Tuesday, 27 May 2014

Coklat Cadbury Ada Babi dan Haram Dimakan

Coklat Cadbury ada babi, macam mana nak makan kalau ada babi. 2 jenis sampel coklat cadbury yang ada babi di dalamnya ialah Cadbury Dairy Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond. Tak perlu makan kalau coklat Cadbury ada babi.


Coklat Cadbury ada babi memang betul, menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Cadbury Dairy Milk Hazelnut bernombor kelompok 200813M01H I2  dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond DENGAN ada nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015 dikesan mengandungi DNA babi. Gambar Coklat Cadbury ada babi di atas dari kosmo.

Anda dinasihatkan tengok nombor tu setiap kali nak beli Cadbury Dairy Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond. Anda boleh ingat tarikh luput dan nombor tu atau sentiasa membawa nombor tu ke mana-mana anda pergi untuk membeli coklat Cadbury? Jadi apa pilihan anda, adakah ingin terus makan coklat Cadbury atau melupakannya sahaja? Fikir-fikirkanlah.

Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd  telah menarik balik coklat Cadbury Dairy Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond yang mengandungi babi itu berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan semalam pada 24 Mei 2014. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menggantung sijil halal kedua-dua produk Cadbury iaitu coklat Cadbury Dairy Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond berkuat kuasa serta-merta.

No comments:

Post a Comment