Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Monday, 19 May 2014

Resepi Sauerkraut Asia (Kobis Jeruk)

Sauerkraut atau kobis asin atau kobis jeruk yang berasal dari Eropah. Sauerkraut dibuat dengan menghiris kobis dan dilapiskan dengan garam dan disimpan dalam bekas kedap udara. Dalam bahasa Jerman Sauerkraut bermaksud kobis masam.


Sauerkraut diperam secara kultur lakto kaya dengan probiotik, enzim, vitamin B dan vitamin C. Sangat baik untuk mengurangkan dan mengubat keracunan makanan (food poisoning) yang selalu melanda bila ada penjual yang menjual makanan yang sudah rosak atau terbiar lama kepada anda. Pernahkah anda mengalami keadaan ini? Tentu ada kan.

Sauerkraut Asia adalah variasi Asia Sauerkraut yang ditambah dengan herba untuk memberi perisa yang lebih menyedapkannya.

Resepi Sauerkraut Asia (Kobis Jeruk)


Hasil: 1 liter kobis jeruk
Bahan-bahan: 
1 kubis sederhana besar (sebaik-baiknya organik), dicuci, kering, dibuang biji, dan dicincang (Alat pemproses makanan boleh digunakan untuk ini, tetapi anda juga boleh menggunakan pisau untuk mencincang) 
2 sudu makan garam laut 
1/2 cawan lobak merah dicincang halus 
1/4 cawan daun ketumbar, dicincang 
3 ulas sederhana bawang putih, dihiris 
2 sudu besar halia cincang

Cara-cara membuatnya:

1) Dalam mangkuk bukan logam yang besar, gaulkan kubis cincang dengan garam laut. Gunakan tangan yang bersih untuk menggaul rata garam dan kubis. Kemudian rehatkan pada suhu bilik selama 30 minit - 1 jam ( atau lebih) sehingga air kubis dan air garam terbentuk (hingga berair).

2) Masukkan lobak merah, daun ketumbar, bawang putih, dan halia ke dalam campuran kubis, dan gaul rata.

3) Masukkan campuran kubis ke dalam botol bersaiz 1 liter (boleh guna mason jar) sambil ditekan dengan belakang sudu kayu sehingga jus keluar di bahagian atas kubis. Anda akan dapat memasukkan semuanya (atau sekurang-kurangnya kebanyakan) kubis ke dalam balang selagi anda menekan ke bawah dengan padat pada setiap sudu yang ditambah. Berhenti apabila kubis sudah 3/4 - 1 inci dari bahagian mulut balang ( kubis akan mengembang semasa ia melalui penapaian lakto supaya ia tidak melimpah keluar dari balang).

4) Jika air garam / ​​cecair tidak mencukupi untuk menutupi kubis, tambah air garam bersuhu bilik dari air bertapis sehingga cecair melitupi kubis (ini sangat penting - jika ada kubis terdedah di atas cecair, ia tidak akan dikultur dengan betul dan akan rosak).

5) Skru tudung pada balang (jangan terlalu ketat kerana anda tidak akan dapat membukanya nanti ). Simpan dikaunter untuk kira-kira 3 hari, anda akan melihat gelembung kecil di dalam balang - ini bermakna penapaian lakto anda telah berjaya. Selepas 3 hari , anda boleh letakkan balang dalam peti sejuk. Anda boleh makan sauerkraut anda dengan segera, tetapi rasa akan menjadi lebih baik jika lebih lama disimpan(ia boleh disimpan beberapa bulan di dalam peti sejuk ).

6) Anda boleh buat batch by batch dan makan sedikit sauerkraut ini setiap hari untuk kesihatan perut dan seluruh badan anda, terutama jika anda terkena keracunan makanan sauerkraut sangat berguna. Bila kena keracunan makanan, anda boleh minum airnya atau makan isinya, sama sahaja kesan atau manfaat untuk mengubati keracunana makanan anda dengan cepat dan berkesan.

Jika anda rasa sauerkraut ini bermanfaat, kongsikan dengan kenalan anda. Klik "like & share" di bawah.


Tuesday, 8 January 2013

13 Tip Untuk Kesihatan Anda

Kesihatan amat penting untuk anda menjalani hidup yang gembira dan bertenaga. Berikut adalah 13 tip kesihatan:


  1. Kesihatan badan perlu ditingkatkan dengan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
  2. Kurangkan garam, gula, minyak dan santan dalam masakan.
  3. Gunakan cara memasak yang tidak menggunakan banyak minyak seperti kukus dan rebus. Kurangkan menggoreng makanan
  4. Jangan tambah garam kepada makanan yang telah dimasak.
  5. Elakkan makanan yang tinggi kalori.
  6. Lebihkan berjalan.
  7. Selagi boleh gunakan tangga berbanding lif.
  8. Lebihkan minum air.
  9. Jangan tinggalkan (skip) masa makan untuk mengelakan peningkatan kolestrol darah dan lain-lain.
  10. Kurangkan tekanan (stress) yang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit.
  11. Tingkatkan aktiviti di luar rumah.
  12. Pastikan cukup tidor.
  13. Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengenalpasti jika terdapat sebarang penyakit dan untuk mengelakan penyakit yang tidak berjangkit (non communicable diseases).
Amalkan tip di atas untuk kesihatan.

Friday, 7 September 2012

Microgreen Tinggi Khasiatnya!

Microgreen Selada (Cress).
Amalkan makan microgreen untuk kesihatan anda
Microgreen atau anak sayur-sayuran yang baru bercambah atau masih dalam peringkat anak pokok yang berumur dari beberapa hari hingga ke beberapa minggu. Pengusaha tanaman ini biasanya bukanlah petani biasa kerana mereka biasanya menanam dalam bangunan menggunakan sistem hidroponik (tanam tanpa tanah, cuma perlukan air dan beberapa bahan tertentu).

Jika petani yang mengusahakan microgreen ini mereka akan menunggu sehingga pokok itu menjadi agak besar sebelum mengambil pucuknya kerana dia mahu pokok itu mengeluarkan daunnya lagi untuk penuaian berikutnya.

Microgreen biasanya lebih mahal berbanding sayur biasa dan selalu digunakan di restoran fine dining dan restoran mahal, tapi ada juga microgreen yang biasa digunakan untuk memasak di rumah seperti taugeh ;)

Menurut kajian microgreen seperti red cabbage, cilantro, red garnet amaranth, green daikon radish mengandungi kandungan tertinggi untuk ascorbic acid (vitamin C), carotenoids, phylloquinoone (vitamin K) & tocopherols (Vitamin E) yang kesemuanya mengandungi antioksidan.

Microgreen red cabbage mengandungi vitamin C yang paling tinggi, sementara microgreen green daikon radish pula amat kaya dengan vitamin E.

Microgreen boleh digunakan sebagai salad, topping pizza, sandwich atau sebagai garnish (hiasan untuk makanan bila dihidang) dan pelbagai masakan.

Contoh-contoh microgreen ialah daun basil, beet, chard, celery, daun pasli, fennel, daun bawang, daun sup, daun ketumbar, kale, taugeh, alfalfa, cress, rosemary dan lain-lain.

Makanlah microgreen untuk kesihatan anda, khasiatnya lebih tinggi berbanding sayur-sayuran yang sudah matang. Kalau mahu anda boleh menghasilkannya sendiri kerana ia tidak memerlukan tanah pun. Makanlah microgreen selalu untuk kesihatan.