Tuesday 29 November 2011

Masak Lemak Ikan dan Sambal Udang Babas


Masak Lemak Ikan Babas

Sos Masak Lemak Babas

4 biji bwg merah
4 biji padi
2 cm halia
3 cm lengkuas

Potong bahan-bahan di atas. Masuk sikit air dan blend. Dalam kuali masukkan 2 sudu minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau dan agak garing. Masukkan sos ikan bilis kira-kira 1 caw
an. Biar mendidih sambil kacau.

Masukkan 1 cawan santan, garam secukup rasa. Stok ikan bilis dah masin, jadi jangan bubuh banyak garam. Daun kunyit 1 helai, potong halus-halus. Serai potong 4 memanjang jangan putus, masukkan ke dalam sos. Masukkan sedikit serbuk kunyit babas supaya warna dia lebih cantik. Sos dah siap.

Isi ikan siakap perap dgn jus limau, garam, lada putih. Gulung, cucuk sebatang serai di atas gulungan dan bakar dalam oven. Ambik ikan siakap yang dah masak, letak atas pinggan. Tuang sos. Potong cili merah dan hijau macam bentuk bunga dan hias masakan kita.

Sambal Terung Berudang Babas

Goreng bawang merah dan putih, masukkan biji sawi dan serai yang dah diketuk. Kacau-kacau. Belah-belah terung bulat, supaya tak hitam rendam dalam air.
Masukkan dadih dan sedikit air. Masukkan cili kering yang dah digunting pendek-pendek.
Goreng terung bulat yang dah dipotong tadi dengan sedikit minyak. Masukkan cili padi, serbuk kacang kuda babas. Angkat terung.
Kacau kuah. Kalau pekat taruk air. Hiris daun kunyit halus-halus, masukkan daun kunyit, garam, gula.
Kopek udang dan tinggalkan kulit kepalanya. Buang hujung ekor yang tajam.
Masukkan terung.
Pukul sebiji telur dalam 1 mangkuk. Tepung kacang kuda, serbuk roti dalam mangkuk lain-lain. Masukkan sedikit garam dalam tepung gandum untuk perasa.
Mula-mula celup udang dalam telur, salut dengan serbuk kacang kuda dan kemudian serbuk roti.
Goreng. Bila masak angkat dan letak atas kertas lapik minyak. Masukkan masak lemak terung dalam pinggan, letak udang atasnya.
Hiaskan dengan hirisan serai yang dipotong panjang-panjang. Potomg dadu halus-halus cili, hias masakan udang dan terung dalam mangkuk tadi. Hidang.

Saturday 26 November 2011

5 rencah 5 rasa tv3, 5.30pm monday 10/10/11

Bahan utama: Buah kundur, betik muda, buah markisa, cili padi, kacang botol

Sambal kacang botol & betik muda
Cuci dan potong serong kacang botol supaya biji-bijinya tak keluar.
Potong halus daun limau purut. Cuci semua bahan, bawang merah, belacan, cili merah, cili padi blend halus. Panaskan minyak. Potong halus udang kering
Cuci sebelum potong. Potong betik muda, potong serong kecil2 kira-kira sama saiz dengan kacang botol.
Bila minyak panas, masukkan udang kering, bila aroma keluar dan garing sikit, masukkan bahan-bahan yang dah di blend. Masukkan 1 sudu kecil asam jawa campur sedikit air, tuang air asam jawa ke dalam tumisan, 1 sudu kecil gula juga. Masukkan kacang botol dan betik muda. Ketuk cili padi dan masukkan ke dalam bahan goreng. Angkat dan hidang.

Ikan panggang thai cili padi dan kundur
Ikan merah siap disiang, perap guna halia dan serai yang diketuk. Masukkan sos ikan dulu, kemudian halia dan serai.
Balut ikan dengan palstik wrap supaya kuman dan bau tak merebak. Simpan dalam fridge.
Potong kundur, cara pilih kundur, tengok isi padat dan putih. Potong dadu. Cili padi 2 batang potong halus. Serai & halia diketuk, bawang merah dipotong halus, bawang putih diketuk.
Letak minyak atas dulang, letak ikan diatasnya dan panggang ikan, boleh gula microwave arvas senaza panasonic. Guna grill double supaya dia panas atas dan bawah. Panggang kira-kira 25 minit.
Sementara ikan dipanggang, buat sos. Tuang minyak dan masukkan bawang-bawang, kemudian masukkan halia dan serai yang diketuk. Masukkan kundur dan cili padi. Masukkan sos ikan, limau kasturi, daun basil. Angkat ikan dan letak atas pinggan, tuang sos, hias dgn daun basil.

Puding markisa
Guna markisa yang hampir masak. Guna mangkuk besar supaya tak melimpah. Potong markisa dan keluarkan isi ke dalam mangkuk. Masukkan ke microwave 750 watt 6.5 min.
Tuang kedalam pot, masukkan gula dan kacau dengan api kecil. Masukkan kedalam mangkuk simpan dalam peti sejuk. Masukkan telur kuning dan 1/3 cawan gula, masukkan biji vanilla kedalam susu dan tuang ke dalam pot. Masukkan telur 1/3 bahagian sambil kacau dan teruskan hingga habis. Masukkan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil jangan penuh sangat dan stim selama 30 minit dalam microwave. Boleh hidang dalam 2 cara , panas dan sejuk. Tuang dari acuan dan tuang toping markisa sejuk dari fridge.

Satu lagi lebihan sirap markisa dari peti ais tadi, tuang ke dalam gelas, masukkan ais dan air. masukkan straw. Hidang.

Tuesday 22 November 2011

Tahniah Pasukan Bolasepak Malaysia di Sukan Sea ke 26


Tahniah! Pasukan Bolasepak Malaysia telah memenangi pingat emas dalam Sukan Sea ke-26 di Palembang dan Jakarta, Indonesia. Malaysia menang 4-3 ke atas Indonesia pada 21 November 2011 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Indonesia. (Gambar dari http://sports.mylaunchpad.com.my/Othersports/OtherSportsArticle/tabid/171/Default.aspx?newsId=190982)

Setelah bergelut dengan pasukan tuan rumah Indonesia selama 120 minit dengan seri 1-1. Untuk mencari pemenang 5 tendangan penalti telah diberikan kepada setiap pasukan yang akan diselang-selikan di antara gol Malaysia dan gol Indonesia.

Malaysia mengambil tendangan pertama di ikuti Indonesia dan seterusnya berselang-seli hingga kesemua 10 tendangan dilepaskan. yang memberi cabaran kepada Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol Malaysia. Dari 5 tendangan penalti yang ditentukan dia hanya melepaskan 1 gol dan penjaga gol Indonesia melepaskan 2 gol untuk Sukan Sea ke 26 ini.

Pasukan Malaysia terpaksa menunggu 3 jam di stadium sebelum menaiki 2 buah kereta perisai polis ke hotel penginapan di Sukan Sea ke 26. Ini adalah untuk menjamin keselamatan mereka kerana semasa perjalanan dari hotel penginapan ke stadium untuk memulakan perlawanan, bas mereka telah ditahan oleh penyokong Indonesia selama kira-kira 1 jam. Ketika sekatan mereka mengerumuni bas dan mengetuk-ngetuk bas pasukan Malaysia. Tiba di stadium pula mereka ditahan selama 1 1/2 jam lagi.

Selepas menghadapi pelbagai kesukaran seperti pemeriksaan dadah selepas perlawanan ketika di stadium, akhirnya skuad negara tiba di LCCT dengan pesawat sewa khas pada jam 8.00 pagi disambut oleh ribuan peminat yang telah menunggu sejak jam 2 pagi lagi. Sambutan seolah-olah pesta kemenangan. Ong Kim Swee adalah jurulatih pasukan bolasepak kita ke Sukan Sea ke 26 ini.

Perlawanan yang diadili oleh pengadil dari Jepun ini telah tamat dengan kemenangan yang indah bagi Pasukan Bolasepak Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia merupakan emas terakhir Malaysia.

Pada hari penutup hari ini 22 November 2011, Malaysia memperolehi 59 emas, 50 perak dan 82 gangsa pada Sukan Sea ke 26 ini.

Sunday 20 November 2011

Resepi Ketupat Palas

Ketupat Palas terkenal terutamanya di negeri-negeri di utara dan timur Semenanjung Malaysia selain di tempat-tempat lain. Bahan utama ketupat palas ialah pulut dan dibalut menggunakan daun palas. Ada jenis yang lemak dan ada yang manis. Berikut adalah resipi ketupat palas versi manis yang terkenal dari Negeri Kelantan.

Bahan-bahannya:
1 gantang beras pulut (2.419kg)
4 biji kelapa atau 3 kg santan
1/2 kg kacang (jika perlu)
3 tongkol jagung (jika perlu)
Daun palas secukupnya

Cara membuat:
  1. Basuh beras pulut sehingga bersih dan toskan. Perahkan kelapa dan ambil santan pekatnya. Selepas itu, masukkan santan ke dalam periuk dan sdikit garam, kacau sampai mendidih.
  2. Masukkan pulut yang siap dimasak dan kacau sehingga sbati dan menjadi setengah masak. Angkat dan biarkan selama 15 minit sehingga sejuk.
  3. Kemudian bolhlah dimasukkan ke dalam daun palas dan dianyam shingga menjadi bentuk tiga segi.
  4. Rebus ketupat daun palas yang sudah dianyam di dalam priuk yang telah diisi air pada paras separuh periuk dan rebus shingga airnya kering.
  5. Jika hendak masukkan kacang atau jagung, hendaklah direbus terlebih dahulu bahan-bahan tersebut. Apabila pulut hampir setengah masak, masukkan kacang atau jagung tadi, kemudian kacau sampai sebati.
Untuk tempahan ketupat palas hubungi Zura, 019-9898243 Kg Gong Manak, Pasir Puteh, Kelantan.

Diedit dari: Kosmo

Sunday 13 November 2011

Charity Christmas Bazaar @LeMeridienKL

Christmas Bazaar telah diadakan di Sultan Ballroom dan foyer, Banquet, Le Meridien KL pada hari Ahad 13 November 2011. Acara Christmas Baazar ini sungguh meriah dan berbaloi. Pelbagai barangan dijual di sini, basikal pun ada, harganya RM5 - RM20 saja sebuah. Macam tak percaya kan?





Meja reception dan pendaftaran masuk untuk Christmas Baazar.









Cafeteria disediakan bersebelahan reception untuk pengunjung dan pengendali Christmas Bazaar. Harga makanan dan minuman amat berpatutan.







Sudu garfu dan cawan untuk take away dari Cafeteria Christmas Bazaar.









Chef May Foong, salah seorang chef yang bertugas di Cafeteria Christmas Baazar.











Gerai pertama selepas reception desk, menjual bakul-bakul.








Foyer di depan Sultan Ballroom penuh dengan pakaian, buku-buku dan kraftangan untuk jualan Christmas Baazar.









Barang-barang kraf dalam Sultan Ballroom.










Tabung apa ni? Lupa plak nak tanya. Nampak cantik.










Ini gong, wah! Antiknya... Harganya RM4800.00, mahal tak?










Karpet pun ada. Murah-murah belaka....








Kraf tembikar. Bermacam-macam jenis dan rupa, anda suka?











Christmas ornament @Christmas Baazar.









Baju pun ada.











Pokok krismas warna jingga.











Nak duduk atas peha Santa Claus? Datanglah sini...










Buku ni besar dan beratnya kira-kira 5kg. Harganya cukup murah. Inilah kelebihan Christmas Bazaar @Le Meridien KL.

Friday 11 November 2011

11.11.11


11.11.11 hari yang istimewa dan unik.
Hari inilah satu-satunya hari 11.11.11. Selepas ini takder lagi.
Jadi apa yang anda lakukan untuk mengingati hari yang bersejarah ini?
Saya seperti biasa update blog dengan tarikh yang best ni....
Dalam beberapa minit lagi berakhirlah hari yang penuh dengan no 1 ini.

Thursday 10 November 2011

Khasiat Strawberi Untuk Ulser Perut

Buah Strawberi terkenal dengan kelazatan dan kegunaannya yang pelbagai. Anda suka makan strawberi?

Pernahkah anda dengar tentang penyakit ulser perut?
Ianya disebabkan oleh 3 perkara iaitu:
  1. Pengambilan alkohol
  2. Jangkitan kuman
  3. Pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin.
Mereka yang mengidap penyakit ulser perut boleh mencuba mengambil ekstrak atau buah strawberi yang segar untuk meredakan ulser perut yang dialami.
Sifat antioksidan pada strawberi bertindak:
  1. Sebagai lapisan pelindung pada tempat ulser perut.
  2. Menguatkan lapisan perut dari ulser
  3. Mengaktifkan sistem pertahanan tubuh dan enzim
Pengambilan strawberi segar dapat mengurangkan kerosakan yang berlaku pada perut samada sebelum atau selepas mendapat keradangan.

Kajian terdahulu yang juga sangat penting ialah strawberi dapat menguatkan sel darah merah untuk bertindak terhadap tekanan oksidatif (oxidative stress) yang boleh menyebabkan kanser dan lain-lain penyakit kronik.

Untuk mendapat manafaat yang bagus dan sihat untuk tubuh badan anda minum dan makanlah buah strawberi segar.

Saturday 5 November 2011

Dosa yang lebih besar dari berzina


Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam.

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata,
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik,
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa..

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?"

Nabi Musa terperanjat.
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.
~LB~

Tuesday 1 November 2011

1/1/11 Hari Yang Unik

Semalam gaya hidup hari terakhir bulan Oktober, 31/10/11 ada 3 perkara berlaku di sekitar saya.
  1. Halloween Night kat LR, LMKL. Nanti saya akan tuliskan dengan lebih lanjut pada entri yang akan datang.
  2. Datuk Sri Najib Razak dan isteri Datin Sri Rosmah Mansor bertolak ke tanah suci Mekah untu menunaikan haji pada pukul 5 petang dan akan pulang semula ke tanah air pada 9 November 2011. Satu gaya hidup yang suci.
  3. Bas Stand Klang beroperasi untuk hari terakhir. Hari ni dah tak beroperasi lagi dah tutup dan menunggu masa untuk dirobohkan bagi memberi jalan kepada projek MRT.
Hari ni adalah hari yang tarikhnya menggunakan nombor 1 sahaja 1.11.11.
Apa gaya hidup anda hari ini?