Showing posts with label kultur. Show all posts
Showing posts with label kultur. Show all posts

Monday, 19 May 2014

Resepi Sauerkraut Asia (Kobis Jeruk)

Sauerkraut atau kobis asin atau kobis jeruk yang berasal dari Eropah. Sauerkraut dibuat dengan menghiris kobis dan dilapiskan dengan garam dan disimpan dalam bekas kedap udara. Dalam bahasa Jerman Sauerkraut bermaksud kobis masam.


Sauerkraut diperam secara kultur lakto kaya dengan probiotik, enzim, vitamin B dan vitamin C. Sangat baik untuk mengurangkan dan mengubat keracunan makanan (food poisoning) yang selalu melanda bila ada penjual yang menjual makanan yang sudah rosak atau terbiar lama kepada anda. Pernahkah anda mengalami keadaan ini? Tentu ada kan.

Sauerkraut Asia adalah variasi Asia Sauerkraut yang ditambah dengan herba untuk memberi perisa yang lebih menyedapkannya.

Resepi Sauerkraut Asia (Kobis Jeruk)


Hasil: 1 liter kobis jeruk
Bahan-bahan: 
1 kubis sederhana besar (sebaik-baiknya organik), dicuci, kering, dibuang biji, dan dicincang (Alat pemproses makanan boleh digunakan untuk ini, tetapi anda juga boleh menggunakan pisau untuk mencincang) 
2 sudu makan garam laut 
1/2 cawan lobak merah dicincang halus 
1/4 cawan daun ketumbar, dicincang 
3 ulas sederhana bawang putih, dihiris 
2 sudu besar halia cincang

Cara-cara membuatnya:

1) Dalam mangkuk bukan logam yang besar, gaulkan kubis cincang dengan garam laut. Gunakan tangan yang bersih untuk menggaul rata garam dan kubis. Kemudian rehatkan pada suhu bilik selama 30 minit - 1 jam ( atau lebih) sehingga air kubis dan air garam terbentuk (hingga berair).

2) Masukkan lobak merah, daun ketumbar, bawang putih, dan halia ke dalam campuran kubis, dan gaul rata.

3) Masukkan campuran kubis ke dalam botol bersaiz 1 liter (boleh guna mason jar) sambil ditekan dengan belakang sudu kayu sehingga jus keluar di bahagian atas kubis. Anda akan dapat memasukkan semuanya (atau sekurang-kurangnya kebanyakan) kubis ke dalam balang selagi anda menekan ke bawah dengan padat pada setiap sudu yang ditambah. Berhenti apabila kubis sudah 3/4 - 1 inci dari bahagian mulut balang ( kubis akan mengembang semasa ia melalui penapaian lakto supaya ia tidak melimpah keluar dari balang).

4) Jika air garam / ​​cecair tidak mencukupi untuk menutupi kubis, tambah air garam bersuhu bilik dari air bertapis sehingga cecair melitupi kubis (ini sangat penting - jika ada kubis terdedah di atas cecair, ia tidak akan dikultur dengan betul dan akan rosak).

5) Skru tudung pada balang (jangan terlalu ketat kerana anda tidak akan dapat membukanya nanti ). Simpan dikaunter untuk kira-kira 3 hari, anda akan melihat gelembung kecil di dalam balang - ini bermakna penapaian lakto anda telah berjaya. Selepas 3 hari , anda boleh letakkan balang dalam peti sejuk. Anda boleh makan sauerkraut anda dengan segera, tetapi rasa akan menjadi lebih baik jika lebih lama disimpan(ia boleh disimpan beberapa bulan di dalam peti sejuk ).

6) Anda boleh buat batch by batch dan makan sedikit sauerkraut ini setiap hari untuk kesihatan perut dan seluruh badan anda, terutama jika anda terkena keracunan makanan sauerkraut sangat berguna. Bila kena keracunan makanan, anda boleh minum airnya atau makan isinya, sama sahaja kesan atau manfaat untuk mengubati keracunana makanan anda dengan cepat dan berkesan.

Jika anda rasa sauerkraut ini bermanfaat, kongsikan dengan kenalan anda. Klik "like & share" di bawah.


Saturday, 17 May 2014

10 Makanan Kultur & Kepentingannya kepada Kesihatan

Makanan kultur mengandungi probiotik atau bakteria baik yang amat penting untuk kesihatan perut anda. Perut adalah punca utama untuk kesihatan atau apa saja. Pernah dengar kesihatan bermula dari perut yang sihat? Untuk kesihatan, kekuatan dan imunisasi anda makan dengan kerap makanan kultur.


Makanan kultur perlu dimulakan mengambilnya jika anda belum berbuat demikian, dan jika sudah makan, tambahkan pengambilan makanan kultur untuk kebaikan anda. Makanan kultur atau penapaian lakto adalah tindakan mewujudkan persekitaran yang kaya dengan laktik asid yang kaya yang membolehkan makanan terpelihara secara semula jadi.

Sebelum adanya pengetinan makanan dan peti sejuk, penapaian adalah cara untuk mengekalkan supaya makanan tahan lebih lama. Makanan kultur ini bagus untuk anda kerana proses penapaian lakto meningkatkan kandungan vitamin kepada makanan tertentu. Penapaian juga menjadikan makanan lebih mudah dicerna kerana ia menggalakkan pertumbuhan probiotik semula jadi.

Semua orang boleh mendapat manfaat dari makanan kultur, terutamanya mereka yang mempunyai isu-isu seperti: 
  • masalah sistem imun 
  • gangguan penghadaman.
  • semasa mengandung 
  • apabila anda cuba untuk mengimbangi gula dalam darah, 
  • penumbuhan yis yang terlalu cepat
  • masalah dengan berat badan. 
Anda harus makan sekurang-kurangnya 1 hidangan makanan yang dikultur dalam diet anda setiap hari, atau cuba untuk makan pada setiap hidangan jika penghadaman anda kurang sempurna atau jika anda sedang menggunakan antibiotik.




10 makanan kultur yang terkenal ialah:


1) Yogurt
Yogurt biasa (plain) dari susu penuh krim organik adalah yang terbaik kerana lemak tepu dalam yogurt membantu penyerapan kalsium. Yogurt boleh ditapis keluar airnya untuk menghasilkan whey yang boleh digunakan untuk membuat makanan kultur lain contohnya sayur kultur.

2) Kefir
Sejenis makanan kultur kuno yang tinggi kandungan asid amino, kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin B. Tidak seperti yogurt kefir kultur boleh dibuat pada suhu bilik menggunakan susu yang berkualiti tinggi (mentah, jika boleh) campurkan dengan serbuk kefir atau bijirin. Jika tiada susu mentah, gunakan susu pasteur atau organik dari susu berasal dari lembu yang makan rumput tetapi tidak susu homogenised.

Serbuk Kefir boleh dibeli dari kedai makanan semula jadi atau online, bijirin kefir pula boleh dibeli secara online.

3) Krim masam kultur semulajadi/crème fraîche
Tambah dalam jumlah yang kecil ke dalam resepi anda untuk melazatkannya. Anda boleh cuba buat sendiri krim ini.

4) Kombucha
Diperbuat daripada teh yang ditapai bersama gula organik menghasilkan minuman bergas yang banyak manfaat kesihatan. Anda boleh membuat sendiri Kombucha membelinya di kedai makanan semula jadi. Setengah orang mungkin perlu membina toleransi kepada Kombucha; ini boleh dicapai dengan meminum sejumlah kecil kombucha setiap hari untuk beberapa minggu.

5) Rendaman bijirin
Rendam bijirin sekurang-kurangnya 7 jam sebelum memasak menjadikan mereka lebih berkhasiat dan mudah dicerna. Tambah sedikit whey jika boleh untuk manfaat tambahan. Merendam oatmeal semalaman sebelum makan adalah amalan yang baik. Disyorkan juga makan roti doh masam tradisional yang dihasilkan.


Sauerkraut

Sauerkraut dan kimchi adalah contoh yang mungkin terbaik. Anda boleh membeli versi yang berkualiti tinggi di kedai makanan semula jadi.

Ia juga boleh dibuat di rumah dengan mencampurkan sayur dengan larutan air garam dan biarkan dalam bekas kedap udara (mason jar kaca sangat sesuai) pada suhu bilik selama beberapa hari sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Perhatikan bahawa sayur-sayuran yang dikultur mengandungi kuantiti yang luar biasa enzim, vitamin B dan vitamin C.

7) Jeruk.
Jeruk adalah makanan kegemaran ramai dan ia mengandungi probiotik yang tinggi.

8) Yogurt kelapa
Yogurt kelapa bebas tenusu, lazat dan memberikan banyak enzim dan probiotik ke dalam pemakanan anda.

9)Miso 
Miso adalah pes yang dibuat daripada kacang soya dan biji-bijian yang penuh dengan mineral penting, seperti kalium, dan terdiri daripada berjuta-juta mikroorganisma memberikan anda kekuatan dan stamina. Untuk membuat sup miso, hanya tambah sedikit miso ke dalam air mendidih, tambah beberapa jenis sayur-sayuran kegemaran anda, seperti bawang, bok choy atau cendawan.

10) Tempe
Makanan yang diperam yang mengandungi protin yang tinggi. Jika boleh dapatkan tempe organik.

Jika anda rasa makanan kultur ini penting untuk usus dan kesihatan anda dan kenalan anda klik "like & share" di bawah.