Tuesday, 2 October 2012

Biarkan Kanak-kanak Bergaduh?

Pertelingkahan antara kanak-kanak hanya perlu diperhatikan, hanya masuk campur bila keadaan menjadi ganas.
Kanak-kanak memang tak dapat dielakkan daripada bergaduh atau konflik. Selalunya ibu bapa akan masuk campur dan meleraikan perbuatan tersebut. Menurut pakar, ibu bapa tak sepatutnya masuk campur dalam pergaduhan anak-anak mereka sebaliknya hanya berdiam diri dan memerhati sahaja.

Ibu bapa hanya perlu menghentikan pergaduhan bila mereka sudah mengata atau mengejek dengan kata-kata yang melampau atau bila berlaku pukul-memukul (physical contact) yang membahayakan.

Ibu bapa perlu mencari punca pergaduhan tersebut dan menasihatkan cara-cara untuk mengatasinya. Ajar mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan suara yang rendah, biarkan pihak lawan bersuara dan jangan sekali-kali memekik/menjerit. Ini akan membentuk cara mereka bersuara/berdebat di masa dewasa nanti.

Kanak-kanak perlu bergaduh untuk pembentukan personaliti & mengasah kemahiran sosial mereka. Jika tidak mereka akan menghadapi masalah bila berada dalam sesuatu komuniti. Mereka juga akan belajar cara menerima kekalahan dan kemenangan dalam kehidupan.

7 comments:

  1. banyak yang terjadi mak ayah tumpang gaduh sama
    anak2 hanya gaduh sehari
    sedangkan mak ayah gaduh bertahun2
    ada yang selamanya...
    huhu

    ReplyDelete
  2. Kalau anak-anak bergaduh selalunya lerai cepat-cepat dibimbangi mendatangi kecederaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akubiomed: Jangan terlalu cepat mengganggu mereka tengok keadaan pergaduhan tu dulu adalah lebih baik ;)

      Delete
  3. kena tgk punca pergaduhan tu jugak..klu yg kecik2 tu, eloknya just biarkan mereka settlekan sendiri2 jer.

    Tp kalo memerlukan cmpur tgn dan teguran dr mak bapak,baru la kita amik action

    Tp biasanya, my asben x bg cmpu tgn..nnt bdk2 brgaduh skjp,yg tua ni plak bergaduh beriya2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak Lagenda: Ya, tengok dulu, kalau tak mencederakan atau tak berlaku kata mengata yang keterlaluan biarkan dulu mereka ;)

      Delete
  4. Bagus tu posting yang ini. Betul jugakkan bagi je mereka bergaduh dengan cara aman.

    kadang-kadang risau sis, sorang berlakon jadi ultraman sorang ben10. bila dah tak puas hati, masing-masing tunjjuk kuasa tersendiri. tendang sana sini dan nangis dan sakit. Hahaha..

    itu yang risau tu

    ReplyDelete