Showing posts with label Kimia. Show all posts
Showing posts with label Kimia. Show all posts

Wednesday, 6 July 2011

Jangan Buang Minyak Masak Terpakai

Masalah kesihatan boleh berpunca dari longkang yang tersumbat. Salah satu punca longkang tersumbat ialah disebabkan minyak dan gris yang datang dari rumah, restoran, bengkel membaiki kereta motor dan sebagainya.

Jika anda menuang minyak masak yang telah digunakan ke dalam singki, ia akan mengalir ke longkang dan akan menyebabkan longkang tersumbat dan mewujudkan masalah kesihatan dan alam sekitar. Begitu juga dengan minyak dari bengkel membaiki kereta motor.

Lipas dan tikus akan tertarik ke kawasan longkang tersumbat itu untuk makan minyak masak tersebut, bersarang, dan membiak. Nyamuk dan lain-lain haiwan perosak juga akan berkeliaran di sini dan mengganggu kesihatan penduduk sekitar.

Ketika musim kering tempat yang tersumbat dengan minyak dan gris ini akan menarik lebih banyak haiwan perosak termasuk nyamuk ke kawasan tersebut. Sementara di musim hujan pula masalah banjir kilat mungkin berlaku.

Air yang telah tercemar dengan minyak masak dan gris ini selain masalah kesihatan, ianya boleh menyebabkan pencemaran alam dan populasi ikan yang tak sesuai untuk kesihatan (mungkin beracun) kerana telah makan sisa buangan yang tercemar ini.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengadakan kutipan minyak masak yang telah digunakan dengan harga RM1.20 setiap kg. Untuk keterangan lanjut hubungi MBPJ di Unit Pendidikan & Agenda Tempatan di talian 03-79552381 untuk kesihatan.

FACEBOOK
Become a Fan

Tuesday, 31 May 2011

Kesihatan dan Kimia Penghalang Kebakaran

Kesihatan kita pada zaman moden ini boleh tergganggu dengan penggunaan pelbagai bahan kimia. Salah satunya ialah kimia penghalang kebakaran yang dipanggil TDCPP.

Kajian terbaru yang diumumkan pada minggu lepas menunjukkan 80% dari kusyen yang digunakan untuk tempat duduk kereta, tempat tidur bayi mudah alih dan lain-lain perabut untuk bayi mengandungi kimia ini & ia boleh terkumpul dalam tubuh bayi yang menggunakannya.

Lain-lain produk bayi yang menggunakan polyurethane foam termasuk tempat duduk bayi dalam kereta, changing tables, bantal, high chair dan stroller (kereta sorong bayi) mengandungi TDCPP yang mengakibatkan kanser pada kajian terhadap haiwan. Snuggly & Evenflo adalah 2 jenama yang perlu dielakkan.

Sejenis bahan penghalang kebakaran yang telah diharamkan di kebanyakan negara, penta brominated diphenyl ethers atau PBDEs masih terdapat dalam sebahagian kecil peralatan.

Bahan TDCPP yang digunakan dalam pijama kanak-kanak yang telah diharamkan di AS 10 tahun lalu masih lagi digunakan sebagai kusyen bagi produk bayi dan lain-lain barang kegunaan rumah tangga.

Untuk kesihatan kita semua elakakn dari membeli produk bayi yang mengandungi polyurethane foam dan TB117 atau bertukar kepada fabrik yang lebih selamat dan elakkan dari menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia penghalang kebakaran.

Cara Mengelakkan Dari Terkena Bahan Kimia Penghalang Kebakaran

  • Beralih kepada produk yang lebih baik untuk kesihatan seperti kapas atau bulu yang kemungkinan sangat rendah menggunakan bahan kimia penghalang kebakaran ini.
  • Kerap mencuci tangan kerana kontek dari tangan ke mulut adalah yang paling biasa terjadi. Ini boleh mengelakkan kesihatan diri kita dari terdedah kepada bahan penghalang kebakaran, plumbum (lead) dan racun makhluk perosak.
  • Gunakan pencuci hampagas (vacuum) dengan filter hepa dan gunakan mop basah dengan kerap untuk mengawal habuk bagi menjaga kesihatan.