Makanan kultur perlu dimulakan mengambilnya jika anda belum berbuat demikian, dan jika sudah makan, tambahkan pengambilan makanan kultur untuk kebaikan anda. Makanan kultur atau penapaian lakto adalah tindakan mewujudkan persekitaran yang kaya dengan laktik asid yang kaya yang membolehkan makanan terpelihara secara semula jadi.
Sebelum adanya pengetinan makanan dan peti sejuk, penapaian adalah cara untuk mengekalkan supaya makanan tahan lebih lama. Makanan kultur ini bagus untuk anda kerana proses penapaian lakto meningkatkan kandungan vitamin kepada makanan tertentu. Penapaian juga menjadikan makanan lebih mudah dicerna kerana ia menggalakkan pertumbuhan probiotik semula jadi.
Semua orang boleh mendapat manfaat dari makanan kultur, terutamanya mereka yang mempunyai isu-isu seperti:
- masalah sistem imun
- gangguan penghadaman.
- semasa mengandung
- apabila anda cuba untuk mengimbangi gula dalam darah,
- penumbuhan yis yang terlalu cepat
- masalah dengan berat badan.
10 makanan kultur yang terkenal ialah:
1) Yogurt
Yogurt biasa (plain) dari susu penuh krim organik adalah yang terbaik kerana lemak tepu dalam yogurt membantu penyerapan kalsium. Yogurt boleh ditapis keluar airnya untuk menghasilkan whey yang boleh digunakan untuk membuat makanan kultur lain contohnya sayur kultur.
2) Kefir
Sejenis makanan kultur kuno yang tinggi kandungan asid amino, kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin B. Tidak seperti yogurt kefir kultur boleh dibuat pada suhu bilik menggunakan susu yang berkualiti tinggi (mentah, jika boleh) campurkan dengan serbuk kefir atau bijirin. Jika tiada susu mentah, gunakan susu pasteur atau organik dari susu berasal dari lembu yang makan rumput tetapi tidak susu homogenised.
Serbuk Kefir boleh dibeli dari kedai makanan semula jadi atau online, bijirin kefir pula boleh dibeli secara online.
3) Krim masam kultur semulajadi/crème fraîche
Tambah dalam jumlah yang kecil ke dalam resepi anda untuk melazatkannya. Anda boleh cuba buat sendiri krim ini.
Diperbuat daripada teh yang ditapai bersama gula organik menghasilkan minuman bergas yang banyak manfaat kesihatan. Anda boleh membuat sendiri Kombucha membelinya di kedai makanan semula jadi. Setengah orang mungkin perlu membina toleransi kepada Kombucha; ini boleh dicapai dengan meminum sejumlah kecil kombucha setiap hari untuk beberapa minggu.
5) Rendaman bijirin
Rendam bijirin sekurang-kurangnya 7 jam sebelum memasak menjadikan mereka lebih berkhasiat dan mudah dicerna. Tambah sedikit whey jika boleh untuk manfaat tambahan. Merendam oatmeal semalaman sebelum makan adalah amalan yang baik. Disyorkan juga makan roti doh masam tradisional yang dihasilkan.
Sauerkraut
Ia juga boleh dibuat di rumah dengan mencampurkan sayur dengan larutan air garam dan biarkan dalam bekas kedap udara (mason jar kaca sangat sesuai) pada suhu bilik selama beberapa hari sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Perhatikan bahawa sayur-sayuran yang dikultur mengandungi kuantiti yang luar biasa enzim, vitamin B dan vitamin C.
7) Jeruk.
Jeruk adalah makanan kegemaran ramai dan ia mengandungi probiotik yang tinggi.8) Yogurt kelapa
Yogurt kelapa bebas tenusu, lazat dan memberikan banyak enzim dan probiotik ke dalam pemakanan anda.
9)Miso
Miso adalah pes yang dibuat daripada kacang soya dan biji-bijian yang penuh dengan mineral penting, seperti kalium, dan terdiri daripada berjuta-juta mikroorganisma memberikan anda kekuatan dan stamina. Untuk membuat sup miso, hanya tambah sedikit miso ke dalam air mendidih, tambah beberapa jenis sayur-sayuran kegemaran anda, seperti bawang, bok choy atau cendawan.
10) Tempe
Makanan yang diperam yang mengandungi protin yang tinggi. Jika boleh dapatkan tempe organik.
Jika anda rasa makanan kultur ini penting untuk usus dan kesihatan anda dan kenalan anda klik "like & share" di bawah.
No comments:
Post a Comment