Showing posts with label Ibu bapa. Show all posts
Showing posts with label Ibu bapa. Show all posts

Sunday, 19 November 2017

SEDEKAHKAN AL FATIHAH UNTUK IBUBAPA SELEPAS SOLAT SUBUH

Asalamualaikum wbt
Kongsi Ilmu Agama Pagi Khamis
Tajuk: 💝SEDEKAHKANLAH AL FATIHAH 💝UNTUK IBUBAPA MU SETIAP SELEPAS SOLAT SUBUH💝

Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)” ………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu …

Berdasarkan Hadith Nabi SAW:

“Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:

– Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)

– Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)

– Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT

– Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …. Tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

– Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:

– Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris ….. … Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
– Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. Makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya ..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal .. … insyallah,

– Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya ….. tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita ….. Mari kita Cuba. Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan tengah hari, pagi, petang, siang atau malam, di mana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya: ‘YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. … “(Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal: “YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah …….

#SemogaManfaat
#MohonLikeShare
#Kongsi❤️ILmu❤️Agama

https://youtu.be/NnTIQI4k62A

Saturday, 28 January 2017

Waktu Ziarah Kubur Ibu Bapa Yang Terbaik

RAMAI ORANG TIDAK SEDAR Dan Tidak Tahu Waktu Afdal Ziarah Kubur. Roh Ibu Bapa Ada Di Kubur Tunggu Anak Mereka.

SATU KALI ANDA SEBAR MUNGKIN DAPAT MENGINSAFKAN BERIBU INSAN YG TIDAK TAHU TENTANG INI

Salam.
Kuliah dhuha Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara.

Tajuk : Adab menziarahi kubur.
Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pada hari Khamis selepas Solat Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :

Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pada hari-hari tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.

Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.

Ketika dikubur :

1. Memberi salam kepada simati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti "Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.

2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.

3. Membaca quran atau doa-doa yg baik untuk simati.

Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ust. Norazan.

....simpan nota ini anak-anak dan sebarkan. Terima kasih.

Tuesday, 2 October 2012

Biarkan Kanak-kanak Bergaduh?

Pertelingkahan antara kanak-kanak hanya perlu diperhatikan, hanya masuk campur bila keadaan menjadi ganas.
Kanak-kanak memang tak dapat dielakkan daripada bergaduh atau konflik. Selalunya ibu bapa akan masuk campur dan meleraikan perbuatan tersebut. Menurut pakar, ibu bapa tak sepatutnya masuk campur dalam pergaduhan anak-anak mereka sebaliknya hanya berdiam diri dan memerhati sahaja.

Ibu bapa hanya perlu menghentikan pergaduhan bila mereka sudah mengata atau mengejek dengan kata-kata yang melampau atau bila berlaku pukul-memukul (physical contact) yang membahayakan.

Ibu bapa perlu mencari punca pergaduhan tersebut dan menasihatkan cara-cara untuk mengatasinya. Ajar mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan suara yang rendah, biarkan pihak lawan bersuara dan jangan sekali-kali memekik/menjerit. Ini akan membentuk cara mereka bersuara/berdebat di masa dewasa nanti.

Kanak-kanak perlu bergaduh untuk pembentukan personaliti & mengasah kemahiran sosial mereka. Jika tidak mereka akan menghadapi masalah bila berada dalam sesuatu komuniti. Mereka juga akan belajar cara menerima kekalahan dan kemenangan dalam kehidupan.