Tuesday 20 May 2014

Cara Atasi Jangkitan Kulat Pada Jari Kaki

Cara atasi jangkitan kulat pada jari kaki memang susah. Ada kalanya masalah jangkitan kulat ini telah di alami berbelas-belas atau berpuluh-puluh tahun tanpa ada penawar untuk mengatasi penyakit jangkitan kulat ini.


Jangkitan kulat pada jari kaki boleh menyebabkan kuku menjadi berkedut atau kehitaman atau tak normal pertumbuhannya. Melaleuca, lebih dikenali sebagai minyak pokok teh (Tea Tree Oil). Melaleuca adalah cara semulajadi untuk melawan jangkitan tisu kulit.

Melaleuca mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-kulat yang kuat. Sains moden telah mendapati bahawa minyak pati Melaleuca membunuh strain MRSA dan lain-lain patogen yang berbahaya seperti candida, MRSA, kulat, jerawat, ketuat dan bisul.


Cara atasi jangkitan kulat pada jari kaki ialah:

  • dapatkan sebotol pati minyak pokok teh (pure tea tree oil atau Melaleuca)
  • gunakan putik kapas yang telah dicelupkan ke dalam minyak pokok teh 
  • sapukan pada bahagian jari kaki anda termasuk bahagian bawah kuku. 
  • Pastikan anda menyapu minyak pokok teh dengan rata. 
  • Lakukan ini setiap hari. Jika ada masa buat 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam. 
  • Kuku anda akan menjadi normal kembali dan tumbuh dengan baik. 
  • Bila sudah sembuh sepenuhnya jangan berhenti dulu, teruskan selama 2 minggu lagi untuk memastikan semua kulat sudah mati.


Jika anda suka cara atasi jangkitan kulat pada jari kaki dan ingin membantu kenalan anda yang mungkin menghadapi masalah jangkitan kulat pada jari kaki, klik "like & share" di bawah.


3 comments:

  1. Pernah terkena penyakit Athlete Foot. Memang serik. Puncanya ada kawan-kawan yang mempunyai masalah ini penyakit berkongsi selipar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, jangkitan berlaku melalui sentuhan langsung dengan tempat yang saki dan oleh cebisan kulit yang tertinggal di tuala, kasut, atau lantai.
      Berjalan berkaki ayam boleh meningkatkan risiko penyakit ini. Ia juga boleh bergantung kepada ketahanan anda. Sebagai contoh, orang-orang yang terjejas sistem imun atau yang mengidap diabetes mempunyai risiko yang lebih besar.

      Delete
  2. Info yang berguna untuk rawatan kulat kaki. Selain itu, ada satu petua yang boleh diikut untuk mempercepatkan proses penyembuhan kulat kaki iaitu dengan merendamkan kaki ke dalam air yang telah dibancuh dengan 1-2 sudu teh serbuk sodium bikarbonat (serbuk penaik roti). Amalkan ini setiap kali balik dari kerja dan lakukannya selama 10-15 minit setiap hari. Kemudian bilas dengan air bersih. Ia mampu untuk meneutralkan asid yang terbentuk pada celah-celah kaki. Asid yang terkumpul di bahagian kulit ini akan menyebabkan keradangan kulit lambat sembuh.

    ReplyDelete