Wednesday, 21 May 2014

5 Jenis Makanan Untuk Turunkan Kolesterol Anda

Kolesterol yang tinggi menyebabkan timbunan lemak atau plak dalam saluran darah (arteri) anda dan menyempitkannya, menyebabkan jantung anda perlu bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Ini memberikan risiko tinggi untuk sakit jantung dan strok akibat kolestrol.


Kolestrol boleh dihasilkan sendiri oleh badan anda. Terdapat 2 jenis kolestrol iaitu kolestrol baik (HDL) dan kolestrol jahat (LDL). Kandungan kolestrol yang tinggi disebabkan oleh banyak makan makanan seperti daging, ayam itik, jenis-jenis siput dan kerang (shellfish) telur, mentega, keju dan susu. Kolestrol dalam badan boleh direndahkan dengan mengambil ubat atau melalui pemakanan. Makanan seperti bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang.

5 Jenis Makanan Untuk Turunkan Kolesterol Anda Ialah:


1) Oatmeal dan Oat Bran
Oatmeal dan oat bran serat larut (soluble fiber) akan mengurangkan penyerapan kolestrol dalam usus kecil dan merendahkan kandungan LDL. Serat larut juga terdapat dalam kacang merah (kidney bean), epal, pir, barli dan prun.

2) Walnut dan Badam
Walnut dan badam mengandungi asid lemak politaktepu dan mampu menjadikan saluran darah sihat dan elastik. Makan segenggam cukuplah, jika terlalu banyak kerana ia mengandungi kalori yang tinggi. Makan setiap makanan dalam jumlah yang sederhana, jika terlalu banyak akan mendatangkan mudarat dan terlalu sedikit tak mencukupi pula.

3) Ikan dan Asid Lemak Omega 3
Ianya mampu menurunkan tekanan darah dan mengelakkan darah beku (blood clot). Doktor menyarankan makan sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan setiap minggu. Asid Lemak Omega 3 banyak terdapat dalam ikan sardin, herring, tenggiri, salmon dan tuna. Untuk mendapatkan hasil terbaik dari ikan anda perlu panggang atau bakar ikan. Sumber asid lemak omega 3 yang lain adalah dari flakseed dan minyak kanola.


4) Minyak Zaitun.
Ia mengandungi antioksidan yang boleh merendahkan LDL (kolestrol tak baik) tanpa mengganggu HDL (kolestrol baik). Dicadangkan mengambil 2 sudu makan (23 gram) minyak zaitun sehari. Menurut kajian, kesannya lebih baik jika anda mengambil minyak zaitun extra virgin (extra virgin olive oil).

5) Makanan Yang Diperkaya Dengan Sterol Tumbuh-tumbuhan
Sterol atau Stanol bertindak menghalang penyerapan kolestrol LDL lebih dari 10%. Sterol atau Stenol dari tumbuh-tumbuhan seperti bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan biji-bijian. Stanols atau sterol dalam marjerin untuk sapuan pada roti, jus oren, bijirin, dan bar granola.

Jika anda ingin kenalan anda juga mendapat manfaat dari 5 jenis makanan untuk menurunkan kolestrol ini, klik "like & share" untuk menguruskan kolestrol.

No comments:

Post a Comment