Keselamatan diri anda semasa kecemasan mungkin terletak ditangan anak anda yang masih kecil. |
Walaupun masih kecil pastikan anak-anak anda tahu apa yang perlu dibuat semasa kecemasan untuk keselamatan orang sekeliling dan diri kanak-kanak itu sendiri seperti ahli keluarga jatuh sakit, kemalangan, kanak-kanak itu sendiri hilang seperti di pusat membeli-belah, di pantai, di kawasan keramaian seperti ekspo, pamiran, majlis dan sebagainya.
Antara perkara yang perlu kanak-kanak tahu ialah:
- Perlu tahu bagaimana untuk memanggil 9-9-9 dan nombor kecemasan lain dan bila ia perlu untuk berbuat demikian.
- Perlu tahu nama penuh (atau nama pertama dan terakhir) ibu bapa mereka,
- Alamat rumah mereka,
- Nombor telefon rumah atau nombor handfon ibu bapa mereka.
- Sebagai langkah keselamatan, mereka mungkin perlu tahu nama penuh dan umur mereka sendiri.
Ada apa-apa lagi yang perlu di ketahui oleh kanak-kanak untuk keselamatan ketika kecemasan? Pendapat anda dialu-alukan untuk kebaikan bersama.
Klik link berikut untuk mengetahui apa yang telah dilakukan oleh kanak-kanak berumur 4 tahun yang telah menyelamatkan nyawa ibunya sendiri.
http://gma.yahoo.com/blogs/abc-blogs/illinois-tots-911-may-saved-moms-life-153946341--abc-news-topstories.html
Untuk diri mereka sendiri, keluarga dan orang di sekeliling didiklah anak anda bagi menghadapi sebarang kecemasan demi keselamatan.
Perlu diajar anak-anak untuk menangani situasi kecemasan.
ReplyDeleteakubiomed: Ya betul tu. dan amat penting juga.
Deleteanak2 perlu ingat, tahu dan pandai mendail no telefon ibu bapa
ReplyDeletememang sangat penting tu
tehr: Ya, betul tu dan perlu tahu no yang patut dihubungi jika ibu atau bapa sakit.
Deleteanak anak ini perlu diajar sejak kecil lagi agar perkara yang tidak diingini x berlaku. ajar la kanak kanak tu dengan penuh kasih sayang dan sabar. kanak kanak x mampu berfikir macam kita lagi, so ajar la dia dengan cara yang baik.
ReplyDelete