Showing posts with label Kepelbagaian di Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Kepelbagaian di Malaysia. Show all posts

Monday, 30 January 2012

Tarian Singa @Latest Recipe, LMKL 30 Januari 2012

Pagi tadi kira-kira pukul 9.15 pagi persembahan Tarian Singa telah diadakan di Restoran Latest Recipe dan seluruh LMKL sempena sambutan Tahun Baru Cina 2012.

Selepas persembahan tarian, singa merah dan emas ini mengadakan persembahan akrobatik yang mendebarkan dihadapan pintu utama hotel (tak sempat tangkap gambar akrobatik ni sebab bateri habis). 

Sungguh meriah LMKL hari ini. Enjoy the photos!

Persembahan dimulakan di lobi hotel, Front Office & Conservatory

Kemudian menaiki tangga menuju ke Latest Recipe Restaurant

Kelibat 2 ekor singa, merah dan emas mula kelihatan melalui dinding cermin LR.

Singa emas masuk dari bahagian kiri restoran Latest Recipe.

Singa merah pula terus mengelilingi LR dari sebelah kanan restoran

Kedua-dua singa bertembung dan bertegur sapa sebelum meneruskan tarian.

Singa emas menaikkan kepalanya dengan hebatnya dalam perjalanan keluar ke pintu besar Latest Recipe.

Sang singa makan limau dan ambil angpau dulu sebelum keluar dari LR dan
meneruskan lenggok ke Restoran Prime pula dan ke seluruh bangunan LMKL.

Monday, 23 January 2012

Selamat Tahun Baru Cina 2012

Pentas yang didirikan bersebelahn pasar malam Taman Cahaya
Indah. Kelihatan pemuzik tradisional Cina sedang membuat persembahan.
Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh kaum Cina di seluruh dunia sempena sambutannya pada hari ini  23 Januari 2012. Tahun baru ini dikenali sebagai tahun Naga Air. Semoga tahun baru ini akan mengeratkan lagi hubungan kita sesama kaum di negara yang mempunyai pelbagai kaum ini, murah rezeki dan aman sentosa semuanya.

Tadi saya ke pasar malam Tmn Cahaya Indah, Ampang. Tak ramai peniaga dan pengunjung, saya naik basikal ajer, tak payah jalan kaki. Kaum Cina semuanya tutup kedai, termasuk juga kaum lain- india dan melayu pun ada yang tutup.

Gong Xi Fa Cai, Xi Nian Kuai Le!

Sunday, 18 December 2011

Makanan Cina - Dim Sum dan Pau Halal

Nasi Daun Kiambang. Gambar dari: bestmaspastry.com
Makanan Cina memang sedap dan menjadi kesukaan banyak orang. Contohnya seperti dim sum, pau, nasi daun teratai, mee, sup dan sebagainya yang sangat menyelerakan. Tapi ada kadang-kadang kita tak dapat mencari makanan Cina yang halal dengan senang.

Sekarang sudah terdapat 1 syarikat makanan berstatus halal yang menjual makanan Cina yang halal iaitu Bestmas Pastry Trading. Bestmas Pastry Trading mengeluarkan makanan Cina seperti pelbagai jenis dim sum, pau, Loh Mai Kai, Lotus Leaf Rice (Nasi dalam daun teratai) dan lain-lain lagi.


Bestmas Pastry Trading telah ditubuhkan pada Oktober 2004. Matlamat Bestmas adalah untuk mengusahakan makanan halal seperti yang dikehendaki oleh kerajaan Malaysia disebabkan kekurangan makanan halal dalam pasaran negara.

Bestmas membuat dan memasarkan makanannya untuk pasaran tempatan. Selain daripada itu Bestmas juga  menyediakan dim sum untuk syarikat makanan franchise Only Mee dan kumpulannya di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Genting Highland.

Selain dari tu Bestmas membekalkan pelbagai dim sum untuk jenama Kart Frozen Food (Rebranding) yang dipasarkan di kebanyakan pasaraya dalam negara.


Sesiapa yang berminat untuk membuat perniagaan makanan Cina ini, Bestmas sedia membantu dengan menjadikan anda pengedar atau anda boleh membeli dan menjenamakan makanan tersebut dengan jenama anda sendiri. Untuk keterangan lanjut lawati http://bestmas-pastry.com/.

 Sekarang anda boleh menikmati makanan Cina yang sedap ni dari Bestmas. Jemput makan...

Wednesday, 7 December 2011

Kris Sakti Pasukan Aerobatik Malaysia

Pasukan Kris Sakti dari Malaysia sedang membuat persembahan aerobatik di LIMA 2011 semalam 6 November 2011. Gambar dari: mygj.net
Aerobatik adalah satu gaya hidup yang mempunyai ramai peminat. Pada 19 November 2011, Kementerian Pertahanan telah mengumumkan penubuhan sebuah pasukan aerobatik yang merupakan gabungan dari sektor swasta dan kerajaan yang akan mula beroperasi pada LIMA 2011.

Kris Sakti (Bahasa Inggeris: Magic Dagger) ialah pasukan aerobatik Malaysia yang pertama. Nama hasil idea Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak. Kris atau keris adalah senjata Melayu yang digunakan dalam gaya hidup masa lampau. Kris Sakti adalah hasil gabungan Syarikat Aerotree Defence & Services Sdn Bhd dan Kementerian Pertahanan Malaysia.

Untuk LIMA 2011 nanti pasukan ini akan menggunakan 4 buah pesawat dari jenis Extra 300L buatan Jerman. Pesawat Extra 300L ini telah direka oleh Walter Extra pada tahun 1987, seorang juruterbang & pemenang anugerah aerobatik dari Jerman dan dibina oleh Extra Flugzeugbau.

Sebelum penubuhan pasukan Kris Sakti, Tentera Udara Diraja Malaysia bergantung pada jet Pejuang mereka (MiG-29, F/A-18D & Sukhoi Su-30) dan Pilatus PC-7 dari Pasukan "Taming Sari" untuk pertunjukan aerobatik seperti LIMA dan sebagainya.
Satu lagi aksi menarik dan kemas dari Extra 300L kelolaan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia di LIMA 2011 pada 6 November 2011. Gambar dari: mygj.net
Pasukan Kris Sakti telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Razak ketika pembukaan LIMA 2011 (Langkawi International Maritim and Air Show)  pada 6 November 2011, sekaligus telah membuat kemunculan sulungnya dengan dipandu oleh pilot dari Tentera Udara Diraja Malaysia.

Latihan penerbangan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia bukan saja dilakukan di Pengkalan Udara RMAF Butterworth, Malaysia tapi juga di luar negara bersama bekas pasukan Red Arrow, di United Kingdom.

Yang ada sekarang ialah 1st team dari Tentera Udara Diraja Malaysia, kemudian nanti akan ditubuhkan 2nd team, pengambilan akan dibuat dari belia-belia yang berminat untuk menyertai pasukan aerobatik sebagai gaya hidupnya.

Selepas beraksi di LIMA Langkawi, Kris Sakti akan membuat pertunjukan besar di seluruh malaysia dan Asia Tenggara sebelum ke peringkat antarabangsa.

Monday, 4 July 2011

Selamat Tinggal Tanjong Pagar

Pelancong yang menggunakan keretapi untuk ke Singapura sebelum ini boleh berhenti di Stesen Keretapi Tanjong Pagar di Singapura. Tapi kini ia telah memberhentikan operasinya pada pukul 12 tengah malam 30 Jun 2011 yang lalu setelah memberikan khidmatnya selama 79 tahun.

Bermula 1 Julai 2011 tiada lagi operasi keretapi di Stesen Keretapi Tanjong Pagar dan akan dipindahkan ke Woodlands. Pelancong yang ingin ke Tanjong Pagar selepas ini akan mengambil masa 30 minit dengan keretapi untuk ke Tanjong Pagar. Ada kakitangan KTMB yang bertugas di situ pulang bertugas dibeberapa stesen di Malaysia tapi ada juga yang berpindah ke stesen baru di Woodlands. Pada masa hadapan pelancong dengan keretapi dari Malaysia ke Singapura hanya akan berhenti di Johor Bahru sahaja.

Stesen Keretapi Tanjong Pagar adalah sebuah stesen yang menghubungkan antara 2 negara melalui Tambak Johor iaitu Malaysia dan Singapura. Mula beroperasi pada tahun 1932 dan dirasmikan oleh Gabenor Negeri Selat pada ketika itu, Sir Cecil Clementi Smith. Keunikan Stesen Tanjong Pagar adalah ia merupakan hentian terakhir jaringan pengangkutan keretapi di hujung benua Asia.

Pada 24 Mei tahun lalu, Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah mengumumkan stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke Woodlands pada 1 Julai 2011.

Pelancong dan orang-ramai yang pergi ke Bangunan Stesen Tanjong Pagar yang dikelilingi oleh bangunan pencakar langit bersenibina moden tetap dapat menyaksikan identiti Tanah Melayu dengan adanya mural yang terdapat pada kedua-dua dinding yang tinggi di kawasan menunggu menggambarkan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu pada masa itu.

Aktiviti kegiatan ekonomi yang ada di dinding tersebut seperti aktiviti melombong timah, sawah padi, tanaman getah dan tongkang China yang sedang berlabuh akan mengingatkan pelancong yang melawat Singapura bahawa Singapura pada suatu masa dahulu adalah sebahagian dari Malaysia (Tanah Melayu) . Stesen yang bersejarah dan nostalgik ini kerap menjadi sesuatu yang mengganggu keakraban dan persahabatan 2 negara berjiran, Malaysia dan Singapura.

Diharap dengan terhentinya operasi di Stesen Tanjong Pagar ini tidak pula menghapuskan Bangunan Stesen Tanjong Pagar yang pernah menjadi hak milik Malaysia di bumi Singapura yang dulunya dikenali sebagai Temasik pada minda pedagang dan pelancong masa silam.

FACEBOOK
Become a Fan

Saturday, 25 June 2011

Majlis Pelancaran KL Festival 2011

Pelancongan selalu dipromosikan untuk ibu negara Malaysia Kuala Lumpur. Bermula dari tahun 2006, pada bulan Julai setiap tahun akan diadakan KL Festival. Seperti biasa pada tahun ini KL Festival akan diadakan dari 1 - 31 Julai 2011.

Temanya ialah Di sini Semaraknya Seni. Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh ke laman web ini http://www.klfestival.org.my.

Pada petang ini, 25 Jun 2011, pukul 5.00 - 6.30 petang akan diadakan Majlis Pelancaran KL Festival 2011 di Perkampungan Budaya, Menara Kuala Lumpur. Ada pertunjukan penerjunan dari Menara KL sempena pelancaran ini. Akan dirasmikan oleh YBhg Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia.

Jom kita ke Menara KL untuk menyaksikan acara yang hebat ini. Para pelancong dan penduduk tempatan juga dijemput hadhir.

Apakah KL Festival? KL Festival dahulunya dikenali sebagai Citrawarna akan memperkenalkan budaya warisan dan kesenian rakyat Malaysia uyang semuanya dikumpulkan dan dipamirkan di Kuala Lumpur. Bermacam konsert dan persembahan telah diatur sempena KL Festival ini.

Jadi senang kan, tak perlu melancong ke seluruh Malaysia untuk menyaksikannya, cuma tunggu bulan Julai dan nikmati sebulan melawat Malaysia hanya di Kuala Lumpur.

Kemasukan adalah percuma. Semua yang berada di Kuala Lumpur dan kawasan berdekatan dan para pelancong juga di jemput ke sini untuk melancong.

Wednesday, 22 June 2011

Terbang Di Ruang Udara Kuala Lumpur

Pernah terbayang untuk melancong sambil sight seeing Kuala Lumpur melalui udara? Biasanya kalau kita sight seeing atau jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur sudah tentu kita terbayang kenderaan seperti kereta, bas hop in hop off tu atau lain-lain bas pun boleh, komuter, lrt atau teksi ke... Semuanya kenderaan darat kan.

Sekarang kita dah boleh jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur dengan cara terbang di ruang udaranya. Cuba teka guna helikopter ke guna kapalterbang?

Taraaa... Melancong guna kapalterbang ringan jenis Cessna 172. Penumpang hendaklah tidak melebihi 230 lbs atau 3 orang. Kapalterbang akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang selepas sama-sama bersarapan pagi peserta akan dibawa ke Terminal 3 untuk memulakan penerbangan.

Beberapa ketika selepas berlepas anda akan berada di ruang udara Mid Valley. Seterusnya anda akan dibawa ke Menara Berkembar Petronas, lihatlah keindahan suasana di KLCC dari udara.

Seterusnya anda akan dibawa pula ke Menara Kuala Lumpur, kawasan hutan simpan Bukit Nanas dan tempat-tempat menarik di sekitarnya. Tempat terakhir yang akan dilawati ialah Batu Cave di utara Kuala Lumpur. Selepas berlegar-legar di ruang udaranya anda akan dibawa pulang semula ke Terminal 3 di Subang sekali lagi melalui ruang udara bandar Kuala Lumpur.

Berminat melawat Kuala Lumpur melalui udara? Lawati laman web ini www.klhunter.com. Selamat melancong.

Monday, 6 June 2011

Resipi Sambal Kicap Istimewa

Makanan yang kita makan tentu lebih sedap kalau ada sambal kicap. Betul ke?

Sambal kicap sesuai dimakan bersama sup ayam, mee sup, goreng keledek, goreng pisang, tempe goreng, keropok goreng, soto dan lain-lain akan menjadi sedap tidak terkata bila cicah sambal kicap ni. Anda suka ke? Kalau suka ni ada resipi sambal kicap yang saya ambik dari Cik Mat Gebu

Resipi Sambal Kicap ialah, tumbuk cili padi (15-25 biji), dengan 2 ulas bawang putih hingga lumat. Letak gula 2 - 3 camca besar, tumbuk lagi dan curah kicap 3/4 cawan, kacau rata dan hidangkan bersama pisang goreng & apa saja yang anda suka.

Hmm... sungguh menyelerakan untuk dimakan dengan apa saja makanan.

FACEBOOK
Become a Fan

Thursday, 26 May 2011

Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011

Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 di PWTC, Kuala Lumpur berlangsung dari 25 - 29 Mei 2011. Hari kedua 26 Mei 2011 saya telah berkesempatan melawat Ekspo Beli Barangan Malaysia ini. Ekspo ini diadakan pada 2 tingkat, tingkat bawah(tingkat 3) dan tingkat atas (tingkat 4).

Kali ni kita kena masuk melalui tingkat atas, sebab pengunjung biasanya hanya bertumpu ditingkat bawah saja jika pintu masuk berada ditingkat bawah. Satu perubahan yang bijak.

Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat saya rakamkan pada lawatan ke Ekspo Beli Barangan Malaysia 2011 tersebut.


Madetill Event Management menjual dan menyewa peralatan untuk catering, keperluan makanan & minuman dan pelbagai majlis keramaian.





Sugar Flour sebuah sekolah untuk menghias kek dan confectionary, menjual macaron dengan harga RM10 sepeket yang mengandungi 4 biji macaron selain pelbagai jenis kek dan confectionary. Penggemar makanan yang berasal dari Perancis ini jangan lepaskan peluang untuk merasainya.





Ada juga booth yang memasang chocolate fountain dan menjual makanan seperti buah-buahan yang disalut dengan coklat cair ini. Harganya RM2.00 sahaja untuk setiap cucuk buah bersalut coklat dan ditabur kacang ini. Anda boleh pilih buah yang anda suka seperti strawberi, nenas, pisang dan sebagainya.





Di booth Dewan Bahasa & Pustaka selain buku berkenaan makanan, tumbuh-tumbuhan, jahitan dan lain-lain, buku ini sungguh menarik, Panduan Kemahiran Belajar Buzan. Terjemahan dari Bahasa Inggeris mengajar kita bagaimana untuk belajar dengan lebih berkesan serta cara membaca dengan laju. Bagus ni kalau kita baca.





Arils Centre kedai barangan kulit yang menjual beg, topi, tali pinggang, capal dan lain-lain. Warna capal ditentukan oleh warna kulit lembu yang didapati. Warna hitam dan coklat adalah biasa, tapi warna coklat cair (seakan-akan kelabu, tapi saya dah lupa apa warna panggilannya) sangat susah didapati dan amat digemari ramai. Menurut jurujualnya, warna coklat cair ni datangnya dari lembu susu.



Choky Black sebuah kedai biskut yang seakan-akan Famous Amos tu, tapi ini buatan Malaysia tau. Tengok biskut-biskut dalam balang tu, ada juga yang dah siap dipeketkan. Sedap-sedap biskut dia, cubalah.





Asfa Leather Enterprise dari Selangor sebuah lagi booth yang menjual barang-barang kulit. Terdapat topi, tali pinggang, key chain pelbagai bentuk, wallet untuk lelaki, purse untuk wanita, gelang kulit pun ada (yang macam lilit kat pergelangan tangan tu), beg sandang, selipar kulit dan macam-macam lagi. Menarik...



Ini pula Gerai OA yang menjual pelbagai barangan dari orang asli (atau orang asal seperti yang mereka panggil) dari seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak tanpa mengambil untuk. Dikendalikan oleh sukarelawan yang bekerja tanpa diberi gaji. Mereka tiada kedai dan barang dipamirkan bila ada ekspo yang beri tapak percuma atau harga rendah. Sukarelawan dan kedai amat di alu-alukan.


Booth yang menjual penapis air beralkali jenama 5 Star. Air beralkali sangat bagus, di antara kebaikannya ialah menghilangkan sakit lutut, mencergaskan badan, menghilangkan lenguh dan sakit-sakit badan, mengeluarkan toksin dari badan, mengeluarkan lemak berlebihan dari badan selepas kita makan makanan berminyak, awet muda dan sebagainya.



FACEBOOK
Become a Fan

Monday, 9 May 2011

1 Hari Melancong Ke Pulau Pinang


Pelancongan adalah satu kegiatan yang penting untuk Pulau Pinang atau Penang, Malaysia. Di waktu pagi mulakan dengan melawat Georgetown. Di sini lawatilah Masjid Kapitan Keling, Masjid Acheh dan tempat-tempat lain yang berdekatan.

Jangan lupa ke Lorong Kulit di sebelah Stadium Bandaraya. Ini adalah tempat menjual barangan second hand. Di sini terdapat pelbagai barangan lama seperti topi besi dari zaman kolonial, piring hitam lama (gramophone) yang masih berfungsi dengan baik, radio lama dari zaman 70an dan pelbagai barangan yang unik yang sudah pasti mengisi keseronokan pelancongan ke sini.

Pagi dah pergi ke Lorong Kulit, tengahari pulak kita pergi makan. Restoran yang terletak di Pelabuhan Batu Maung ini adalah usahasama dengan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia). Makanan istimewa di sini ialah kari kepala ikan. Menurut pengurusnya ianya amat istimewa kerana ia menggunakan resepi kari ikan asli pulau pinang. Selain dari itu ada juga makanan lain seperti Ayam Pandan, Kerabu Mangga, Udang Kunyit, Siakap 3 Rasa dan Telur Bungkus,

Bila perut dah kenyang, kita sambung perjalanan ke rumah kelahiran Allayarham Tan Sri P Ramlee pula. Ia telah dibina pada tahun 1926 oleh ayah dan bapak saudaranya Rejab. P Ramlee bukan saja seorang ahli muzik, tapi beliau juga mahir bermain bola sepak. Terdapat piala-piala dan gambar-gambar ketika beliau aktif bermain bola sepak. Ada sebuah biola dipamirkan, biola ini adalah yang paling kerap digunakanya.

Ada katil dan besi, ada baju yang pernah dipakai oleh beliau. Baju kotak-kotak memang favourite P Ramlee. Ada sebotol minyak rambut kegemaran P Ramlee dimeja soleknya. Katil dia pun ada cadar dan sarung bantal kotak-kotak juga. Dapur juga ada, iaitu dapur kayu. Berapa lama P Ramlee duduk disini? Cuma 44 hari sahaja selepas dia lahir.

Kemudian dia dibawa berpindah ke Kampung Jawa, yang terletak tidak jauh dari sini. Rumah yang ada ni telah dibina semula. Di sini ada gambar abang dia dari satu mak lain bapak. Ibu dia ialah Cik Mah. Rumah yang selalu mendapat perhatian pelancong ini ada 2 bilik, ruang tamu dan dapur. Ianya dibuka untuk lawatan dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari. Masuk percuma.

Lepas ni kita terus makan di Restoran Aur Gading, yang terletak di Sungai Dua, Butterworth yang terkenal dengan Mee Udang. Setiap daerah di Pulau Pinang mempunyai mee udang yang berlainan. Di sini udang ditimbang dulu sebelum meletak harga. Mee udang ni istimewa kerana dimasak menggunakan resepi dari orang tua-tua dulu. Mee Udang Aur Gadiing, Sungai Dua memang terbaik.

Bila dah kenyang, kita pergi main bot pulak, kebetulan ada Pesta Perahu Naga Pulau Pinang. Antara negara-negara yang mengambil bahagian ialah Rusia, Brunei, Singapora, Malaysia dan Thailand. Ini adalah acara tahunan bagi Pulau Pinang. Kerjasama ahli pasukan amat penting dalam acara ini. Untuk perlumbaan kali ini Rusia telah menang. Selepas kumpulan lelaki berlumba sekarang giliran wanita pulak.

Selepas bermain bot dan menonton perlumbaan, hari sudah menjelang malam ni, perut pun dah lapar, kita akan pergi makan malam di Nasi Kandar Line Clear yang sangat terkenal di kalangan para pelancong. Ia dibuka 24 jam, hanya terletak di lorong antara 2 bangunan di Lebuh Chulia, Pulau Pinang. Ia sudah menjalankan perniagaan sejak tahun 1930. Makanan paling best di sini ialah ayam goreng yang enak dimakan bersama nasi kandar, mesti pedas dan kuah banyak sikit. Hmm... kenyang dah.

Selamat meneruskan pelancongan yang meriah di Pulau Pinang.

Thursday, 28 April 2011

Keretapi Wap Sabah Bermula Julai 2011

Melancong dengan menaiki keretapi adalah satu cara yang merelakskan minda. Anda boleh melihat pemandangan seperti sawah padi, gunung-ganang, suasana kampung, pekan-pekan yang berlainan di sepanjang perjalanan. Sungguh indah dan menenangkan.

Tambahan pula jika anda menaiki keretapi wap, dengan bunyinya yang tersendiri, pergerakannya yang tak sebegitu laju sudah tentu memberikan lebih peluang untuk menikmati alam sekitar yang indah itu.

Toot tooot! Satu kejutan istimewa! Ada keretapi wap di Sabah. Sudah tentu menyeronokkan. Perkhidmatan keretapi wap ini akan bermula pada bulan Julai 2011 nanti. Jika ada antara kita yang bercadang melancong ke Sabah, jangan lupa menaiki keretapi wap yang istimewa ini.

Keretapi British Vulcan Steam Engine number 6-016 yang ada di Sabah nanti adalah beberapa keretapi wap menggunakan kayu api yang masih wujud dan berfungsi sehingga sekarang sejak tahun 1880an lagi. Ia dibuat oleh Vulcan Foundry Ltd di Newton-le-Willows dari Lancashire, Britain, United Kingdom.

Keretapi ini telah diubah-suai mengikut kemewahan di era kolonial boleh memuatkan sehingga 180 orang penumpang ini akan bermula dari stesen Tanjung Aru-Putatan-Kinarut-Kawang-Papar. Koc dapur akan menyediakan makanan dengan gaya tiffin dengan kombinasi makanan eksotik kolonial dan kontinental.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 088-318-888 atau lawati www.suteraharbour.com. Semua ini akan memberikan lebih kegembiraan dan kepuasan kepada para pelancong ke Sabah.

Saturday, 16 April 2011

Formula 1 Sepang, Malaysia 8 - 10 April 2011

Pada tahun ini Formula 1 di Sepang Malaysia (Petronas Malaysia Grand Prix) seperti biasa berlangsung selama 3 hari dari 8 - 10 April 2011 (Jumaat, Sabtu & Ahad).

Hari 1 (Jumaat 8 April 2011)


Sampai di Main Entrance untuk ke Grand stand. Hari ini penonton tak ramai jadi semua orang dibenarkan masuk menonton di Grand Stand termasuklah saya. Tahun lepas ada pertunjukan udara oleh TUDM tapi tahun ini tak ada pula.





Saya tiba ketika Praktis 1 sedang berlangsung kira-kira jam 11.00 pagi. Tak berapa ramai penonton hari ni. Kelihatan bangunan pit stop di hadapan kami. Kelihatan kereta no 7 Michael Schumacher dalam gambar.




Hari ke 2 (Sabtu 9 April 2011)



Pemandangan dari Grand Stand F, kelihatan kereta Nico Rosberg dalam gambar.






Michael Schumacher keluar dari keretanya setelah tidak dapat meneruskan ke Q3. Dia hanya berada di petak ke 11 di grid. Gambar diambil dari big screen di hadapan Grand Stand F.





Hari ke 3 -Race Day (Ahad 10 April 2011)

Sesi Autograf dari pukul 12.00 tengahari - 1 petang. Peminat mula beratur untuk menunggu giliran bertemu driver yang mereka minati bermula dari pukul 9.00 pagi lagi. Orang-orang yang berbaju oren itu sentiasa mengganggu penglihatan kami sepanjang 1 jam sesi autograf dijalankan. Harap perkara seperti ini dapat dielakkan di masa hadapan.




Formula 1 Sepang 2011 akan bermula dalam beberapa minit lagi dengan formation lap. Semua sudah bersedia untuk Formula 1 Sepang, krew-krew, helikopter, penonton di trek dan berjuta-juta lagi di rumah. Pendek kata semuanya sudah tak sabar-sabar lagi untuk menonton Formula 1 Sepang 2011.





Formula 1 Sepang 2011 sedang berlangsung dengan rancaknyanya pada ketika ini. Semua sedang kusyuk menonton dan ada juga yang sibuk mengambil gambar Formula 1 Sepang 2011 ini. Selamat menonton dan jangan lupa datang lagi ke Formula 1 Sepang 2012.

Tuesday, 8 March 2011

Dining like a celebrity

Adibah Noor

ADIBAH-APPROVED! The bubbly artiste gives her thumbs up

It's been said that one of the best ways to appreciate life is to have good food. Of course in that matter, us being Ma­laysians, we can never deny the fact that most of our bitter sweet life experiences evolve around food.

From the simplest dish cooked by our mum and grandmother to the street food found around our neighbour­hood, good food always en­chants us to its serene feeling.

Besides nasi lemak which is one of the most famous Malay signature dishes, nasi ayam is another special delicacy served by the Malays.

Recently, we hung out with a local celebrity who is well known for her soulful voice and bubbly personality - Adibah Noor - who brought us to her favourite eating spot and introduced us to "the best nasi ayam in the world!"

Operating since 1997, Moon's Kitchen located at 10 Medan Selera, Jalan 3/3 Pan­dan Indah, Ampang is owned by Maznah Zulkifli, 60 and her son Mohamad Faizal, 37.

Together they sell nasi ayam during lunch hour and western food at dinner time. Maznah, also known as 'mummy' to her regular customers, starts operating the stall during lunch hour when hungry pa­trons make their way there to queue.

Having customers like Adibah Noor who keeps com­ing back for her nasi ayam is also one of the reasons why Maznah enjoys do­ing her work.

As for Adibah, the main reason why she only chooses Moon's Kitchen is simple. "It is the best chicken rice in the world. Well maybe not to others, but it is good enough for me.

"It's totally different when you have nasi lemak. The most important ingredient for nasi lemak is the sambal, but for nasi ayam, everything must be good and complement each other. The soup must be good, the chicken must be tender and yummy, the chili sauce and the soy sauce must have the great combination, the vegetables have to be fresh and crispy and the most important thing is, the rice must be at the perfect balance," added Adibah.

Ever since she moved to Pan­dan Indah six years ago, Adibah has been visiting the same nasi ayam stall until today. And sometimes when she gets tired of having the same thing, she will order grilled fish from the Asba Corner situated right be­side Moon's Kitchen.

"Sometimes if I don't eat nasi ayam, I will order from Asba Corner where they serve the best grilled fish. My favourite would be the grilled stingray and catfish. They also serve a great number of Malay delica­cies from Negri Sembilan such as Masak Asam Pedas and Ma­sak Lemak Telur," continued Adibah.

The celebrity also enjoys eat­ing out at Sri Paandi when she's in the mood of having banana leaf rice and would also visit Subway at the new complex, Axis Atrium which is also in Pandan Indah.

For Adibah, it's all about good food that satisfies her cravings. It's also not always about what food fills her up but the places that give her a more significant meaning in life.

One of the greatest mo­ments one can have in life is, definitely enjoying the best food with the right compan­ion, according to her.

Adibah who is already in the midst of processing songs for her third album, is now busy with her upcoming project with renowned director, Afdlin

Shauki.Moon's Kitchen opens daily except on Mondays dur­ing lunch hour. For those who would like to try their western menu, they are open everyday from 4pm until midnight.

from: Malay Mail


FACEBOOK
Become a Fan

Thursday, 24 February 2011

Eye On Malaysia ditukar kepada Malaysia Eye


Anda pernah naik Eye On Malaysia?

Tak lama lagi Melaka akan mendapatkan ferris wheelnya yang baru untuk menggantikan Eye On Malaysia yang telah ditutup kerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Kali ini ia akan dinamakan Malaysia Eye dan lebih besar lagi dari sebelumnya. Berdiri setinggi 88m, mengandungi 54 gondola berhawa dingin akan membuat pusingan selama 16 minit setiap kali. Dijangka siap pada 1 Dis 2011.

Akan dibina di Pulau Melaka bukan di tapak Eye On Malaysia sekarang di Kota Laksamana kerana ia lebih tinggi akan mempunyai implikasi dan projek perlu diluluskan oleh Unesco sebab tempat itu berstatus World Heritage Sites.

Saturday, 5 June 2010

Makanan di Malaysia


Anda suka makanan Malaysia?
Malaysia sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum begitulah juga dengan jenis makanannya yang pelbagai.

Makanan Ruji

Beras adalah makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Walaupun begitu ada juga sebilangan kaum yang mengambil tepung gandum malah sagu sebagai makanan harian mereka.

Kepelbagaian makanan di Malaysia
  1. Makanan Melayu
  2. Makanan Cina
  3. Makanan India
  4. Lain-lain seperti makanan nyonya, makanan kadazan, makanan kaum chetty, makanan portugis, makanan iban, makanan kaum melanau dan sebagainya.
Daging yang menjadi kegemaran di Malaysia ialah ayam dan lembu walaupun tak kurang juga yang menyukai ikan dan kambing.

Jemput makan....:-)