- Kesihatan badan perlu ditingkatkan dengan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Kurangkan garam, gula, minyak dan santan dalam masakan.
- Gunakan cara memasak yang tidak menggunakan banyak minyak seperti kukus dan rebus. Kurangkan menggoreng makanan
- Jangan tambah garam kepada makanan yang telah dimasak.
- Elakkan makanan yang tinggi kalori.
- Lebihkan berjalan.
- Selagi boleh gunakan tangga berbanding lif.
- Lebihkan minum air.
- Jangan tinggalkan (skip) masa makan untuk mengelakan peningkatan kolestrol darah dan lain-lain.
- Kurangkan tekanan (stress) yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit.
- Tingkatkan aktiviti di luar rumah.
- Pastikan cukup tidor.
- Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang penyakit dan untuk mengelakan penyakit yang tidak berjangkit (non communicable diseases).
Tuesday, 8 January 2013
13 Tip Untuk Kesihatan Anda
Sunday, 22 May 2011
Minuman Ajaib: Karot, Ubi Bit dan Apel
Jaga kesihatan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran? Dalam 3 artikel yang lepas saya telah menulis tentang khasiat karot, ubi bit dan apel. Sekarang kita tengok apakah khasiat ketiga-tiganya jika dijadikan jus.Minuman kesihatan ini telah lama disebarkan kira-kira 10 tahun yang lepas. Mr Seto seorang selebriti telah minum jus ini dan telah menyembuhkan beliau dari penyakit barah paru-paru. Seorang pakar herba cina telah memberikan petua ini kepadanya. Setelah 3 bulan minum jus ini beliau telah sembuh dari penyakitnya.
Anda hanya perlukan 1 karot, 1 ubi bit & 1 apel. Jangan kupas kulit. Buat jus sekali dengan kulitnya. Terus minum selepas jus siap untuk mendapat khasiat kesihatan yang terbaik.
Jus ini sangat berkhasiat dan senang diserap dan digunakan untuk kesihatan badan anda. Sangat berkesan jika anda ingin mengurangkan berat badan. Anda akan perasan sistem imun anda bertambah baik dalam 2 minggu. Pastikan minum sebaik saja jus siap untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Waktu & Cara Minum:
Minum di waktu pagi ketika perut kosong, sebelum makan apa-apa. 1 jam selepas tu barulah boleh makan. Untuk kesan yang lebih cepat minum 2 kali sehari, 1 kali di waktu pagi dan 1 kali di waktu petang ketika perut kosong, hanya makan sejam selepas minum jus ini.
Di antara khasiat untuk kesihatan ialah:
- Menghalang pertumbuhan sel kanser.
- Mengelakkan penyakit hati, pankreas dan buah pinggang. Boleh menyembuhkan ulser juga.
- Menguatkan paru-paru, mengelakkan serangan jantung dan tekanan darah tinggi.
- Menguatkan sistem imunisasi (sistem pertahanan/kekebalan) badan kita.
- Bagus untuk penglihatan, menghilangkan mata yang merah, penat dan kekeringan mata.
- Membantu menghilangkan sakit akibat latihan fizikal dan kesakitan otot.
- Untuk detox, memudahkan buang air dan mengelakkan sembelit. Seterusnya ia akan menyihatkan kulit & nampak lebih ceria. Juga membantu menghilangkan jerawat.
- Mengurangkan bau nafas akibat dari masalah penghadhaman dan jangkitan kerongkong.
- Mengurangkan sakit senggugut.
- Mengelakkan dari terkena serangan penyakit alahan yang mewujudkan gatal pada mata dan hidung bagi pengidap penyakit (hay fever) ini.
Amalkan minum jus ini untuk kesihatan.
Wednesday, 18 May 2011
Khasiat Ubi Bit (Beet Root)
Mungkin ramai yang suka makan ubi bit kerana khasiat untuk kesihatan dan ada juga yang tak suka pada rasanya, macam saya dulu ;). Ubi bit adalah sejenis ubi yang berbentuk agak bulat, bila dipotong isinya berwarna merah dan sedikit jusnya keluar merah. Daunnya juga boleh dimakan.Ubi bit berasal dari kawasan Mediterranean, Eropah. Ubi bit mengandunig sodium, potasium, phosphorus, calcium, iodin, zat besi, copper, Vitamins B1, B2, B3, B6 dan C. Ia boleh dimakan dengan pelbagai cara seperti mentah, rebus, celur, bakar atau kukus. Ubi bit mentah boleh ditambah kepada salad, kepada sandwich (cuba letakkan keju sekali) atau campurkan kepada sayur-sayuran lain.
Ia mengandungi betacyanin, antioksidan yang kuat, yang memberikan warna merah kepada ubi bit, sayur ini memperbaiki darah dan mempunyai sifat anti karsinogen. Kajian menunjukkan ia meningkatkan pertahanan semulajadi tubuh dalam hati dan memperbaiki sel-sel pertahanan badan. Ia juga mengandungi silika, penting bagi kesihatan kulit, kuku, ligamen, tendon dan tulang.
Ubi dan daun bit mempunyai banyak kegunaan kesihatan seperti:
Baik untuk jantung: Serat dalam ubi bit membantu mengurangkan kolesterol dan trigliserida dengan meningkatkan tahap HDL. Kehadiran betaine dalam ubi bit menurunkan kadar homosistein dalam tubuh yang boleh merosakkan pembuluh darah. Dengan demikian, pengambilan bit membantu mencegah penyakit kardiovaskular.
Menghindari cacat lahir: Ubi bit baik bagi wanita hamil kerana ia merupakan sumber folat vitamin B yang membantu dalam pembangunan tulang belakang bayi yang sihat. Kekurangan folat boleh menyebabkan keadaan yang disebut neural tube defect.
Mencegah kanser tertentu: Kajian menunjukkan bahawa bit yang baik dalam mencegah kanser usus besar, kerana ia mengandungi pigmen betacyaninis, yang dapat melawan kanser. Nitrat digunakan dalam daging sebagai pengawet, menyebabkan pengeluaran sebatian Nitrosamin di dalam tubuh yang menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan bahawa jus bit menghalang mutasi sel yang disebabkan oleh sebatian ini. Para penyelidik di Hungary juga mendapati bahawa jus bit dan serbuk bit juga boleh melambatkan perkembangan tumor.
Baik untuk hati: Betaines terkandung dalam jus bit membantu merangsang fungsi hati.
Mencegah masalah pernafasan: Bit merupakan sumber vitamin C yang membantu untuk mencegah gejala asma. Beta karoten semulajadi dalam ubi bit juga membantu untuk mencegah kanser paru-paru.
Meningkatkan tenaga: Bit mengandungi sejumlah besar karbohidrat yang menyediakan bahan bakar untuk tenaga dan kegiatan sukan yang berpanjangan.
Mencegah katarak: Kehadiran beta-karoten (vitamin A) membantu mencegah kebutaan berkaitan usia disebut katarak.
Kerapuhan kapilari: Flavonoid dan vitamin C dalam bit membantu untuk menyokong struktur kapilari.
Degenerasi makula: Kehadiran beta-karoten dalam bit mengelakkan degenerasi makula (penyakit kerosakan retina mata).
Strok: Tahap rendah kandungan kalium dalam tubuh meningkatkan risiko strok. Ubi bit kaya dengan kalium, jadi ia dianjurkan untuk membantu mengelakkan strok.
Kehadiran mineral Boron dalam jus bit membantu dalam pengeluaran hormon seks manusia.
Pada zaman kuno Bit digunakan untuk mengubati demam dan sembelit. Pada Abad Pertengahan, bit juga digunakan sebagai ubat untuk gangguan pencernaan.
Daun Bit juga baik untuk menyembuhkan luka selain bagus sebagai makanan seperti salad dan sayur. Jadi gunakanlah ubi bit untuk kesihatan.
Perhatian: Bit mengandungi oksalat, yang jika diambil secara berlebihan, boleh menyebabkan cecair tubuh mengkristal. Jadi orang dengan masalah buah pinggang atau hempedu harus mengelakkan bit.
Monday, 16 May 2011
5 Kebaikan Apel Untuk Kesihatan.
Kesihatan boleh diperolehi hanya dengan makan apel? Ada yang menyatakan makan sebiji apel setiap hari dapat menjauhkan doktor. Tentu anda pernah mendengar unkapan sebegini kan? Pada mulanya saya kurang percaya kerana apa ada pada apel? Vitamin C sangat rendah, harapkan serat saja, tapi nyata ianya kurang benar.> Menghalang Kanser
Kajian menunjukan apel dapat mengelakkan barah payu dara. Juga dapat menghalang kanser paru-paru, prostate, pankreas dan pelbagai barah pada sistem penghadhaman.
Quercitin pada apel dapat menghalang terjadinya barah paru-paru.
> Jus Apel Menghalang Penyakit Alzheimer
Alzheimer sejenis penyakit yang mengganggu kesihatan ingatan seseorang, dapat dihalang dengan selalu minum jus apel. Kajian ke atas tikus menunjukkan peningkatan ingatan bila jus apel dicampur ke dalam air minuman mereka.
2 hingga 3 gelas jus apel sudah mencukupi dan adalah bagus jika di ambil dengan pemakanan yang seimbang.
> Kesihatan Jantung
Pektin dalam apel dapat menurunkan kandungan kolesterol tak baik. Untuk kesihatan jantung yang baik kita memerlukan serat larut dan tak larut. Isi buah apel mengandungi serat larut dan kulit apel mengandungi serat tak larut ini.
Antioksidan dalam apel dapat menghalang atherosclerosis (pemendakan lemak pada salur darah yang boleh menyebabkannya tersumbat) dan juga dapat menghalang sindrom metabolisma yang menjurus kepada penyakit jantung dan diabetes, repot dari US Apple Association.
> Apel boleh mengelakan Jangkitan
Serat larut dalam buah-buahan termasuk apel dapat meningkatkan pengeluaran protein anti radang yang dipanggil interleukin-4. Ini dapat dilakukan dengan hanya memakan apel.
> Apel Bukan Segalanya
Berbagai-bagai kebaikan apel termasuklah mengurangkan kesan negatif dari pengambilan lemak yang tinggi, malah dapat melengahkan risiko diabetes. Dengan adanya serat larut dan tak larut pada apel menjadikan ianya sejenis makanan yang sangat menarik dalam diet kita.
Akan tetapi apel bukanlah segalanya. Untuk kesihatan yang baik hendaklah diingat adalah penting untuk makan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran sepanjang hari. Amalan pemakanan seimbang dengan penambahan apel ke dalam diet tersebut adalah sesuatu yang bijak untuk kesihatan.
Sunday, 17 April 2011
Kurangkan Gula, Garam Dan Tepung Berproses
Jika anda mengamalkan pemakanan yang terdiri dari banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, daging dan protein rendah lemak dan lemak baik, anda akan dapati bahawa anda telah mengurangkan pengambilan makanan yang kurang sihat seperti gula, garam dan tepung berproses.Tidak mengapa jika makan makanan manis sekali-sekala. Cuba kurangkan pengambilan gula kerana ia akan menyebabkan masalah kesihatan seperti arthritis, diabetes, osteoporosis, sakit kepala dan kemurungan selain dari kerosakan gigi.
Selain dari itu, pengurangan gula (selain dari pengurangan lemak & tepung berproses) juga dapat menurunkan berat badan.
Salah satu cara untuk mengurangkan pengambilan gula adalah dengan mengurangkan gula dalam resipi, kurangkan gula dalam minuman atau elakkan minum minuman manis seperti minuman ringan. 1 gelas 12 oz minuman ringan mengandungi 10 sudu teh gula. Sebaliknya tukar kepada air mineral atau jus buah-buahan.
Monday, 7 March 2011
Adakah Air Kelapa Baik Untuk Anda?
Air kelapa memang sedap di minum terutama ketika hari panas, dipercayai dapat menyejukkan badan dan menghilangkan toksin dalam badan terutamanya ketika kurang sihat atau mengalami keracunan. Isi kelapa muda lembut dan manis serta rendah kolestrol pula.Ia juga dapat meningkatkan metabolisme dan anti penuaan.
Air kelapa juga disebut sebagai minuman yang paling neutral di antara semua minuman kesihatan, segar dan memberi tenaga. Ia mengandungi cairan kedua yang paling murni selepas air. Penuh dengan elektrolit, kalsium, kalium, magnesium tapi ia rendah kandungan sodium yang tak baik tu.
Permintaan untuk air kelapa meningkat di United Kingdom. Penjualan Vita Coco tanda laris air kelapa di sana, telah naik 1,200 peratus dalam masa setahun.
Saturday, 5 February 2011
Khasiat Buah-buahan
Semua orang tahu buah-buahan mengandungi pelbagai berkhasiat.Anggur/kismis mengurangkan risiko kanser, strok, penyakit jantung dan kehilangan ingatan, antipenuaan, antioksidan, antiradang, menjaga kesihatan kulit, mata, kardiovaskular, kesihatan gastrik, kesihatan saluran kencing dan menentang penyakit gusi.
Oren menjaga kesihatan jantung, penglihatan, pelalian dan mengurangkan risiko pelbagai kanser. Antioksidan membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.
Epal mencegah demensia, mencegah kenaikan berat badan, menurunkan kolestrol, menentang kanser dan antioksidan.
Kiwi membantu mengatasi insomnia, mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolestreol dan trigliserida), membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (seperti pendek nafas, berdehit dan batuk malam), mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit, menjaga kesihatan penglihatan, kesihatan kolon dan kesihatan prostat.
Pear mempunyai antioksidan, menjaga kesihatan kardiovaskular, antiradang, menjaga kesihatan jantung, menyembuhkan luka dan lebam, membaiki tisu, menjaga kesihatan penglihatan, menentang jangkitan, menyokong transmisi saraf, melawaskan perut.
Pisang mempunyai antikemurungan (membantu membaiki ragam diri dan tidur), antioksidan, mengawal tekaran darah, meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan, meningkatkan tenaga, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan risiko kanser, melegakan cirit-birit dan juga sembelit.
Pisang kaki menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.
Mangga adalah antikanser, menjaga kesihatan penglihatan, membantu penghadaman, menjaga kesihatan kulit, membantu membaiki kesihatan seksual, berfaedah bagi anemia dan mencegah selaran panas.
Sumber: Berita Harian
Wednesday, 23 June 2010
> Diets rich in certain fruits and vegetables can keep illnesses at bay
by Steve Yap
In nutritional medicine, fibre is recognised as an essential bulk nutrient just like protein, carbohydrate and fats. However, too much fibre could bring about a reduction in the absorption of micro-nutrients.
>> Banana
Research shows that regular consumption of banana in place of refined carbohydrates could reduce colon cancer by some 40%. Colon cancer has the highest fatality rate for men and third highest for women in this country.
Banana (actually a berry) has rich dietary fibre and mineral contents and it should be consumed when slightly ripe. Overly ripe banana contains higher fructose and may be infested with fungi.
Like potato, more potassium is found in its skin.
>> Bamboo shoot
It is high on dietary fibre and research suggests it possesses strong anti-tumour properties.
Its bitter taste is believed to come from rare phyto-chemicals and vitamin B17 (amygdalins) found in grass and in some plants and seeds eaten in olden days.
Limited in-vitro studies have shown positive results against some cancer cell lines.
>> Bittermelon (Bitter gourd)
This fruit – not a vegetable – helps to lower elevated blood sugar and is helpful to those who consume refined starch on a daily basis.
It can be served fresh or cooked. Its protein – charantin – acts like the hormone insulin, but without the possible adverse health effects of elevated insulin from repeated injections.
Excessive insulin promotes weight gain, hunger spell, and possibly tumour growth. So, maintaining healthy blood glucose can pay rich dividends since the majority of those who suffer from diabetes are likely to die from heart attacks and/or strokes.
>> Chinese cabbage
Local research demonstrates very strong in-vitro anti-tumour properties against colon cancer cell line for this vegetable though some Chinese traditional medicine practitioners believe it to be "too cooling".
Since most chronic diseases are linked to inflammation (‘fire’), it may explain why we need to consume Chinese cabbage regularly to ‘extinguish’ the fire from within.
>> Cucumber
This fruit (not a vegetable) stands out as being extremely low in fructose, yet rich in soluble fibre. It possesses anti-tumour properties too.
Contrary to popular belief, regular consumption of sweet fruits high in fructose greatly accelerates the onset of diabetes despite fruit sugar having a very low glycemic (GI) index due to its different metabolism.
Cucumber is a rather low GI food. The lower the GI, the lower our risks of contracting chronic health disorders. It’s healthy to consume cucumber after a meal containing lots of refined starch, simple sugars and fats.
>> Garlic
Allicin in this root vegetable helps keep our arteries clean. Garlic also raises good cholesterol and reduces ‘bad’ cholesterol. It is helpful in promoting detoxification since it’s rich in sulphur amino acid called L-cysteine needed in conjugation (binding of toxins for excretion).
Garlic is also a rich source of the amino acid L-arginine. Arginine-derived nitric oxide promotes cardiovascular health.
>> Guava
The vitamin C content in this fruit is much higher than that of other fruits like apples. Chronic deficiency of vitamin C has been linked to elevated stress and toxic load, heart disease, hypertension, hypercholesterolemia, stroke, low collagen production and accelerated ageing.
Guava and its leaves contain quercetin, which is used to treat allergies via its positive actions on IgE.
However, its seeds should be avoided as well as the genetically-modified seedless guava since its nutritional and health properties have yet to be fully studied.
>> Pineapple
It is rich in the enzyme bromelain, which is used in nutritional medicine to treat the No.1 cause of most chronic health disorders: inflammation.
Unfortunately, most of the enzyme is found in the stem which is usually discarded before serving.
Unlike many other sweet fruits, the pineapple helps make our body more alkaline. Its detoxification properties are highly valued in natural medicine.
>> Sengkuang (white turnip)
Of all local produce, this root vegetable contains probably the highest potassium content, which is useful for reversing the adverse effect of excessive sodium in our modern diets.
Too much sodium is linked to hypertension, kidney damage, stroke, anxiety, edema and elevated stress.
>> Sweet potato
The local purple- or orange-coloured sweet potato is an excellent substitute for the starchy potato or chips or fries. It is rich in alpha- and beta-carotene, which is a pro-vitamin A.
Carotene is an oil-soluble antioxidant and should be consumed with some dietary fats to enhance its absorption. Unlike other popular antioxidants, this vitamin is not recycled by other nutrients. Liver toxicity should be monitored when consuming high dosages.
Views expressed are those of the author, who’s president of the Federation of Complementary & Natural Medical Associations, and not necessarily those of the professional bodies and government committees of which he’s a member. Dato’ Steve Yap can be contacted at dsy@dsywellness.com.
from: www.sun2surf.com
