Makanan yang tidak bagus untuk kesihatan gigi dan seluruh mulut ialah:
- Gula adalah penyebab utama kerosakan gigi.
- Makanan yang melekit dan tinggi kandungan gula seperti taffy candy sangat bahaya kepada kesihatan gigi begitu juga dengan lolipop.
- Coklat yang tinggi kandungan gulanya.
- Makanan yang bersirap dan berlegar dalam mulut seperti madu, karamel dan kismis boleh menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit gusi dan mulut.
- Jika anda ingin mengambil makanan yang melekit dan tinggi kandungan gulanya, lebih elok jika dimakan berselang dengan makanan lain. Amat merbahaya jika dimakan sebagai snek begitu saja.
- Untuk snek, amalkan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menjaga gigi anda.
Makanan Yang Bagus Untuk Kesihatan Gigi anda ialah:
- Limau nipis, lemon dan oren bagus untuk kesihatan gigi kerana ia sangat tinggi kandungan Vitamin C mampu membunuh kuman yang menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit gusi dan mulut. Vitamin C juga boleh mengelakan penyusutan/pengecutan gusi dan masalah periodontal.
- Keju terutama dari jenis cheddar, monterey jack, dan swiss menggalakan pengeluaran air liur yang boleh mengeluarkan makanan dari celah gigi dan mengelakan kerosakan gigi. Karot juga mempunyai kelebihan ini.
- Buah kranberi boleh mengelakkan pengotoran (stain) dan pembinaan plak pada gigi. Ini boleh mengurangkan proses pencucian gigi pada kunjungan anda ke doktor gigi.
- Yoghurt mampu mengekalkan pH yang sesuai untuk mulut anda. pH 5.5 ke bawah akan mula menyebabkan gigi terhakis atau rapuh seterusnya menyebabkan kerosakan gigi akibat asid.


