- Jangan makan sebarang makanan di antara waktu makan. Jangan minum minuman ringan atau teh/kopi atau minuman manis di antara waktu makan. Jika anda haus minum air sahaja. (Boleh makan 4 kali dalam sehari). Jika anda makan atau minum minuman manis juga, terus gosok gigi selepasnya.
- Berus gigi setiap kali selepas makan. Setelah habis memberus gigi, ambil sedikit ubat gigi dan letakkan dijari anda (jika boleh dapatkan ubat gigi yang mengandungi florida) dan letakkan ke dalam lubang gigi anda. Jangan meludah atau berkumur selepas menggosok gigi.
- Pastikan tiada apa-apa yang masuk ke mulut anda di malam hari selepas anda menggosok gigi sebab pada waktu anda tidur pengeluaran air liur dihentikan dan bakteria akan bertindak lebih pantas jika anda tidak menggosok gigi atau ada sisa makanan di celah-celah gigi.
Monday, 18 April 2011
Cara-cara Mengelakkan Kerosakan Gigi dari Bertambah Teruk
Mencegah gigi berlubang atau gigi yang patah menjadi bertambah rongak atau menjadi rosak yang lebih teruk melibatkan beberapa perubahan besar dalam kebiasaan makan dan minum setiap hari.
Labels:
Air,
Gigi,
Minuman,
Penjagaan gigi,
Sakit gigi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment