Friday 31 August 2012

Selamat Hari Merdeka ke 55 pada 31 Ogos 2012

Logo hari Merdeka  Malaysia yang ke 55
Selamat menyambut Hari Merdeka Malaysia yang ke 55. Malam tadi telah diadakan Ambang Merdeka di KLCC. Satu konsert telah diadakan dan tepat pukul 12.00 malam, selama 8 minit, pertunjukan bunga api pula diadakan di Taman KLCC.

 Ke mana anda hari ini? Ke Dataran Merdeka jam 8 pagi untuk perarakan hari merdeka dan Stadium Bukit Jalil jam 8 malam nanti untuk perhimpunan hari merdeka? Kemasukan ke stadium percuma saja dan LRT hari ni pun memberikan perkhidmatan percuma untuk ke Dataran Merdeka dan ke Bukit Jalil. Tema tahun ini "Janji Ditepati".

Hari Merdeka tahun ini jatuh pada hari Jumaat 31 Ogos 2012, selang 2 minggu saja selepas hari raya aidilfitri yang jatuh pada 19 Ogos 2012 yang lalu. Hujung minggu yang panjang, ramai yang mengambil peluang untuk balik kampung. ;)


Google search (https://www.google.com.my/  ) hari ini menggunakan gambar bunga raya di kelilingi oleh daun bunga raya. Wah! Sungguh patriotik. I like ;)

Sambutan kemerdekaan negara kita Malaysia perlu kerana:
  • Kita bertuah menjadi anak Malaysia
  • Kita hidup bersama dalam harmoni
  • Kita suka makanan kaum masing-masing
  • Kita telah mencapai kecemerlangan dalam masa 55 tahun yang lepas
  • Kita akan cemerlang pada 55 tahun akan datang dan seterusnya
  • Kita layak menyambutnya.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Wednesday 29 August 2012

Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur 19 Ogos 2012

Pada hari raya aidil fitri  1 Syawal 1433H /19 Ogos 2012 yang lepas saya tidak pulang beraya di kampung. Berikut beberapa gambar di sekitar Kuala Lumpur pada hari raya pertama.

Kenderaan berkurangan di jalan raya pada 1 Syawal 1433H/19 Ogos 2012. Lokasi Jalan Mahameru, Kuala Lumpur.

Bangunan CIMB Bank dalam pembinaan berhampiran KL Sentral, Kuala Lumpur.

Tiada pekerja, jentera ditinggalkan dalam bangunan semasa hari raya aidilfitri.

Liza berpakaian raya bekerja pada 1 Syawal 1433H.

Pukul 3.30petang, hujan di Kuala Lumpur di petang hari raya. Lokasi Jalan Mahameru, Kuala Lumpur.

KL Sentral dikunjungi ramai foreigner termasuk pelancung dan pekerja asing di hari raya.

KFC dan McD, KL Sentral di hari raya.

5.49 petang. Masih hujan di aidilfitri. Flat Taman Cahaya, Ampang. Hanya tinggal beberapa buah kereta di tempat letak kereta. Lengang...


Selamat hari raya aidil fitri dan maaf zahir batin jika ada salah dan silap saya sepanjang penulisan saya selama ini.

Wednesday 15 August 2012

Kad Raya Pertama Dari Irfan Khairi 1433H/2012

Selamat berpuasa dan selamat hari raya kepada semua, semoga segala amalan di bulan Ramadhan diterima Allah dan Syawal yang datang memberi seribu keberkatan kepada kita. Saya pohon kemaafan di atas sebarang kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang penulisan saya di blog ini.

Petang ini (Rabu 15 Ogos 2012/26 Ramadhan 1433H), setibanya dirumah saya memeriksa peti surat. Wah! What a surprise! Seronoknya!! Saya dapat kad raya dari Sifu Irfan Khairi!!! Inilah kad raya pertama saya terima dari Irfan Khairi dan merupakan satu-satunya kad raya yang saya terima sejak beberapa tahun ni. Terima kasih Sifu IK ;)

Muka depan kad raya istimewa dari Irfan Khairi. Sampul kad tu ada dibelakang kad.

Bahagian dalam kad, penuh dengan kata-kata hikmah dan gambar-gambar famili Irfan Khairi ;)

Menarik dan unik nama anak-anak Sifu Irfan Khairi. Tengok tu.... ;)

Panduan untuk semua, adab berhari-raya.

Kesan positif Ramadhan pada kad raya Irfan Khairi

Muka belakang kad ucap selamat hari raya aidilfitri dari Irfan Khairi. Nice!!
Aidilfitri datang dengan wajah berseri, marilah kita meraikannya. Selamat Raya Aidil Fitri Sifu Irfan Khairi, ibu-bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan semua blogger yang dihormati sekelian. 
Selamat Hari Raya maaf zahir batin.

Sunday 12 August 2012

Pisang Untuk Anti Kanser & Meningkatkan Imuniti

Pisang Untuk Anti Kanser & Meningkatkan Imuniti Badan Anda. Terdapat sedikit tompok hitam pada pisang ni.
Pisang adalah makanan berserat tinggi yang kaya dengan potasium, vitamin B6, serat, dan vitamin C yang bagus untuk kesihatan. Pisang menjadi kegemaran hampir semua bangsa di dunia. Mat Saleh biasanya kalau tak ada pisang untuk sarapan pagi dia, memang dia tak senang hati.


Menurut penyelidikan saintifik dari Jepun, pisang mengandungi TNF (Tumor Necrosis Factor) yang mempunyai ciri-ciri anti-kanser. Semakin ranum atau masak pisang tersebut semakin tinggi kandungan anti kansernya, terutamanya jika kulitnya dah bertukar warna kepada tompok-tompok berwarna hitam.

Kajian telah dijalankan menggunakan pisang, anggur, epal, tembikai, nenas, pir dan persimmon. Pisang telah didapati memberikan hasil yang terbaik untuk kesihatan anda. Ia dapat meningkatkan bilangan sel darah putih, meningkatkan imuniti badan dan mengeluarkan bahan anti-kanser TNF.


 Pisang yang mempunyai kulit kuning dengan tompok-tompok hitam di atasnya adalah 8 kali lebih berkesan dalam memperbaiki mutu (enhancing the property) sel-sel darah putih daripada pisang yang berkulit hijau.

Makan 1 - 2 biji pisang setiap hari untuk meningkatkan sistem imunisasi (sistem kekebalan) badan anda dari dijangkiti penyakit seperti selsema, flu dan sebagainya.

Amalkan makan pisang setiap hari demi kesihatan.

Thursday 2 August 2012

Kesihatan Terjejas Dengan Perjalanan Jauh Ke Tempat Kerja

Kesihatan mungkin terjejas jika anda memandu jarak jauh untuk ke tempat kerja.

Kesihatan mungkin terjejas jika anda memandu jarak jauh untuk ke tempat kerja. Menurut kajian, orang yang memandu jarak jauh ke tempat kerja lebih cenderung untuk berlebihan berat badan dan mempunyai tahap kecergasan yang lebih rendah, tekanan darah tinggi & indeks jisim badan (BMI) yang lebih tinggi berbanding orang-orang yang tinggal dekat dengan tempat kerja.

Kesihatan terganggu kerana perjalanan jarak jauh ini boleh membawa kepada pengurangan aktiviti dalam keseluruhan penggunaan tenaga harian.

Mereka yang melakukan perjalanan jauh juga dilaporkan kurang pergi ke gimnasium atau mendapat latihan fizikal berbanding orang yang memandu jarak dekat ke tempat kerja mereka setiap hari.

Mereka yang melakukan perjalanan lebih dari 24 kilometer untuk ke tempat kerja kurang melakukan aktiviti fizikal yang sederhana hingga lasak dan mempunyai kemungkinan obesiti yang lebih tinggi yang mungkin menjejaskan kesihatan.

Kajian ini juga menunjukan kaitan jarak perjalanan yang lebih jauh daripada 16 kilometer dengan tekanan darah tinggi.

Demi kesihatan anda pilihlah untuk tinggal berdekatan dengan tempat kerja anda.