Sunday, 25 May 2014

10 Resepi Roti Mudah Untuk Masak Di Rumah

Resepi roti yang mudah dan sedap bukan saja menyenanngkan malah menyelerakan. Kepada penggemar roti cubalah 10 Resepi Roti Mudah Untuk Masak Di Rumah ini.

Resepi Roti Mudah No 1.

Roti Epal dan Herba


Resepi roti ini sungguh mudah dibuat kerana ia menggunakan cebisan roti yang telah dimasak dan dicampurkan dengan epal dan herba-herba yang menambah kesedapan resepi roti ini.


Resepi Roti Mudah No 2.

Roti Jagung Kuali Leper


Resepi roti ni mudah saja, cuma campurkan semua bahan-bahan kering kemudian pukul bersama-sama susu, mentega dan telur, kacau bersama bahan kering dan basah lepas tu tuangkan ke dalam kuali besi (cast iron skillet) yang telah dipanaskan dan bakar. Semudah abc.


Resepi Roti Mudah No 3


Roti Keju dan Kranberi


Ini adalah adunan resepi roti yang mudah. Tiada mesin pengadun diperlukan, hanya perlukan tangan untuk mengadun roti. Cubalah untuk masak di rumah anda.


Resepi Roti Mudah No 4

Roti Foccacia Kentang dan Rosemari

Sumber: jamieoliver.com

Resepi roti yang mudah ini datang dari site jamie oliver yang terkenal dengan resepi yang mudah dan lazat. Nak rasa resepi roti dari jamie oliver? Cubalah resepi roti yang mudah ini. Sedap dan berbaloi.


Resepi Roti Mudah No 5

Roti Ban Cip Coklat


Resepi roti yang mudah ini sangat menarik bagi anda yang meminati coklat. Intinya coklat cip dan di atasnya pula dihiasi dengan lorekan coklat putih yang sedap. Roti yang padat dan sarat dengan coklat. Anda perlu mencuba resepi roti ini.


Resepi Roti Mudah No 6

Roti Pisang Mentega Kacang dan Cip Coklat


Roti pisang atau lebih terkenal dengan kek pisang memang mudah untuk dibuat jika anda mempunyai lebihan pisang yang telah terlebih masak. Cuba roti pisang ini dengan tambahan mentega kacang dan jika ada coklat cip, tambahkan ia untuk menambah sedapkan lagi resepi roti pisang mentega kacang dan coklat cip ini. Jom cuba. Sedap ni.


Resepi Roti Mudah No 7

Roti Bretzel


Kepada anda yang gemarkan roti bretzel yang enak dengan sedikit taburan garam di atasnya sudah tentu tak akan melepaskan peluang mencuba resepi roti yang mudah ini. Ketika pertama kali saya mengenali roti ini terasa begitu sedap rasanya. Sampai sekarang rasanya tak berubah, masih sedap.


Resepi Roti Mudah No 8

Roti Labu Kuning


Labu kuning sangat sedap dan kaya dengan vitamin A. Jika ditambah pada roti tentulah ia menyedapkan roti walaupun resepinya mudah saja. Resepi roti ini jenis yang manis, jika anda tidak suka manis sangat, kurangkan kandungan gulanya.


Resepi Roti Mudah No 9

Roti Simpul Bawang Putih


Roti ini lembut dan kaya dengan rasa bawang putih yang wangi. Untuk menyedapkannya lagi anda boleh cuba taburkan sedikit keju di atasnya. Untuk mendapatkan simpulan yang cantik anda boleh cuba membuat roti ini beberapa kali. Cubalah roti yang mudah ini yang menggunakan bahan asas tepung dan yis.


Resepi Roti Mudah No 10

Bagel Blueberi


Bagel adalah resepi mudah yang lebih kurang sama resepinya seperti donat, cuma ia dibakar menjadikannya lebih rendah kalori berbanding donat. Kali ini lebih istimewa kerana mengandungi buah blueberi yang lazat dan berkhasiat

Jika anda suka roti cubalah 10 resepi roti mudah ini dan share dengan kenalan anda dengan klik "like & share" di bawah.


No comments:

Post a Comment