menunjukkan sebarang simpton, ia cuma dapat dikesan melalui ujian darah. Biasanya ia dirawat dengan cara perubahan diet pemakanan dan bersenam. Senaman meningkatkan kadar metabolisma badan dan ini akan menurunkan tahap glukos darah.

Tekanan Darah Tinggi. Salah satu faktor utama yang menyebabkan penyakit darah tinggi sekarang ini adalah tekanan di tempat kerja. Pesakit biasanya mengalami pening kepala atau sakit kepala yang boleh menjadi teruk jika tak dikawal.

Otak adalah organ dalam badan kita yang memerlukan paling banyak oksigen. Ia mengawal segala-galanya yang berlaku pada kita. Jadi ia terdedah kepada tekanan yang besar yang boleh menyebabkan darah tinggi.

Cara mengatasinya, senang saja, lakukan senaman kerana senaman melancarkan perjalanan darah dan merembiskan endorphin (hormon gembira), yang dapat menurunkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.

Kolestrol Tinggi. Mungkin kita biasa mendengar rungutan kenalan kita tentang tahap kolestrol tinggi yang mereka alami. Kita semua tahu kolestrol yang tak baik lambat laun akan menyumbat atau menyekat saluran darah (arteri) kita dan menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Tahukah anda senaman dapat meningkatkan tahap kolestrol baik dalam badan kita? Senaman adalah satu-satunya cara untuk menurunkan tahap kolestrol tak baik tanpa menggunakan ubat-ubatan jika dilakukan dengan teratur dan persistence.

Obesiti. Kesihatan kita juga bergantung kepada bentuk badan kita. Masalah obesiti boleh mengundang kepada pelbagai lagi penyakit yang tidak diingini.

Atasinya dengan bersenam dan kurangkan pengambilan lemak dan kalori yang tinggi. Jika suka anda juga boleh pergi ke gym.

Masalah Sendi dan Sakit Lutut. Sendi yang sihat boleh menjadi sakit apabila berlaku penggunaan yang berlebihan, kurang digunakan atau salah guna sendi. Adalah salah saranan yang menyatakan senaman perlu dihentikan bila berlaku sakit sendi.

Penyakit degenarasi seperti athritis dan osteoporosis menunjukkan ia lebih senang dikawal denga melakukan senaman yang ringan dan terkawal.

Untuk sakit lutut pula, jika anda asyik duduk saja 8 hingga 10 jam sehari, ligamen lutut, otot-otot dan tendon penyambung akan memberitahu anda yang anda telah terlebih guna (overwork) jika anda mula bergerak.

Satu lagi jika berat anda telah terlebih 10kg, setiap langkah yang anda ambil anda telah menambah 10kg berat kepada lutut anda. Ia akan haus dengan lebih cepat lagi jika ini berlaku.

Di sebabkan faktor-faktor di atas, sudah tentulah anda akan mengalami sakit lutut. Kebanyakan orang akan pergi berjumpa doktor dan makan ubat untuk mengatasinya atau yang lain mungkin akan mengambil suplement.

Bukan itu saja caranya, senaman yang teratur dan berpanjangan boleh mengatasi masalah ini.

Kesimpulannya, anda boleh pilih yang pertama, untuk berada dalam kesakitan, sugul, lembab dan gemuk.
Atau pilih yang kedua, untuk mempunyai kecerdasan mental, fit, kuat, bergerak dengan aktif, tangkas dan fleksible. Jika anda pilih yang kedua, apa ditunggu lagi, pergilah bersenam untuk kesihatan.

Thursday 28 April 2011

Keretapi Wap Sabah Bermula Julai 2011

Melancong dengan menaiki keretapi adalah satu cara yang merelakskan minda. Anda boleh melihat pemandangan seperti sawah padi, gunung-ganang, suasana kampung, pekan-pekan yang berlainan di sepanjang perjalanan. Sungguh indah dan menenangkan.

Tambahan pula jika anda menaiki keretapi wap, dengan bunyinya yang tersendiri, pergerakannya yang tak sebegitu laju sudah tentu memberikan lebih peluang untuk menikmati alam sekitar yang indah itu.

Toot tooot! Satu kejutan istimewa! Ada keretapi wap di Sabah. Sudah tentu menyeronokkan. Perkhidmatan keretapi wap ini akan bermula pada bulan Julai 2011 nanti. Jika ada antara kita yang bercadang melancong ke Sabah, jangan lupa menaiki keretapi wap yang istimewa ini.

Keretapi British Vulcan Steam Engine number 6-016 yang ada di Sabah nanti adalah beberapa keretapi wap menggunakan kayu api yang masih wujud dan berfungsi sehingga sekarang sejak tahun 1880an lagi. Ia dibuat oleh Vulcan Foundry Ltd di Newton-le-Willows dari Lancashire, Britain, United Kingdom.

Keretapi ini telah diubah-suai mengikut kemewahan di era kolonial boleh memuatkan sehingga 180 orang penumpang ini akan bermula dari stesen Tanjung Aru-Putatan-Kinarut-Kawang-Papar. Koc dapur akan menyediakan makanan dengan gaya tiffin dengan kombinasi makanan eksotik kolonial dan kontinental.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 088-318-888 atau lawati www.suteraharbour.com. Semua ini akan memberikan lebih kegembiraan dan kepuasan kepada para pelancong ke Sabah.

Tuesday 26 April 2011

Sedikit Peringatan untuk Melancong ke Thailand


Melancong ke Thailand sudah tentu menyeronokkan dengan keindahan alam, cara hidup masyarakatnya yang berwarna-warni dan night life yang sangat terkenal itu.

Akan tetapi ada sedikit kekalutan dan keadaan tidak aman negara tersebut yang mungkin mengganggu keseronokkan melancong kita ke negara gajah putih ini.

Saya ada terdengar satu kisah benar yang terjadi di Hadyai, Thailand. Pasangan ini membeli sekarton rokok dan lain-lain barangan dari sebuah kedai di airport sebelum berlepas pulang ke Malaysia.

Selepas membuat pembayaran untuk barang-barang yang dibeli mereka pun mengambil barang-barang tersebut, akan tetapi ada sekarton rokok lagi di atas karton rokok yang mereka beli tu. Mereka ingat ini pemberian percuma jadi mereka pun ambil rokok tu bersama barang-barang yang lain.

Ketika berada di balai berlepas sekuriti datang dan membawa mereka ke balai polis atas dakwaan mencuri sekarton rokok. Mereka perlu membayar RM30,000 jika mahu dibebaskan. Disebabkan kekurangan wang, suami pasangan tersebut merengkok di lokap polis dan isteri menumpang di rumah saudara sementara menunggu bantuan.

Di dalam lokap ramai lagi pelancong yang ditangkap di atas berbagai tuduhan yang merupakan kesilapan semata-mata. Ada seorang pelancong India sudah sebulan merengkok di lokap tersebut kerana belum mampu membayar bayaran denda sebanyak USD70,000.

Dia dituduh mencuri pen, sedangkan pen itu dia ambil untuk dibeli. Di sebabkan dia terkeluar sedikit dari kawasan kedai kerana mencari kaunter pembayaran, dia telah dituduh mencuri dan ditangkap.

Keluarga di Kuala Lumpur telah menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok untuk meminta bantuan, namun polis Thai langsung tidak memperdulikan rayuan yang dibuat oleh kedutaan dan menteri-menteri kita.

Sepupu pasangan tersebut tiba di lokap itu dari Malaysia untuk membayar denda yang diminta. Kali ini denda sudah diturunkan dari RM30,000 kepada RM20,000 akan tetapi wang yang ada tidak mencukupi, yang ada cuma RM11,000 sahaja. Setelah berbincang pihak polis menerima RM11,000 tersebut.

Belum sempat mereka semua keluar dari balai polis, mereka telah membahagi-bahagikan wang tersebut dan tidak segan-silu menunjukkan mata wang asing yang telah mereka terima sebelum ini. Nampaknya rasuah berleluasa di sini.

Suami pasangan itu dibebaskan dan dibicarakan di mahkamah dan didenda 2000 baht sahaja. Wang RM11,000 tu hangus begitu saja.

Ketika ingin pulang ke tanah air mereka ingin membeli tiket kapalterbang Air Asia dengan kad kredit kerana kekurangan wang. Pihak airport memberitahu cuma tiket MAS saja yang ada, tapi bila mereka kata nak bayar tunai tak semena-mena tiket Air Asia ada pula.

Pasport pasangan itu dicop 'thief' dan digari untuk ke pesawat. Sampai di LCCT Sepang, pihak imegresen memberitahu perkara ini terjadi setiap hari dan sudah menjadi perkara biasa bagi mereka.

Jadi jika anda ingin ke Thailand, berhati-hatilah samada untuk tujuan perniagaan atau pelancongan.

Sunday 24 April 2011

Cara-cara Menghilangkan Mabuk dalam Perjalanan


Mabuk dalam perjalanan boleh terjadi samada ketika melakukan perjalanan darat, laut atau udara. Ada yang memanggilnya mabuk laut kalau di laut dan lain-lain lagi.

Biasanya mabuk perjalanan terjadi bila badan kita merasai pergerakan atau kecepatan ke arah yang berlainan berbanding dengan penglihatan atau tiada penglihatan horizon telah hilang.

Mabuk perjalanan (motion sickness) ini bukan hanya berlaku dalam kenderaan sebenar tetapi ia juga boleh berlaku dalam penggunaan simulator untuk latihan penerbangan, aerobatik (pertunjukan udara) dan simulator lumba kereta seperti formula 1.

Terdapat dikalangan pemandu kereta F1 yang mengadu mengalami mabuk ini bila mereka menggunakan simulator untuk latihan pemanduan, selain dari para juruterbang pelatih yang biasa mengalaminya.

Mabuk perjalanan mengakibatkan rasa pening, keletihan, mual dan boleh membuat seseorang itu muntah-muntah.

Antara cara-cara untuk meringankan mabuk perjalanan ialah:

  • Jika anda tidak mempunyai ubat pada masa tu, cuba tarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan. Pastikan anda memandang horizon untuk mengurangkan ketidakselesaan.
  • Amalkan acupressure dengan memakai wrist band. Ia juga dikenali sebagai relief band, terkenal di kalangan juruterbang terutamanya pelatih juruterbang tentera dan pasukan aerobatik.
  • Makan halia tak kira dalam apa bentuk samada gula-gula halia, air halia, teh halia, makan hirisan halia mentah, sapu minyak halia pada dahi atau tengkok, makan kapsul halia dan sebagainya. Boleh juga minum teh peppermint, jus karot, jus aprikot, jus pasli dan kekacang walaupun belum ada bukti saintifik mengenainya.
  • Pemakanan- makan vitamin B6 (pisang, kekacang), choline (telur, daging, oat), Coenzyme Q10 (kekacang, ikan, bayam). Ini juga tiada penemuan saintifik mengenainya tapi ia mungkin berguna bila kita amat memerlukan bantuan.
Selain daripada tu ada beberapa lagi cara yang boleh membantu mengurangkan mabuk perjalanan seperti:
  1. Jangan minum alkohol atau makan makanan berat sebelum memulakan perjalanan sebaliknya makan makanan ringan (snek) sahaja.
  2. Rehatkan mata anda, jangan membaca atau melihat skrin (contohnya laptop). Ini akan membuatkan anda pening.
  3. Cuba duduk di tempat yang kurang hoyong-hayang seperti di bahagian depan bas atau kapalterbang.
  4. Jangan duduk dengan membelakangkan arah pergerakan, duduk di tepi tingkap yang membolehkan anda memandang horizon (pandang keluar).
  5. Elakkan perkara yang boleh membuatkan anda mabuk seperti bau yang kurang menyenangkan dan bau orang lain yang dah mabuk.
  6. Kurangkan pergerakan kepala anda.
  7. Minum air yang mencukupi untuk mengelakkan anda kekurangan air.
  8. Fikir positif sebelum dan semasa melakukan perjalanan.

Friday 22 April 2011

Pengurusan Masa oleh sifu IK@R24 22/4/11 5.30pm


Cara-cara untuk menguruskan masa dari sifu Irfan Khairi yang juga diamalkan olehnya sendiri. Ada 6 cara semuanya:-

1) Gunakan aplikasi yang tak terikat dengan tempat untuk buat kerja seperti membalas email, update facebook, ambik gambar dan lain-lain. Contohnya handphone.

2) Senaraikan apa yang perlu dibuat mengikut yang penting dulu, kedua penting dan seterusnya (ikut dapat duit).
Perlu ada masa rehat juga, contohnya untuk bersama keluarga atau keluar dengan kawan-kawan.

3) Jadualkan. Buat jadual macam kat sekolah dulu. Juga perlu ada yang tak boleh buat/tak penting seperti menonton tv.

4) Pecahkan tasks yang besar kepada yang kecik-kecik. Task kecik yang boleh kita telan.

5) Rancang esoknya pada malam ini. Ini boleh menjimatkan masa berjam-jam sebab masa tidor ia akan masuk dalam minda separuh sedar.

6) Delegate kerja, contohnya driver pandu untuk kita dan kita boleh buat sesuatu seperti bekerja di internet atau membaca dan lain-lain, gaji perkerja dan kita boleh buat perkara yang lebih penting. Contohnya: anak-anak tolong, kawan-kawan tolong.

Contoh jadual:
pagi tulis facebook
tengahari balas email
dan seterusnya.....

Monday 18 April 2011

Cara-cara Mengelakkan Kerosakan Gigi dari Bertambah Teruk

Mencegah gigi berlubang atau gigi yang patah menjadi bertambah rongak atau menjadi rosak yang lebih teruk melibatkan beberapa perubahan besar dalam kebiasaan makan dan minum setiap hari.
  1. Jangan makan sebarang makanan di antara waktu makan. Jangan minum minuman ringan atau teh/kopi atau minuman manis di antara waktu makan. Jika anda haus minum air sahaja. (Boleh makan 4 kali dalam sehari). Jika anda makan atau minum minuman manis juga, terus gosok gigi selepasnya.
  2. Berus gigi setiap kali selepas makan. Setelah habis memberus gigi, ambil sedikit ubat gigi dan letakkan dijari anda (jika boleh dapatkan ubat gigi yang mengandungi florida) dan letakkan ke dalam lubang gigi anda. Jangan meludah atau berkumur selepas menggosok gigi.
  3. Pastikan tiada apa-apa yang masuk ke mulut anda di malam hari selepas anda menggosok gigi sebab pada waktu anda tidur pengeluaran air liur dihentikan dan bakteria akan bertindak lebih pantas jika anda tidak menggosok gigi atau ada sisa makanan di celah-celah gigi.

Sunday 17 April 2011

Kurangkan Gula, Garam Dan Tepung Berproses

Jika anda mengamalkan pemakanan yang terdiri dari banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, daging dan protein rendah lemak dan lemak baik, anda akan dapati bahawa anda telah mengurangkan pengambilan makanan yang kurang sihat seperti gula, garam dan tepung berproses.

Tidak mengapa jika makan makanan manis sekali-sekala. Cuba kurangkan pengambilan gula kerana ia akan menyebabkan masalah kesihatan seperti arthritis, diabetes, osteoporosis, sakit kepala dan kemurungan selain dari kerosakan gigi.

Selain dari itu, pengurangan gula (selain dari pengurangan lemak & tepung berproses) juga dapat menurunkan berat badan.

Salah satu cara untuk mengurangkan pengambilan gula adalah dengan mengurangkan gula dalam resipi, kurangkan gula dalam minuman atau elakkan minum minuman manis seperti minuman ringan. 1 gelas 12 oz minuman ringan mengandungi 10 sudu teh gula. Sebaliknya tukar kepada air mineral atau jus buah-buahan.

Saturday 16 April 2011

Formula 1 Sepang, Malaysia 8 - 10 April 2011

Pada tahun ini Formula 1 di Sepang Malaysia (Petronas Malaysia Grand Prix) seperti biasa berlangsung selama 3 hari dari 8 - 10 April 2011 (Jumaat, Sabtu & Ahad).

Hari 1 (Jumaat 8 April 2011)


Sampai di Main Entrance untuk ke Grand stand. Hari ini penonton tak ramai jadi semua orang dibenarkan masuk menonton di Grand Stand termasuklah saya. Tahun lepas ada pertunjukan udara oleh TUDM tapi tahun ini tak ada pula.





Saya tiba ketika Praktis 1 sedang berlangsung kira-kira jam 11.00 pagi. Tak berapa ramai penonton hari ni. Kelihatan bangunan pit stop di hadapan kami. Kelihatan kereta no 7 Michael Schumacher dalam gambar.




Hari ke 2 (Sabtu 9 April 2011)



Pemandangan dari Grand Stand F, kelihatan kereta Nico Rosberg dalam gambar.






Michael Schumacher keluar dari keretanya setelah tidak dapat meneruskan ke Q3. Dia hanya berada di petak ke 11 di grid. Gambar diambil dari big screen di hadapan Grand Stand F.





Hari ke 3 -Race Day (Ahad 10 April 2011)

Sesi Autograf dari pukul 12.00 tengahari - 1 petang. Peminat mula beratur untuk menunggu giliran bertemu driver yang mereka minati bermula dari pukul 9.00 pagi lagi. Orang-orang yang berbaju oren itu sentiasa mengganggu penglihatan kami sepanjang 1 jam sesi autograf dijalankan. Harap perkara seperti ini dapat dielakkan di masa hadapan.




Formula 1 Sepang 2011 akan bermula dalam beberapa minit lagi dengan formation lap. Semua sudah bersedia untuk Formula 1 Sepang, krew-krew, helikopter, penonton di trek dan berjuta-juta lagi di rumah. Pendek kata semuanya sudah tak sabar-sabar lagi untuk menonton Formula 1 Sepang 2011.





Formula 1 Sepang 2011 sedang berlangsung dengan rancaknyanya pada ketika ini. Semua sedang kusyuk menonton dan ada juga yang sibuk mengambil gambar Formula 1 Sepang 2011 ini. Selamat menonton dan jangan lupa datang lagi ke Formula 1 Sepang 2012.