Saturday, 16 April 2011

Formula 1 Sepang, Malaysia 8 - 10 April 2011

Pada tahun ini Formula 1 di Sepang Malaysia (Petronas Malaysia Grand Prix) seperti biasa berlangsung selama 3 hari dari 8 - 10 April 2011 (Jumaat, Sabtu & Ahad).

Hari 1 (Jumaat 8 April 2011)


Sampai di Main Entrance untuk ke Grand stand. Hari ini penonton tak ramai jadi semua orang dibenarkan masuk menonton di Grand Stand termasuklah saya. Tahun lepas ada pertunjukan udara oleh TUDM tapi tahun ini tak ada pula.





Saya tiba ketika Praktis 1 sedang berlangsung kira-kira jam 11.00 pagi. Tak berapa ramai penonton hari ni. Kelihatan bangunan pit stop di hadapan kami. Kelihatan kereta no 7 Michael Schumacher dalam gambar.




Hari ke 2 (Sabtu 9 April 2011)



Pemandangan dari Grand Stand F, kelihatan kereta Nico Rosberg dalam gambar.






Michael Schumacher keluar dari keretanya setelah tidak dapat meneruskan ke Q3. Dia hanya berada di petak ke 11 di grid. Gambar diambil dari big screen di hadapan Grand Stand F.





Hari ke 3 -Race Day (Ahad 10 April 2011)

Sesi Autograf dari pukul 12.00 tengahari - 1 petang. Peminat mula beratur untuk menunggu giliran bertemu driver yang mereka minati bermula dari pukul 9.00 pagi lagi. Orang-orang yang berbaju oren itu sentiasa mengganggu penglihatan kami sepanjang 1 jam sesi autograf dijalankan. Harap perkara seperti ini dapat dielakkan di masa hadapan.




Formula 1 Sepang 2011 akan bermula dalam beberapa minit lagi dengan formation lap. Semua sudah bersedia untuk Formula 1 Sepang, krew-krew, helikopter, penonton di trek dan berjuta-juta lagi di rumah. Pendek kata semuanya sudah tak sabar-sabar lagi untuk menonton Formula 1 Sepang 2011.





Formula 1 Sepang 2011 sedang berlangsung dengan rancaknyanya pada ketika ini. Semua sedang kusyuk menonton dan ada juga yang sibuk mengambil gambar Formula 1 Sepang 2011 ini. Selamat menonton dan jangan lupa datang lagi ke Formula 1 Sepang 2012.

2 comments:

  1. Salam perkenalan buat Shasha. Terima kasih sebab sudi berkunjung dan tinggalkan komen di blog. Memang teruja waktu menonton F1 secara live. Memang ramai peminat F1 di Malaysia yg tak lepaskan peluang menonton.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi datang dan komen.
    Nanti F1 kat Singapura Nur pergi ke?

    ReplyDelete