Tuesday 2 October 2012

Biarkan Kanak-kanak Bergaduh?

Pertelingkahan antara kanak-kanak hanya perlu diperhatikan, hanya masuk campur bila keadaan menjadi ganas.
Kanak-kanak memang tak dapat dielakkan daripada bergaduh atau konflik. Selalunya ibu bapa akan masuk campur dan meleraikan perbuatan tersebut. Menurut pakar, ibu bapa tak sepatutnya masuk campur dalam pergaduhan anak-anak mereka sebaliknya hanya berdiam diri dan memerhati sahaja.

Ibu bapa hanya perlu menghentikan pergaduhan bila mereka sudah mengata atau mengejek dengan kata-kata yang melampau atau bila berlaku pukul-memukul (physical contact) yang membahayakan.

Ibu bapa perlu mencari punca pergaduhan tersebut dan menasihatkan cara-cara untuk mengatasinya. Ajar mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan suara yang rendah, biarkan pihak lawan bersuara dan jangan sekali-kali memekik/menjerit. Ini akan membentuk cara mereka bersuara/berdebat di masa dewasa nanti.

Kanak-kanak perlu bergaduh untuk pembentukan personaliti & mengasah kemahiran sosial mereka. Jika tidak mereka akan menghadapi masalah bila berada dalam sesuatu komuniti. Mereka juga akan belajar cara menerima kekalahan dan kemenangan dalam kehidupan.

Monday 1 October 2012

5 Langkah Keselamatan Penting Untuk Kanak-kanak

Keselamatan diri anda semasa kecemasan mungkin terletak ditangan anak anda yang masih kecil.
Keselamatan diri dan keluarga mungkin bergantung kepada kecekapan dan kepandaian seorang anak yang masih kecil.

Walaupun masih kecil pastikan anak-anak anda tahu apa yang perlu dibuat semasa kecemasan untuk keselamatan orang sekeliling dan diri kanak-kanak itu sendiri seperti ahli keluarga jatuh sakit, kemalangan, kanak-kanak itu sendiri hilang seperti di pusat membeli-belah, di pantai, di kawasan keramaian seperti ekspo, pamiran, majlis dan sebagainya.

Antara perkara yang perlu kanak-kanak tahu ialah:

  1. Perlu tahu bagaimana untuk memanggil 9-9-9 dan nombor kecemasan lain dan bila ia perlu untuk berbuat demikian.
  2. Perlu tahu nama penuh (atau nama pertama dan terakhir) ibu bapa mereka, 
  3. Alamat rumah mereka, 
  4. Nombor telefon rumah atau nombor handfon ibu bapa mereka.
  5. Sebagai langkah keselamatan, mereka mungkin perlu tahu nama penuh dan umur mereka sendiri.
Ada apa-apa lagi yang perlu di ketahui oleh kanak-kanak untuk keselamatan ketika kecemasan? Pendapat anda dialu-alukan untuk kebaikan bersama.


Klik link berikut untuk mengetahui apa yang telah dilakukan oleh kanak-kanak berumur 4 tahun yang telah menyelamatkan nyawa ibunya sendiri.

http://gma.yahoo.com/blogs/abc-blogs/illinois-tots-911-may-saved-moms-life-153946341--abc-news-topstories.html

Untuk diri mereka sendiri, keluarga dan orang di sekeliling didiklah anak anda bagi menghadapi sebarang kecemasan demi keselamatan.