Showing posts with label minyak tea tree. Show all posts
Showing posts with label minyak tea tree. Show all posts

Tuesday, 20 May 2014

Cara Atasi Jangkitan Kulat Pada Jari Kaki

Cara atasi jangkitan kulat pada jari kaki memang susah. Ada kalanya masalah jangkitan kulat ini telah di alami berbelas-belas atau berpuluh-puluh tahun tanpa ada penawar untuk mengatasi penyakit jangkitan kulat ini.


Jangkitan kulat pada jari kaki boleh menyebabkan kuku menjadi berkedut atau kehitaman atau tak normal pertumbuhannya. Melaleuca, lebih dikenali sebagai minyak pokok teh (Tea Tree Oil). Melaleuca adalah cara semulajadi untuk melawan jangkitan tisu kulit.

Melaleuca mempunyai ciri-ciri antiseptik dan anti-kulat yang kuat. Sains moden telah mendapati bahawa minyak pati Melaleuca membunuh strain MRSA dan lain-lain patogen yang berbahaya seperti candida, MRSA, kulat, jerawat, ketuat dan bisul.


Cara atasi jangkitan kulat pada jari kaki ialah:

  • dapatkan sebotol pati minyak pokok teh (pure tea tree oil atau Melaleuca)
  • gunakan putik kapas yang telah dicelupkan ke dalam minyak pokok teh 
  • sapukan pada bahagian jari kaki anda termasuk bahagian bawah kuku. 
  • Pastikan anda menyapu minyak pokok teh dengan rata. 
  • Lakukan ini setiap hari. Jika ada masa buat 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam. 
  • Kuku anda akan menjadi normal kembali dan tumbuh dengan baik. 
  • Bila sudah sembuh sepenuhnya jangan berhenti dulu, teruskan selama 2 minggu lagi untuk memastikan semua kulat sudah mati.


Jika anda suka cara atasi jangkitan kulat pada jari kaki dan ingin membantu kenalan anda yang mungkin menghadapi masalah jangkitan kulat pada jari kaki, klik "like & share" di bawah.