Friday 28 September 2012

Thailand, Destinasi Baru Formula 1, 2014

Ketika saya ke Singapura menonton Formula 1 street race di waktu malam.
Menonton dari tepi jalan raya.  Jalan dipancar cahaya lampu yang sangat terang. Jika dilihat dari jauh, tempat ni seolah-olah satu kelompok terang berhampiran Marina Bay dengan bunyi enjin F1 yang hebat!
Formula 1 racing akan diadakan di Thailand pada tahun 2014 nanti. Thailand sebuah negara eksotik yang sudah pastinya menarik untuk dilawati. Perbincangan antara pihak Thailand dan principle Formula 1, Bernie Ecclestone telah diadakan di Singapura ketika diadakan perlumbaan Formula 1 di sana pada penghujung minggu lepas.

Thailand akan menjadi negara ke-2 yang mengadakan perlumbaan malam selepas Singapura, dan menjadi negara ke-3 yang mempunyai street race selepas Monaco dan Singapura. Lokasi F1 street racing ini ialah di bandar Bangkok, Thailand.

60% perbelanjaan akan ditanggung oleh kerajaan Thailand dan 40% sponsor dari syarikat-syarikat swasta di antaranya ialah Red Bull.

 Tunggu kemunculan perlumbaan malam Formula 1 Street Racing di Bangkok, Thailand pada tahun 2014.

6 comments:

  1. wah bestnya dapat tengok f1..

    ReplyDelete
  2. waaaaa..shasha pun minat F1?? fuiyoooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak lagenda: Ya, boleh lah.
      Mak lagenda minat ke? ;)

      Delete
  3. rasanya seronok menonton waktu malam
    tak la panas sangat
    kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tehr: Ya, seronok ;)
      Ada kelebihan dan kekurangan race malam berbanding siang.
      Malam seronoknya sebab tak panas, sejuk jer tapi siang panaass. Kalau hujan, panas & sejuk ;)
      Kalau siang boleh nampak jauh tapi malam penglihatan terhad. Kalau tengok jauh sikit dah nampak gelap, cuma boleh nampak samar kereta, laju plak tu dan lampu dia memang jelas la ;)

      Delete