Sunday 23 September 2012

Keburukan Antibiotic Resistance (Rintangan Antibiotik) dan Cara Mengatasinya

Jangan ambil antibiotik jika tidak perlu dan habiskan preskripsi yang diberikan doktor anda
Kesihatan penduduk dunia sangat terancam sebelum penemuan penicilin. Dengan hanya sedikit jangkitan bakteria, boleh menyebabkan kematian. Dan dengan adanya antibiotik banyak nyawa dapat diselamatkan dan penjagaan kesihatan kelihatan begitu mudah sehingga ianya digunakan dengan berlebihan sampai menyebabkan rintangan antibiotik.

Apabila rintangan antibiotik berlaku, antibiotik gagal untuk bekerja, akibatnya penyakit akan bertahan lama, lebih banyak lawatan ke doktor atau tempoh tinggal di hospital dilanjutkan dan keperluan untuk ubat-ubatan yang lebih mahal dan toksik. Sesetengah jangkitan yang mempunyai rintangan antibiotik boleh menyebabkan kematian.

 Rintangan antibiotik (Antibiotic resistance) adalah keupayaan mikroorganisma untuk menahan kesan antibiotik. Ia adalah rintangan terhadap jenis dadah tertentu.
  • Tahukah anda selesema (cold & flu), sakit tekak/kerongkong dan bronkitis disebabkan oleh virus?

  • Antibiotik hanya mampu membunuh/melawan bakteria sahaja, bukan virus.

  • Mengambil antibiotik apabila anda mempunyai virus lebih berbahaya pada kesihatan daripada baik kerana mengambil antibiotik bila tidak diperlukan meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan kemudian yang menentang rawatan antibiotik ( Antibiotic resistance).

Jika Anda Mengidap Selsema (cold & flu) Antibiotik Tidak Berfungsi Untuk Anda! 

Antibiotik membunuh bakteria, bukan penyakit yang disebabkan oleh virus seperti:
  1. Selesema (cold & flu) 
  2. Kebanyakan batuk dan bronkitis;
  3. Sakit tekak/kerongkong
  4. Hidung berair.

Mengambil antibiotik untuk jangkitan virus, seperti batuk, selesema atau bronkitis, tidak akan:
  1. Menyembuhkan jangkitan
  2. Memastikan individu lain dari menjangkiti penyakit anda
  3. Membantu anda berasa lebih sihat

Bagaimana Mengambil Antibiotik Boleh Membawa Kemudaratan?

Sesetengah orang, mungkin mengalami masalah kesihatan cirit-birit daripada penggunaan antibiotik, sakit di bahagian yang berlainan badan dan pada wanita ia boleh meningkatkan risiko jangkitan yis.

Dan sudah tentu terdapat kebimbangan tentang kesan berbahaya dari berlebihan antibiotik dan rintangan antibiotik (Antibiotic resistance) terhadap kesihatan.

Apakah Makna Rintangan Antibiotik kepada Anda?

1) Membunuh bakteria yang salah. Banyak jenis bakteria hidup di atas & dalam badan tanpa menjejaskan kesihatan anda. Apabila antibiotik diberikan untuk selesema, virus tidak akan dibunuh - tetapi sebahagian dari bakteria ini akan terbunuh & sebahagian lagi akan belajar bagaimana untuk memerangi dan membuat antibiotik tidak berkesan bila berkali-kali terdedah kepada antibiotik.

2) Berjangkit. Jika anda mendapat jangkitan bakteria yang telah mempunyai rintangan antibiotik (antibiotic-resistant strain) dari orang lain, anda juga akan mempunyai jangkitan yang tidak boleh bertindak balas kepada antibiotik. Tanpa antibiotik yang kuat untuk memusnahkan bakteria ini, kesihatan anda mempunyai risiko yang serius - dan komplikasi yang boleh mengancam nyawa.

3) Peningkatan kos. Jika anda sakit kerana jangkitan bakteria dan antibiotik standard pertama (standard first line of defense antibiotics) yang biasanya murah tidak berkesan, doktor anda akan beralih kepada antibiotik line kedua dan seterusnya ketiga. Ini lebih mahal, ada yang sehingga 100 kali lebih mahal berbanding antibiotik standard pertama.

Kini doktor kehabisan pilihan untuk menangani jangkitan bakteria yang mempunyai rintangan antibiotik.

4) Kekurangan antibiotik. Walaupun kita mempunyai pelbagai jenis antibiotik berbanding dengan 50 tahun yang lalu, kita tidak membangunkan antibiotik pada kadar yang sama kita memerlukannya. Hari ini, terdapat situasi di mana orang mempunyai jangkitan bakteria yang kita tidak mempunyai antibiotik yang berkesan untuk mengembalikan kesihatan padanya.

5) Salah preskripsi. Kira-kira separuh daripada semua preskripsi antibiotik, digunakan untuk jangkitan virus, menjadikannya tidak berguna untuk kesihatan anda.

6) Salah pengambilan. Tetapi rintangan antibiotik juga boleh terjadi daripada cara pengambilan antibiotik yang salah oleh pesakit (walaupun antibiotik yang betul diberikan untuk jangkitan bakteria) dengan tidak mengambil preskripsi sehingga habis kerana menjangka kesihatan beliau sudah pulih. Dalam kes itu, bakteria yang paling lemah telah terbunuh.

Tetapi bakteria terkuat masih ada dalam badannya ketika ia memutuskan untuk berhenti mengambil dos antibiotik anda yang belum habis. Bakteria selebihnya akan berada dalam badan dan menghasilkan bakteria yang tahan antibiotik.

Mendidik diri anda bila antibiotik perlu dan tidak perlu digunakan boleh membantu anda melindungi diri anda, keluarga anda, rakan sekolah, rakan sekerja dan orang-orang di seluruh dunia dari ancaman rintangan antibiotik dari berlebihan antibiotik demi kesihatan.

9 comments:

  1. Ia dipanggil super bug mana virus ini telah imun dengan antibiotik. Penggunaan antibiotik menyebabkan bakteria baik turut mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akubiomed: Ya, super bug! Antibiotik membunuh bakteria.

      Delete
  2. semua ni aku tak tahu ni
    bila sakit ke apa ke
    terserah kepada doktor je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tehr: Ada juga doktor yang ambik mudah, apa2 pun nak bagi antibiotik tak kira jangkitan virus atau bakteria. Mungkin disebabkan terlalu ramai pesakit yang nak di handle, so nak cepat, masa kerja yang panjang dan pelbagai masalah lain.

      Delete
  3. saya memang tak suka antibiotik sebab ubat dia besar tersekat kat tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. azura: Ambil antibiotik bila perlu jer. Habiskan dan kalau tak perlu jangan makan.

      Delete
  4. Takpe ke tak habiskan antibiotic? saya takut bila masuk dalam badan ia tak larut

    ReplyDelete