Friday 15 July 2011

20 Kebaikan dan Faedah Mentega

Makanan yang sering-kali di elakkan oleh kebanyakan orang ialah mentega kononnya kerana disebabkan kandungan kolesterol dalam mentega tersebut. Tetapi tahukah anda makanan yang cuba dielakkan ini tidak sepatutnya diperlakukan begitu.

Ada banyak sebab mengapa kita harus mengambil mentega sebagai makanan harian kita. Tapi ingat mentega ya, bukannya lemak sayuran atau campuran lemak sayuran dan tenusu atau susu. Ada perbezaan kan antara kedua-dua jenis makanan ini kan?

Berikut adalah senarai kebaikan dan faedah mentega sekiranya ia diambil sebagai makanan harian anda:

  1. Mentega kaya dengan Vitamin A yang mudah diserap oleh badan kita untuk kesihatan kelenjar tairoid dan adrenalin.
  2. Mengandungi asid lurik, yang penting untuk sejenis asid yang penting untuk merawat jangkitan kulat dan candida.
  3. Mengandungi lesitin yang penting untuk metabolisme kolesterol.
  4. Mengandungi anti-oksidan yang melindungi daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
  5. Mempunyai anti-oksidan yang mampu mempertahankan arteri dari menjadi semakin lemah.
  6. Mentega adalah sumber makanan yang mengandungi Vitamin E dan K.
  7. Sumber yang sangat kaya dengan selenium iaitu sejenis mineral yang penting untuk kita.
  8. Lemak tepu dalam mentega mempunyai sifat-sifat anti-tumor dan anti-kanser yang kuat.
  9. Mentega juga mengandungi conjugated linoleic asid, yang sangat bagus sebagai agen anti-kanser yang mujarab, membina otot, dan meningkatkan tahap imuniti kita.
  10. Vitamin D yang terdapat dalam mentega penting untuk penyerapan kalsium dari makanan yang kita ambil.
  11. Melindungi daripada kerosakan gigi.
  12. Mentega adalah satu-satunya sumber makanan yang mempunyai sifat anti-kekejangan, yang melindungi sendi dari mendapat kalsifikasi (Calcification) iaitu proses pemendakan kalsium pada tisu lembut yang menyebabkannya mengeras.
  13. Anti-kekejangan dalam mentega mencegah pengerasan arteri, katarak pada mata, dan kalsifikasi kelenjar pineal (kelenjar yang mengeluarkan hormon untuk paten tidur & musim badan kita).
  14. Salah satu sumber Activator X, bagi membantu badan anda menyerap mineral dari makanan dan minuman yang diambil.
  15. Mentega mengandungi iodin dalam bentuk yang sangat mudah diserap oleh badan. Iodin penting untuk pembesaran & perkembangan yang normal.
  16. Mentega boleh membantu dalam kesuburan wanita.
  17. Mentega memberikan sumber tenaga segera, dan ianya tidak disimpan di dalam tisu adipos (tisu yang menyimpan lemak).
  18. Kolesterol yang ditemui dalam mentega adalah penting untuk tumbesaran otak dan sistem saraf kanak-kanak.
  19. Mengandungi arachidonic acid (AA) yang memainkan peranan dalam fungsi otak dan merupakan komponen penting membran sel.
  20. Melindungi daripada jangkitan pada perut dan usus bagi yang terlalu muda atau tua.

Mentega yang baik adalah mentega organik. Dan terbaik terbaik pula adalah mentega organik yang tidak di pasteurkan kerana pempasteuran memusnahkan sebahagian dari zat makanan yang ada. Untuk kesihatan jadikanlah mentega sebagai makanan harian.

FACEBOOK
Become a Fan

Wednesday 13 July 2011

Suka Makan Telor?

Sejenis makanan yang mudah disediakan, cepat dimasak dan boleh dipelbagaikan dalam banyak jenis masakan. Ada juga yang makannya secara mentah. Itulah telor.

Akan tetapi ada juga orang yang mengelakkan telor kerana mereka menyangka telor adalah makanan yang mengandungi kolesterol tinggi. Penemuan terbaru di US, menunjukkan sebenarnya telor mengandungi 13% lebih rendah kolestrol dan lebih tinggi kandungan Vitamin D daripada yang kita fikirkan.

Vitamin D perlu untuk menjaga tulang, mengelakkan osteoporosis & ricket. Selain dari itu ia juga mengenyangkan. Makan 1 atau 2 biji telor sebagai makanan untuk sarapan pagi dapat menguruskan badan kerana kandungan protinnya yang tinggi mampu mengenyangkan dalam masa yang lama.

Telor adalah salah satu makanan yang bagus untuk otak selain dari kismis, badam, susu dan lain-lain lagi.

Malah telor juga bagus dimakan sebelum tidur kerana ia dapat mengelakkan kemerosotan otot akibat dari penguraian otot oleh badan kita semasa tidur.

Antara jenis-jenis telor yang biasa sebagai makanan ialah:

Telor puyuh: Telor ni kecil saja dan mengandungi lebih banyak putih telor berbanding kuningnya. Kulitnya lebih rapuh berbanding telor ayam dan bila direbus lebih lembut untuk dikupas.

Telor itik: Ramai orang tak berapa sukakan makanan telor itik kerana baunya. Jika dibuat telor dadar ia lebih kental dan sedap jika diletak lebih lada hitam dan bawang. Ia juga menjadikan kek span lebih baik berbanding telor lain.

Telor ayam: Ini adalah telor yang paling banyak digunakan sebagai makanan dan paling terkenal berbanding jenis telor yang lain. Untuk memilih telor ayam yang paling segar pilihlah yang mempunyai putih telor yang kental, lebih cair putih telornya maka kuranglah kesegarannya.

Telor angsa: Telor ni lebih besar dari telor ayam dan sedap juga jika dibuat telor dadar dan masak lemak cili api. Makan sebiji dah kenyang.

Telor burung unta: Telor ini paling besar berbanding dengan telor-telor yang lain tu. Sebiji telor burung unta sama dengan 24 biji telor ayam sesuai sebagai makanan untuk 6 orang. Besar kan? Kulitnya lebih keras dan sangat istimewa kerana boleh dibuat berbagai jenis kraf yang menarik.

Jadi gunakanlah telor setiap hari sebagai makanan.

Saturday 9 July 2011

Kelas Menunggang Kuda

Kesihatan perlu dijaga dengan beriadah. Antara latihan fizikal atau riadah yang paling baik dan mengikut sunnah nabi ialah sukan berkuda, memanah & berenang.

Biasanya ketiga-tiga jenis sukan ini adalah mahal, terutama sukan berkuda yang memang sangat bagus untuk kesihatan tulang belakang, mata & keseluruhan tubuh kita. Tahukah anda terdapat sebuah kelab rekreasi yang menawarkan sukan berkuda dan membuka kelas untuk menunggang kuda untuk kanak-kanak dan dewasa dengan harga yang murah.

Mampu dibayar oleh kebanyakan orang terletak di Shah Alam, Selangor. Bayarannya cuma untuk sebulan hanyalah RM180 sebulan untuk semua sukan yang ada di sini. Dan untuk sukan berkuda sahaja hanya RM120 sebulan. Bayaran yang amat berpatutan demi faedah kesihatan yang boleh kita dapat nanti.

Selain sukan berkuda Kelab Rekreasi Dan Berkuda Denai Alam atau Denai Alam Recreation & Riding Club, Selangor (DARC) menawarkan kemudahan splash pool dan lain-lain. Kelab ini dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 8 pagi - 12 tengah malam.

Ia berada di No.1 Jalan Elektron U16/100, Denai Alam, 40160, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. No telefon untuk dihubungi +603-21062606 & +6010 240 2606. Website www.darc.com.my .

Marilah kita sama-sama menunggang kuda untuk kesihatan.

FACEBOOK
Become a Fan

Wednesday 6 July 2011

Jangan Buang Minyak Masak Terpakai

Masalah kesihatan boleh berpunca dari longkang yang tersumbat. Salah satu punca longkang tersumbat ialah disebabkan minyak dan gris yang datang dari rumah, restoran, bengkel membaiki kereta motor dan sebagainya.

Jika anda menuang minyak masak yang telah digunakan ke dalam singki, ia akan mengalir ke longkang dan akan menyebabkan longkang tersumbat dan mewujudkan masalah kesihatan dan alam sekitar. Begitu juga dengan minyak dari bengkel membaiki kereta motor.

Lipas dan tikus akan tertarik ke kawasan longkang tersumbat itu untuk makan minyak masak tersebut, bersarang, dan membiak. Nyamuk dan lain-lain haiwan perosak juga akan berkeliaran di sini dan mengganggu kesihatan penduduk sekitar.

Ketika musim kering tempat yang tersumbat dengan minyak dan gris ini akan menarik lebih banyak haiwan perosak termasuk nyamuk ke kawasan tersebut. Sementara di musim hujan pula masalah banjir kilat mungkin berlaku.

Air yang telah tercemar dengan minyak masak dan gris ini selain masalah kesihatan, ianya boleh menyebabkan pencemaran alam dan populasi ikan yang tak sesuai untuk kesihatan (mungkin beracun) kerana telah makan sisa buangan yang tercemar ini.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengadakan kutipan minyak masak yang telah digunakan dengan harga RM1.20 setiap kg. Untuk keterangan lanjut hubungi MBPJ di Unit Pendidikan & Agenda Tempatan di talian 03-79552381 untuk kesihatan.

FACEBOOK
Become a Fan

Monday 4 July 2011

Selamat Tinggal Tanjong Pagar

Pelancong yang menggunakan keretapi untuk ke Singapura sebelum ini boleh berhenti di Stesen Keretapi Tanjong Pagar di Singapura. Tapi kini ia telah memberhentikan operasinya pada pukul 12 tengah malam 30 Jun 2011 yang lalu setelah memberikan khidmatnya selama 79 tahun.

Bermula 1 Julai 2011 tiada lagi operasi keretapi di Stesen Keretapi Tanjong Pagar dan akan dipindahkan ke Woodlands. Pelancong yang ingin ke Tanjong Pagar selepas ini akan mengambil masa 30 minit dengan keretapi untuk ke Tanjong Pagar. Ada kakitangan KTMB yang bertugas di situ pulang bertugas dibeberapa stesen di Malaysia tapi ada juga yang berpindah ke stesen baru di Woodlands. Pada masa hadapan pelancong dengan keretapi dari Malaysia ke Singapura hanya akan berhenti di Johor Bahru sahaja.

Stesen Keretapi Tanjong Pagar adalah sebuah stesen yang menghubungkan antara 2 negara melalui Tambak Johor iaitu Malaysia dan Singapura. Mula beroperasi pada tahun 1932 dan dirasmikan oleh Gabenor Negeri Selat pada ketika itu, Sir Cecil Clementi Smith. Keunikan Stesen Tanjong Pagar adalah ia merupakan hentian terakhir jaringan pengangkutan keretapi di hujung benua Asia.

Pada 24 Mei tahun lalu, Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah mengumumkan stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke Woodlands pada 1 Julai 2011.

Pelancong dan orang-ramai yang pergi ke Bangunan Stesen Tanjong Pagar yang dikelilingi oleh bangunan pencakar langit bersenibina moden tetap dapat menyaksikan identiti Tanah Melayu dengan adanya mural yang terdapat pada kedua-dua dinding yang tinggi di kawasan menunggu menggambarkan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu pada masa itu.

Aktiviti kegiatan ekonomi yang ada di dinding tersebut seperti aktiviti melombong timah, sawah padi, tanaman getah dan tongkang China yang sedang berlabuh akan mengingatkan pelancong yang melawat Singapura bahawa Singapura pada suatu masa dahulu adalah sebahagian dari Malaysia (Tanah Melayu) . Stesen yang bersejarah dan nostalgik ini kerap menjadi sesuatu yang mengganggu keakraban dan persahabatan 2 negara berjiran, Malaysia dan Singapura.

Diharap dengan terhentinya operasi di Stesen Tanjong Pagar ini tidak pula menghapuskan Bangunan Stesen Tanjong Pagar yang pernah menjadi hak milik Malaysia di bumi Singapura yang dulunya dikenali sebagai Temasik pada minda pedagang dan pelancong masa silam.

FACEBOOK
Become a Fan

Saturday 2 July 2011

Apa Perbezaan Ikan Keli dan Ikan Sembilang?


Salah satu makanan yang digemari di Malaysia ialah ikan keli dan ikan sembilang. Adakah ia ikan yang sama cuma panggilan sahaja yang berlainan? Jawapannya tidak. Ikan ni memang seakan-akan sama saja rupa kedua-duanya.

Antara resipi makanan yang biasa dimasak menggunakan ikan keli dan ikan sembilang ialah masak asam pedas, goreng cili atau sambal dan masak lemak cili padi. Semua makanan tu pedas-pedas belaka kan, ini adalah untuk menghilangkan baunya yang agak hanyir tapi masih menjadi makanan kegemaran orang-ramai.

Perbezaan di antara kedua-dua jenis makanan ini ialah:

  1. Ikan sembilang hidup di laut tapi ikan keli hidup dalam air tawar seperti sungai, kolam dan sawah.
  2. Ikan sembilang saiznya lebih besar dari ikan keli.
  3. Warna ikan keli lebih gelap berbanding dengan ikan sembilang.
  4. Ikan sembilang ada macam sirip atau duri kat belakang dia tapi ikan keli tak ada ni.

Ada apa-apa lagi yang anda tahu tentang perbezaan ikan keli dan ikan sembilang ni?

Betul ke ada orang kata ikan keli ni ada yang diternak dengan cara yang tak sesuai untuk dijadikan makanan? Ada 1 petua untuk mencari ikan keli yang bersih dan sesuai untuk dimakan iaitu belilah dari kampung-kampung atau pilihlah ikan keli yang kecil dan warnanya gelap. Ikan keli yang bersaiz besar ada banyak lemak kerana dibela dengan makanan yang kotor.

Jadi nikmatilah ikan sembilang dan ikan keli anda yang sesuai untuk dijadikan makanan.

FACEBOOK
Become a Fan