Amaranth sejenis bijirin kecil yang beralkali bagus untuk menurunkan paras asid urik anda. Bijirin kecil yang lain ialah cous cous dan millet yang juga bagus untuk kesihatan gigi. |
Paras asid urik dalam badan di sebabkan oleh:
- fungsi buah pinggang yang lemah
- kekurangan potasium
- reaksi kepada ubat-ubatan & vitamin
- berdiet untuk menurunkan berat badan anda
1. PERASA & REMPAH.
- Cuka epal cider (Apple Cider Vinegar) berupaya menghancurkan/melarutkan/membubarkan kristal asid urik dengan menukar ph darah kepada keadaan yang lebih alkali.
- Tambah 1/3 cawan halia yang telah dikisar dalam tab mandi untuk menggalakkan badan berpeluh dan membuang asid urik dari sistem badan. Ingat untuk bilas selepas mandi anda untuk mengeluarkan sebarang sisa dari halia untuk melindungi kulit anda.
2. SAYUR-SAYURAN.
- Alfalfa tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah.
- Daun pasli adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.
3. BIJIRIN KECIL.
Dr Theodore A. Baroody mencadangkan dalam bukunya, "Alkalinize or Die" bahawa penghidap gout boleh makan bijirin kecil yang beralkali untuk membantu dalam penyingkiran asid urik. Bijirin itu adalah cous cous, amaranth dan millet.
Cuba dapatkan di kedai-kedai makanan kesihatan, ia boleh disediakan dalam kaedah yang sama seperti beras dan adalah alternatif yang lazat untuk beras dan pasta. Boleh juga menggunakan resipi-resipi yang lain.
4. HERBA.
- Black cohosh mengawal keasidan darah dan membantu melarutkan asid urik membuat ia lebih mudah untuk dihapuskan.
- Bilberry tinggi kandungan flavanoids, sejenis pigmen larut air yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri anti-oksida.
- Teh Buchu (Buchu adalah sejenis tumbuhan dari Western dan Southern Cape Afrika Selatan) membantu melarutkan dan mengepam keluar kristal asid urik dari sendi dan buah pinggang serta aliran darah anda.
- Devil's claw adalah ejen pembersihan semula jadi untuk kekotoran toksik dalam darah. Ambil 400 mg ekstrak keringnya 3 kali sehari seperti yang diperlukan untuk kesihatan.
- Biji saderi (Celery seeds) melegakan gout dengan mengeluarkan asid urik dari badan. Biji saderi mengandungi kira-kira 20 agen anti-radang yang berbeza. Dos yang disyorkan adalah 500 mg, 2 kali sehari. Amaran: Wanita hamil dan orang yang mempunyai penyakit buah pinggang perlu berhati-hati kerana biji saderi adalah diuretik yang kuat dan boleh memburukkan lagi penyakit buah pinggang.
5. PRODUK TENUSU
Menurut 1 kajian analisis kesan susu dari lembu, kerbau atau bison, pada tahap asid urik 6 peserta yang sihat. Selepas minum susu, kandungan asid urik air kencing peserta meningkat sehingga 38% berbanding dengan jumlah mereka keluarkan selepas minum air. Untuk manfaat kesihatan yang berpotensi sama, susu rendah lemak boleh juga digunakan selalu. Produk susu rendah lemak, seperti yogurt, boleh memberi manfaat kesihatan yang sama.
Produk tenusu, seperti susu, yogurt dan keju kotej (cottage cheese), membekalkan kalsium dan vitamin D untuk tulang yang kuat dan protein. Menurut laporan yang disiarkan dalam "Pemakanan dan Penyakit reumatik" pada tahun 2008, produk tenusu mempunyai "kesan klinikal yang bermakna" dalam mengurangkan asid urik. Oleh kerana susu dan keju biasa tinggi lemak tepu, selalulah pilih versi rendah lemak.
Produk tenusu, termasuk susu, keju dan yogurt, boleh membantu mengurangkan paras asid urik dalam badan anda, membawa kepada penurunan risiko untuk gout. Sebagai cecair, susu/susu rendah lemak boleh membantu badan anda mengepam asid urik yang berlebihan keluar melalui air kencing. Sasarkan 16-24 oz minum susu setiap hari.
Makan bijirin sarapan pagi anda dengan susu rendah lemak dan minum susu rendah lemak dan bukannya minuman ringan (minuman ringan adalah salah satu penyumbang peningkatan asid urik) atau minuman beralkohol untuk manafaat yang tinggi.
6. KEKACANG ATAU PROTIN TUMBUHAN
Daging dan makanan laut mengandungi kandungan purine yang tinggi dan boleh meningkatkan tahap asid urik anda. Menggantikan protein haiwan dengan sumber berasaskan tumbuhan, di sisi lain, boleh menurunkan tahap asid urik anda.
Kekacang yang kaya dengan protein termasuklah kacang soya, lentil, kacang hitam, kacang dal, kacang kuda dan kacang navy, makanan berasaskan soya, seperti tauhu, susu soya dan tempe, kacang soya, edamame, tauhu bakar atau kukus, smoothie soya, kuah dal, sup lentil dan salad chilled bean, "vegetarian chili", hummus dan lain-lain adalah sumber tumbuh-tumbuhan yang bernilai untuk menyediakan sejumlah besar keperluan protein.
Beli atau sediakan sup dan makanan lain yang rendah garam untuk mencegah pengambilan natrium yang berlebihan yang dikaitkan dengan pembentukan batu karang.
Sebagai makanan yang kaya dengan serat, kekacang juga membantu anda menurunkan berat badan anda, mengurangkan risiko anda untuk gout dan batu karang.
Hadkan pengambilan daging anda tidak lebih daripada 6 oz. sehari jika anda terdedah kepada batu karang & asid urik yang tinggi. Kekacang adalah semula jadi rendah lemak, bebas kolesterol, dengan meningkatkan pengambilannya anda boleh mengurangkan tahap kolesterol anda dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular anda secara keseluruhan.
7. CECAIR
Cecair/bendalir menggalakkan penghidratan dan membantu badan anda mengeluarkan asid urik melalui air kencing. Jika anda terdedah kepada batu karang asid urik, minum sekurang-kurangnya 10 gelas cecair setiap hari, sekurang-kurangnya separuh daripadanya dalam bentuk air kosong.
Air kencing berwarna kuning cair atau jernih merupakan tanda positif penghidratan. Cecair lain yang boleh membantu mengurangkan tahap asid urik termasuklah susu atau susu non dairy, sup rendah garam, teh herba, susu soya, susu beras, gelatin dan buah-buahan & sayur-sayuran yang kaya dengan air seperti tembikai, buah-buahan sitrus, tomato, timun, saderi dan buah-buah jenis beri.
Elakkan jus kranberi dan jus limau gedang (grapefruit), yang boleh menyumbang kepada batu asid urik.
8. BIJIRIN PENUH
Bijirin penuh mengandungi semua bahagian berkhasiat dari bijirin, lebih banyak serat, protein dan mikronutrien, termasuk magnesium, berbanding bijirin bertapis. Pengambilan makanan yang kaya dengan magnesium dan rendah kalsium seperti barli, oat, beras perang dan bran, dalam diet anda untuk mengurangkan risiko batu karang.
Gantikan karbohidrat rendah serat, seperti roti putih, pasta dan pretzels dari tepung berproses, dengan bijirin penuh, yang lebih mengenyangkan, bagus untuk mengawal jumlah pengambilan makanan (portion intake) dan penurunan berat badan. Apabila membeli roti, pasta dan bijirin, teliti pembungkusan produk untuk memastikan bahawa bijirin penuh disenaraikan sebagai bahan utama.
Menurut laporan "Pemakanan dan Penyakit reumatik", terdapat kaitan antara obesiti dan gout; pengurusan berat badan yang sihat boleh membantu tahap asid urik yang lebih rendah.
Bijirin penuh boleh dihadhamkan dengan lebih baik berbanding bijirin bertapis/berproses dan mempunyai kesan yang rendah pada tahap gula dalam darah anda dan melambatkan isyarat lapar, ini membantu anda menguruskan berat badan.
Untuk hasil terbaik, gantikan roti putih, pasta, cereal dan makanan ringan dengan makanan bijirin penuh yang belum diproses keseluruhan seperti oat, beras perang, beras huma, barli dan air-popped popcorn. Kerana makanan yang kaya dengan serat juga mengenyangkan dan membantu dalam kawalan berat badan anda.
9. BIJIRIN BEBAS YIS
Produk bijirin yang dicampur yis mengandungi tahap purine yang tinggi. Ia boleh membawa kepada peningkatan paras asid urik. Bijirin penuh bebas yis seperti beras perang, beras huma, quinoa, barli dan air-popped popcorn adalah alternatif yang berkhasiat. Sebagai makanan yang kaya dengan serat, bijirin juga boleh menggalakkan selera dan kawalan berat badan juga mengurangkan risiko anda untuk mendapat batu karang dan gout.
10. BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN
Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan yang membantu badan anda mempertahankan dirinya daripada jangkitan dan penyakit, serat dan air. Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, malah kacang yang kaya dengan purin, kobis bunga dan bayam tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko gout meningkat, menurut Johns Hopkins, Medicine.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan, seperti buah beri, ceri, tomato, bell pepper, tomato dan squash boleh membantu mengurangkan gejala batu karang.
Oleh kerana buah-buahan dan sayur-sayuran rendah dalam kandungan tenaga, bermakna mereka menyediakan kurang kalori bagi setiap hidangan berbanding lemak dan kanji, ia juga boleh membantu memudahkan proses pengurusan berat badan. Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting untuk mencegah risiko gout dan batu karang.
Elakkan sayur-sayuran dalam tin yang mengandungi sodium tinggi yang boleh menyumbang kepada batu karang.
Amalkan pemakanan yang sihat untuk pengawalan kandungan asid urik penting untuk kesihatan anda.
Kesian pesakit yang terkena gout sampai hendak berjalan pun tak boleh.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
Deleteakubiomed: Ya betul tu. Itulah dari berlebihan asid urik dalam badan. Cubalah ikut info di sini. Diharap ianya memberi manafaat kepada semua.
ReplyDeletepokoknya disini kena ada kesedaran tentang pemakanan, jangan main bantai je.. kdg2 saya pun tidak terlepas
ReplyDeleteDonny len: Betul, takper kalau kadang terlupa. Selalulah kita beringat untuk kesihatan diri ;)
Deletebar tengah hari tadi dapat tahu ada kawan mendapat penyakit baru karang
ReplyDeletekesian pulak dia, umur masih muda lagi
tehr: Kandungan asid urik dalam badan dia tinggi. Cubalah amalkan tip2 untuk menurunkannya ni. Semoga dia cepat sembuh.
Deletesekarang ni takut betul...mcm2 penyakit...huhu...
ReplyDeletewahida: Jangan risau yang penting jaga pemakanan, tidur dan bersenam. Mudah kan?
Deleteyang penting minum air jgn kurang
ReplyDeletebeckhrooy: Ya, air sangat penting untuk kesihatan anda.
Deleteasid urik ni la yg akan menyebabkan gout kan shasha. mak ramai kwn2 yg ada gout. Mmg bnyk kena pantang makan bila daah kena gout nih
ReplyDeleteMak lagenda: Ya, asid urik yang tinggi dalam badan mengakibatkan gout, batu karang dan kerosakan buah pinggang juga. Pantang apa yang patut dan makan apa yang sesuai insyaallah boleh baik.
DeleteSy da kena gaut :(
ReplyDeleteso jadiknye kalu dah kena gout...susah nak mkn ape pun....betul ke....
ReplyDeletecamna nak kurang urik asid dgn berbekam..positif tak, cara sunnah nabi SAW
ReplyDeletecamna nak kurang urik asid dgn berbekam..positif tak, cara sunnah nabi SAW
ReplyDeleteSy ada makan ubat kg..hari esok mula makan.kalu ok dlm 2 minggu ni sya info kt sini...tunggu...
DeleteOknc
DeleteDgr kta kna gna berbekam gna lintah nak kurangkan asid urik
Deletesaya baru lepas xcident motorsikal..langgar kucing...selepas dua hari duduk wad..balik rumah keesokannya k
ReplyDeletekaki kanan sakit..cfirm la gout...p klinik ambil satu suntikan..alhamdulillah hilang jap...sekarang nie kena lagi kat bahagian belakang tumit/buku lali..p klinik cek darah paras asid tinggi 632..masyaallah...sabar je la...terima kasih tuan admin kerana berkongsi ilmu2 di atas..saya akan amalkan..
Mcm mne keadaan awk skrg,..,paras asid da trun
DeleteInfo terbaik!!
ReplyDeletetlong lah sya sya nk kna operate niyh :'(
ReplyDeleteboleh tak tau apa penyakit? sms saya.....
DeleteCuba cari info Cellfood melalui internet. Ia bagus untuk banyak penyakit.
PM saya kat 012-3333 747 untuk maklumat lanjut
Salam semua saya ada product untuk meneutralkan asid dalam badan layari yolithebest.com/id=faizalr
ReplyDeletesalam semua saya ada product untuk meneutralkan asid dalam badan layari
ReplyDeleteyolithebest.com/?id=faizalr
tq for the info... saya ada
ReplyDeletemmg kena makan out sahaja ni hehehe
Saya br discas last month,bila dah kena mkn kena jg.baru2 ni kdgn BH 7.6 n uric turun dr 633 jd 500.. Doc kata BH normal 10.8 keatas..skrg ni muka ada pucat skit.yg penting amalan pemakanan tu berpada2,kalu beringat yg pantang pun bleh di ambil.saya skrg ni amalkn pemakanan sunnah..byk minumkn air.
ReplyDeletesy tgh cuba minyk biji sederi.klu makin baik sakit gout sy akn infrm.
ReplyDeletesy tgh cuba minyk biji sederi.klu makin baik sakit gout sy akn infrm.
ReplyDeleteSy dah beberapa kali kena serangan ghout,akhirnya dpt di atasi dg
ReplyDeletepengambilan ubat kapsul "Olfen 100 SR dan Olfen 100 retard yg di
berikan doktor dari sebuah klinik di sek 23 Shah Alam dan di farmasi Al Fatiha diKb.
Tadi baru pegi check ksihtan..asid urik dlm bdn HI..high..sgt tnggi..bce artikel ni..trime kasih ye...umo bru 20,tpi asid urik dh trllu tnggi..risau sgt ni..
ReplyDeleteTadi baru pegi check ksihtan..asid urik dlm bdn HI..high..sgt tnggi..bce artikel ni..trime kasih ye...umo bru 20,tpi asid urik dh trllu tnggi..risau sgt ni..
ReplyDeleteBekam darah dpt membantu... mase umo 22 kena gout ssh nk bjalan pg class... pastu sye wat bekam darah... esok terus boleh blari... smpi skrg ok dah... setahun skali sye berbekam darah...
ReplyDeleteSalam..bekam satu badan atau bekam kat kaki
DeleteBekam darah dpt membantu... mase umo 22 kena gout ssh nk bjalan pg class... pastu sye wat bekam darah... esok terus boleh blari... smpi skrg ok dah... setahun skali sye berbekam darah...
ReplyDeleteCam mane kite nak tahu asid dlm bdn kite ok ke tak ye?? Dan cam mane rase asid byk dlm bdn? Ada kene mengena ngn gastrik tak... mohon pencerahan sape tahu kt sini... terima kasih...
ReplyDeleteCara nak tahu kna buat blood test kat hospital.. sbb asid urik ni ada dlm darah... dr situ jg kita bleh dpt tau kandungan kolestrol dlm drah dan lain2
DeleteSaya baru first time kena serangan gout sakit 2 hari berdenyut2, rasa takut doh mhadapi serangan kedua, jadi saya kena diet segera utk mnurunkan paras a.urik, tq admin saya akan cuba amalkan panduan di atas..
ReplyDeleteSaya baru first time kena serangan gout sakit 2 hari berdenyut2, rasa takut doh mhadapi serangan kedua, jadi saya kena diet segera utk mnurunkan paras a.urik, tq admin saya akan cuba amalkan panduan di atas..
ReplyDelete1001DNA ada mineral beralkali. Hanya titiskan sahaja pada makanan kegemaran kita. InsyaAllah. Berminat hubungi saya 01115299720
DeleteAsid Urik tinggi memang menakutkan.
ReplyDeleteAir zam zam bersifat alkali
ReplyDeleteSaya share
ReplyDeletehttp://pearlvta.blogspot.com
Warna pada web ini terlalu marah menyakitkan mata ketika membaca.tq
ReplyDelete☺☺☺
ReplyDeleteAs salam saya pengedar aloe vera Forever Living yang menanam, pengilang dan pengedaran di 160 negara, produk dari herba organik suplemen tu kesihatan. Klik kakchahjelita.blogspot.com
ReplyDeleteInfo yg baik
ReplyDeleteSye kena gout 2.11.15 awal pagi dah rasa sakitnya masa time kerja tu minum air je banyak2 keesokan harinya 3.11.15 sakitnya sudah berkurang x mcm semalam berdenyut2 sakitnya..pagi tdi(3.11.15)boleh dah lompat2 tpi lari x blel lagi yg penting bnyakan minum air kosong..ubat apa2 sya x mkn just minum air kosong je ti petua di atas sangat membantu tq admin..������
ReplyDeleteAir kelapa boleh minum tak.. Utk yg kene asid urik
ReplyDeletehttp://doknorm.blogspot.my/2014/11/kaitan-diantara-gula-dan-gout.html?m=1
ReplyDeleteminum kopi
ReplyDeleteDulu sy selalu sakit belakang dan kena gout. Syukor dgn produk yg saya amalkan, byk sakit2 dah hilang, termasuk sakit gigi, demam, dan sebagainya.
ReplyDeleteKat mane saya boleh dapatkan bujirin ammaranth, millet @ cous- cous kalau di kawasan gombak @ wangsa maju>???
ReplyDeleteDimana kalau saya nak mendapatkan kedai untuk membeli bijirin amaranth, millet dan cous - cous tersebut?
ReplyDeleteMizam Mustafa: Cuba cari di Cosway atau mana-mana tempat yang menjual makanan organik contohnya: Jusco bahagian menjual makanan organik biasanya terletak berhampiran bahagian sayur2an dan buah2an (bahagian barang basah), hampir dengan bahagian ini bukan di bahagian ini.
DeleteProduk apa tuan
ReplyDelete..
Assalamualaikum. Sy disahkan ade gerd (asid tinggi dlm bdn) . Td cek drh uric asid tggi 520 dan Creatinine dlm buah pinggang pon tinggi 102 (normal sehingga 80) . Skrg sy pantang utk gerd (xbole mkn msm pedas angin dan yis) n dlm masa yg sama kne pantang mkn utk uric asid. Sy hanya mkn nasi ikan rebus or bakar, sayur sawi rebus setiap hari. Sy confuse, ikan pon mknn laut. Sy bole mkn ape je utk gerd n uric asid tu. Please tlg. Tme kasih ��
ReplyDeleteAssalamualaikum. Sy disahkan ade gerd (asid tinggi dlm bdn) . Td cek drh uric asid tggi 520 dan Creatinine dlm buah pinggang pon tinggi 102 (normal sehingga 80) . Skrg sy pantang utk gerd (xbole mkn msm pedas angin dan yis) n dlm masa yg sama kne pantang mkn utk uric asid. Sy hanya mkn nasi ikan rebus or bakar, sayur sawi rebus setiap hari. Sy confuse, ikan pon mknn laut. Sy bole mkn ape je utk gerd n uric asid tu. Please tlg. Tme kasih 😣
ReplyDeleteAssalamualaikum..sy dah lama hidap gout ni..pd saya bekam jln terbaik..sy biasanya bekam 4 bln sekali dkt bhgian yang sakit..Alhmdulillah boleh berthn gak dr mkn ubt je..bhaya asek mkn ubt je..xtau ape kesan akn dtg..tp just prepare je incase sakit mendadak..
ReplyDelete