Saturday 8 September 2012

11 Bahan Toksik Dalam Febreze

Berhati-hati dengan penggunaan bahan kimia di rumah untuk keselamatan dan kesihatan anda. Mungkin anda boleh cuba bahan semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan?
Febreze bukanlah bahan semburan ajaib yang boleh menghilangkan bau dan menyamankan sahaja. Penemuan ini mungkin memeranjatkan anda. Menurut kajian terdapat 87 bahan kimia dalam Febreze.

Di antara bahan-bahannya ialah:

  1. BHT - adalah neurotoksin (bahan yang toksik kepada otak dan sistem saraf), mengganggu hormon, toksin kepada sistem imun, dan merengsa kulit, mata dan paru-paru.
  2. Acetaldehyde - adalah karsinogen (punca kanser), mempunyai kesan ke atas pembiakan dan perkembangannya (bermakna ia boleh merosakkan janin dalam kandungan), toksin kepada sistem imun, dan merengsa kulit, mata dan paru-paru.
  3. Haruman - mengandungi sehingga 400 bahan, kebanyakan petrokimia. Pemerhatian klinikal oleh doktor perubatan telah mendapati bahawa pendedahan kepada wangian boleh merosakkan sistem saraf pusat dan menyebabkan kemurungan, hiperaktif, cepat marah, ketidakupayaan untuk menangani sesuatu, keburukan tingkah laku, sakit kepala, pening, ruam, hiper-pigmentasi, muntah, batuk, dan kerengsaan kulit. 95% daripada bahan kimia yang digunakan sebagai "haruman" datang dari petroleum! Menurut penyelidikan Julia Kendall (layari www.ehnca.org), bahan kimia yang paling biasa dalam wangian adalah etanol, benzaldehyde, benzyl acetate, pinene, aseton, benzyl alcohol, etil asetat, linalook, terpinene, metilena klorida, dan terpineol. Anda akan melihat bahawa banyak bahan-bahan ini telah ditemui dalam Febreze. 
  4. Propylene Glycol - juga karsinogen, Propylene glycol adalah toksik kepada sistem imun, dikaitkan dengan alahan, berkumpul dalam badan dan merengsa kulit, mata, dan paru-paru.
  5. 1,3-Dichloro-2-propanol - penyebab kanser.
  6. Limonene- penyebab alergi, toksin pada sistem imun dan kulit, paru-paru, dan merengsa mata
  7. Methyl pyrrolidone - toksin yang dikaitkan dengan kecacatan kelahiran, alahan, toksik kepada sistem imun, kulit dan mata, dan merengsa paru-paru
  8. Alkohol denatured (alkohol yang bukan sebagai minuman tapi untuk kegunaan lain), ia dikaitkan dengan kecacatan kelahiran, kanser, toksik kepada sistem organ, kulit & mata, dan kerengsaan paru-paru.
  9. Butylphenyl methylpropional - alergen, merengsa dan toksin pada sistem imun
  10. Ethyl acetate - lagi satu toksin sistem saraf dan otak (neurotoksin) yang juga dikaitkan dengan ketoksikan perkembangan janin dan pembiakan.
  11. Benzaldehyde - juga neurotoksin dan merengsa kulit, paru-paru dan mata.
Berhati-hatilah dengan penggunaan kimia dalam rumah untuk keselamatan dan kesihatan anda.

7 comments:

  1. nampaknya jgn gunakan febreze secara berlebihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. lewisdotmy: ya, kalau boleh gunakan dari sumber natural jer, dari tumbuh-tumbuhan kan. contohnya daun pandan ke, bunga-bunga yang wangi ke. Dan jaga kebersihan... ;)

      Delete
  2. memang kena kurangkan guna bahan kimia macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tehr: ya, jauhkan penggunaan bahan kimia seberapa yang boleh, cuba gunakan bahan natural/semulajadi sahaja selagi mampu.

      Delete
  3. Jarang guna Febreeze. Terima kasih ke atas info ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akubiomed: Saya pun jarang guna ni. Kalau boleh dah tak nak guna dah. Sama2, hanya sharing untuk kebaikan bersama.

      Delete
  4. datang dari mana ye sumber maklumat ni?

    ReplyDelete