Wednesday 18 May 2011

Khasiat Ubi Bit (Beet Root)

Mungkin ramai yang suka makan ubi bit kerana khasiat untuk kesihatan dan ada juga yang tak suka pada rasanya, macam saya dulu ;). Ubi bit adalah sejenis ubi yang berbentuk agak bulat, bila dipotong isinya berwarna merah dan sedikit jusnya keluar merah. Daunnya juga boleh dimakan.

Ubi bit berasal dari kawasan Mediterranean, Eropah. Ubi bit mengandunig sodium, potasium, phosphorus, calcium, iodin, zat besi, copper, Vitamins B1, B2, B3, B6 dan C. Ia boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti mentah, rebus, celur, bakar atau kukus. Ubi bit mentah boleh ditambah kepada salad, kepada sandwich (cuba letakkan keju sekali) atau campurkan kepada sayur-sayuran lain.

Ia mengandungi betacyanin, antioksidan yang kuat, yang memberikan warna merah kepada ubi bit, sayur ini memperbaiki darah dan mempunyai sifat anti karsinogen. Kajian menunjukkan ia meningkatkan pertahanan semulajadi tubuh dalam hati dan memperbaiki sel-sel pertahanan badan. Ia juga mengandungi silika, penting bagi kesihatan kulit, kuku, ligamen, tendon dan tulang.


Ubi dan daun bit mempunyai banyak kegunaan kesihatan seperti:

Baik untuk jantung: Serat dalam ubi bit membantu mengurangkan kolesterol dan trigliserida dengan meningkatkan tahap HDL. Kehadiran betaine dalam ubi bit menurunkan kadar homosistein dalam tubuh yang boleh merosakkan pembuluh darah. Dengan demikian, pengambilan bit membantu mencegah penyakit kardiovaskular.

Menghindari cacat lahir: Ubi bit baik bagi wanita hamil kerana ia merupakan sumber folat vitamin B yang membantu dalam pembangunan tulang belakang bayi yang sihat. Kekurangan folat boleh menyebabkan keadaan yang disebut neural tube defect.


Mencegah kanser tertentu: Kajian menunjukkan bahawa bit yang baik dalam mencegah kanser usus besar, kerana ia mengandungi pigmen betacyaninis, yang dapat melawan kanser. Nitrat digunakan dalam daging sebagai pengawet, menyebabkan pengeluaran sebatian Nitrosamin di dalam tubuh yang menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan bahawa jus bit menghalang mutasi sel yang disebabkan oleh sebatian ini. Para penyelidik di Hungary juga mendapati bahawa jus bit dan serbuk bit juga boleh melambatkan perkembangan tumor.


Baik untuk hati:
Betaines terkandung dalam jus bit membantu merangsang fungsi hati.


Mencegah masalah pernafasan: Bit merupakan sumber vitamin C yang membantu untuk mencegah gejala asma. Beta karoten semulajadi dalam ubi bit juga membantu untuk mencegah kanser paru-paru.


Meningkatkan tenaga: Bit mengandungi sejumlah besar karbohidrat yang menyediakan bahan bakar untuk tenaga dan kegiatan sukan yang berpanjangan.


Mencegah katarak: Kehadiran beta-karoten (vitamin A) membantu mencegah kebutaan berkaitan usia disebut katarak.


Kerapuhan kapilari: Flavonoid dan vitamin C dalam bit membantu untuk menyokong struktur kapilari.


Degenerasi makula: Kehadiran beta-karoten dalam bit mengelakkan degenerasi makula (penyakit kerosakan retina mata).


Strok: Tahap rendah kandungan kalium dalam tubuh meningkatkan risiko strok. Ubi bit kaya dengan kalium, jadi ia dianjurkan untuk membantu mengelakkan strok.


Kehadiran mineral Boron dalam jus bit membantu dalam pengeluaran hormon seks manusia.


Pada zaman kuno Bit digunakan untuk mengubati demam dan sembelit. Pada Abad Pertengahan, bit juga digunakan sebagai ubat untuk gangguan pencernaan.
Daun Bit juga baik untuk menyembuhkan luka selain bagus sebagai makanan seperti salad dan sayur. Jadi gunakanlah ubi bit untuk kesihatan.

Perhatian: Bit mengandungi oksalat, yang jika diambil secara berlebihan, boleh menyebabkan cecair tubuh mengkristal. Jadi orang dengan masalah buah pinggang atau hempedu harus mengelakkan bit.

FACEBOOK
Become a Fan

11 comments:

  1. ubi bit..tak pernah dengar pulak
    ni first time

    ReplyDelete
  2. Hazwan17: Ubi bit atau ada orang panggil dia beet root. Warna dia merah jer bila dibelah...
    Sangat berkhasiat ;)

    ReplyDelete
  3. mane ade jual ubi bit ni yer?

    ReplyDelete
  4. Ubi bit atau Beet Root ni boleh dibeli dari banyak tempat seperti pasar-pasar yang banyak orang Cina menjual dan membeli-belah sebab mereka tahu dan suka beet root ni.

    Atau boleh juga dapat di supermarket seperti Jusco dan The Store tertentu (The Store cawangan pudu ada gak tapi selalunya dah tak segar la). Beet root yang segar, ubinya keras dan rangup, tapi kalau dah tak segar ia kecut dan lembut sikit ubinya.

    Kalau nak lebih sedap dan lebih berkhasiat cuba buat jus. Bahan-bahannya 1 biji beet root, 1 biji apel dan 1 batang karot. Cubalah. Kalau boleh minumlah selalu, setiap hari lagi bagus ;)

    ReplyDelete
  5. Leh ke org gaut mkn ubi bit ne?

    ReplyDelete
  6. Leh ke org gaut mkn ubi bit ne?

    ReplyDelete
  7. kat tempat saya ubi bit ni kalau tak silap dipanggil sengkuang cina..

    ReplyDelete
  8. Dimana boleh dapat ubi bit ni??

    ReplyDelete
  9. Is there any placa apart frm Jusco to get beet root.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga dapat kat supermarket, pasar dan pasar malam yang banyak orang cina pelanggan dia. Contoh: The Store pudu (berhampiran pasar puda dand stesen lrt pudu), pasar malam taman cahaya (kat gerai yang jual sayur dan hasil tani dari comeron highland), pasar pekan ampang. Kalau xsilap pasar pudu kemungkinan besar ada sebab pelanggan dia banyak orang Cina.
      Boleh try juga tempat lain yang biasanya ramai pelanggan Cina sebab orang cina tahu khasia beet root ni. Mereka pun panggil beet root bila kita tunjuk sayur ni kat dia.

      Delete
  10. Ada di pasar pagi ahad di paroi ns...jarang jarang ada..segar dr ladang..gerai sayur organik rm2.70 satu

    ReplyDelete