Pelancongan adalah satu kegiatan yang penting untuk Pulau Pinang atau Penang, Malaysia. Di waktu pagi mulakan dengan melawat Georgetown. Di sini lawatilah Masjid Kapitan Keling, Masjid Acheh dan tempat-tempat lain yang berdekatan.
Jangan lupa ke Lorong Kulit di sebelah Stadium Bandaraya. Ini adalah tempat menjual barangan second hand. Di sini terdapat pelbagai barangan lama seperti topi besi dari zaman kolonial, piring hitam lama (gramophone) yang masih berfungsi dengan baik, radio lama dari zaman 70an dan pelbagai barangan yang unik yang sudah pasti mengisi keseronokan pelancongan ke sini.
Pagi dah pergi ke Lorong Kulit, tengahari pulak kita pergi makan. Restoran yang terletak di Pelabuhan Batu Maung ini adalah usahasama dengan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia). Makanan istimewa di sini ialah kari kepala ikan. Menurut pengurusnya ianya amat istimewa kerana ia menggunakan resepi kari ikan asli pulau pinang. Selain dari itu ada juga makanan lain seperti Ayam Pandan, Kerabu Mangga, Udang Kunyit, Siakap 3 Rasa dan Telur Bungkus,
Bila perut dah kenyang, kita sambung perjalanan ke rumah kelahiran Allayarham Tan Sri P Ramlee pula. Ia telah dibina pada tahun 1926 oleh ayah dan bapak saudaranya Rejab. P Ramlee bukan saja seorang ahli muzik, tapi beliau juga mahir bermain bola sepak. Terdapat piala-piala dan gambar-gambar ketika beliau aktif bermain bola sepak. Ada sebuah biola dipamirkan, biola ini adalah yang paling kerap digunakanya.
Ada katil dan besi, ada baju yang pernah dipakai oleh beliau. Baju kotak-kotak memang favourite P Ramlee. Ada sebotol minyak rambut kegemaran P Ramlee dimeja soleknya. Katil dia pun ada cadar dan sarung bantal kotak-kotak juga. Dapur juga ada, iaitu dapur kayu. Berapa lama P Ramlee duduk disini? Cuma 44 hari sahaja selepas dia lahir.
Kemudian dia dibawa berpindah ke Kampung Jawa, yang terletak tidak jauh dari sini. Rumah yang ada ni telah dibina semula. Di sini ada gambar abang dia dari satu mak lain bapak. Ibu dia ialah Cik Mah. Rumah yang selalu mendapat perhatian pelancong ini ada 2 bilik, ruang tamu dan dapur. Ianya dibuka untuk lawatan dari pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari. Masuk percuma.
Lepas ni kita terus makan di Restoran Aur Gading, yang terletak di Sungai Dua, Butterworth yang terkenal dengan Mee Udang. Setiap daerah di Pulau Pinang mempunyai mee udang yang berlainan. Di sini udang ditimbang dulu sebelum meletak harga. Mee udang ni istimewa kerana dimasak menggunakan resepi dari orang tua-tua dulu. Mee Udang Aur Gadiing, Sungai Dua memang terbaik.
Bila dah kenyang, kita pergi main bot pulak, kebetulan ada Pesta Perahu Naga Pulau Pinang. Antara negara-negara yang mengambil bahagian ialah Rusia, Brunei, Singapora, Malaysia dan Thailand. Ini adalah acara tahunan bagi Pulau Pinang. Kerjasama ahli pasukan amat penting dalam acara ini. Untuk perlumbaan kali ini Rusia telah menang. Selepas kumpulan lelaki berlumba sekarang giliran wanita pulak.
Selepas bermain bot dan menonton perlumbaan, hari sudah menjelang malam ni, perut pun dah lapar, kita akan pergi makan malam di Nasi Kandar Line Clear yang sangat terkenal di kalangan para pelancong. Ia dibuka 24 jam, hanya terletak di lorong antara 2 bangunan di Lebuh Chulia, Pulau Pinang. Ia sudah menjalankan perniagaan sejak tahun 1930. Makanan paling best di sini ialah ayam goreng yang enak dimakan bersama nasi kandar, mesti pedas dan kuah banyak sikit. Hmm... kenyang dah.
Selamat meneruskan pelancongan yang meriah di Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment