Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting dijaga. Menurut kajian, sarapan pagi haruslah diambil paling banyak, kurangkan makan untuk makan tengahari dan makan untuk makan malam paling sedikit untuk kesihatan. Jadi jangan pandang remeh pada sarapan pagi.
Sarapan pagi perlu diambil setiap kali kerana 7 sebab berikut:
1) Orang yang makan sarapan pagi lebih sihat berbanding anda yang tidak bersarapan kerana kandungan gula dalam darah akan meningkat jika anda tidak makan di waktu pagi dan anda akan lebih cepat merasa lapar.
2) Bersarapan dapat menjaga berat badan. Jika anda makan anda tidak cepat lapar jadi anda tidak cenderung untuk makan junk food sebelum tibanya waktu makan tengahari.
3) Sarapan memberi anda tenaga. Jika anda tidak bersarapan anda akan lebih cepat berasa letih.
4) Anda yang bersarapan mempunyai minda yang lebih tajam. Sudah tentu anda ingin berasa alert dan fokus ketika melakukan kegiatan harian. Sesetengah jenis makanan untuk sarapan meningkatkan kewaspadaan dan kejelasan minda anda.
5) Anda tidak mendapat vitamin dan nutrisi yang diperlukan badan anda. Jika anda meninggalkan sarapan, kemungkinan besar anda tidak dapat menggantikan vitamin dan nutrisi ketika sarapan pada waktu makan tengahari dan malam anda.
6) Jika anda makan sarapan pagi anda tidak akan berasa sangat lapar sepanjang hari. Ini amat penting untuk anda yang ingin menjaga berat badan. Makan berlebihan pada waktu makan berikutnya menyumbang kepada penambahan berat badan yang tidak diingini.
7) Makan sarapan sebagai pengajaran. Jika anda mempunyai kanak-kanak yang sedang membesar di dalam keluarga, bersarapan akan menunjukkan contoh ajaran yang baik untuk mereka bahawa sarapan itu penting dan perlu diambil setiap hari.
Jangan lupa ambil sarapan pagi.
Lihat rakan sekerja tidak berkesempatan dirumah. Sampai sahaja di pejabat mereka akan terjah gerai nasi lemak atau pekena roti canai sebagai sarapan pagi.
ReplyDeleteTerima kasih untuk info
ReplyDelete